Selasa, 1 Oktober 2013

@MukhrizMahathir Berani Berubah!

Kedah Times recap kembali penulisan yang memaparkan keinginan akar umbi pengundi Kedah. Penulisan ini adalah hasil daripada beberapa blogger yang dapat merasakan luahan akar umbi di Kedah.






Ini pula pendapat Suara Majlis di blognya tentang Perhubungan UMNO Negeri Kedah.



Ini pula luahan rasa Blog Aloq Setaq tentang pengumuman Mukhriz.

Tidak lupa juga dari PelantaqHujah .. mengambil petikan Sinar Harian serta komen dari Laksamana Belantan yang menaikkan bulu roma Pelantaqhujah

Tidak lupa ada sedikit komen oleh PakTeh di blog betoika.

Masih fikir lagi, apa maksud sebenar Gunung Mat Cincang.

Azli shukri juga menulis disini. Serta komen berasap dan Laksmana Bentan.

Ini petikan dari Utusan Malaysia mengenai kesanggupan DMM untuk menggalas tanggungjawab Ketua Perhubungan UMNO negeri Kedah. Seterusnya menafikan kabar angin yang beliau tidak sanggup berhadapan dengan ketua-ketua bahagian UMNO di kedah.

Saudara Duke kita juga memberi komennya disini. 

Terkini tulisan dari Zulkiflee Bakar dalam utusan Malaysia. Moga DS Najib dapat memberi perhatian.

Walau apapun dicoretkan, itulah nampaknya yang menjadi hakikat di Kedah dan sekarang ini diseluruh Malaysia, akar umbi menanti-nanti seorang 'Young Blood' yang bersih, ikonic, tokoh serta mesra rakyat untuk memimpin mereka. rata-rata suara ini kedengaran.

Kedah Times merasakan yang suara akar umbi UMNO perlulah diberi perhatian.  Suara akar umbi InsyaAllah akan menentukan kecermelangan UMNO Malaysia.


28 comments:

Tanpa Nama berkata...

Dato Najib tak dengar pun suara akar umbi.

kiram kariim berkata...

Apa yg hangpa dok buat sebok.Datok Bashah dah sah dan clear jadi pengerusi perhubungan umno kedah.Lupa kan sahaja lain-lain nama buang masa sahaja.Lebih baik pi motong getah lagi syok.Harga dah naik.

Tanpa Nama berkata...

Kalau mcm tu, konpomlah Kedah dpt kat Ustaz Azizan lg. Lagipun memang itu yg Dato Najib mahukan.

Muhammad Azli Shukri berkata...

salam, blog tuan sudah lama dipaut.

yat berkata...

xbest timb tok det...

mahdi al hadi berkata...

Sebenarnya Dato Bashah akan mengepalai Badan Pehubungan UMNO Kedah.Dah sah akan perkara ini.Dato Mukhriz sebagai Timbalannya.The rest yang lain macam biasa je lah.Ini lah muafakat Ketua Bahagian di Kedah.Konpom dah.Bukan berita angin lagi.

1 Melayu berkata...

Mahdi Al Hadi,selagi D S Najib belum buat pengumuman selagi itu ia belum confirm.

D S Najib ada dua pilihan :

1. Memilih kehendak Rakyat dan mendapat sokongan Rakyat Kedah serta memenangi Pilihanraya
ATAU
2.Akur pada desakan 15 Ketua ketua Bahagian dan kalah dalam PRU 13 nanti.

Bola dikaki Najib buat lah pilihan yang terbaik samada mahu jaring gol dan menang atau melepaskan gol tersebut.

Sejarah telah terbukti mana mana Pemimpin yang menolak kemahuan RAKYAT akan kecundang dan Najib akan jadi Perdana Menteri Malaysia yang paling singkat didalam sejarah politik Malaysia.

wanbaki berkata...

hahahaha...
Tak kira sapa pun jadi PPUN pu kalau calon di DUN tu jelih baloq, jenih songlap, jenih mentedarah sorang, jenih pijak 'gu', jenih balaih bini orang, jenih pantang pungkoq bulat, jenih % komisen, jenih cium tangan, jenih menang "sepak", ....bungkuih la kedah ni..bukan kata MM jadi PPUN, waima TUN sekalipun.. sampai bila nak letak orang jadi "paksanggup".
Klau menang kedah balik atas kapasiti MM tapi yang jadi ADUN nanti jenis2 diatas, pakai kata baik dok dalam PAS la ni...

dolah doleng berkata...

1 Melayu..aku sama pendapat dengan anda juga.Ketua Bahgaian kena bertanggung jawab PRu 13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

pilihlah tok DET sbb dapat sokongan 15 ketua bahagian. Dengan anggaran 30 AJK bahagian + 30 AJK Wanita + 30 AJK Pemuda + 30 AJK Puteri + 300 ahli umno kaki lobi x 15 Bahagian.....insyaallah BN akan menang besar PRU 13 nanti...hu3

lori hantu berkata...

Dlm 15 ketua bahagian pun ada kaki sabotaj pru 12 dulu.30 ajk pun ada kaki sabotaj pru 12 dulu.30 ajk wanita pun ada kaki sabotaj pru 12 dulu.30 ajk pemuda pun ada kaki sabaotaj pru 21 dulu.30 ajk pu3 pun ada kaki sabotaj pru 12 dulu. 300 ahli pelobi pun ada kaki sabotaj pru 12 dulu..inilah penyakit dalam umno.nak nafi apa lagi kata cikgu det kuala nerang dalam sajak dia.

Tanpa Nama berkata...

apa2 pun x pa kalu nk menerajui UMNO Kedah. Semuanya baik belaka.
Tapi kalu nk bg menerajui UMNO Kedah bg la kat org baru, muka baru. Bagi peluang dulu baru boleh dapat pengalaman.
Yang lama tu track record dah ada dan takat tu ja yang depa boleh buat.
Saya setuju bg kat orang baru, cara baru, pendekatan baru, kaedah baru.
Kita dok canang rata2 nak mik balik Kedah dari PAS, kalu dok pakai yang lama dok cam tu jugak la. Yang lama pun bukan kata tak baik tapi cara tu orang la ni tak boleh terima dah.
Buat apa kita jadi Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan AJK Bahagian tetapi hanya kuat dikalangan orang UMNO saja, pengundi yang bukan ahli kita tak dapat sokongan untuk menang pilihanraya. Tak guna kita kuat di bahagian dan menang di bahagian, Pilihanraya kita kalah pasai dok berebut jawatan. Pakat dok boikot hang aku. Apa nk jadi ni?
Dato Bashah pun masalah di bahagian dia pun x leh selesai mcmana nk selesai masalah di seluruh Kedah. UMNO Kedah jadi mandom,berserabut x dak pun strategi yang agak drastik yg dia dapat buat untuk nak mik balik Kedah ni.
Dato Det Khalid pun track record dah tak elok dah, masa dia pegang dulu Kedah jatuh kat PAS, yang tu pun kena ambik kira jugak, pasai apa org tolak.
Kita bagi pulak kat Dato Mukhriz, boleh jadi dengan "aura" dia kita boleh menang.Dia boleh menjana tranformasi,boleh mik balik Kedah ni dari PAS. Yang tu yang kita nak.

Apa2 pun di peringkat bahagian perlu berani buat perubahan, berubah minda, berubah sikap, berubah cara, berubah kaedah baru boleh menang.

myps berkata...

sapa2 pun x pa kalu nk menerajui UMNO Kedah. Semuanya baik belaka.
Tapi kalu nk bg menerajui UMNO Kedah bg la kat org baru, muka baru. Bagi peluang dulu baru boleh dapat pengalaman.
Yang lama tu track record dah ada dan takat tu ja yang depa boleh buat.
Saya setuju bg kat orang baru, cara baru, pendekatan baru, kaedah baru.
Kita dok canang rata2 nak mik balik Kedah dari PAS, kalu dok pakai yang lama dok cam tu jugak la. Yang lama pun bukan kata tak baik tapi cara tu orang la ni tak boleh terima dah.
Buat apa kita jadi Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan AJK Bahagian tetapi hanya kuat dikalangan orang UMNO saja, pengundi yang bukan ahli kita tak dapat sokongan untuk menang pilihanraya. Tak guna kita kuat di bahagian dan menang di bahagian, Pilihanraya kita kalah pasai dok berebut jawatan. Pakat dok boikot hang aku. Apa nk jadi ni?
Dato Bashah pun masalah di bahagian dia pun x leh selesai mcmana nk selesai masalah di seluruh Kedah. UMNO Kedah jadi mandom,berserabut x dak pun strategi yang agak drastik yg dia dapat buat untuk nak mik balik Kedah ni.
Dato Det Khalid pun track record dah tak elok dah, masa dia pegang dulu Kedah jatuh kat PAS, yang tu pun kena ambik kira jugak, pasai apa org tolak.
Kita bagi pulak kat Dato Mukhriz, boleh jadi dengan "aura" dia kita boleh menang.Dia boleh menjana tranformasi,boleh mik balik Kedah ni dari PAS. Yang tu yang kita nak.

Apa2 pun di peringkat bahagian perlu berani buat perubahan, berubah minda, berubah sikap, berubah cara, berubah kaedah baru boleh menang.

santana berkata...

Khabarnya kalau tok bashah atau tok det jadi pengerusi badan perhubungan umno negeri kedah PAS nak buat kenduri pulut.Mereka seronok salah sorang ini jadi.Banyak modai katanya.

beribesaq berkata...

biaqlah det lid yang jadi pengerusi perhubunga umno kedah, dia banyak pengalaman, orang lama dan kuat pengaruh di semua bahagian serta cawangan. Mukhriz terlalu mentah untuk tadbir umno kedah dan tidak semua ketua bahagian sealiran dengannya, kerana terdapat beberapa ketua bhg yang tidak memihak kepada bapanya Tun Det, sekiranya mukhriz di lantik sebagai pengerusi, alamat kedah akan terus di tangan pembangkang..ya sabotaj akn terus berlaku terhadao kepimpinan mukhriz dalam pru akan datang, melayu kedah ni pendendam, dendam kat pak sampai ke anak cucu, mukhriz...u kena ingat, semua ketua pemuda bhg di kedaha adalah proksi KJ, u akan jadi mangsanya....prinsip depa [kj], biaq kalah dalam p/raya janji hati puas......

Tanpa Nama berkata...

saya org muda kedah..kalau maw kedah jadi bn punya...saya nak dato mukhriz...pru 13 x mukhriz

titi panjang berkata...

Aku amat bimbang dengan suasana seram sejuk politik umno kedah.Aku ramalkan siapa yg naik nanti akan hadapi banyak masaalah dari yg sedia ada.Akan wujud kem dan kumpulan dalam umno kedah.Kumpulan Ketua Bahagian sudah tentu terluka lara.Kerana merekalah pemimpin sebenar UMNO dI kedah hari ini.Kalau tak kena cara terbakar hangus lagi UMNO diKedah.Mereka pun buat silap juga kenapa gelojoh dengan syarat mesti salah seorang rakan mereka ketua bahagian yg perlu di lantik sebagai peneraju umno dikedah.Mereka bukan berdepan sesiapa.Sebenarnya mereka sedang berdepan dengan akar umbi yg cukop mantap dengan Dato Mukhriz.Perlu diingat Dato Mukhriz hebat seorang sahaja belum cukop tanpa sokongan padu dari Ketua Bahgian pula.Aku tertanya-tanya kemana pergi sayap harapan bangsa,sayap tiang negara,sayap pewaris bangsa.Kenapa mereka jadi bisu dan kaku macam daging beku.Bangkit nyatakan pendirian.Jangan main selamat dalam keadaan yang tidak selamat.UMNO Kedah umpama kapal di lautan yg sedang menunggu kapten kapal yg cekap untok belayar ke PRU 13 nanti.Pastikan jangan ada perosak umno selepas ini bila Dato Najib buat keputusan nanti.

Sifu Kulim berkata...

Aku sokong Dato Mukhriz dipilih jadi Ketua Perhubungan UMNO Kedah, tapi kalau Dato Mukhriz seorang je boleh ke, yang 15 orang ketua bahagian buat tak tau je. Keadaan ini akan menghantui Dato Mukhriz. Kita mahu kesemua ketua bahagian dapat bergabong justeru itu lebih baik Ketua Perhubungan dipilih dari suara 15 ketua bahagian dan Dato Mukhriz duduk no.2

melayu lunas berkata...

Yang jadi penunggu UMNO hari ini pun dah buat dosa besar pada pru 12 lalu.Sahaja buat bodoh je.Orang ramai tahu. kah kah kah kah kah siapa makan cabai sendiri rasa lah. kah kah kah

1 Melayu berkata...

Sifu Kulim,

Percayalah jika Dato Mukhriz dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah,kesemua 15 panglima perang akan datang mencium tangan macam deba cium tangan Tun Dr Mahathir sehingga nipis dan hilang kulit tangn.

Mereka ni semuanya pelakon pelakon profesional yang cukup hebat,Shah Rukh Khan dan P Ramlee pun kalah.

anak tani berkata...

Kalau aku lah jadi ketua bahagian yg kena pukulan hebnat begini punya rupa dari pengkomen tak bertauliah dan mentah dalam sepak terajang politik lebih baik letak jawatan beramai-ramai.Bagi depa lah yg bijak lagi tak pandai untok buat kerja pula.Bagi depa tengok langit tinggi ke rendah.Apakah ketua bahagian masih sayang dengan elaun penyelaras atau ada harga diri.ELAUN ATAU HARGA DIRI...bila dah jadi surat habak lama sapa pun tak pandang.Kutok lagi ada.Inilah dia sensasi UMNO kini.Jangan harap Kedah akan kembali pada UMNO/BN tanpa perpaduan dan semanagat perjuangan yang tulen dan ikhlas.Naik lah siapa pun...............

Tanpa Nama berkata...

Anak tani,
apa depa nak risau pasal pukulan dalam blog. Yang dok tulih dalam blog ni semua golongan perasan saja. Aku tulih blog hang, hang tulih blog aku. Takdak kesan apa-apa aih.

Benua Arus berkata...

Masalah diKedah adalah masalah 'surat khabar lama' yang telah membawa kedah ghuyup pru12/. Sukar untuk mereka menerima orang lain. Mereka ingat umno itu milik ketua bahagian. Jika kecuh kedah tidak kembali kepada BN.

bond berkata...

Betoi >serupa anjing salak bukit je lah.Tak runtoh walau sikit pun.Siapa pun tak heran dengan blogger ini.Aku tengok bogger ini syok sendiri pula.Pada hal tak memberi apa-apa kesan pun.Depa bukan tahu ap pun yg blogger dok ktitik perli dan sebagainya.Malah puak itu senyum sumbing pada blogger.

Langkasuka berkata...

Dah berubah pun.Pengersui Badan Perhubunagn UMNO Kedah yang baru ialah Dato Bashah.Timbalannya Dato Mukhriz.Siapa nak denfar cakap hangpa.Begitulah hebat dan uaranya power ketua bahagian.Lain kali tk payah seboklah.byeeeeeeeeeeeeee

KL BOYZ berkata...

Salam Kedah Times...Harap dapat dilink Blog KL BOYZ disini...Terima Kasih..
http://klboyzwangsa.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

kalu mukhriz dilantik...aku nak habaq mai...
dalam peti undi banggol 9,padang sanai dun kola nerang di parlimen padang terap akan terdapat LIMA(5)kertas undi yang memangkah bn dalam PRU13 akan datang adalah dari aku sekeluarga..
kalo tok det ka,mat basahka atau sapa2 saja jebon yang dok gila babi dalam umno kedah ni dipilih...
aku dan keluarga aku dengan senang ati akan memberi LIMA(5)undi pada pas....INSYAALAHHH...
aku juga akan berkempen dikawasan rumah aku di banggol 9,padang sanai supaya ramai2 pakat bagi undi kat pas.
kalo tak pecaya...PRU13 nanti mai la kat sekolah kebangsaan padang sanai,aku akan tunjukan bukti.
sembang besaq tak mau la...sebahgian besaq dari penduduk banggol 9 terdiri dari keluarga aku.
aku cuma perlu pujuk tok nek,mak ngah,tok cher,kak wa dan beberapa ketua keluarga untuk pangkah pas.
golongan muda tak jadi masaalah...memang kami mahukan perubahan..
kalo bolih..tok det ni kami nak pi buang dalam AMPANGAN AHNING,biarq dia jadi boya tembaga dan jaga ikan2 lampam dalam tasik tu.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Mukhriz naik jadi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, abis ketua bahagian boikot macam kat Terengganu. Hampa mau kat lepaih nie pakat dok wat demo depan bangunan UMNO Kedah. Pakai tak menang jugaklah UMNO Kedah. Tok Bashah naik pun tak guna gak. Bahagian dia sendiri pun tak leh jaga nie nak jaga satu Kedah. Kalut kita...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates