Rabu, 23 Oktober 2013

Sungai Limau Permulaan Mesej Orang Melayu

Penamaan Calon Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau pada hari ini menjadi permulaan proses pilihanraya pertama dalam negeri Kedah selepas PRU13.

PRU13 berlaku tsunami Cina menyaksikan orang Melayu terkejut dalam lega, selepas menyaksikan kampung yang hampir tergadai kerana mahu menang sorak.

Penyokong pakatan rakyat dari kaum Melayu sendiri, yang rata-ratanya  ghairah mahu menjatuhkan kerajaan BN terkejut dengan gelombang undi paling rasis yang dibuat oleh kaum Cina. 95% undi kaum cina adalah kepada Pakatan yang ditunjangi secara de-facto oleh DAP, membuktikan bahawa undi dibuat berdasarkan kaum semata-mata. Bohonglah kononnya mereka mengundi kerana mereka anti rasuah, kononnya anti ketidakadilan, kerana pola pengundi jelas membuktikan, satu saja faktor, iaitu kaum. Asalkan berkepentingan Cina.

Dalam diam, penyokong pakatan sebenarnya merasa lega.

Tsunami Cina ini telah dijangka, namun hanya terbukti semasa PRU13 bilamana angka-angka pilihanraya keluar secara rasmi. Pada waktu itu, ramai orang Melayu Pakatan dikhayalkan dengan konsep negara sempurna tanpa rasuah, tanpa kronisma, sebuah negara utopia yang dijanjikan oleh DAP melalui agennya PKR dan PAS.

PRK Sungai Limau yang merupakan sebuah kawasan tradisi PAS, terkuat selepas DUN Tokai, adalah DUN yang sukar bagi BN. Namun, kesedaran orang Melayu terhadap Tsunami politik Cina yang nyaris menyebabkan mereka kehilangan kuasa mampu mengubah landskap politik setempat.

Ditambah lagi dalam kegelojohan pemimpin PAS semasa pemerintahan parti itu di Kedah, sehingga sanggup mencaci Ustaz Azizan apabila tidak mencapai hajat mereka, dapat disaksikan sendiri perangai sebenar PAS yang kini sudah dikuasai oleh parasit dan bukan Ilmuan agama.

Dengan pendekatan MB Kedah yang baru, yang lebih menekankan nilai persaudaraan, malah menawarkan pentadbiran dikongsi bersama dengan pembangkang, tidak ada sebab untuk menjunjung nilai-nilai permusuhan didalam negeri yang Aman dan Makmur.

Malah, persaudaraan ini ditunjukkan dengan bertapa kerapnya Dato' Mukhriz melawat mantan Allahyarham mantan MB sewaktu sedang sakit, sedangkan pemimpin tertinggi pembangkang tidak langsung mahu melawat Ustaz Azizan. Kelibat Tun Dr. Mahathir semasa pengebumian Arwah Ustaz Azizan adalah bukti bahawa perhubungan itu lebih dari sekadar rakan sejawat.

Tidak ada permusuhan. tidak ada dendam, begitu banyak ruang untuk menyalurkan pendapat, dan Menteri Besar yang boleh ditemui dimana-mana, walaupun diluar  masa kempen.

Sebaliknya orang Melayu perlu menyampai satu mesej besar kepada Puak Kiasu Cina, bahawa Melayu itu sebenarnya bersaudara atas dasar Agamanya. Undi kita bukan untuk protes harga roti canai atau ikan temenung, undi kita undi perkara yang lebih besar iaitu negara kita milik kita. Jika negara sudah milik orang, sudah tiada ertinya sepuluh sen dua beza harga barang itu.

PRK DUN Sungai Limau adalah masa yang sesuai untuk orang Melayu memberi mesej jelas bahawa, orang Melayu mahukan perpaduan, biduk lalu kiambang bertaut.

Sungai Limau sepatutnya menjadi titik mula penyatuan orang Melayu setelah melihat bagaimana kaum lain lebih mengutamakan kesatuan tanpa mengira apa juga latar belakang. Janganlah kita dipandang hina kerana asyik berpecah sehingga negara pun sanggup digadai. Apatah lagi, kesatuan dan persaudaraan itu sendiri adalah tuntutan agama. 


Ini bukan soal parti politik PAS atau Umno lagi, bukan soal menjadikan PAS lemah atau Umno kuat lagi, ini soal mesej orang Melayu bahawa kita orang Melayu boleh berselisih pendapat, tetapi tetap bersatu dalam memastikan pentadbiran negeri dan negara adalah ditangan orang Melayu Islam.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates