Isnin, 18 November 2013

Bersama Memacu Transformasi Kedah - 1


Hasil dari Makmal Transformasi Kedah akan kita jadikan pelan strategik jangka pendek dan panjang dalam usaha kita untuk mentransformasikan Negeri Kedah kepada sebuah negeri berpendapatan tinggi, sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Kita juga berazam untuk mewujudkan peluan-peluang pekerjaan, berpendapatan sederhana dan tinggi, meningkatkan pelaburan asing, membangunkan Bandaraya Getah (Rubber City) di Kota Putra, PAdang Terap, hub industri dan pisat logistik di Bukit Kayu Hitam, di samping membangunkan Alor Setar sebagai bandaraya metropolis dengan tumpuan kepada sektor pelancongan melalui projek besar-besaran pengindahan Sunagi Kedah. Alor Setar juga kita akan pastikan menjadi pilihan para ilmuan dan destinasi pelabur.

Saya ingin mencabar kita semua untuk mengembalikan kegemilangan Kedah, dengan melonjakkan pertumbuhan ekonomi Kedah melebihi neger-negeri lain yang lebih maju, meningkatkan lagi tahap pelaburan asing dan domestik, serta meningkatkan kecekapan kita sebagai tulang belakang dan jentera kerajaan.

Saya percaya dengan ilmu pengetahuan, iltizam dan semangat kerja berpasukan yang tinggi, InsyaAllah semua cita-cita ini akan tercapai. Saya membayangkan Kedah suatu hari nanti dipenuhi dengan mercu-mercu tanda sebagai lambang kebanggaan kita bersama.


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates