Selasa, 19 November 2013

Bersama Memacu Transformasi Kedah - 2

Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan semua sebagai mata telinga dan tulang belakang kerajaan untuk merenungi cabaran-cabaran yang bakal kita hadapi dalam memacu transformasi Negeri Kedah ini. Izinkan saya untuk memetik kata-kata Aristotle yang menyatakan bahawa:

"We are what we repeatedly do. Excellence then is not an act but habit"

Maksudnya, " Kita adalah apa yang kita lakukan secara berulang-ulang. Kecermelangan adalah satu tabiat"

Seringkali kita tidak mahu lakukan perubahan dengan alasan bahawa ianya bukan amalan biasa. Perdana Menteri pernah menyatakan , 'definisi gila adalah seorang yang melakukan sesuatu berulangkali tetapi mengharapkan hasil yang berbeza-beza'.

Justeru Tuan-tuan dan puan-puan, kejayaan sesebuah organisasi itu perlu kita ukur dari mula hingga akhir. Kerana itu, perubahan positif perlu dibudayakan hingga membuahkan hasil yang diharapkan.

Dengan itu, urus tadbir yang baik (governance) dalam konteks strategi organisasi dan sesebuah kerajaan berkait rapat dengan SIKAP (attitude), ILTIZAM (will) dan KEYAKINAN (confidence).

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates