Selasa, 19 November 2013

Bersama Memacu Transformasi Kedah - 3

Kita boleh mempunyai perancangan strategik yang terbaik dan memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Namun jika sekiranya sikap yang positif, iltizam dan kemahuan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan keyakinan terhadap usaha yang dijalankan sudah tiada maka kita tidak akan berjaya mencapai matlamat yang kita idamkan.

Saya ingin mengambil contoh University of Cambridge yang sudah berusia lebih 800 tahun. Secara konsisten, universiti ini terus mencatatkan kedudukan antara dua buah universiti terbaik di dunia bersama Harvard University di Amerika Syarikat. Apakah formula dan resepi kejayaan mereka? Jawabnya ialah, inovasi dan cepat membuat penyesuaian atau adaptability apabila diperlukan.

Harapan saya ialah, Kerajaan Kedah yang tertua di rantau ini, akan cepat menyesuaikan diri dan berinovasi agar kita bertambah maju mengikut peredaran zaman. Ada banyak lagi langkah-langkah dan penyesuaian yang kita perlu lakukan jika kita ingin melihat satu transformasi besar berlaku di Negeri Kedah.

Sementara kita merasakan bahawa kita perlu mempunyai pelan transformasi yang strategik, lebih penting daripada itu ialah membangunkan budaya organisasi yang sihat, mantap, cekap dan sepadan dengan matlamat yang ingin kita capai. Ini sangat penting.

Sebagai ketua kerajaan, saya memerlukan pasukan urus tadbir yang baik dan cekap bagi merealisasikan visi dan misi trnasformasi Kedah di samping memenuhi harapan menggunung rakyat Kedah terhadap kerajaan yang memerintah pada hari ini. Untuk tujuan itu, hubungan baik antara kerajaan negeri dan persekutuan haruslah diberi keutamaan.



ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates