Khamis, 14 November 2013

GLC Bukan Saja Tidak Bantu Utusan, Orang Melayu Pun Dia Tak Bantu

GLC memang diketahui tidak banyak membantu menaikkan ekonomi bumiputra, malah sikap tidak mahu menaja iklan dalam akhbar utusan merupakan sikap konsisten mereka terhadap bumiputra.

Isu GLC tak bantu bumiputra tak perlu perdebatan panjang kerana jawapannya sudah ada, iaitu memang banyak GLC tak bantu bumiputra. Tak payah berbohong dengan statistik dan persembahan powerpoint yang hebat, faktanya GLC memang tidak berfungsi untuk bantu bumiputra.

Yang perlu dilihat adalah kenapa GLC tidak bantu bumiputra?

Jawapannya juga jelas mudah. Iaitu orang yang dilantik menerajui GLC adalah golongan liberalis dan meritokrasis, walaupun tentunya kemasukan mereka ke dalam GLC tidaklah berdasarkan merit sepenuhnya.

Ramai eksekutif, CEO dan ahli lembaga pengarah GLC yang muda adalah dari golongan yang malu mengaku Melayu. Bukan setakat malu mengaku Melayu, malah mereka malu mengaku menyokong kerajaan BN. Mereka ini adalah golongan yang samada tidak mengambil tahu pasal politik langsung atau golongan yang sering menjadikan Umno dan kerajaan sebagai bahan sendaan.

Walaupun tentunya kemasukan mereka adalah hanya kerana kaitan mereka dengan ahli politik atau atas dasar kelebihan kepada bumiputra, dan dalam masa yang sama mempersendakan Umno, nyatanya mereka lebih dipercayai oleh pemimpin Umno. Pemimpin Umno sendiri pun tidak ada keberanian untuk bercakap soal bangsa kecuali semasa kempen pilihanraya.

CEO-CEO GLC yang liberal ini pula kemudiannya akan meletakkan orang-orang harapannya dalam GLC  dari golongan yang mempunyai kepercayaan yang sama iaitu, mereka malu dengan Melayu. Apa hendak diharap kepada golongan ini untuk membantu bumiputra!

Mereka lupa bahawa, mereka dilantik oleh ahli politik Melayu atas dasar Melayu, dan ahli politik Melayu yang melantik mereka itu, mendapat kuasa setelah melutut didepan orang Melayu. Tetapi kemudian, mereka malu dengan orang Melayu malah malu menjadi orang Melayu.

Bila orang-orang sebegini dilantik menerajui GLC, usah lah pemimpin kita berpura-pura bertanya "kenapa GLC tak bantu orang Melayu". Itu soalan bodoh namanya.


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates