Rabu, 27 November 2013

GLC Kedah : Be very sensitive la

Dah hampir 7 bulan dah BN memerintah Kedah. Banyak perancangan sudah dan sedang dibuat di bawah pimpinan DPMM kita.

Makmal Transfomasi Kedah telah dianjurkan. Pelbagai input telah diterima dan bakal dibentang untuk kelulusan semua. DPMM dalam hal ini sangat agresif dan beriltizam untuk melaksanakannya.


Beliau sentiasa menyuarakan hasrat beliau untuk TRANSFOM Kedah menjadi sebuah negeri yang maju aman dan makmur. Kedah ingin dijadikan Economic Power House di Malaysia. Alor Setar ingin dijadikan bandar Metropolis. Padang Sanai ingin dijadikan Bandar Getah yang elit dan lengkap. Jerlun ingin dijadikan pusat minyak. Bukit Kayu Hitam juga tidak ditingggalkan untuk sama bergerak menjadi pusat logistik dan industri minyak.


KHTP juga bakal diberi nafas baru untuk menjadi lebih hebat dengan menarik lebih ramai pelabur besar (Mungkin berjaya jika diterajui oleh orang yang berwibawa). Sg Petani bakal dirancakkan dengan perumahan dan perindutriannya. Daerah-daerah seperti Sik dan Baling tidak dilupakan juga.
Tetapi apakah GLC milik Kedah sudah bersedia untuk semua ini?

Atau mereka masih tidur lena dibuai 5 tahun tidak berbuat apa-apa? Cuba lihat laman rasmi sesawang mereka! Ini baru beberapa yang KedahTimes sempat jenguk. Banyak lagi seperti KSDC, KLKK, yang tidak sempat KedahTimes jenguk.

Bangunlah dari tidur ....

ads

2 comments:

GMC berkata...

Yang GMC pelik.....masih ada EXCO2 UMNO yg kemaruk menyimpan barua2 PAS sebagai PA mereka hari ini...sedangkan BARUA2 PAS yg bertaraf PA UMNO hari ini lah dulunya bekas PA EXCO PAS yg cukup kurang hajar menghina UMNO....apakah EXCO2 UMNO yg ada hari dah tak ada org yg lebih layak menjadi PA mereka hari ini...eloknya terajang saja bekas PA EXCO PAS dulu yg hari ini berpura2 setia bersama UMNO.....sebenar EXCO2 UMNO mungkin tak sedar bahawa inilah”BARUA” yg mereka simpan bagi menikam mereka dan UMNO dlm PRU14 nanti…
Harap EXCO2 UMNO yg masihkemaruk nak menyimpan “BARUA” PAS ini sebagai PA mereka segera terajang je ke bahagian lain…krn mereka ni tak layak menjadi PA pada EXCO UMNO hari ini krn satu hari nanti…mereka inilah yg akan membekal maklumat untuk membunuh UMNO dlm PRU14..
Apa yg GMC faham kan bekas PA pada EXCO PAS ini….suaminya org kuat PAS Kedah….jadi eloklah tindakkan segera perlu diambil oleh EXCO UMNO yg terlalu kemaruk nak guna khidmat Musuh dlm selimut ini…ingatlah masih ramai diluar sana yg lbh layak menjadi PA pada EXCO UMNO hari ini…jgn EXCO UMNO pula yg cuba menjadi musuh dlm selimut utk membunuh UMNO dari dalam…!!

Tanpa Nama berkata...

lagi satu MB pun patut segerakan semua tindakan pemutihan ini, jangan dilengahkan, dulu pas ambik khtp tendang org tak bagi apa2 pampasan pun, ni pi bagi 3 bulan gaji pampasan, kira baikla kita ni. Apa pun jgn bagi peranan exco bertindih, clearkan dulu peranan exco, jgn jadi celaru. Yg menanggung kerja tu pun patut dikeluarkan dari KHTP kerana masih tak update website, dok tunjuk HJ lagi yg jadi presiden kat situ

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates