Isnin, 25 November 2013

IMAM yang ingkar, Pecat sahaja

KedahTimes ingin highlightkan isu berkaitan imam yang dilantik oleh Duli Yang Mulia Sultan Kedah bagi mengetuai khariah masing-masing di Kedah.

Mereka dilantik berdasarkan atas kelayakkan mereka dari segi ilmu agama dan perwatakan mereka yang boleh memimpin serta mendidik anak khariah masing-masing. Mereka dianggap sebagai wakil Sultan dan MB untuk menyatupadukan anak khariah serta membimbing mereka menjadi anak khariah yang patuh kepada hukum syariah.


Mungkin semasa nak menjadi imam khariah tu, mereka menunjukkan sifat dan sikap yang baik. Tetapi

Setelah mendapat jawatan, maka terserlalah sifat dan sikap sebenar. Mereka tanpa segan dan silu merosakkan keharmonian khariah dengan menjadikan masjid mereka pusat membawa penceramah politik kebencian yang amat buruk.

Masjid dijadikan medan untuk mereka berpolitik kebencian dan perpecahan. Masjid dijadikan pusat menyebarkan ideologi politik sempit parti mereka. 

Jika semua ini dibiarkan berleluasa, maka khariah sudah tentu berpecah akibat tindakan-tindakan imam yang membiarkan penceramah memberi ceramah atau tazkirah berbau politik kepartian. Hasilnya umat Islam di Malaysia akan berpecah belah. Bukan Islam dengan senang akan mengambilalih kuasa dan sebagainya.

Maka itu KedahTimes amat bersetuju jika Kerajaan negeri memecat imam-imam yang berkelakuan sebegini. Imam ini boleh dianggap INGKAR kepada arahan ketua dan tidak ikhlas dalam memperjuangkan kesatuan Ummah.


Imam-imam sebegini pertamanya mengingkari suruhan Allah SWT supaya memimpin khariah kepada kesatuan dan kebaikan.

Kedua, imam-imam sebegini ingkar kepada perintah Sultan Kedah yang menjadi ketua Agama Islam tertinggi.

Ketiganya, imam-imam ini mengingkari arahan Menteri Besar Kedah yang mewakili Sultan dalam mengurus dan mentadbir organisasi negeri yang mana imam-imam sebegini berada di Jabatan dibawah seliaan Menteri Besar.

Jika semua perintah sudah mereka ingkari, apa lagi sebab untuk tidak memecat mereka. Malah mereka tidak boleh mempertikaikan pemecatan tersebut kerana mereka yang melakukan kesalahan.

KedahTimes menyeru kerajaan mengambil tindakan segera kerana parasit-parasit yang bertopengkan imam ini bakal memusnahkan masyarakat dan negeri serta negara.

Kita jadikan Masjid-masjid kita sebagai pusat kesatuan, aktiviti agama dan masyarakat, perlonjakkan ekonomi ummah dan semua amalan yang tidak memecahbelahkan umat Islam.


Berikut adalah antara tanggungjawab dan senarai tugas Imam sesuatu masjid:

  • Menjadi pegawai syarie dalam kariah masjid itu dan mengimamkan solat fardhu dan apa-apa solat berjemaah lain di masjid itu;
  • Mengetuai urusan fardu kifayah ke atas jenazah orang Islam yang mati di kariah masjid itu sehingga sempurna dikebumikan;
  • Membaca khutbah Jumaat dan khutbah Hari Raya;
  • Memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam perkara-perkara tentang agama Islam kepada anak kariah masjid itu sedaya upayanya
  • Mengetuai, mengawasi dan mengatur pengajaran agama Islam di kalangan anak-anak kariah masjid itu;
  • Membimbing bilal, siak dan anak kariah masjid itu dalam menjalanan tugas-tugas Imam;
  • Menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid itu; dan
  • Menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Jabatan Agama


ads

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ramai imam yang ingkar perintah Sultan dan bila baca kutbah suka menyentuh hal-hal politik dan penuh dengan perasaan dendam dan iri hati adalah mereka yang berlatarbelakangkan parti PAS.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates