Isnin, 11 November 2013

Kami Menulis Bukan kerana Nama

Salam semua,

Sudah lama sebenarnya KedahTimes tidak menulis tentang hal-hal politik terutama sewaktu PRK Sg Limau yang lalu. 

PRK Sg Limau menyaksikan semua jentera UMNO dan BN berada disana. Ramai blogger berbayar dan tidak berbayar berkampung di Sg Limau. Jadi KedahTimes tidak perlulah sangat memberi fokus kepada PRK tersebut. Sekali sekala saja KedahTimes meronda kesana dan memberi feedback secara terus kepada pihak berkaitan.

Seperti kata KedahTimes kepada seorang yang berkuasa bahawa KedahTimes bukan ahli Politik tetapi seorang pejuang. Jadi tidak perlulah rasa takut jika KedahTimes ingin bersama mereka berebut jawatan dalam parti. Buat masa sekarang .... di masa hadapan Allah Maha Mengetahui.

Untuk pengetahuan pelawat dan pembaca semua, KedahTimes menulis bukan untuk mencari populariti, BUKAN mencari fulus untuk menyara hidup diri dan keluarga. TETAPI kerana KedahTimes adalah seorang pejuang. Pejuang yang ingin melihat Bangsa Agama dan negara nya berada dalam keadaan yang sepatutnya.

KedahTimes tidak kisah jika tiada orang mahu menjenguk blog ini, malah KedahTimes tidak mahu memaksa sesiapa membaca apa yang difikir dan ditulis KedahTimes. Kerana KedahTimes menulis bukan kerana nama.

Tetapi KedahTimes tidak sanggup melihat pencabulan, kerosakan dan penghinaan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu terhadap Bangsa, Agama dan Negara ini. Sebab itulah KedahTimes terus menulis dan mencurahkan pendapat untuk dikongsi.

Kepada sesiapa yang tidak ingin melawat atau membaca, KedahTimes tidak melarang atau menyuruh atau memaksa untuk membaca. Malah KedahTimes tidak memaksa untuk pembaca menerima apa yang cuba disampaikan secara total. Tetapi KedahTimes sudah menunaikan tanggungjawab dalam bentuk penulisan.
KedahTimes faham, berapa kerat sengat orang Kedah khasnya dan Malaysia amnya membaca blog picisan seperti ini. Malah yang melawatpun mungkin kawan-kawan atau saudara mara yang kesian melihat blog yang tidak mendapat pelawat atau sambutan. Nak sedapkan hati KedahTimes agaknya.

Malah KedahTimes percaya bahawa ramai politikus di Kedah yang tidak percaya bahawa penulisan dalam blog dan disiarkan melalui twitter dan facebook tidak memberi impak kepada kecenderungan sokongan orangramai kepada politik mereka. Tapi, ingatlah segala fitnah dan pembohongan pembangkang adalah melalui media sosial selain ceramah dan media konvensional.

Malah Malaysia merupakan sebuah negara yang rakyatnya aktif ber blog, ber facebook dan bertwitter. Jadi saya pun naik heran kenapa masih ada pemikiran terutama mereka yang aktif berpolitik merasakan semua ini tidak penting.

Membebel pulak ... KedahTimes boleh terima jika pakcik makcik kampung yang tiada internet berkata bahawa tiada orang baca blog, twitter atau facebook, tapi yang berkata sebegitu hari ini adalah mereka-mereka yang memaki hamun operator pembekal internet apabila mereka tidak boleh akses kepada internet.
Sebab itu KedahTimes melihat tiada perancangan strategik oleh UMNO atau BN dalam mempergunakan sepenuhnya media sosial dalam menyalurkan maklumat dan menarik rakyat mendekati mereka.

Media sosial hanyalah salah satu method dalam menarik rakyat mendekati kita serta menyalurkan maklumat. Banyak lagi unsur lain dalam mendekati rakyat. Tapi buat masa kini, inilah yang sedang hebat digunakan.

Sebagai mengakhiri bebelan KedahTimes hari ini, disiarkan lagu Ramli Sarip untuk semua. KedahTimes menulis kerana sifat kasih dan sayang kepada Bangsa Agama dan Negara. 

Hayatilah ....

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu




ads

1 comments:

usin berkata...

assalam tuan blogger kedah times, untuk menyokong pendapat anda, realitinya umno dan bn adalah '3LANGKAH' di belakang berbanding pr dalam penggunaan alam cyber. penguasa2 umno dan bn rasa selesa dan selamat dgn cara lama yang 'ortodoks'. hanya kekalahan total yang akan mengajar mereka. mereka lembab, kekal lembab dan selesa lembab.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates