Rabu, 27 November 2013

Kedah Bangga dengan Bina Darulaman Berhad

Bina Darulaman Berhad boleh dikatakan sebuah konglomorat Kedah yang berjaya. Satu-satunya jika KedahTimes tidak silap syarikat milik kerajaan Kedah yang disenaraikan di Bursa Saham. Kejayaan ini sepatutnya dikongsi bersama seluruh rakyat Kedah.

Bebarapa anak syarikat dibawah Bina Darulaman Berhad beroperasi dengan jayanya dan memberi pulangan yang amat baik kepada Bina Darulaman. Contoh terbaik ialah BDB Quarry yang KedahTimes rasakan perniagaan batu-batannya sangat berjaya dan menguntungkan. Jika tidak menguntungkan, masakan ia boleh bertahan sehingga kini?
KedahTimes, sudah lihat kuari tersebut beroperasi sejak jalan utama disitu tidak bertar lagi. Malah rasanya umor KedahTimes 3-4 tahun pun kuari itu sudah wujud. Memang BDB Quarry syarikat yang berjaya. Dan Bina Darulaman Berhad menjadi sebuah syarikat yang amat berjaya di Kedah sehingga megah berada di Bursa Malaysia.

Cuma agak terkilan bila ada suara-suara kedengaran yang syarikat yang disenarai ini dihuni oleh ramai yang kerja mereka asyik hantam UMNO dan BN. Benarkah apa yang dikata?

Mungkin benar kerana selama 5 tahun, nombor satu Bina Darulaman adalah orang kuat PAS bernama Sathik. Sehingga saat akhir PAS di Kedahpun Sathik masih konfiden yang PAS akan kekal menerajui Kedah.

Ini bermakna, Bina Darulaman pun seperti KTPC juga. Ramailah orang-orang mereka diletakkan dalam syarikat ini dan mereka berperanan seperti tentera anai-anai yang kerja kalau boleh nak rosakkan apa yang sudah elok secara perlahan. Malah mereka sentiasa berusaha dan berharap agar PAS dan PR dapat kembali semual memerintah Kedah. Mereka hanya duduk diam buat sementara.

Seperti saranan KedahTimes sebelum ini, seorang professional yang sentiasa mengutamakan orang Melayu perlu diletak di Bina Darulaman demi menjaga nama baik kerajaan Kedah disamping membawa syarikat ini ke mercua kejayaan yang lebih cemerlang.

Parasit-parasit yang sekarang ini ibarat beruang kenyang yang tidur patut diberi kata dua samada nak bekerja secara professional dan menurut arahan kerajaan sekarang atau cari kerja lain.

KedahTimes ingin melihat Bina Darulaman menjadi sebuah konglomorat yang mampu meneroka perniagaan diseluruh Malaysia khasnya dan dunia amnya. Bukan hanya jaguh kampung yang bersaing dengan syarikat kecil di Kedah.

Tetapi ketua dan pekerja mestilah mereka yang menjiwai hasrat Kerajaan semasa dan lebih mengutamakan bangsa agama dan negeri Kedah. Bukan PARASIT atau Pembangkang yang suka makan gaji buta!

ads

1 comments:

akubenciumngok berkata...

Yang hampa loghat serang GLC Kedah apasal? Biaq pilah sapa kerja pun. BN menang orang UMNO dok macam tu jugak! Balik2 orang PR yang untung.Buat apa sokong parti lemah macam UMNO!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates