Rabu, 20 November 2013

Memacu Transformasi Kedah - 4

Kakitangan Kerajaan Persekutuan yang berkihidmat di Kedah, berperanan untuk memastikan bahawa segala bentuk bantuan dapat disalurkan dengan berkesan.

Saya amat menitik beratkan perihal etika, akauntabiliti dan integriti setiap kakitangan. Malah saya percaya setiap seorang dikalangan kita juga sentiasa yakin bahawa rasuah, salah guna kuasa, sifat pilih kasih dan pelbagai sifat negatif mesti dihindari. Kita tidak mahu lagi melihat kepincangan yang berlaku dalam urus tadbir KUIN kembali berulang dan memperlihatkan tentang ketidakupayaan kita untuk menguruskan organisasi dengan betul, cekap dan berkesan. Inilah cabaran kepada kita semua.
Baru-baru ini, saya berpeluang menganjurkan Majlis Jamuan Aidail Fitri di Padang Sera. Alhamdulillah, ianya dikunjungi ramai tetamu. Seorang ibu tunggal Kak Noriah bertemu saya sambil mengendong anak kecilnya, bertanyakan tentang permohonan rumahnya. Beliau terlalu mengharapkan bantuan saya, tetapi beliau sebenarnya seorang dikalangan ribuan yang mempunyai masalah yang sama.

Saya juga ada bersembang dengan Radzi, seorang anak muda yang menganggur. Keresahannya terukit di raut wajahnya, Kedua ibubapa Radzi terlantar sakit di rumah. Adiknya masih di bangku sekolah. Mereka sekeluarga tiada pendapatan tetap. Diploma di tangan Radzi tidak menjamin pekerjaan. Harapan Radzi banyak bergantung kepada kerajaan agar nasib keluarganya terbela.

Nasib ibu seperti Kak Noriah dan anak muda seperti Radzi lah yang perlu kita perjuangkan. Jika kita sendiri tidak menghadapi masalah seperti yang mereka hadapi, janganlah kita menghampakan mereka. Terletak di dalam tangan kita keupayaan untuk meringankan beban Kak Noriah dan Radzi. Sedikit bantuan yang kita lakukan sangat bermakna bagi mereka berdua.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates