Khamis, 21 November 2013

Memacu Transformasi Kedah - 5

Prinsip-prinsip urus tadbir yang baik tidak akan terlaksana jika penjawat-penjawat awam meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan awam. Masalah inilah yang sering kali mengganggu gugat kestabilan organisasi untuk terus maju ke hadapan.

Apa yang lebih penting bagi saya adalah perubahan sikap dan budaya kerja kita. Prestasi diutamakan, sebagaimana saranan YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kita sekarang, adalah langkah berterusan bagi menghasilkan budaya kerja kelas pertama.

Rakyat amat mengharapkan kita sentiasa memberi perkhidmatan sebagai satu pasukan, jangan dibenarkan ada perpecahan antara kita sehingga menghampakan rakyat.

Jangan sekali-kali lupa, bahawa KCS dinaungi oleh Kebawah Duli Maha Mulia Tuanku Sultan, maka imej dan reputasi Baginda juga terkesan dengan setiap tingkah laku kita. Jangan sesekali naungan itu dicemari. Begitu juga, imej dan reputasi YAB Perdana Menteri dengan kakitangan kerajaan Persekutuan di Kedah. Dan lebih penting dari itu, TAKUTLAH dengan balasan Allah SWT, Jauhilah kemungkaran

Nota : KedahTimes jika diizinkan akan menyiarkan beberapa akujanji kerajaan BN yang sedang dan telah ditunaikan.
ads

1 comments:

siti berkata...

Kawan sangat setuju dengan tulisan tuan untuk artikal ini.kakitangan awan harus perbaiki mutu perkhidmatan dan paling terpenting elak dari kelakuan curi tulang and low peformance......yang demikian akan merugikan negara.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates