Khamis, 21 November 2013

Memacu Transformasi Kedah - 6

Saya sedar apa yang telah saya gariskan bukan mudah untuk dilaksanakan. Setiap transformasi yang perlu kita lakukan pasti akan menuntut pengorbanan. Namun, saya yakin tuan-tuan dan puan-puan mampu dan bersedia untuk melakukannya kerana sejak bila kakitangan Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan gentar menghadapi cabaran?

Di luar sana memang ada yang menantikan kegagalan kita. Mereka jugalah yang pernah suatu ketika dahulu meragui kemampuan kita membina mercua kebanggaan bangsa seperti menara berkembar KLCC. Klau tuan-tuan dan puan-puan juga dari kalangan pesimis seperti mereka, maka benarlah kita akan gagal.

Tapi, kalau tuan-tuan dan puan-puan bersama saya, impikan sebuah negeri yang aman dan makmur.

Dan tuan-tuan dan puan-puan seperti saya bertekad dan bersungguh-sungguh berusaha menjayakan setiap tugas dan tanggungjawab kita.

Dan tuan-tuan dan puan-puan seperti saya, percaya bahawa inilah masanya dan kitalah orangnya, yang akan melakar satu masa depan yang gemilang untuk negeri yang kita cintai ini.

MAKA BESAMA_SAMALAH KITA BULATKAN ILTIZAM, KITA KENTALKAN SEMANGAT, DEMI TANAH PUSAKA IBUNDA.

MARILAH BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI KEDAH.
ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates