Selasa, 12 November 2013

@MukhrizMahathir Gelombang Berani ...

Bermula dengan calon untuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Paduka Mukhriz menggunakan tagline atau slogan yang bermula dengan BERANI. Bagi pertandingan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, tagline BERANI BERUBAH menjadi pilihan.

Bagi KedahTimes, DPMM memang berani. Beliau berani berubah. Beliau berani menongkah arus dizaman Pak Lah. Beliau berani mengkritik sesuatu yang dilakukan yang merugikan bangsa agama dan negara. Tetapi adakah penyokong-penyokong beliau pada waktu itu juga berani berubah?

Mereka hanya berani berubah di mulut saja kerana realitinya Tidak kerana BERANI BERUBAH tidak menang dalam pemilihan.

Seterusnya beliau memasuki gelanggan pertandingan Naib Presiden UMNO dengan tagline Berani Berubah. Semangat beliau untuk merubah cara berpolitik, cara UMNO ditadbir, cara UMNO mendekati generasi X dan Y dan cara mendekati golongan agama dan ilmuan, menjadi igauan kepada musuh atau lawan politik beliau. Semangat berani berubah bergumandang di merata tempat, akar umbi dan malah bukan ahli UMNO pun bersemangat untuk berubah. Tetapi adakah pengikut-pengikut DPMM berani berubah?

Jawapannya TIDAK. Mereka cakap tidak serupa bikin. DPMM kecundang dalam pemilihan Naib Presiden. Kata-kata penyedap hati Presiden dan Timbalan Presiden hanyalah manis dimulut saja. Kekalahan beliau menjadi kebanggaan mereka. Mereka berjaya menyekat akar umbi dari membawa gelombang untuk berubah dalam UMNO.

Ibarat perkataan keramat, BERANI sekali lagi digunakan pada PRK Sg Limau. Berani Hijrah menjadi pilihan. DPMM membawa agenda berani berubah dengan penuh semangat. Cara politik baru cuba dibawa beliau, tetapi adakah pengikut atau penyokongnya berani hijrah?

BN Kecundang lagi di PRK Sg Limau. Mereka-mereka yang mengetuai UMNO tidak pernah berani untuk berubah atau berhijrah. DPMM berubah tapi mereka masih ditakok lama.

KedahTimes merasakan cakap-cakap besar berani berubah mereka yang berada disekeliling DPMM hanya cakap kosong. Mereka tidak pernah ada niat untuk berubah. Mereka berpura-pura berubah tetapi tidak pernah memahami apa maksud berubah. Sebenarnya mereka menjadi pengecut untuk berubah.

KedahTimes melihat jika pemimpin-pemimpin UMNO terus ditakok lama dan takut untuk berubah, PRU14 bakal melihat kuasa Melayu lain akan naik. Mungkin Kuasa ketiga. Mungkin ada kemungkinan tersebut.

KedahTimes masih ingat dalam kelas sains politik yang diajar masa di Universiti dulu, apabila parti politik sudah tidak lagi menjadi inspirasi kepada rakyat, maka pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bakal menjadi pilihan dan kuasa politik baru.

KedahTimes nak berpesan kepada semua yang ada dalam UMNO, ikhlas lah hati untuk berubah atau berhijrah. Kuasa yang dipegang hanya sementara. Kita tidak tahu apa akan berlaku 5 tahun lagi. Hanya Allah yang Mengetahui.

Semoga Gelombang Agama Bangsa dan Negara menyemarak dalam masa 4-5 tahun akan datang. Kita tegakkan kuasa Melayu dan Islam di Malaysia.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates