Khamis, 21 November 2013

Pejuang Perlu banyak bersabar

Sekali lagi KedahTimes petik artikel orang.

Maklumlah KedahTimes bukan kerja sepenuh masa dengan blog. Semua ahli KedahTimes ada karier tetap yang perlu dilaksanakan. Blog atau apa saja media sosial bukan tempat KedahTimes cari makan. Ada yang membuat 'development', ada yang bersama industri kimia, ada penjawat awam, ada yang membela lembu dan kambing serta ada yang bekerja dengan swasta.

Apa-apapun itu semua adalah sumber rezeki ahli KedahTimes, dan KedahTimes seperti dauhulu, kini dan InsyaAllah selamanya akan berjuang untuk Melayu, Islam dan Malaysia. Secara sukarela!

Bayangkan berjuang secara sukarela pun masih ada yang menganggap KedahTimes sebagai mengancam atau musuh. Inikan pula mereka-mereka sepertu dibawah....

Sambil menulis ni terdegar lagu Jamal Abdillah , antara bait-baitnya adalah ' dari desa ku merantau , ku memburu cita-cita , walau apa rintangannya , ku cuba mencari bahgia , keluhanku di rantauan , tak siapa mendengarkan , mungkin esok kan ku temui sinaran cinta suci '

Aku nak ubah lirik tu jadi ' dari kota ku merantau ke desa , ku memburu ... kemenangan Barisan Nasional ... walau apa rintangannya , ku cuba memenangginya , dan akhirnya menanglah sudah .. tepi kini..... medan ini kurasa kan sepi... keluhan di rantauan , tak siapa mendengarnya .. mungkin esok ku temui sinaran cahaya suci ' ...

SEBELUM PRU13

Aku tak nak cerita lebih pasal sebelum , kang di katakan pulak duk ungkit mengungkit !! apapun genaplah setahun aku kembali berjuang di Kedah bersama sahabat-sabahat aku dalam TMK setelah bertahun-tahun lamanya berjuang di tempat orang. Semuanya kerana sedih melihat Kedah lemah di rampas oleh Pas dahulu di tambah lagi dengan kelemahan BN Kedah.

Setahun yang aku anggap 'bolehlah' bagi kehidupan aku , sebenarnya dah lama aku nak luahkan tentang ini tapi kini keluaq jugak la.. Macam-macam aku dan sahabat-sahabat lalui ,makan , minum , lapar, dahaga , turun gunung naik gunung , redah sungai , parit longkang , redah pusat pelacuran , disko , pub dan macam-macam lagi , yang kadang-kadang hanya dibekalkan rm50-150 untuk setiap tugasan tapi kami tidak pernah persoalkan kerana apa ?? kerana mahu menangkan BN dan bongkarkann kejahilan pemerintah dahulu. itulah harga pengorbanan kami.

Jangan persoal perjuangan kami , kami juga perlukan duit untuk berjuang padahal lebih dari itu kami telah juangkan. Sanggupkah mereka-mereka lakukan seperti kami jika tiada wang ?? tupun tak pandangnya setakat rm50-150 setiap tugasan !!

Aku tak perlu cerita panjang lebar tentang perjuangan kami di Kedah , kerana sejarahnya telah tercatit di media maya sepanjang beberapa tahun ini. Ada juga tugasan yang kami buat sendiri telah di ciluk oleh agensi-agensi dengan bangga menyatakan merekalah yang buat benda tu.. huh !!

Aku sebenarnya bangga sebelum pru13 lalu , kerana banyak program yang di buat semangnya kami dijemput untuk membuat liputan tak kiralah ceramah ka , sidang dun ka , jumpa penduduk ka , tengok orang sakit ka , karnival ka semua di jemput ... itu sebelum PRU13 lalu ..

Aku nak ingatkan mereka-mereka yang sombong mengatakan BN Kedah kini kuat , itu hanya cakap-cakap bongkak akibat kemenangan Barisan Nasional dalam PRU13 lalu. Jangan lupa yang bahawa salah satu punca besar kemenangan BN Kedah adalah dari kelemahan dan pergolakkan teruk dalaman Pas sendiri.

Sebelum Pru13 kami ni adalah di berikan sedikit elaun untuk bekalan berjuang di Kedah oleh pihak pusat yang menghargai pengorbanan kami selama ini , tetapi ia hanya sampai bulan 6 sahaja .. apapun itu dah cukup buat kami bersyukur kerana rasa di hargai oleh pusat.


SELEPAS PRU13

Bulan ini genaplah setengah tahun BN Kedah kembali memerintah Kedah , macam-macam banda telah dibuat dan boleh dibanggakan yang di ketuai oleh Datuk Paduka Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah.

Macam-macam program juga yang dibuat oleh kerajaan BN yang kadang-kadang buat aku menitik air mata terkenang nasib aku dan sahabat-sahabat .. Setakat 6 bulan lalu sahajakah kami di perlukan dan di hargai ?? Selepas Pru13 banyak dengar pemimpin-pemimpin BN Kedah dan orang-orang mereka dibawa bercuti dan melancong di luar negara sedangkan kami hanya melancong dalam rumah menulis dan mendedahkan pelbagai isu pembangkang tanpa rasa muak dan jemu.

Ada dengar juga bau-bau untuk kami tapi hanya indah mulut dari longkang saja.. ia berlalu bak angin laut Tanjung Dawai yang menbelai dan hilang. Nak jumpa pemimpin BN dulu senang saja , sekali call terus jawab , la ni bila dah menang , sepuluh kali call , tak angkat-angkat !! inilah perjuangan , anggap ja pemimpin itu dan ini sibuk uruskan masalah rakyat kan !!

Nampaknya dah 6 bulan kami berjuang tanpa peluru , masihkah diri aku dan sahabat-sahabat aku terus bertahan berjuang di negeri kelahiran yang dah selesa menang !! Tuhan saja yang tahu !! Nak minta kerjapun susah , bukan minta duit , nak minta kerja untuk dapatkan duit untuk terus berjuang !!

Butakah mata mereka atau buat-buat tak nampak manusia yang mereka pernah minta tolong dan bantu mereka dahulu !! opsss mungkin aku dan sahabat-sahabat bukan kroni kot !!

Terasa dibakul sampahkan apa jua pergorbanan dan perjuangan selama ini !! Aku bangga dengan negeri-negeri lain yang terus menggunakan khidmat pejuang-pejuang maya seperti Selangor !! tahniah kepada pemimpin-pemimpin mereka yang terus berjuang bersama pejuang maya demi merampas kembali Selangor.

Buat pemimpin-pemimpin BN Kedah ... Ini baru permulaan , jangan bongkak dan ego !! Anda di perhatikan rakyat !!

Buat sahabat-sahabatku dalam TMK ... Kita tetap bersama dalam pasukan susah atau senang !!

Petik dari AktivisPendang Jr ahli Kumpulan TMK

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates