Khamis, 21 November 2013

Pengkhianatan Terbesar Dalam Kementerian Pendidikan Terhadap Umno dan Perdana Menteri


Usaha kerajaan BN mengeluarkan peruntukan yang besar untuk memastikan kakitangan kerajaan menghargai dan menyokong kerajaan hampir pasti akan menjadi usaha yang sia-sia semata-mata.

Ini kerana terdapat satu tindakan yang tidak masuk akal dan bukan lagi berbentuk kecuaian atau kesilapan,  melainkan disengajakan bagi menaikkan kemarahan guru-guru kepada pelaksanaan sistem pendidikan.

Tindakan tersebut bukan lagi satu kesilapan atau kecuaian, malah ia berbentuk pengkhianatan yang terbesar, yang sengaja dilakukan bagi menyakitkan hati 400,000 orang guru. Ini belum termasuk ibubapa yang akan memandang sinis pelaksanaan PBS ini apabila prestasi pelajar dibuka kepada mereka kelak.

Sistem muatnaik prestasi pelajar dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang lembab, sering terputus,gagal dimasuki langsung pada waktu normal, data yang telah dimasukkan hilang, tidak boleh login, modul yang tidak berfungsi, muatnaik yang 99% gagal, hanya berfungsi dengan tempang itupun pada waktu dinihari bermula jam 2 pagi ke atas. Pengkhinatan ini dilakukan dengan gandingan JPN, PPD yang akan menekan pengetua dan guru-guru untuk memuatnaik data juga, walaupun sepatutnya mulut mereka dihalakan kepada pembina dan pengoperasi sistem.

JPN dan PPD seolah-olah dikembirikan oleh pengorperasi sistem SPPBS ini, dan hanya mampu menjadi badut suruhan, untuk menekan guru-guru bagi terus menggunakan sistem yang tidak layak dipanggil tempang sekalipun.

Bukanlah masalah sering terputus sambungan, kegagalan muat naik, tidak boleh login, data yang hilang ini berlaku sebulan dua, tetapi sudah dua tahun sistem ini secara konsisten berkeadaan sedemikian.

Apa masalahnya untuk mendengar rintihan guru2 dan memperbetulkan sistem ini, jika dibandingkan dengan sistem tiket airasia atau maybank, yang melayan pelanggan yang jumlahnya jauh lebih besar.

Alasan yang sering diberikan adalah sistem sedang diselenggara, sedangkan sistem SPPBS ini bukan berada ditahap perlukan penyelenggaraan, sebaliknya perlukan pembersihan total daripada tindakan khianat. Kegagalan sistem boleh diperbaiki, tetapi menekan guru2 untuk bangun pukul 2 hingga 4 pagi selama berbulan2bagi menggunakan sistem yang terencat adalah satu pengkhianatan.

Sistem ini sepatutnya ditutup jika tidak mampu diperbaiki, dan bukan memaksa guru2 untuk memasukkan dat pada pukul 2 - 4 pagi, untuk dihilangkan, dan disusuli dengan tekanan dari JPN supaya guru melalui semula proses memasukkan data yang lembab dan amat daif tersebut.

Semoga kementerian kesihatan tidak lagi mendengar sebarang alasan dari pihak yang terbabit dalam operasi SPPBS ini, kerana ingatlah, ini bukan satu tidakan dari kesilapan, sebaliknya satu pengkhianatan yang disengajakan.








2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Dah dekat 2 tahun meluat. Aku mungkin orang yg keentah berapa puluh ribu rasa berbulu. Dah la kena bangun awal pagi, tapi sistem still macam kura2 sakit perut. KPM selalu "PERASAN" sistem yang mereka guna pakai tu dah teramat canggih! Kalau tanya benda ni kt Lembaga Peperiksaan, jawapan yang diberi boleh sebabkan kembang bontot. "Dulu kami hanya ada 2 server, kini LPM dan ada 22 server, guru-guru tak perlu bangun awal pagi nak 'key in' data..bla bla bla. Kemain sedap ayat keluar. Malas nak cakap banyak. Kalau sistem macam zaman batu, tutup je sistem tu. Buat macam biasa. Belajar style dulupun boleh jadi cikgu, jadi doktor, jad peguam, jadi menteri dan jadi macam-macam. Kena ingat, cikgupun perlu tidur yang cukup sebab esok nak mengajar. Cikgu ada OT ke buat kerja pukul 2-3 pagi? PPD dan JPN, jangan halakan moncong korang ke sekolah dan berleter marahkan cikgu. Halakan moncong korang ke KPM!!!

Tanpa Nama berkata...

KPM ialah satu-satu nya kementerian yang indah khabar dari rupa.

1.buat perancangan tapi tak ikut kemampuan.terori atas kertas saja.
2.masaalah guru KPM tak tahu.
3.56 tahun merdeka masaalah penempatan guru pun kelam kabut.Semua jawapan menteri parlimen pembohong saja.Menteri atau timbalan menteri cuma baca apa yg ditulis oleh pegawai.
4.masaalah pasangan guru berjauhan adakah KPM ambil berat.Mereka buat ikut suka sahaja..Sebab itu bila undi mereka pangkah pambangkang.Mereka meluat dgn KPM.
5.Rupanya dalam KPM pun ramai juga anti kerajaan.Mereka pun seronok bila ada guru anti BN.Inilah puncanya ramai guru meluat dgn BN.
6.Ada timbalan menteri jawap dalam parlimen kata isteri minta balik kampung.Sebenarnya ikut suami..Itulah kalau menteri pun kena jual dengan pegawai.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates