Selasa, 12 November 2013

Setiausaha Politik : Kemana arah tuju mereka

KedahTimes petik rintihan Jebat Berkokok berkenaan dengan SU Politik samada kepada Menteri atau Menteri Besar.

KedahTimes boleh nampak ada SU Politik yang hanya jadi pengangkat bag bos dia. Ada SU Politik yang asyik gila menaikkan diri dia dalam politik. Ada SU Politik yang menjadi macam bini muda yang gila nak kawal itu dan ini. Ada SU Politik yang makan gaji buta saja. 

Yang paling ketara ialah SU Politik menjadi medan untuk menaikkan imej dan nama mereka dalam bidang politik walaupun akar umbi sudah tolak mereka.
Apa-apapun, tuga utama SU Politik ialah membantu bos dengan ikhlas, bukan ada udang disebalik batu.


Setiausaha Politik... jawatan besar di Pejabat bapak Menteri.. Dulu masa kecik kalau aku dengar nama Setiausaha Politik boleh jadi gerun satu badan dan boleh tabik spring dibuatnya.. Suatu ketika dulu semasa zaman sekolah pernah aku terserempak dengan seorang Setiausaha Politik, Setiausaha Politik sapa tah aku pun tak tahu... Nampak dia aku jadi gerun dan terasa besarnya jawatan yang disandang.. mungkin kerana terlalu hampir dengan bapak Menteri.. Itu dulu... sekarang sudah lain dan ramai orang yang dah mungkin lupa wujudnya jawatan itu di pejabat bapak Menteri.

Dah banyak siri pilihanraya kecil berlangsung.. kelibat Setiausaha Politik jarang jarang benar kelihatan.. Benar.. tugas Setiausaha Politik adalah membantu bapak Menteri mereka tapi rasanya tak salah kalau Setiausaha Politik membantu parti. Ada orang kata Setiausaha Politik ni membantu bapak Menteri tapi dalam pilihanraya kecil.. kelibat bapak Menteri yang lebih kerap nampak dari kelibat Setiausaha Politik sendiri. Apa tugas Setiausaha Politik sebenarnya pada masa ni? Aku keliru.. takkan dengan jawatan yang sebesar itu tidak ada apa yang disumbangkan.

Ada orang kata ada segelintir Setiausaha Politik kerjanya mengangkat beg bapak Menteri.. Kalau betullah keadaan tu dah jadi peon pulak Setiausaha Politik.. Tapi bila fikirkan balik.. ramai Timbalan Menteri pun orang tak kenal inikan pulak Setiausaha Politik..

Kita nak tengok bila Setpol Setpol ni akan lebih agresif untuk membantu parti... Kalau jawatan sebesar tu tapi sibuk mengangkat beg eloklah serahkan pada orang lain yang lebih bersedia untuk memberi idea idea bernas..

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates