Isnin, 11 November 2013

Tugas dan peranan Setiausaha Politik

Disini KedahTimes petik dan edit serba sedikit tulisan Kuda Ranggi berkaitan dengan Setiausaha Politik. Menarik kerana dia menceritakan tentang Setiausaha Politik Menteri atau Timbalan Menteri. Tetapi KedahTimes lebih suka fokus kepada SUPOL kepada menteri Besar atau Ketua Menteri.

Seperti yang ramai sedia maklum, apabila seseorang Ahli Undangan Negeri dilantik menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri, dia dibenarkan melantik beberapa orang pembantu untuk membantunya dalam tugas-tugas harian.

Pembantu-pembantu ini terdiri daripada Setiausaha Sulit Kanan selaku ketua pentadbir pejabat menteri besar atau ketua menteri, Setiausaha Politik yang menjalankan tugas-tugas berkaitan politik, Setiausaha Akhbar yang bertindak sebagai penghubung antara menteri besar atau ketua menteri dengan media, Setiausaha Sulit yang menjalankan tugas-tugas tertentu seperti diarahkan oleh menteri besar atau ketua menteri dan Pegawai Khas yang tugasnya tertakluk kepada bidang tugas seseorang menteri besar atau ketua menteri.

Disini ingin diperkatakan mengenai bidang tugas dan peranan Setiausaha Politik atau SUPOL kerana tidak semua menteri besar atau ketua menteri memerlukan SUPOL dan keadaan ini menjadikan tugas SUPOL tidak relevan atau tidak berkaitan dan SUPOL itu boleh dikatakan makan gaji buta.

Tugas utama SUPOL ialah membuat laporan bertulis mengenai apa jua hal yang berkaitan politik, sama ada politik dalaman parti bosnya atau perkembangan politik parti-parti komponen ataupun parti pembangkang. Jika bosnya seorang menteri besar Umno, maka semua hal-ehwal berkaitan Umno di kawasan jajahan yang diwakili hendaklah diambil tahu dan dilaporkan kepada menteri besar. Ini penting kerana Pak Menteri Besar perlu mendapat tahu atau mendapat maklumat terkini supaya dia dapat membuat sebarang keputusan yang perlu berkaitannya.

SUPOL juga mesti bertanggungjawab apabila berlaku sesuatu bencana atau tragedi di kawasan Pak Menteri Besar kerana setiap perkara yang berlaku ada kaitan dengan urusan politik. Pak Menteri Besar mesti dilihat sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab dan sekiranya dia tidak ambil berat tentang masalah rakyat, besar kemungkinan dia akan ditolak oleh rakyat pada pilihan raya akan datang. Oleh itu, peranan SUPOL untuk mengambil tahu dan bertanggungjawab amat penting untuk bosnya itu.
Pendek kata semua tugas politik dipikul oleh SUPOL termasuk berperanan aktif untuk mempastikan parti bosnya, katalah Umno, hidup dan bergerak aktif di semua peringkat dan cawangan. Jika cawangan-cawangan dalam sesebuah kawasan tidak aktif, ia akan memudahkan parti lawan masuk dan bertapak.

Jika diteliti, kita akan dapati bahawa tugas SUPOL adalah tugas politik untuk orang politik. SUPOL biasanya orang parti yang dipercayai oleh bosnya. SUPOL juga bertindak sebagai ejen atau orang kanan bosnya apabila tiba musim pemilihan parti yang boleh menaikkan kedudukan bosnya dalam parti.

Didapati kebelakangan ini ada beberapa orang SUPOL yang tidak aktif dan seolah-olah tidak tahu membuat kerja dengan cekap dalam membantu partinya. Pak Menteri Besar harus berhati-hati memilih calon untuk jawatan SUPOL jika dia ingin bertahan lama dalam politik. Dunia SUPOL bukan dunia glamor atau dunia yang diisi dengan publisiti tetapi SUPOL adalah orang dibelakang Pak Menteri Besar, seboleh-bolehnya tidak menonjol atau melebihi bosnya.


ads

1 comments:

groundeyes berkata...

Supol atau jwtn glamernya setpol adalah 1 jwtn yg sering difahami umum sbg org kanan mb/km yg bertanggungjawab dlm semua urusan politik bosnya. Sebut saja bila si polan ialah setpol mb, sudah pasti yg tak memahami skop tggjwb seorang mb yg sebenarnya akan terpesona lantas menganggap apa saja pandangan, tingkahlaku, keputusan, kata2 si polan akan difahami sbg pandangan bosnya. Sbb itu apabila seseorang setpol tu bersuara, secara tak langsung org2 yg mendengarnya 'terpaksa' akur krn anggapan 'setpol mb' yg kata. Padahal kemungkinan itu bukan pendirian @ polisi bosnya sendiri. Jadi kena betulkan persepsi dgn menjelaskan bidang tugas, tggjawab & kuasa pegawai2 mb/km.
Sekadar ingatan: jgn salahguna kuasa yg diberi secara direct atau indirect.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates