Khamis, 12 Disember 2013

Blogger Kedah

Sebelum dan selepas PRU13 yang lalu, ramai tertanya-tanya siapa blogger DPMM?

Persoalan ini KedahTimes tidak tahu nak jawab kerana  pertamanya KedahTimes tidak tahu dan keduanya tiada siapapun yang pernah dibayar oleh DPMM untuk berblog bagi pihaknya.

Mukhriz.com adalah blog beliau sendiri yang diuruskan oleh stafnya. Selain dari itu tiada siapa yang menjadi blogger separuh atau sepenuh masa beliau.

Yang menulis mempromosi atau mempertahankan beliau adalah mereka-mereka yang menyokong perjuangan beliau. Beliau amat sinonim dengan Aliff Baa Taa. Sebab itu ramai blogger, facebooker atau pemain twitter membantu beliau tanpa ada sebarang perjanjian atau bayaran.

Itulah unik DPMM. Dan KedahTimes berharap beliau akan kekal begitu. Jadi sebagai blogger professional (jika kita betul-betul professional), eloklah kita tidak sesekali guna nama beliau dalam tindakan kita yang boleh merosakkan nama dan imej beliau.

Jika kita nak serang sesiapapun, ianya atas kapasiti kekuatan kita sendiri. Jika kita rasa kita betul, teruskan sebaliknya jika kita saja-saja nak perkatakan tentang orang lain, jauhi dari guna nama DPMM.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates