Khamis, 5 Disember 2013

Candi-Candi pernah dimusnahkan sendiri oleh penduduk Lembah Bujang

Fakta-fakta menarik yang perlu kita ketahui tentang lembah bujang.

Lamb (1959) telah mengemukakan beberapa peringkat perkembangan kebudayaan di Lembah Bujang dan kawasan sekitarnya.

Peringkat Perkembangan Awal Pengaruh Buddha.
Peringkat ini bermula pada abad ke-4. Kawasannya meliputi Bukit Meriam, Bukit Choras dan sekitar tepi pantai. Agama Buddha di bawa masuk melalui aktiviti perdagangan. Banyak candi dibina dan ditemui di kawasan-kawasan ini.
Peringkat Kegemilangan Kerajaan Srivijaya.
Pada abad ke-7 hingga abad ke-9, Lembah Bujang berada di bawah naungan Kerajaan Srivijaya. Lembah Bujang turut berkembang sebagai pusat perdagangan dan perkembangan agama Hindu di nusantara kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Kerajaan Srivijaya.

Peringkat Pengkalan Bujang.
Peringkat ini merangkumi abad ke-10 hingga abad ke-14. Lembah Bujang telah mencapai taraf pelaburan entrepot. Agama Hindu-Buddha telah berkembang ke kawasan Matang Pasir, Merbok, Batu Lintang dan Tikam Batu.

Peringkat Kuala Muda.
Peringkat ini berlaku pada abad ke 14. Perubahan muara Sungai Muda telah menyebabkan perkembangan kebudayaan semakin malap. Candi-candi banyak dibina di kawasan pedalaman.

Ahli-ahli sejarah lain pula mengatakan agama Hindu-Buddha dibawa masuk ke Lembah Bujang melalui tiga tahap. Tahap pertama ialah tahap Buddha awal. Ia berlangsung dari abad ke-4 hingga abad ke-5. Mubaligh-mubaligh agama Buddha telah masuk untuk berdagang bersama pedagang-pedagang India.

Tahap kedua ialah tahap Hindu iaitu penganut Dewa Siva. Tahap ini berlaku dari abad ke-6 hingga abad ke-8. Pada masa ini, Kerajaan Srivijaya ialah pusat penyebaran agama Hindu yang terkenal. Ia sekaligus dibawa ke Lembah Bujang melalui aktiviti penaklukan, perkahwinan dan hubungan diplomatik. Pada masa itu, Lembah Bujang masih berada di bawah naungan Kerajaan Srivijaya. Lembah Bujang seterusnya menjadi pusat agama Hindu menggantikan Srivijaya.
Tahap yang terakhir ialah tahap Buddha aliran Mahayana. Ia bermula pada abad ke-9 hingga abad ke-14. Pada masa ini, penduduk tempatan telah berkemahiran membina candi dan menguasai tulisan India terutamanya tulisan "Pallawa".

Pengaruh Lembah Bujang mula merosot apabila agama Islam dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab dan kemunculan beberapa pelaburan baru seperti Melaka, Acheh, Singapura dan sebagainya. Penduduk sekitar Lembah Bujang mula menganut agama Islam dan menghapuskan bukti-bukti peninggalan agama Hindu-Buddha.

Selain itu, perubahan muara Sungai Muda dan sungai-sungai berdekatan yang semakin cetek menyebabkan pedagang beralih ke pusat perdagangan lain.

Penulisan sejarah di Kedah Tua amat bergantung kepada peninggalan-peninggalan arkeologi di Lembah Bujang. Proses carigali adalah salah satu kaedah arkeologi. Penyelidikan terhadap arkeologi di Lembah Bujang telah dimulakan pada sekitar tahun 1840an oleh Kolonel James Low. Penemuan ini menarik minat pengkaji-pengkaji lain untuk membongkar sejarah Kedah Tua.

Di sekitar Lembah Bujang sehingga hari ini, sejumlah 41 buah tapak arkeologi atau Tapak Tanah Bersejarah telah dikenalpasti.

Tapak arkeologi atau Tapak Tanah Bersejarah tadi mengandungi pelbagai tinggalan sejarah, seperti struktur atau jumpaan artifak sama ada berkaitan dengan perdagangan atau yang berkaitan dengan artifak keagamaan atau struktur bangunan candi.

Artifak perdagangan terdiri daripada pecahan seramik tembikar tanah, tembikar batu, porselin, kaca, manik serta peralatan yang digunakan oleh masyarakat kuno. Artifak keagamaan pula terdiri daripada candi, patung-patung dan arca.

Kebanyakan barang-barang yang ditemui ini dibuat daripada tanah liat. Bahan binaan untuk candi pula terdiri daripada batu bata, batu sungai, mineral laterit dan batu granit.

Terdapat beberapa candi yang terkenal di Lembah Bujang yang telah ditemui, antaranya ialah Candi Bukit Batu Pahat (Tapak 8), Candi Kampung Pangkalan Bujang (Tapak 19,21 dan 22), Candi Estet Sungai Batu (tapak 5 dan 11/3), Candi Kampung Pendiat (Tapak 16), Candi Kampung Permatang Pasir (Tapak 31) dan Candi Kampung Bendang Dalam (Tapak 50).

Candi-candi ini menjadi bukti bahawa Lembah Bujang pernah menjadi pusat penyebaran agama Hindu suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, sebahagian daripadanya telah musnah dan struktur asalnya tidak dapat dibentuk semula daripada bencana alam seperti banjir, hakisan, Perang Dunia II ataupun dimusnahkan oleh penduduk tempatan. Namun begitu, candi-candi ini tetap menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara untuk mengunjungi Lembah Bujang.

ads

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Srivijaya kerajaan MELAYU-Buddha lah, mana dapat kata Srivijaya tu kerajaan Hindu?

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan awal di seluruh Nusaserantau termasuk Nusantara, Nusakambangan, Nusa Antara, Nusa Tanggara (kini Indonesia), Nusa Kancana (kini Malaysia) dan Nusa Rantang (kini Selatan Siam, Selatan Filipina, Funan, Kambodia dan Campa) yang pastinya bukan kerajaan hindu mahupun buddha!!! Kerajaan-kerajaan tersebut adalah kerajaan yang menganut AJARAN IBRAHIM, agama yang menTAUHID dan mengESAkan Maha Pencipta. Kerajaan-kerajaan tersebut juga dikenali sebagai kerajaan BRAMAHANA, BRAHMA juga disebut BRAHMIN, kerajaan-kerajaan yang berdiri dicelah-celah kepesatan kerajaan penganut agama hindu dan buddha. Kerajaan-kerajaan berkenaan juga dikenali dengan masyurnya sebagai KERAJAAN MALAI-UR sempena nama asal kerajaan Ibrahim AS, manakala rakyat jelata pula dipanggil rakyat MALAI-UR. Ajaran Ibrah dikembangkan melalui 6 puteranya bersama Qethura melalui jalan sutera yang berpusat di Selatan India dan Campa. Tulisan Pallava yang mempunyai pengaruh tulisan Hebrew merupakan tulisan rasmi kerajaan BRAHMA di waktu itu. Candi-candi yang dianggap candi hindu atau buddha oleh para pengkaji yang rata-rata buta, rabun, pekak dan tuli sebenarnya adalah rumah-rumah ibadat dan pusat-pusat penyembelihan korban sempena gantian korban Ismail. Kerajaan-kerajaan awal Ajaran Ibrahim turut disokong oleh Raja Agung Iskandar Zulkarnaen dan terus menjadi kerajaan besar Darata dan Miritim di bawah penerus Seiwijaya, Darmasaraya, Sanjaya dll. Tolong perbetulkan kekeliruan tersebut!!!

Tanya Khidir berkata...

Istana Maharaja Kerajaan awal MALA-UR dahulunya dibina di kawasan luas sehingga berpuluh ekar. Terdiri Istana Utama, Balai Rong seri di luar istana, Istana Hinggap, Singgahsana di luar istana, Taman Larangan, Kolam Istirehat Utama yg berhubung dengan kolam istirehat ke2 yang lebih kecil, Bilik Mandian di Raja, Bilik Mandian Putera-putera di Raja, Bilik Mandian Puteri-puteri di Raja, Rumah Dayang-dayang, Rumah para pembesar, Kediaman Laksemana dan Panglima di Raja, Kediaman Para Pahlawan di Raja. Kolam istirehat di Raja berbentuk 4 segi memanjang dengan tangga bertingkat-tingkat ke bawah di sekeliling kolam hingga ke dasar kolam, kolam utama dicantumkan dengan laluan lurus ke kolam ke 2 yang agak jauh juga jaraknya. Permukaan air kolam dihiasi dengan rumpun teratai dan juga terdapat tiang seakan flower bed di tengah kolam. Kebanyakkan penemuan yang ditemui di sekitar lembah bujang merupakan peninggalan kol di Raja yang selalunya berbumbung atap genting.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates