Isnin, 16 Disember 2013

Elitis, Dinasour dan Blogger

Tidur tidak bermakna kita lena. Tetapi jika kita lena pun, tidak bermakna sifat pelihat, pedengar dan pekata hilang terus dari diri.
 
KedahTimes beberapa hari ini diam tidak menulis, tetapi membaca dan melihat cuma tidak mahu berkata apa-apa.

Cama amat terkilan apabila ada sindiran yang dikatakan dalam media social dengan pelbagai perkataan yang kurang sedap didengar. Perkataan seperti elitis, dinasour dan mungkin punahsihat yang ditujukan kepada KedahTimes dan blogger lama lain yang wujud di Kedah.
KedahTimes tidak perlu gusar atau terhina kerana mungkin mereka orang muda serta blogger hebat yang boleh melakukan apa saja di Kedah ini. Cuma KedahTimes perlu tegaskan disini yang KedahTimes berblog tanpa ada yang sponsor atau memberi bayaran.

Semuanya Alif Baa Taa. Jika tidak percaya boleh datang sendiri berjumpa dan kita bincang. Tidak guna menuduh dalam media social dengan pelbagai tuduhan.

KedahTimes sedar yang tiada apa peranan pun yang KedahTimes sumbangkan dalam membantu UMNO dan BN memenangi PRU. KedahTimes hanya menegakkan aliff baa taa. Itu saja.

KedahTimes tidak mahu timbul perasaan riak atau ego dalam hati kerana semua itu menghancurkan keihlasan perjuangan. KedahTimes cuba jauhkan rasa diri hebat, pandai, dikenali, orang lain tidak tahu dan lain-lain lagi demi untuk menaikkan nama KedahTimes sendiri. ITU BUKAN CARA KEDAHTIMES.

KedahTimes sentiasa tegakkan Alif Baa Taa.

Perlu kita ingat naiknya seorang pemimpin bukan atas kerja buat kita. Ianya adalah atas rahmat Allah SWT. Kita hanya berusaha tetapi yang menentukan naik turun seseorang itu adalah Allah SWT. Jadi tidak ada rasa 'akulah yang penaikkan dia' atau 'akulah penyokong kuat si polan dan si polan dan dia naik kerana aku'. Itu riak namanya.

Walhal kita hanya manusia yang amat lemah jika Allah tidak mengurniakan rahmatNya. Janganlah kita terlalu riak dengan hanya sedikit kurnian ilmu Nya.
Beristifarlah setiap hari agar Allah memberkati kehidupan kita. Bayangkan jika Allah cabut sifat pekata dan pelihat kita? Dimana kita nak cari ganti?

Seorang kafir yang amat ariff tentang ajaran Islam tidak akan mememluk Islam jika Allah tidak memberi NurNya. Jadi ingatlah kita semua bahawa jika rahmat dan rezeki Allah itu bukan milik kita, apa yang kita usahapun tidak akan menjadi milik kita. Cuma kita sebagai manusia yang percaya kepada Nya perlu bersabar dan melihat ini sebagai satu cubaan Nya.

Bukannya melalak melolong mengata dan menuduh saudara se agama yang lain!

KedahTimes insaf dan sentiasa mengingatiNya dan insyaAllah akan cuba membantu mana-mana perjuangan Aliff Baa taa. Akan cuba jauhkan diri dari sifat riak dan ego yang mungkin satu hari akan memakan diri sendiri. Malah Allah sentiada mengingati kita supaya jangan menjadi riak atas apa yang kita lakukan.
 
Dang KedahTimes sentiasa tidak mahu mempertikaikan keihlasan perjuangan orang lain. Hanya tuan diri dan Allah saja yang mengetahui ikhlas atau tidak apa yang dilakukannya.
 
ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates