Selasa, 3 Disember 2013

Fakta Tentang Candi Merbok Yang Tidak Beritakan Oleh DAP dan Malaysiakini



Kisah tentang perobohan "Candi" di Merbok kini dijadikan cerita panas. Malah pihak yang tidak tahu menahu tentang cerita ini pun kini bertukar menjadi pakar sejarah.



N. Surendran menyamakan perobohan "candi" tersebut sebagai tindakan setara Taliban memusnahkan patung Budha di Bamiyan satu ketika dulu.

Sebenarnya, ada tiga perkara yang Malaysiakini sembunyikan dari pembacanya, supaya perobohan "candi" ini akan dipersalahkan kepada Kerajaan Negeri Kedah, dibawah pimpinan YAB Dato Paduka Mukhriz Mahathir.

1. Malaysiakini gagal memberitahu pembacanya bahawa "Pemaju telah membuat semakan status tanah, dan mendapat kebebasan dari terikat dengan apa2" pada 14 Januari 2013, dan meneruskan pembelian tanah tersebut pada Februari 2013. Siapakah kerajaan negeri yang memberi "clearance" pada masa itu, bukankah kerajaan Pakatan Rakyat, yang merupakan penaja penuh Malaysiakini?

Komen RBA Screenshot dari Malaysiakini
2. Dari manakah wartawan Malaysiakini mendapat Gambar Before/After Seperti diatas? Mereka pastinya menulis artikel dari Kuala Lumpur dan tidak tahu pun dimana Candi Merbok tersebut. Sebenarnya, tidak ada Candi yang dirobohkan, yang dirobohkan hanyalah replika yang dibina pada tahun 1974, diatas tapak asal candi. Jadi, faktanya, TIDAK ADA CANDI YANG DIROBOHKAN.

3.  Candi tersebut adalah tinggalan kerajaan Melayu beragama Hindu masa lampau, dan tidak sepatutnya dijadikan isu perkauman. Ini bukan Candi orang India, tetapi Candi Melayu.

Sebenarnya, isu ini adalah bukti kegersangan isu oleh DAP untuk memburukkan pemimpin Umno yang sepopular Mukhriz, kerana bimbang akan membayangi ketidakmampuan Ketua Menteri Pulau Pinang, yang hanya kuat retorik dan berbohong.

Sebenar, isu pemusnahan Candi ini memang berlaku, tetapi di Seberang Perai, Pulau Pinang, dimana kawasan Candi dirosakkan dengan pembinaan rumah-rumah burung walit dan penanaman nangka oleh kroni DAP.

Candi yang cuba dipelihara semenjak zaman British yang berusia 5000 tahun itu adalah Candi Guar Kepah, di Seberang Perai. Tapi tidak mungkin Malaysiakini sebagai Agensi berita DAP akan berani menerbitkan isu ini kerana bimbang dimarahi Tokong mereka.
Candi Guar Kepah, Apa Guan Eng dan P. Ramasamy Buat? Bina sarang burung Walit?

Kemusnahan Candi Guar Kepah akan kami dedahkan dalam artikel seterusnya, dengan harapan Malaysiakini dapat mendahului kami di Kedahtimes dalam isu candi, kerana mereka kononnya prihatin.

Kami juga berpendapat, Candi Guar Kepah sengaja dimusnahkan kerana ia mengadungi artifak yang membuktikan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu, yang mengesahkan taraf bumiputra orang Melayu.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

hairan dgn komen yg konon bijak sangat.
sekolah dibina duit umno ka.kena kenang jasa2 ni. bezakan duit rakyat dn umno xleh beza.merdeka tu jasa umno sahaja ka. bagaimana dgn pahlawan2 lain yg xmasuk umno. kutip gelang emas nk tuntut merdeka. awat duit xdak. sebab kenduri 1 juta kedah yg dulu2 punca campurtangan enggeris dinegeri kedah.takut DAP perintah- ikut perlembagaan mana dia leh perintah. siapa majoriti di malaysia ni kaum apa. mana raja melayu. tgk perak yg hari tu sudahlah.raja xmau nizar. saya bukan sokong mana2 politik sbb semua sama rasuah dimana2 tapi umno yg pegang duit perasan duit poket sdiri harus ditumbang dulu dgn menggunakn parti melayu lain yg ada iaitu pas dan bila menteri umno yg songlap duit ditendang wujud umno baru dn keadaan jd biasa balik. cek and balance urus tadbir. jangan tuduh join pas sokong dap dan karpal jika anda membisu sahaja bila ambiga buat forum hak kebebasan agama di hotel j marriot penang, xkan anda sokong dia juga.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates