Jumaat, 27 Disember 2013

Kata Mahfuz, Muhkriz lambat Rancang Pembangunan Kedah

Kata Datuk Mahfuz, Dato' Mukhriz lambat rancang pembangunan  Kedah.

Mahfuz tahu atau tidak bahawa Kedah dibawah Dato' Paduka Mukhriz, bukan setakat merancang malah, usaha pembangunan Kedah berjalan serentak, dan jajaran perancangan dan pelaksanaan sentiasa dibuat bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar.

Makmal Transformasi Kedah telah selesai beberapa bulan lepas, melibatkan semua pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklumat dan membina landasan secara menyeluruh untuk  pembangunan negeri.

Tengoklah siapa bercakap? PAS. PAS tidak pernah ada pelan pembangunan negeri secara menyeluruh sepanjang 5 tahun memerintah. Malah, Pelan Pembangunan ICT negeri, dilancarkan hanya pada tahun 2010 iaitu selepas lebih dua tahun menerajui kerajaan negeri. Pelaksanaan terus hancus, cuba Datuk Mahfuz baca ICT Blueprint PAS Kedah dan ceritakan berapa komponen yang telah dilaksanakan? Kosong.

Kalau soal Pelan pembangunan negeri, PAS memang lambat. Kalau pelan pencerahan negeri, PAS memang cepat. Dalam masa 2 tahun sahaja, gunung-ganang sudah berjaya ditarah semahu-mahunya.

GLC-GLC dengan pantas dipenuhkan dengan kroni-kroni PAS, sehingga bekas penjaga cybercafe pun diletakkan dalam jawatan pengurusan GLC. Sehingga sekarang ini, puak-puak ini masih bergayut di GLC, walaupun lantikan politik sepatutnya gentleman, dan letak jawatan supaya tidak mengganggu perancangan kerajaan yang baru yang dipilih rakyat.

Puak-puak inilah yang melekap, dan mengganggu pelan pembangunan negeri yang hendak dilaksanakan oleh Dato' Mukhriz. Kalau Mahfuz mahu membantu menyegerakan, beliau boleh memainkan peranan beliau dengan menyeru parasit-parasit PAS yang melekap umpama sekenit di GLC agar berundur.

Jika tidak kenal siapa parasit-parasit PAS, boleh email kami di kedahtimes@gmail.com untuk senarai nama yang perlu dipanggil keluar, bagi memastikan seruan Mahfuz sendiri yang mahu perancangan dan pelaksanaan pembangunan negeri berjalan cepat dan lancar.

Cuba Fikir Kenapa Arwah Ustaz Azizan Lega PAS Kalah?
Itu belum lagi diambil kira, jutaan ringgit wang negeri yang disalurkan kepada kroni PAS, dengan begitu meriah sekali menjelang PRU13 yang lalu.Wang yang tercicir ini, dan hutang KUIN yang dibuat PAS dimana Mahfuz hanya setakat berani letak jawatan dalam Kedah Sato, menyebabkan tangungan kerajaan negeri meningkat mendadak, siapa yang hendak bayar? PAS nak tolong bayar?

Jadi, Mahfuz patut berterima kasih kepada Mukhriz yang dalam keadaan sukar, tetap berusaha membangunkan negeri, malah beliau cekal dan tidak menyalahkan PAS walaupun terlalu banyak onar yang PAS tinggalkan.

*****************************************************************
Mukhriz dikritik lambat rancang pembangunan Kedah
ALOR SETAR – Pas Kedah menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai seorang menteri yang lambat bertindak untuk merancang pembangunan di negeri ini selepas mengambil alih pentadbiran daripada PR pada PRU13 lalu.

Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno dan BN tidak boleh buat perancangan seperti lima tahun kerajaan PR perintah di Kedah.

“Ini sudah nak masuk hujung tahun, tidak ada apa yang dibuat oleh Mukhriz. Dia kata kena ambil masa sikit. Saya ingat bila orang muda jadi menteri besar, cepatlah sikit dia bertindak. Tapi dia kata perlukan masa pula. Ini membuktikan dia lemah.

“Kita kerajaan PR pada sebelum ini baru setahun perintah, kita sudah ada perancangan. Padan la kita baru setahun perintah dan tidak ada pengalaman mentadbir. Berbanding Mukhriz yang pernah jadi menteri dan ahli parlimen, patutnya dia ada idea yang bernas. Tapi tak ada apa yang dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena Mini Karnival Anak Muda di pekarangan Kompleks Pas Pokok Sena, di sini, kelmarin

.ads


4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Mr Bean terpancut mcm kencin bila jumpa gelfren yg dia share sama Stopa Ali

Muahaha

Rakyat News berkata...


Assalamualaikum,


Kami meminta jasa baik agar dapat menyenaraikan Rakyat News dalam blog list anda.

Sekian, Jutaan Terima Kasih.


Rakyat News

http://www.rakyatnews.my/

Tanpa Nama berkata...

Nama saja PAS(S) tapi failed

Tanpa Nama berkata...

MB skrg lambat bertindak .dah 7 bulan presiden ktpc masih belum dilantik...slow

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates