Rabu, 4 Disember 2013

Kesultanan Melayu Kedah Tua...MELAYU Juga Yang Disebut


22 tahun dahulu, Kedahtimes  sangat menyukai matapelajaran Sejarah. Minat membaca dan mengulang-ulang bab demi bab dalam buku teks Sejarah Tingkatan 1 adalah berkenaan Kesultanan Melayu Kedah Tua dan Kesultanan Melaka.

Kedahtimes  tidak menemukan sebarang bangsa yang disebut di dalam sejarah Melayu melainkan bangsa Melayu. Dan Kedahtimes mula mengetahui tentang negeri China dan India adalah melalui penceritaan tentang perniagaan sistem barter di mana Melaka menjadi satu pelabuhan sekaligus pusat perdagangan pertukaran barang-barang niaga yang datangnya dari 2 negara yang disebutkan tadi, negara Arab dan sebagainya

Apabila menyentuh tentang Kesultanan Melayu Kedah Tua, Lembah Bujang tercatat sebagai sebuah penempatan yang menyimpan khazanah ketamadunan negeri ini.

Kedahtimes juga mengetahui bahawa agama Hindu pernah menjadi agama yang dianuti oleh bangsa Melayu berabad lamanya melalui tinggalan candi-candi yang merupakan kuil bagi agama tersebut. 

Tetapi pada masa ini di hadapan Kedahtimes, terdapat sejumlah buku berkenaan Islam di negeri Kedah. Banyak juga bukti bahawa Islam dipercayai sudah menapak di negeri Kedah seawal kurun ke 8 Masehi. Melalui pembacaan Kedahtimes, masih Kedahtimes  tidak menemui sebarang bangsa kecuali Melayu walaupun ada yang disebut bangsa Arab sebagai penyebar agama suci islam di Kedah.

Berbalik kepada isu semasa. Kelmarin sahaja dikhabarkan 2 bas membawa ahli MIC datang ke Wisma Darulaman sebagai satu cara menunjukkan protes kepada Kerajaan Negeri ekoran sebuah candi yang telah dimusnahkan oleh pemaju.
Semalam juga satu kenyataan keras dari Lim Guan Eng yang mengarahkan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir mengambil tindakan begitu begini seolah negeri Kedah ini adalah sebahagian wilayah pentadbirannya.
Dan tidak ketinggalan juga seorang Melayu haprak yang turut mengecam MB Kedah padahal Melayu ini tidak bising sewaktu Madrasah Salihiah dirobohkan.

Apa yang menarik perhatian Kedahtimes adalah sikap kita sebagai orang Melayu. Lihat sahaja bagaimana hari ini bangsa-bangsa lain mengambil kesempatan di atas satu perkara yang sepatutnya kita sebagai orang Melayu bising. 

Kedahtimes tahu pemaju mana yang memejam mata meratakan kawasan candi tersebut. Dan tahu siapakah tuan tanah  yang telah menjual tanah tersebut

Kenapa tidak menyalahkan pemaju yang bukannya berbangsa Melayu? Dan mengapa Melayu yang menjual tanah walaupun di atasnya ada peninggalan sejarah itu diam?

Pada Kedahtimes, bukan Kerajaan Negeri yang bersalah. Tetapi diri kita sendiri sebagai seorang rakyat Malaysia yang perlu tepuk dada tanya selera.

Dunia pada masa ini adalah dunia wang. Segala-galanya wang. Hanya sedikit sahaja yang benar-benar sayangkan warisan pusaka mereka. Dan bukan sesikit yang hidup di dalam negara ini dengan penuh hasad dengki dan hanya memikirkan keuntungan. 

Hari ini lantang benar mereka memperkatakan sesuatu yang sepatutnya mereka tidak perlu campur. Melayu jugalah yang menyediakan laluan untuk memusnahkan bangsanya sendiri.

Kedahtimes rasa tindakan pihak-pihak yang sepatutnya sedar diri tetapi bising ini adalah sesuatu yang sangat menjengkelkan. 

Dan sepatutnya mereka kena hargai sikap blogger-blogger Melayu walaupun berlainan parti. Kami masih ada pertimbangan dan menjaga keharmonian kaum kerana sekiranya kami ini seperti Red Bean tentu sahaja hal pemaju yang tidak peduli tentang warisan Melayu ini dijadikan modal yang cukup kuat untuk menambah kebencian di kalangan kaum. 

Melayu bukan bangsa yang lemah. Mungkin ada seorang Melayu yang tidak sayangkan warisan nenek moyangnya tetapi seribu yang masih berakal dan tahu bagaimana menjaga warisan yang tidak akan lekang di dalam diri kami. Iaitu adab!




ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates