Selasa, 3 Disember 2013

Lembah Bujang Merbok Musnah?

Kawasan Lembah Bujang Merbok merupakan kawasan peninggalan sejarah yang tidak ternilai. Kawasan ini terbina sejarah MELAYU TUA dan merupakan sejarah terawal Melayu yang tingggal di Malaysia.

Ianya merupakan sejarah MELAYU sebelum kedatangan Islam lagi. Sejarah ini sudah mengjangkaui ribuan tahun dahulu.

Kita orang Melayu dan Kedah patut berbangga kerana mempunyai satu sejarah lama yang tiada nilainya. Sejarah ini patut di simpan untuk tatapan anak-anak orang Melayu bahawa kita juga mempunyai sejarah lama.

Tetapi ada pemaju yang tidak sensitif dengan semua ini. Mereka lebih galak untuk membuat duit dengan membina perumahan dan sebagainya walhal kalau tapak warisan sejarah bangsa mereka dirobohkan, mereka akan mengamuk macam kera kena air cili.

Walaubagaimanapun, kita semua perlu bersatu dan mengambil tindakan tegas demi menjaga tapak warisan ini.

Semoga orang Melayu seluruh Malaysia sedar bahawa mereka mempunyai warisan berusia ribuan tahun. DAN MEREKA PATUT DATANG MELIHAT SENDIRI WARISAN TERSEBUT.

LEMBAH BUJANG TAPAK WARISAN MELAYU TUA..

Ketika ini Badan Warisan Malaysia sedang berusaha untuk menempatkan lokasi itu sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia Unesco.

Mengesahkan perkara itu ialah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P Ramasamy dan beliau mengakui terkejut dengan penemuan candi nombor 11 sedang dimusnahkan.

“Candi itu terletak di Sungai Batu dan dimusnahkan oleh pemaju yang sedang mengosongkan tanah ini untuk pembangunan lebih sebulan yang lalu,” katanya kepada The Malay Mail.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates