Isnin, 23 Disember 2013

Transformasi Bola Sepak Kedah


KedahTimes petik komen yang disiarkan dalam Sinar Harian berkaitan dengan cadangan untuk menukar logo dan juga maskot bolasepak Negeri Kedah.

Cadangan yang telah dipersetujui oleh Tuanku Sultan Kedah kini digesa oleh kelab penyokong pasukan Kedah supaya dikaji semula cadangan penukaran tersebut.

KedahTimes ingin menegur tentang tajuk artikel tersebut yang mengatakan seolah-olah cadangan penukaran logo dan maskot ini akan menghapus semua sejarah kejayaan pasukan bolasepak Kedah lalu.

Penukaran logo dan maskot TIDAK bermakna sejarah kejayaan bolasepak Kedah akan dihapus dan diganti dengan sejarah baru. Kejayaan bolasepak Kedah telah tercatat dimana saja. Dalam buku, dalam ingatan seluruh rakyat Kedah dan malah didalam susur galur sejarah KFA sendiri.

Penukaran ini hanya sebagai satu lambang yang KFA dan pasukannya sedang menjalani satu transfomasi untuk menjadi yang lebih baik, yang lebih cemerlang samada dari segi organisasi, pentadbiran organisasi, pasukan itu sendiri serta cara dan kekuatan pasukan bola itu sendiri. Semua ini perlu berubah jika ingin bersaing dalam liga yang mencabar.

Logo dan maskot hanyalah lambang, tetapi yang penting perubahan dalam setiap minda pentadbir, pemain dan penyokong pasukan Kedah. Itu yang mahu dibentuk. Pasukan Kedah boleh bersaing dimana saja liga dengan adanya minda dan kekuatan yang bakal diserapkan.

Mari kita semua sokong transfomasi ini dengan harapan Kedah bakal menjadi pasukan bolasepak yang digeruni oleh lawan dan kawan. Itu yang diharapkan.
Jika logo dan maskot baru boleh memberi semangat dan kegerunan lawan kepada pasukan Kedah, tidak salah kita menukarnya.

Jika logo dan maskot boleh menonjolkan kebanggaan kita terhadap pasukan bolasepak Kedah, apa salahnya kita menerima perubahan ini.

Malah perubahan ini tidak sesekali bermakna ingin menghapus atau merobah sejarah kegemilangan yang lalu. Sebaliknya ia ingin menjadikan bolasepak Kedah lebih cemerlang dan hebat di dunia.

'Usah hapus logo sarat kejayaan'
OLEH: WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

Tarikh: December 23, 2013

GABUNGAN kelab penyokong pasukan bola sepak Kedah Darul Aman menggesa Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengkaji kembali cadangan untuk menggunakan logo baru musim depan kerana logo lama sarat dengan kejayaan membanggakan sebelum ini.

Difahamkan, logo baru itu telah diperkenankan oleh Tuanku Sultan Kedah, namun gabungan tersebut mengharapkan agar ianya dikaji semula kerana logo lama sudah cukup menarik dan masih relevan sehingga kini.

Jurucakapnya, Mohammad Adhan Mat Aji berkata sekiranya hendak ditukar sekalipun pastikan logo yang baru adalah lebih dinamik, teratur, kemas dan berdaya saing jika dibandingkan dengan logo lama.

Menurutnya, jika KFA mahu menukarkan maskot kenari kepada helang ia mungkin tidak terlalu menyentuh perasaan penyokong hijau kuning berbanding isu logo yang merupakan sebahagian dari buah fikiran bapa pembangunan bola sepak Kedah, Arwah Datuk Ahmad Basri Akil.

“Sebagai contoh Persatuan Bola Sepak Negeri Perak (PAFA), terdapat harimau di dalam logo mereka tetapi mereka menggunakan maskot seladang dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) pula terdapat burung Kenyalang di dalam logo mereka tetapi mereka menggunakan maskot buaya.

“Berdasarkan contoh-contoh ini saya percaya bahawa cadangan penggunaan logo baru perlu dipertimbangkan dan mengharapkan KFA mengkaji kembali perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Gabungan beberapa kelab penyokong tersebut terdiri daripada hijaukuning.com, kenari fans squad, penyokong setia hijau kuning, ultras kedah dan peminat bola sepak kedah.

Mohammad Adhan berkata, gabungan bukan mahu menentang pembaharuan dalam perubahan untuk menjadi lebih baik namun perlu relevan selain tidak menafikan sejarah yang lalu.

Menurutnya, menukar logo dengan mudah bukanlah pembaharuan dinantikan dan tidak mencerminkan keseriusan pembaharuan yang mahu dijalankan malah kelihatan mencacatkan lagi nilai imej itu sendiri buat pasukan Kedah yang dikenali antara pasukan yang dihormati.

“Ciptaan asal logo lama sudah tersedia dengan kesenian yang tinggi bersama identiti selain mencerminkan lambang negeri Kedah yang sejati,” katanya lagi.

Jelasnya, antara kejayaan membanggakan terselit di sebalik logo lama berkenaan ialah muncul juara berganda pada musim 2007 dan 2008 yang merupakan satu aras masih gagal dicabar oleh mana-mana pasukan di Liga Malaysia sehingga ke hari ini.


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates