Ahad, 22 Disember 2013

Umno telah ditipu hidup-hidup oleh MCA

Dibawah KedahTimes petik dari blog Helen Ang.

Seperti yang KedahTimes katakan sebelum ini yang MCA perlu perbetulkan orang Cina dulu. Malah MC patut perbetulkan pemimpin-pemimpin dalaman MCA yang KedahTimes rasakan mereka lebih dahsyat lagi 'betrayal' mereka terhadap orang Melayu.

Mereka bermanis muka didepan pemimpin UMNO, dibelakang mereka menjadi musuh UMNO dan Melayu.

Jika ini sikap pemimpin MCA, KedahTimes anggap PRU14 nanti MCA tidak perlu lagi bersama UMNO. Biar UMNO bersama mereka-mereka yang ikhlas dalam BN. Malah jika PAS ingin bersekutu dengan UMNO, ini adalah yang terbaik.

Dan jangan komplen jika negara ini diperintah oleh Melayu dan Bumiputera kerana MCA sendiri tidak pernah ikhlas dalam bersama UMNO.


Umno telah ditipu hidup-hidup oleh MCA

Ahli-ahli MCA tidak mempertahankan parti sendiri pun — lihat tweet Hannah Yeoh, bawah.
Sebaliknya mereka telah mengundi DAP.
Twitter - hannahyeoh- mca members
Datuk-datuk politikus MCA kekal duduk dalam parti.
Seawal bulan Julai 2011 (lihat tweet bawah), Hannah Yeoh pun sudah hairan kenapa Datuk Lee Hwa Beng masih lagi bertenggek di MCA walhal tindak-tanduknya sebiji macam pembangkang.
Lee Hwa Beng, mantan Adun Subang Jaya, ialah seorang evangelista tegar.
Surprise@hwabeng

Evangelista dalam MCA

Lee (gambar bawah), bekas Adun MCA tiga penggal, baru dipecat parti tidak berapa lama dahulu.
Ekoran PRU13, beberapa orang ketua cawangan MCA digantung keahlian mereka kerana mensabotaj calon dan jentera pilihanraya BN.
Pasca-PRU12, bekas Menteri MCA yang beragama Kristian, iaitu Jimmy Chua Jui Meng telah keluar parti untuk menyertai PKR.
(Dari kiri) ketua pengarang The Malaysian Insider Jahabar Sadiq, Lee Hwa Beng, Lim Guan Eng dan Zairil Khir Johari.
LeeHwaBeng
LeeHwaBeng

GAMBAR ATAS: Lee Hwa Beng bersama Lim Kit Siang, sebelum PRU13

Umno telah percaya akan janji-janji kosong MCA bahawa Cina masih sayang BN.
Ramainya orang Cina – cuba tengok gambar – yang turun ke Pelabuhan Kelang untuk makan busat bersama Ah Jib Gor semasa kempen pilihanraya.
Tapi sampai waktu mengundi, habuk pun tarak.
ge13-BN-dinner-najib-MCA-klang
makanbusatKlang

Musuh dalam selimut

Sekarang presiden baru MCA Liow Tiong Lai dan timbalan presiden Wee Ka Siong mahu kembali masuk Kabinet.
Scissorati Regina Lee yang duduk di pejabat Menteri boleh ada teman Cina di Putrajaya nanti.
MCA tidak berniatkan apa-apa rancangan untuk menentang DAP. Orang Umno seperti KJ dan Saifuddin lah yang akan melawan arus BN.
Sepanjang 4 tahun yang akan datang, BN turut serah untuk ditikam belakang Si Gunting dalam Lipatan, The J-Star milik MCA itu. Belum masuk perang PRU14 dah luka parah.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates