PAS perlu tukar nama.

Khamis, 28 Februari 2013


Tenatnya PAS semakin kita dapat lihat menjelang PRU13.

Kesilapan PAS dan ketuan-ketuanya membenarkan kalimah Allah digunakan bukan Islam dan dalam bible, telah memporakporandakan PAS sendiri. Majlis Ulama/Syura menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Tetapi Hadi dan Nik Aziz telah beri kebenaran.

Kini, hudud dan Islam sudah tiada lagi dalam manifesto PR yang disertai PAS. Ertinya PAS sudah setuju tiada lagi Islam, Hudud dan sebagainya yang berkaitan Islam digugurkan dalam perjuangan. Malah kalimah Allah sudah tidak mampu PAS pertahankan lagi.

Apa lagi yang kita boleh harapkan dari PAS. Semuanya berkaitan dengan Islam telah ditinggalkan PAS.

Isu Kalimah Allah: Anwar Dakwa Hadi Menipu

Tika ini ramai ahli dan penyokong PAS yang belum kebas dari demam terkejut dan masih lagi dalam kebingungan gara-gara pendirian rasmi PR yang telah muktamad menggugurkan agenda perlaksanaan hukum hudud dari Manifesto PR.

Tambah mengeruhkan keadaan bila mana Manifesto PR tanpa agenda hudud itu turut disepakati dan diperakui oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. 

Lebih parah lagi, tiga hari selepas Manifesto PR bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" dilancarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-4 di SACC Shah Alam, Selangor pada 25 Februari 2013 lepas, tak semena-mena Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil menyalahkan Hadi Awang berhubung kontroversi isu kalimah Allah.

Ketua Umum PKR itu mendakwa ketetapan bersama PR pada 8 Januari 2013 lalu untuk membenarkan kalimah Allah s.w.t diguna pakai oleh orang bukan Islam termasuklah untuk kegunaan kitab Bible versi Bahasa Melayu hanya dimuktamadkan selepas mendapat penerangan dan persetujuan Presiden PAS.

Maksudnya, PR tidak akan mengambil ketetapan sedemikian jika Hadi menerangkan perkara benar. Tapi disebabkan Hadi telah menyembunyikan kebenaran, akhirnya PR terjerumus ke kancah kontroversi. Ini dakwaan serius, ia seperti menuduh Hadi telah menipu Anwar dan PR.

Anwar juga menegaskan kenyataan rasmi yang diiktiraf sebagai dasar PR yang disepakati bersama berhubung isu itu juga dibaca dan ditandatangani sendiri oleh Hadi Awang sebagai mewakili PAS. Gayanya seperti Anwar mahu memberitahu khalayak yang kesilapan yang dilakukan oleh PR disebabkan Hadi.

PAS patut tampil ke depan mempertahankan maruah Presidennya, itu pun kalau terasa masih ada sekelumit keberanian untuk berdepan dengan Anwar. Tapi jika berdiam diri atau sekadar sepintas lalu sahaja menjawab dakwaan Anwar, bermakna betullah dakwaan itu.

Anwar memang akan sedaya upaya melepaskan dirinya dari dikaitkan dengan kesilapan pendirian PR dalam isu kesucian kalimah Allah s.w.t, dengan cara mengalihkan beban ke bahu Hadi. Itu kehebatan Anwar dalam bab spin sana sini. Hadi dan pemimpin PAS sahaja yang masih belum sedar.

Pun begitu, sama ada Anwar, Hadi mahupun PR dan PAS, kesemua mereka telah melakukan telah memilih pendirian dalam isu sensitif ini. Suka atau tidak, kenalah terima hakikat selagi PR kekal dengan pendirian 8 Januari 2013, selagi itulah amarah umat Islam akan terus menghantui PAS dan PR. 
Read Full 2 comments

KUIN: Gempur Jamil dan Azizan

Perhimpunan Gempur JAZAN (Jamil dan Azizan) berlangsung di kawasan perhampiran Kolej Teknologi Mara Jalan Suka Menanti.

Diberitahu ramai yang hadir memberi sokongan kepada staf-staf KUIN yang ingin memberi penerangan apa yang sebenarnya berlaku terhadap mereka di bawah pentadbiran Rektor KUIN Dato Jamil dan Pengerusi KUIN MB Kedah.
Nampaknya PAS sendiri sedang digempur oleh orang-orangnya sendiri. Tetapi seperti biasa PAS akan kata yang mereka ini talibarut UMNO.

Ahli-ahli UMNO yang hadir hanya memberi sokongan atas kezaliman yang dilakukan kerajaan PAS yang sebelum ini tidak pernah dilakukan oleh kerajaan BN walaupun setiap hari dimulut penyokong PAS yang BN ini zalim.

Tapi tidak pulak staf KUIN berdemo menentang kerajaan BN. Yang peliknya ia berlaku dizaman pemerintahan PAS.
Maka KedahTimes bertambah yakin bahawa PASlah yang sebenarnya melakukan apa yang mereka tuduh terhadap UMNO. Dan tuduhan itu ditunjukkan Allah kepada kita semua.
MasyaAllah, kebesaran Allah sedang kita lihat sekarang. Allah tunjuk didepan mata kita.
Read Full 2 comments

Manifesto PR Mengkafirkan Orang Islam


BUKAN sedikit, tapi ramai yang terkejut dengan ketiadaan perkataan ‘hudud’, ‘negara Islam’, ‘hukum Islam’ dan seumpama dengannya di dalam Manifesto Rakyat yang dilancarkan Pakatan Rakyat kelmarin.

Bukan itu sahaja, isu royalti yang setengah mati diperjuangkan puak-puak ini di Kelantan, turut tidak mendapat tempat di dalam Manifesto tersebut.  Takkan Rafizi tertinggal kot.  Khabarnya dia tidur dalam pejabat demi nak menyiapkan manifesto ni,  itupun boleh tertinggal juga?

Macam tak logik.

Bagaimanapun, isu itu (royalti tertinggal) adalah perkara lain yang akan dibincangkan di masa yang lain juga.  Hari ini, kita nak menumpukan kepada perkataan-perkataan Islamik seperti disebutkan di atas yang tercicir (atau sengaja dicicirkan) dari Manifesto ini.

Suka atau tidak, kebelakangan ini, semua perlu menerima hakikat bahawa PAS sudah kembali kepada perjuangan asalnya, iaitu menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud.  Walaupun Muktamar 2011 sudah membuat ketetapan untuk menerima Negara Berkebajikan sebagai asas perjuangan yang baru, tapi sama ada kita semua sedar atau tidak, PAS tidak pernah mengatakan perjuangan negara Islam dan hudud ini digugurkan.

Ada?  Confirm tidak ada.  

Suka juga nak disebutkan, negara Islam dan hudud ini juga adalah 2 jenama politik PAS yang berkait rapat dengan Amanat Haji Hadi tahun 1981.  Dalam amanat tersebut, UMNO dituduh kafir kerana menolak perundangan Islam (hudud) dan mengamalkan politik suku, agama suku.  Ini boleh baca sendirilah dalam internet, tak perlu nak cerita panjang lebar.
Jadi, apa natijahnya bila sekarang PAS sendiri menerima manifesto yang di dalamnya tidak langsung menyebut tentang hudud dan Negara Islam?  Yang kering air liur menuduh UMNO kafir kerana kononnya menolak Islam dulu, dah kemana hilang, bila perlembagaan ‘Lord Reid’ ini juga yang dipertahankan Pakatan Rakyat dalam manifestonya?

Ingat, Amanat Hadi memang dilancarkan tahun 1981, tapi falsafah itu dipegang hingga kini – 32 tahun selepas ianya mula disebut.  Buktinya, kalau sesiapa tanya Nik Aziz sekarang, kenapa tolak UMNO, jawapannya ialah UMNO tolak Islam.  Sudah tentu ‘Islam’ yang dimaksudkan Nik Aziz ialah perundangan Islam (hudud).

Kalau kita katakan penerimaan PAS terhadap Manifesto Rakyat yang mempertahankan perlembagaan sedia ada ini sebagai mengkafirkan orang Islam, agak-agak PAS setuju tak?  Kalau tak setuju, kenapa?  Bukankah ia tak selari dengan tafsiran PAS mengenai perlembagaan ini dulu?

Kononnya, perlembagaan Negara sedia ada ni kan perlembagaan kafir, penjajah, Lord Reid yang buat kata PAS.  Tapi siapa sangka ya, kemudiannya dia juga bersama-sama dengan DAP dan PKR pertahankan (secara bertulis lagi) perlembagaan sedia ada!!

Inilah padahnya kalau mempolitikkan agama.  Sampai satu masa Tuhan nak tunjuk, habis bercanggah dengan apa yang dia juga cakap dan buat dulu.

Kesimpulannya, dengan perkembangan sekarang, semua ahli PAS perlu bertaubat dan mengucap 2 kalimah syahadah semula.  Mana yang dah meninggal dunia kerana percayakan perlembagaan Negara kafir seperti yang didakwa Hadi dan PAS, dosanya akan ditanggung oleh sesiapa yang terlibat.
Ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad saw  “..sesiapa yang membuat (mengajarkan) perkara baik, baginya ganjaran dan ganjaran orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun ganjaran orang yang mengikutnya. Dan barang siapa yang membuat (mengajarkan) perkara keburukan, baginya dosa dan dosa orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun dosa orang yang mengikutnya.." [Riwayat Muslim dalam kitabnya, Sahih muslim]
Read Full 0 comments

Marilah mari, kita mengundi


PENGUNDIAN POS DI LUAR NEGARA 

Anda layak untuk memohon untuk mengundi secara pos dari luar negara sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat seperti yang berikut:

Anda layak untuk memohon untuk mengundi secara pos dari luar negara sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat seperti yang berikut:

a) Warganegara Malaysia

b) Pemilih berdaftar


c) Menetap di luar Negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan Indonesia

d) Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.

Anda perlu menghantar Borang 1B kepada Ibu Pejabat SPR melalui cara seperti yang berikut;

a) melalui emel kepada upup@spr.gov.my ; atau

b) melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202 / 1187 / 1192 ;atau

c) melalui pos ke alamat;

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Aras 4-5, Blok C7, 
Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62690 Putrajaya 
(Attn : Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)

Anda perlu menentukan kepada SPR Pejabat Pewakilan Malaysia di luar negara untuk menerima Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi.
Permohonan untuk mengundi secara pos diterima oleh SPR dalam tempoh bermula pada 21 Januari 2013 hingga kepada tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa

Sila lihat contoh untuk mengisi Borang 1B


Sila lihat Soalan lazim (Q&A) berhubung dengan pengundian pos dari luar negara

Read Full 7 comments

Haiwan, Firaun dan Ulama

Rabu, 27 Februari 2013

 Seorang yang menjadi Mursyidul Am sebuah parti yang katanya memperjuangkan Islam menganggap rakyat yang menerima BR1M dari Kerajaan adalah ibarat 'Ayam' yang mengejar 'Hampas' kelapa dan seorang lagi yang menjadi Presiden menganggap pemberi BR1M sama dengan Firaun kerana Firaun juga melakukan perkara yang sama.

Di Malaysia, ulama PAS merlumba-lumba untuk mendapaktkan undi dari haiwan yang berkerumun memakan hampas kelapa.  Itulah standard penerima BR1M. Tetapi ulama mengharapkan haiwan ini untuk mengundi mereka.

Musuh politik PAS dianggap Firaun yang kerjanya menabur hampas. Malah hampas inilah yang diserbu oleh Haiwan-haiwan yang setiap pagi meminum air basuh kaki ulama PAS. Air kaki itu saja yang suci. Yang lain semuanya najis.

Terbukti sudah Ulama PAS GAGAL mengajar pengikutnya kerana selama ini PAS hanya mengajar haiwan yang hanya ikut apa yang diajar tanpa bantahan.

'Haiwankah aku', hanya kerana wang ulil amri (Utusan)

ADAKAH wajar penerima bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai haiwan yang memakan hampas. Sepatutnya isu ini tidak timbul jika kita sebagai umat Islam memahami konsep bersyukur terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Jika kita hidup susah tetapi hendak mengharapkan kerajaan yang papa kedana pun tidak ada gunanya juga. Soalnya Kerajaan Pusat mampu memberi dan kita tidak kufur nikmat sanggup menerima maka mengapa dipersoalkan sama ada memberi duit sebagai memberi ikan dan bukan memberi pendidikan.

Bercakap soal memberi ikan dan bukan belajar cara menangkap ikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, cuba lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu di bawah Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said berbanding apa yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dengan pendidikan anak-anak negeri masing-masing.



Sehingga kini di Kedah krisis dalaman Kolej Universiti Insaniah (Kuin) masih belum selesai. Pihak Menteri Besar sanggup pula mengatakan kemelut yang berlaku dalam kolej tersebut direncanakan oleh pihak UMNO sedangkan institusi tersebut dalam genggamannya. Jika masalah balak di Tasik Pedu dan bukit ditarah untuk ditanam buah boleh diuruskan, mengapa KUIN dianaktirikan hingga pihak lain dibabit sama.

Sepatutnya kerajaan Kedah mencontohi Kerajaan Terengganu yang menggunakan peruntukan dana Kerajaan Pusat dengan bijak hingga negeri tersebut menjadi negeri yang terbaik aspek pendidikan sekolah dan universitinya. Dahulu Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Gong Badak, hanyalah kolej kini sudah meningkat dan menjadi gedung ilmu yang cukup gah kerana menghasilkan graduan Islam yang berkualiti.

Di Selangor sendiri kemelut dalam Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dan Universiti Industri Selangor (Unisel) ibarat retak menanti belah akibat masalah pengurusan dan kewangan yang memerlukan perhatian yang khusus oleh Menteri Besar dan exconya. Namun negeri terkaya di Malaysia masih mengambil sikap mengutamakan perkara lain berbanding aspek mengajar orang menangkap ikan yang dinyatakan oleh Presiden Pas.

Rakyat Malaysia berasa amat terguris dan menderita minda dengan pandangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap mereka seperti haiwan memakan hampas. Jika begitu ada baiknya Tok Guru melupakan niat meminta royalti minyak daripada Kerajaan Pusat. Takut nanti dicop meminta hampas pula. Mungkin beliau akan berkata, kalau minta banyak tak mengapa kerana boleh beli banyak isi. Namun apa beza duit sedikit dengan duit yang banyak jika ia diberi terus oleh Kerajaan Pusat.

Sebaik-baiknya royalti minyak diberi terus oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan tanpa melalui kerajaan negeri yang tidak pernah tahu bersyukur dengan bantuan daripada Kerajaan Pusat selama ini. Jika mereka yang mengagihkan kelak ditakuti mereka akan menganggap rakyat sebagai ayam mahupun lembu.

Sepatutnya berfikir dahulu sebelum bercakap, bukannya berfikir kemudian selepas bercakap sesuatu perkara kerana terlampau takut tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak pernah menganggap rakyat seperti yang dianggap oleh Nik Aziz sebelum memberi pelbagai bantuan untuk mereka. Semua golongan mendapat bantuan daripada budak sekolah, orang bujang, pelajar universiti, peniaga, orang sakit dan lain-lain lagi.

Adakah mereka sekolah lembu, orang muda tahi kuda, pelajar universiti ayam atau orang sakit sebab terkena sampar ayam. 'Haiwankah aku?' Itu kata rakyat hari ini sebagaimana C.N.Al-Afghani bertanya kepada pemimpin Pas, 'Kafirkah Aku?'

Sebaik-baiknya Tok Guru bertanya diri sendiri adakah membantu anak yatim dan janda ahli-ahli Pas yang meninggal dunia dalam Peristiwa Memali sebagai bantuan kepada makhluk yang beliau maksudkan.

Adakah nasib mereka terbela, ke mana perginya wang tabung Memali yang dikhabarkan lesap tanpa diaudit. Sebaik-baiknya perkara ini menjadi perhatian Tok Guru dan pemimpin pakatan pembangkang yang semakin galak membuat janji-janji manifesto baru ibarat gula-gula paling beracun menanti rakyat untuk mengulumnya.

Jika saya susah dan tidak berwang adakah salah saya dibantu. Haiwankah aku? Kerana terpaksa menerima wang daripada Ulil Amri. Kerana kalau diminta daripada Kerajaan PKR Selangor mereka akan bertanya, tunjukkan bukti awak memangkah kami, baru kami beri apa kami janji. Siapa yang lebih haiwan sifatnya?
Read Full 1 comments

Kalimah Allah tetap Pilihan Kristian

Selasa, 26 Februari 2013
Kedahtimes bersetuju yang disebabkan kelemehan iman kitalah yang menjadikan kita begitu tidak ambil kisah tentang isu ini. Hatta PAS yang pada awalnya membenarkan kalimah Allah ini digunakan Kristian dalam bible mereka.

Penerangan dalam video ini perlu diambil perhatian semua. Kita perlu memterbalikkan hasrat kristian tersebut supaya mereka menjadi minat kepada Islam dan menyembah Allah yang satu. Kalimah Allah ini menjadi dakwah yang terbaik untuk membawa mereka kepada Islam.

Bukan maksud KedahTimes setuju dengan penggunaan kalimah tersebut, tetapi dalam mempertahankan Kalaimah tersebut eklusif umat Islam, kita perlu gunakan hujah-hujah yang boleh menjadikan mereka berfikir panjang dan meminati Islam.

Kukuhkan iman kita semua. Dan pertahankanlah kalimah Allah kerana ada niat jahat disebalik keinginan mereka untuk menggunakan kalimah tersebut.

Marilah kita mengenali Allah dengan lebih baik kerana hanya dengan itu kita dapat mengukuhkan iman kita.

Read Full 0 comments

KUIN yang semakin runtuh

Isnin, 25 Februari 2013
Krisis yang melanda KUIN hari ini telah memberi impak yang amat ketara terhadap institusi tersebut. 

Krisis yang bukan melibatkan UMNO vs PAS, tetapi PAS a.k.a KUIN vs staf KUIN sendiri. Dimana orang awam, ini adalah petanda kegagalan pihak yang menerajui KUIN dalam mentadbir institusi tersebut.

Akibatnya mungkin akan sampai kepada pelajar-pelajar yang mendaftar di KUIN. Ilmu dan pengalaman yang diperolehi di KUIN bakal dilihat sebagai tidak setaraf dengan yang diperolehi dari institusi lain.

Akhirnya, kemungkinan akan berlaku kemorosotan dari segi penerimaan pelajar baru atau kualiti pembelajaran sendiri. Ini yang patut pihak berkaitan ambil perhatian.

Jika tidak mampu untuk tadbir sebuah institusi pendidikan, maka mengaku sajalah dan serah kepada pihak yang mampu. Jika tidak mampu memerintah negeri, maka elok sangat serah kepada yang mampu.

Sebaliknya jangan meletakkan EGO di atas sekali kerana menyangka kita sajalah yang layak atau mampu, walhal KUIN semakin buruk imejnya dimata rakyat atas sikap ego kita.


Rujukan Berita Semua Akhbar terkemuka 22/23 Jan 2013 Berita TV1 dan Bolg Beritakuinsebenar.

Sudah jelas dan nyata KUIN diterajui oleh pemimpin dan pengurus yang hilang keupayaan memikir. Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN asyik marah dan marah dengan geram seperti terpapar di kaca TV dan menyalah orang lain  apabila pemberita mengajukan soalan berkenaan masalah KUIN dengan kakitangan dan masalah salahguna kuasa oleh pengurusan. Ia kelihatan cukup beremosi seperti seekor harimau garang yang hilang anaknya.

Saya nasihat kepada pemberita-pemberita supaya ambil langkah supaya jauh sedikit  apabila berhadapan dengannya takut-takut Yang Berhormat naik angin dan boleh bertindak sesuatu di luar jangkaan yang waras.Tiada apa lagi yang hendak dijawabnya melainkan berbohong semata-mata dan menafikan kenyataan kerana sudah hilang modal untuk mempertahankan krebiliti atas hujajah-hujjah yang berlapikkan fakta, bukti.dan kewajaran.

Justeru itu, saya tidak boleh percaya lagi bahawa KUIN yang ditakbir sekarang oleh Rektor pilihan MB yang telah dituduh mencetuskan fenomina salahguna kuasa dalam suatu sistem pengurusan yang tidak lagi ada timbang tara kebolehpercayaan. Langkah beliau terus berdiam diri tidak bijak kerana telah memburukkan akauntibilitinya sendiri dan kredibiliti KUIN. Maka masyarakat terpaksa membuat berbagai-bagai andaian kerana tidak lagi percaya lagi pada MB. Akibatnya KUIN sudah menjadi IPTS yang berisiko tinggi. Oleh yang demekian saya menyeru kepada ibubapa yang bakal daftar anak di sini untuk menlanjutkan pendidikan tinggi berfikir masak-masak demi masa depan mereka sebelum membuat pilihan pusat pengajian dengan mengambilkira kes-kes seperti penganugerahan ijazah Al Quran yang tidak diiktiraf. Rektor tidak ada pilihan melainkan menjelaskan isu-isu ini kepada ibubapa supaya ibubapa tidak rasa tertipu.

Negara kita masih mempunyai banyak lagi institutsi pengajian tinggi yang kredibel termasuk institusi yang berasaskan pengajian Islam. Saya amat kesal bahawa KUIN yang diwar-warkan oleh pengurusannya untuk menjalankan proses mengIslamisasikan  'comtemporary knowledge' tidak mampu memperlihatkan pengurusan yang cekap, bersih dan beramanah selaras dengan nilai dan etika Islam. Saya kesal KUIN tidak lagi dapat memikul visinya sebagai sebuah institutsi yang diberkati ALLAH. Dan sudah semestinya mampukah ia melahirkan khalifah-khalifah melalui program akademiknya dan mengimbangkan matlamat duniawi dengan matlamat ukhrawinya? Proses merapatkan peluang yang sama untuk pelajar-pelajar dari luar bandar khususnya dari pendidikan aliran agama sudah terbantut yang akan menjejaskan perkembangan sosial dan ekonomi yang adil.. 

Adalah wajar Kementerian pengajian Tinggi segera bertindak menggunakan kuasa yang ada untuk menggantungkan operasi KUIN dan segera menjalankan siasatan dengan bantuan dari Jabatan Odit, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan International Transperancy Malaysia. Isu pengurusan KUIN sudah menjadi wabak yang boleh menggugat kestabilan pengajian tinggi di Malaysia dan mungkin juga GNP Malaysia kerana pengajian tinggi banyak menyumbang kepada pendapatan negara.

Kita semestinya tidak mahu anak-anak kita terpaut dalam kemelut yang sangat tidak sihat ini kerana ia kelak akan menjadi intipati kepada kurikulum yang semstinya akan melahirkan kesan-kesan negatif jangka hayat.

Seorang ibubapa yang perihatin tentang kualiti pendidikan dan kualiti pengurusan institusi pengajian tinggi.
Read Full 0 comments

Sudahkah UMNO Kedah Bersedia?

KedahTimes petik tulisan Sungguhka. Mungkin benar kata sungguka yang tak perlulah kita cuba mencari keuntungan atas apa yang sedang berlaku sekarang dalam PAS. Mereka sedang bercakaran merebut jawatan MB.

Elok sangat kita tumpukan perhatian dalam memenangi hati rakyat supaya mengundi BN dalam PRU13 naanti. Kita jangan tambah kebencian rakyat kepada UMNO. Mereka sudah sejuk sekarang ini dan teruskan mereka dalam keadaan sebegini.

Kita seterusnya memperkukuhkan jentera Peti Undi UMNO disetiap DUN dan Parlimen. Cuba Dato Bashah periksa peti undi parlimen Sik dan DUN disana. Apakah semua sudah bersedia? Apakah semua jawatankuasa petiundi sudah lengkap dengan ilmu untuk berperang dalam PRU kelak?

Setakat letak nama untuk isi jawatan, semua boleh buat. Tapi jika ahli-ahli jawatankuasa masih kelabu dengan tugas-tugas yang diberi, maka sama saja denga dikatakan tidak BERSEDIA.

Itu di Sik, bagaimana dengan peti undi yang lain-lain?  Negeri kena periksa kerana didapati ramai ketua-ketua UMNO dibahagian sangat sibuk melobi untuk jadi calon sehingga jentera PRU UMNO dibiarkan tanpa arah haluan.

Kalau macam tu, macamana laa UMNO nak menang!





Tok Bashah ni tak dak kerja lain ka.......? Dah habis modai nak buat kerja dah kot. Tak payah la nak mencabar sana-sini, selesai la dulu masalah dalam UMNO tu. Bukanya hajat hati ni nak membuka pekong, hakikatnya mungkin UMNO Kedah senditi tahu.

Kalau dah tahu ramai penyokong PAS sudah mula mendesak MB mereka, sepatutnya Tok cari la perkara lain nak memenangkan hati pengundi. Banyak masalah lain lagi di Kedah tu. Sekarang ni bukannya masanya untuk cabar mencabar. Statement-statement sebegini sepatutnya bukannya datang dari pimpinan Perhubungan Negeri, lebih-lebih lagi yang bercita-cita tinggi nak menjadi MB Kedah.......

Saya bukannya dari golongan yang mempunyai darjah kebesaran. Sekadar rakyat biasa yang ingin melihat perubahan pada Kedah. PM belum mengistiharkan lagi bakal-bakal Calon DUN Kedah, dah haru biru, apatah lagi bila pengistiharan dibuat.

Kemenangan DUN BN di Kedah terletak di tangan Kedah Selatan, Kalau Tok tak berhati-hati, nescaya BN Kedah akan menerima keputusan yang sama seperti PRU12 di sana. Dalam amatan saya hanya Bayu saja yang dapat mengekalkan kemenangan.
Read Full 0 comments

Lanun, Kerajaan, balak dan Air

Ahad, 24 Februari 2013

Dulu kita masih ingat yang Kerajaan PAS Kedah menuntut wang dari Pulau Pinang kerana mengambil air yang mengalir dari sungai Muda.

Sumber air ditadah di Pedu dan Muda dan dalir keluar ke sg Muda sehingga ke Pulau Pinang. Air yang secara aslinya mengalir ke Pulau Pinang dicaj oleh Kerajaan Kedah. 

Bila tiada pembayaran dibuat, maka mengamuklah kerajaan negeri. Maka ditebangnya semua hutan simpanan di kawasan tadahan air di Pedu dan Mada. Kononnya, nak bagi Pulau Pinang padam muka kerana kelak air akan berkurangan. Tetapi mereka tidak sedar yang sawah-sawah dikawasan MADA akan kekeringan.

Apabila disuruh berhenti menebang segala pokok-pokok di Pedu dan Muda, maka Kerajaan negeri mengugut supaya mereka dibayar jutaan ringgit hanya untuk memberhentikan kegiatan menyapu bersih hutan rimba di Pedu dan Muda.

KedahTimes hanya tahu yang sikap macam ini adalah sebenarnya sikap lanun. Kalau nak kami berhentu daripada menyamun, merompak dan sebagainya, maka kenalah dibayar wang pampasan.

Apakah kerajaan Negeri Kedah kerajaan Lanun?

Hasil negeri gawat, Pas kian terdesak

TUNTUTAN RM100 juta oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada Kerajaan Pusat sebagai pampasan untuk menghentikan pembalakan ?cuci mangkuk? di kawasan tadahan hujan berdekatan Tasik Pedu, menunjukkan Pas Kedah cukup terdesak untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi Menteri Besar Johor selama sembilan tahun, menyifatkan kenyataan Azizan - yang menjadi menteri besar sejak 2008 - sebagai amat tidak logik dan tidak masuk akal, lebih-lebih lagi dari segi hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan.

Namun Pas Kedah tidak mempedulikan sama ada tindakannya disifatkan mengugut, tidak wajar atau pelik kerana perbuatan di luar kewarasan seperti merosakkan alam sekitar dan menggondolkan hutan yang terletak hanya 100 meter dari tasik sudah pun dilaksanakan walaupun tanpa laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Meskipun tuntutan itu membuktikan kewangan negeri tenat atau berisiko muflis namun sungguh melucukan apabila papan-papan tanda menyatakan pendapatan negeri mencecah hingga berbilion ringgit dipacak di merata tempat sebagai propaganda.

?Malah satu papan tanda besar dipacak di depan rumah ayah saya di Jalan Anak Bukit berdekatan lapangan terbang yang mengatakan pendapatan negeri mencapai berbilion ringgit, tetapi sebenarnya angka-angka yang dinyatakan adalah pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama dalam menarik pelaburan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP)," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Hakikatnya, hutang kerajaan negeri meningkat sebanyak 50 peratus apabila hutang awam dilaporkan berjumlah RM2.6 bilion setakat Disember 2011 dan hutang pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil pula sebanyak RM330 juta.

Kata Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang, hutang Kuin pula perlu mula dilangsaikan hujung tahun ini sebanyak RM49.2 juta setahun dan jumlah itu merupakan penambahan kepada bajet defisit RM1.1 bilion bagi 2013 berbanding anggaran hasil RM640 juta.

Kewangan negeri menjadi lebih tenat apabila sasaran hasil RM640 juta itu iaitu peningkatan RM105.6 juta daripada hasil premium tanah dan bayaran jualan air mentah kepada Pulau Pinang tidak menjadi kenyataan apabila negeri berkenaan telah menolak jualan sumber air itu.

Lebih menyedihkan ekonomi Kedah di bawah Pas seolah-olah tidak bergerak malahan kadar kemasukan pelaburan asing dalam tempoh empat tahun di bawah pentadbiran Pas hanya RM10 bilion. (Angka itu bermakna setahun antara RM2 hingga RM3 bilion sahaja).

Sedangkan, pentadbiran BN pada 2007 berjaya membawa RM14 bilion FDI hanya dalam satu tahun! - bayangkan perbezaan cukup ketara yang memberi manfaat kepada rakyat.

Pada Januari hingga Oktober 2012, kemasukan FDI dan pelaburan langsung domestik negeri (DDI) negeri terus merosot kepada hanya RM373.3 juta, menjadikan Kedah terjatuh dari tangga kelima pada 2007 ke tangga ke-11 ketika ini berbanding negeri lain.

Kerajaan negeri tiada idea baharu yang kreatif untuk melonjakkan hasil pendapatan negeri melainkan menebang balak dan menjual air hingga tidak menarik minat pelabur menanam modal dalam bidang industri, perkilangan dan pembuatan.



?Walaupun memiliki sedikit kelayakan dari segi akademik tetapi rata-rata pemimpin kerajaan negeri tiada pengalaman mentadbir untuk meningkatkan hasil," kata bekas Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS), Datuk Wira Dr. Mohd. Shariff Abu Samah yang juga pengkaji dan pakar dalam pentadbiran awam negeri.

Justeru, katanya, rakyat perlu membuat pilihan tepat memilih kerajaan negeri pada pilihan raya umum kelak bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri diteruskan untuk kesejahteraan rakyat sebagaimana dirancang oleh BN.

Ia termasuk mendapat nikmat daripada rancangan mewujudkan hab perindustrian baharu yang menyerupai Taman Perindustrian Tinggi Kulim (KHTP), Bandar Getah di Utara Kedah dengan kerjasama kerajaan Thailand yang menyediakan banyak peluang pekerjaan. Industri berkaitan bidang aeroangkasa dan pembinaan pusat pembangunan dan penyelidikan (R&D) syarikat-syarikat antarabangsa, sektor pembuatan dan perkilangan kluster, pertanian berteknologi tinggi juga akan dibangunkan di Changlon jika BN mentadbir.

Apa yang penting, isu pokok iaitu pokok balak dan alam sekitar tidak lagi berlarutan jika sumber kekayaan negeri berjaya dijana dan dipelbagaikan untuk meningkatkan hasil bumi jelapang padi ini.

PENULIS adalah Ketua Biro Kedah,
Utusan Malaysia.

Read Full 0 comments

Telenovela ‘Kalimah Allah’: Lakonan Majlis Syura–Karpal Singh Memualkan


Pakatan Rakyat masih belum dapat mencari titik penyelesaian dalam isu ‘Kalimah Allah’.   Media juga berselang seli menyiarkan kenyataan antara ahli-ahli Majlis Syura dengan Karpal Singh yang tidak habis-habis menempelak dan menghentam sesama sendiri.   

Majlis Syura menganggap isu tersebut selesai dengan membuat keputusan bahawa ‘Kalimah Allah’ tidak boleh digunakan di dalam Injil Kristian dan bahawa keputusan itu tertakluk kepada ahli-ahli PAS sahaja.  

Tetapi,  Karpal menafikan ianya selesai, selagi Majlis Syura tidak menyatakan secara jelas untuk membenarkan Kalimah Allah digunakan di dalam Injil serta menerima hakikat bahawa Majlis Syura tidak ada hak bersuara di dalam Pakatan Rakyat, melainkan di dalam PAS sahaja.  

Menganalisis perkembangan ini secara terperinci, kita akan mendapati bahawa isu ini sebenarnya telah lama selesai bagi Pakatan Rakyat.

Ini kerana Majlis Syura sendiri telah menegaskan bahawa keputusan majlis tersebut hanyalah tertakluk kepada ahli-ahli PAS sedangkan hakikatnya, tidak mungkin ada ahli PAS yang terlibat menterjemah atau mencetak Injil dalam bahasa Melayu untuk membolehkan mereka menggunakan Kalimah Allah di dalamnya.  

Di masa yang sama, Majlis Syura sebenarnya tidak menghalang, dan tiada hak untuk menghalang mana-mana ahli DAP atau sesiapa sahaja yang bukan ahli PAS untuk berbuat demikian sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh.   
Ertinya, kedua-dua pihak telah pun menemui titik persetujuan iaitu “Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Injil, kecuali oleh ahli-ahli PAS”.  

Justeru, perbalahan antara Majlis Syura dan Karpal Singh di media hanyalah lakonan dengan skrip yang penuh dengan ayat tersirat.   Seperti juga isu Hudud, Isu Kalimah Allah ini juga adalah satu lagi Telenovela yang tiada penghujung bagi PR, walaupun secara dasarnya ia telah pun tamat dengan PAS akur kepada kehendak DAP.  
  
Bukan kita tidak tahu bahawa DAP perlu menunjukkan pada kaum bukan Melayu betapa mereka kuat, tegas dan mampu mengawal PAS dari membawa unsur-unsur Islam ke dalam pentadbiran PR.  Isu kalimah ini, bukan sahaja menjadi ‘tanda aras’ kepatuhan PAS kepada DAP, tetapi juga merupakan strategi serampang dua mata di mana ia turut memberi kelebihan kepada puak Kristian untuk memurtadkan umat Islam.  

Sedangkan PAS pula perlu menunjukkan pada umat Islam yang parti itu kekal tegas mempertahankan Islam dari dinodai oleh mana-mana pihak memandangkan imej ‘Islam’ parti itu sudah rosak teruk kerana kalah dengan UMNO dalam isu Amanat Hadi, kalah dengan DAP dalam isu Negara Islam, hudud, judi, arak, rumah urut, pusat hiburan dan juga salon serta tidak mampu menempelak PKR dalam isu pluralisme, liberalisme mahupun isu menyokong negara Israel.  

Telenovela Kalimah Allah ini, adalah talian hayat terakhir PAS untuk memperlihatkan yang parti itu masih se-‘Islam’ dulu.  Justeru, ia perlu terus ditayang untuk tontonan umum sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya.  Skripnya juga akan berterusan di mana Karpal dan Majlis Syura saling berbalah dan bercakaran.  

Hakikatnya, jika benar perbalahan ini bukan hanya sebuah Telenovela, maka sudah tentulah PAS telah meninggalkan PR.  Bayangkan, sedangkan Nasharuddin Mat Isa juga sanggup PAS ‘ceraikan’, tetapi PAS tidak sanggup meninggalkan kerjasama yang membawa risiko kepada akidah umat Islam dan pencemaran kepada kesucian ‘Kalimah Allah’.  
Read Full 0 comments

Menuntut Hak vs Keegoan MB


Kemelut yang melanda KUIN semakin hebat. Ianya bukan saja melibatkan staf KUIN dengan Rektor KUIN, tapi kini sudah merebak sehingga kepada Pengerusi KUIN yang juga MB Kedah.

Kedahtime petik isu-isu yang dihighlightkan oleh AdikWak yang menjadi teras pergelutan di KUIN serta sedikit komen dari beliau.

Jika MB berterusan dengan egonya dan senantiasa menyalahkan UMNO dalam apa saja isu, maka semua tidak akan kemana. Bertambah panaslah jadinya.

PERSOALAN 1
-Masalah potongan KWSP, Socso, Bank dan lain-lain potongan kepada pihak ketiga membuktikan kewangan KUIN berada ditahap kritikal

Jawapan Azizan
-Biasa la lambat bayar. Kadang-kadang duit peruntukkan lambat disalurkan. Tu yang lambat sikit. Tak ada masalah pun.

Ulasan WAK

 -Bila lambat mencarum bermakna sememangnya KUIN ada masalah Kewangan. Peruntukkan lambat atau cepat sebenarnya bukan masalah utama tetapi kemana duit yang telah dipotong dari gaji kakitangan itu pergi? Takkan KUIN bayar gaji tak sediakan sekali duit potongan. Potongan itu ialah ambilan dari gaji pekerja. Hak mereka. Kenapa zaman dahulu tak jadi pun masalah ini? Adakah Azizan dan Kroni tak cekap mentadbir atau sememangnya tak tahu mentadbir? Disitulah perlunya Fixed Deposit atau singkatannya FD. Jika KUIN ada FD ianya boleh dicairkan untuk perbelanjaan wajib. Nanti dapat duit peruntukkan atau yuran pelajar ganti la balik. Itu pun kena ajar ker Azizan hoi. Tak perlu kerah MBI atau SADA untuk tolong bagi pinjam. Dah alang-alang masuk bab FD ni nak tanya juga Azizan kemana hilangnya FD KUIN yang ada zaman BN dl. Habih dah ka hampa sedut atau hampa tak reti nak cayaq? Mustahil hampa tak reti cayaq sebab balak pun hampa rembat cerah.

PERSOALAN 2
-Masalah Insaniah Holding dan Anak-anak syarikat yang mempunyai CEO-CEO bergaji besar sehingga menjangkau RM 35,000 sebulan. Perniagaan yang samar serta lebih didalam kawasan pagar sendiri. Sehingga sekarang KUIN masih tak terima apa-apa bentuk keuntungan kewangan dari anak syarikatnya tetapi setiap bulan anak syarikat yang menyedut KUIN.

Jawapan Azizan
-Depa ingat menega ni macam menega warung tepi jalan ka. Kalau bayaq gaji murah kita tak dapat la kepakaran macam yang ada sekarang. Baru menega ja. Bagi la masa. Tanam pokok cermai pun bukan tanam hari ni esok keluaq buah dah. Sabaq la.

Ulasan WAK
-Azizan ni memang dah nya nyoq. Dia ingat anak syarikat KUIN tu baru tubuh ja kot. Tu la bila org kata MB serba tak tau dia marah. Jamil dok usung teloq hang merata tapi hang x sedaq pun. Apa salahnya jika Azizan arahkan Audit Negeri Kedah siasat dan audit semula KUIN serta anak-anak syarikatnya. Dari situ kita boleh lihat dakwaan Bersih KUIN tu benar ataupun tipu. Jijan oh Jijan. Akai ada tu guna la.

PERSOALAN 3
-Minit mesyuarat palsu yang didakwa dilakukan oleh Jamil dan Kroni sebenarnya ialah isu besar kerana ianya menjadi bahan kes dalam Mahkamah. Pihak Bersih KUIN ada dokumen lengkap berserta akuan sumpah Setiausaha Rektor. 

Jawapan Azizan
-Saya tak mau ambik tau isu ni. Ni semua ejen UMNO punya kerja. Tak mau kerja berhenti saja.

Ulasan WAK
-Amboi-amboi-amboi. Sedap ja mulut dia jawab. Tak mau ambik tau. Ish-ish-ish. Jika pendedahan mereka itu benar maka Azizan boleh diheret sekali ke mahkamah apabila ada salah seorang dalang petik nama dia. Mau Jamil nak pekena sapa tau. Dia habaq kata Azizan yg suruh. Mai sapa-sapa pi sokong pulak. Tak pasai hang dok dalam Azizan oi. Otak jangan tinggai kat rumah. Pi mana pun bawak sekali. Dan 1 lagi yang hang dok kait UMNO dalam isu tu. Orang pakat gelak bila hang pi dok jadi Mat Sabu Wilayah Utara. Mat Sabu tu lahir kat dunia pun dia salahkan UMNO. Jika benar ada dakwaan ejen UMNO maka silalah kemukakan bukti. Jangan tuduh ja. Sat lagi depa saman hang baru tau. BERSIH KUIN ini yang Wak tahu ialah Gabungan Pas dan Umno. Depa letak politik tepi dan berjuang atas nama BERSIH KUIN. Umno pun patut saman ja Azizan ni. Orang tanya isu lain dia jawab isu lain. hg bersubahat sekali ka dalam isu minit palsu tu? Awat gelabah pelik ja bila wartawan tanya soalan lain hang jawab lain?

sumber blog adikwak
Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates