Pembunuhan Karektor

Sabtu, 30 Mac 2013
Ini adalah satu cara bagaimana karier politik seseorang pemimpin ditamatkan. Tetapi kita perlu ingat yang sebaik mana perancangan kita, perancangan Allah mengatasi segalanya. 

Pembunuhan karektor adalah satu cara terdesak dalam menghalang seseorang pemimpin itu melangkah kepada tangga yang lebih tinggi lagi. Semua hal peribadi dijadikan isu supaya pembaca atau pendengar membenci kepada pemimpin yang diserang tersebut. Benar atau tidak maklumat yang dihamburkan adalah perkara terakhir. Yang penting kredibiliti pemimpin tersebut dapat dijatuhkan.

Ini semua mungkin dilakukan oleh pembangkang atau kemungkinan juga musuh politik dalam parti yang sama. Tetapi pihak pembangkanglah yang amat gemar melakukan kerja-kerja seperti ini.

Dulu Tun M dituduh dengan pelbagai melalui penulisan atau buku-buku yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak pernah mengaku atau menunjukkan diri mereka sebenar. Sebaliknya berlindung dibelakang jamban yang sentiasa berbau busuk sebusuk hati mereka.  Dan sentiasa berharap akan mendapat keuntungan politik atau kewangan darinya.

Perbuatan membunuh karektor ini menjadi pilihan mereka yang tidak berhati perut dan iman yang lemah kerana tuduhan mereka tidak pernah berdasarkan fakta. Hanya dengan 'hearsay' atau gambar-gambar yang dimanipulasi supaya nampak seperti ianya benar.

Menjelang PRU13, senjata ini mungkin digunakan terhadap individu yang boleh membawa kemenangan UMNO serta menjadi pilihan rakyat.

DS Najib diserang dari pelbagai sudut melalui tatktik ini.

Kedah Times tidak heran jika anak kepada mantan PM iaitu Dato' Paduka Mukhriz juga bakal menjadi mangsa kepada perbuatan seperti ini. Musuh yang sentiasa berselindung disebalik jamban atau bangkai busuk sentiasa mencari peluang dan masa yang sesuai untuk membebaskan niat buruk mereka untuk kepentingan politik, peribadi atau wang ringgit. Strategi disusun bagi menghancurkan beliau melalui taktik ini dan jika berjaya Kedah bakal kehilangan seorang pemimpin yang berwibawa.

DMM juga dilihat sebagai bakal menjadi faktor kemenangan UMNO dan BN di Kedah. Beliau amat terserlah di Kedah dan inilah yang amat dibimbangi beliau samada musuh dalaman atau luaran.

Bagi pembangkang, ianya bakal meraih serba sedikit keuntungan politik. Bagi Musuh politik se parti, mungkin mendapat kepuasan kerana berjaya menjatuhkan musuhnya walaupun secara tidak bermoral. Bagi penulis pula, keuntungan ringgit didambakan.

Aura DMM di Kedah meresahkan pihak pemerintah sekarang. Rakyat Kedah amat senang dengan DMM yang dilihat dapat membawa Kedah ke satu era kegemilangan jika dipilih menjadi ketua di Kedah. Ini yang digusarkan oleh PAS Kedah. Mereka takut kehilangan kuasa dan kerusi empuk yang dinikmati sekarang. Nafsu kekayaan hasil rampokan hutan rimba belum puas dinikmati. Dan masih ramai lagi kroni-kroni yang belum memperolehi lambakan harta perang. Jadi kuasa mesti dikekalkan dengan apa jua cara sekalipun.

Maka mungkin kelak kita akan lihat taktik pembunuhan karektor dilakukan demi menjatuhkan beliau. Jika DMM kentutpun, mereka akan mereka cipta kentutan beliau kuat, busuk dan sebagainya. Walhal kentut mereka lebih busuk dan buruk dari bangkai biawak tepi jalan. Inilah taktik yang telah disebut dalam ajaran Islam yang 'menyebut orang Islam yang suka memakan daging saudara islam yang lain'.

Tidak menolak juga PKR yang sentiasa meletakkan Tun M sebagai musuh utama mereka kerana Anwar yang menjadi  Ketua Umumnya dulu telah ditolak keluar dari UMNO dan kerajaan pada era pemerintahan Tun. Dan mungkin salah satu agenda utama mereka ialah menentang sebarang kemunculan waris Tun M dalam pemerintahan negara atau negeri. Tun M adalah musuh mereka, maka seluruh keluarga Tun M juga menjadi musuh PKR.

Tidak juga boleh diketepikan ada musuh politik dalaman dan seangkatan yang sanggup melakukan taktik ini demi menaikkan nama mereka. Mungkin kerana dendam, mungkin kerana ada arahan pihak-pihak tertentu atau mungkin kerana menginginkan jawatan tinggi dalam parti. Kita tidak menolak perkara ini kerana pernah terjadi dimana wang ditabur supaya DMM tidak memperolehi kemenangan dalam apa-apa pertandingan.

Mungkin juga ada dendam lama yang masih disimpan kerana terdapat kritikan atau komen DMM yang tidak boleh diterima mereka sehingga kini. Jadi inilah masanya untuk menjatuhkan beliau dengan menggunakan taktik kotor Zionist ini. 

KedahTimes berharap kepada semua supaya berhati-hati dengan taktik sebegini. Ianya sentiasa menjadi pilihan musuh untuk menjatuhkan seseorang. Kebenaran fakta diketepikan, pembohongan dan manipulasi ditonjolkan demi mendapat kepercayaan orangramai.

Dan kita perlu berhati-hati dalam memilih maklumat yang disalurkan atau dibentangkan kerana jika kita tidak berhati-hati maka kita akan terperangkap dalam mainan mereka yang senantiasa ingin menjatuhkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan bekerja dengan ikhlas.

Yang ruginya adalah rakyat kerana pemimpin yang berwibawa, ikhlas dan baik jatuh akibat pembunuhan karektor. 
Read Full 1 comments

Masjid Kau Punya, Yang Aku Punya Air Liur Saja

Jumaat, 29 Mac 2013
Sejak pendedahan demi pendedahan yang telah dibuat oleh blogger-blogger serta media-media cetak tentang kenyataan bertulis PAS Kedah dalam isu 12 masjid yang dikatakan dibina oleh Kerajaan Negeri, PAS Kedah masih meneruskan lagak yang begitu memualkan.

Agaknya PAS sudah tidak kisah lagi kalau dipanggil parti yang kuat kencing dan menipu rakyat. Ustaz Azizan terlampau mengambil mudah dalam hal memerintah negeri. Seakan tidak mengambil pusing akan segala impak yang telah mengegarkan Kedah malah Kedahtimes percaya moral PAS Kedah ini sedang dibaca dan diperhatikan oleh rakyat Malaysia seluruhnya.

Jawapan Sanusi bagi membalas segala pekung PAS Kedah yang telah dirobek banyak menggunakan ayat-ayat sentimen seolah PAS begitu menghargai rakyat malah meletakkan rakyat perlu berkorban untuk mendapat kesenangan dunia dan akhirat. Habis Kerajaan negeri buat apa?

Sikit-sikit derma, sikit-sikit sumbangan. Selama ini adakah Kedah dibangunkan atas ihsan derma? Kerajaan BN selama ini seolah-olah dikatakan mengenepikan hal-hal bersangkutan akhirat. Seolah pembinaan segala masjid dan jalanraya yang dibuat dengan menggunakan dana-dana besar itu tidak afdal. Bagi PAS sangat afdal jika ianya datang dari derma rakyat. 

Maaf. Itu yang difahami kalau ikut kenyataan Sanusi seperti di bawah:

 Membaca ini seolah PAS Kedah tidak melihat penipuan mereka dalam isu pembinaan masjid ini adalah satu perkara besar. Tak besar manapun. Hanya di hujung kuku Ustaz Azizan.

Padahal rakyat akan berkata, apakah rasionalnya pengeluaran dan pengadaran Buletin Sayangi Kedah Sejahtera ini jika segala maklumat dalamnya hanya gurindam jiwa, pantun seloka, wayang kulit untuk hiburan pembacaan saja-saja rakyat Kedah?

Kerajaan Pusat mengeluarkan berpuluh-puluh juta untuk membina masjid-masjid ini dan PAS Kedah dengan otak singkat hanya perlu 'claimed it' tulis dan cetak. Kemudian jika pihak yang berusaha dapatkan dana bising, PAS Kedah jawab semudah Sanusi menjawab.

Tabik hormat di atas pentadbiran PAS Kedah. Tabik dari rakyat yang selama ini melihat PAS begitu mengambil berat dan begitu lantang meletakkan Islam sebagai panduan utama mentadbir.

Tetapi salah satu dari 4 ciri munafik lebih banyak dipersembahkan PAS Kedah.

Bravo!

Akhir kata, Datuk Mukhriz, uasaha Datuk dapatkan dana untuk pembangunan masjid di Jerlun, PAS Kedah dah doakan Datuk dapat pahala. Kira itulah kejayaan besar PAS Kedah selama ini, Mentadbir dengan cara 'blessing' rakyat.

p/s: Kalau terus-terusan memberikan undi pada PAS pada PRU13 ini, maka rakyat Kedah akan dapat 'blessing' yang sangat tinggi dari PAS. Allah dan Rasul letak di mana?
Read Full 0 comments

Meletop!! Lagi Kantoi Buku Sayangi Kedah Sejahtera!!

Khamis, 28 Mac 2013
Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, jika soal bina Masjid pun PAS berbohong, apatah lagi projek yang lain, celah gigi saja bagi PAS.

Hari ini kami dedahkan lagi pembohongan Zul Ya bagaimana projek peruntukan kerajaan Persekutuan diakui sebagai 'KEJAYAAN LUAR BIASA" PAS.

Sebenarnya Projek Lembah Herba, malah Projek Makmal Tisu Kultur adalah Projek di bawah peruntukan Korridor Utara (NCER), dimana PAS hanya tadah tangan saja.

Sudahlah tidak berterima kasih, malah dikelentong kepada rakyat Kedah kononnya Kejayaan Kerajaan  PAS Kedah.

Bukan setakat Rakyat Kedah, atau ahli-ahli PAS, malah Ustaz Azizan pun sudah kena kelentong dengan Zul Ya.

Inilah jadinya, bila diberi kuasa 5 tahun, tak mahu buat kerja, bila hampir tiba pilihanraya, kelam kabut nak tunjuk hasil...

Read Full 0 comments

PAS Nafi Bina 12 Masjid Di Kedah

Dalam mimpi laa PAS nak cakap macam tu...

Logiknya, apa susah dan berbelit belit sangat. Soal bina masjid saja. Jawapannya sangat mudah....ada bina atau tak bina.

Bila PAS terbitkan buku Sayangi Kedah Sejahtera, PAS Dakwa bina 12 Masjid di Kedah.

Bila kontoi, SEMUA, bukan 1 atau 2, semua 12 Masjid tu bukan dibina Kerajaan PAS, maka seperti biasa PAS berbelit, kata orang lain tak faham bahasa.

Buat apa pusing-pusing jauh sangat, buat lah kenyataan bahawa Kerajaan PAS tak bina satu pun Masjid di Kedah, habis cerita. 

Nak sebut "KERAJAAN PAS TAK BINA SATU PUN MASJID" pun susah sangat ka?

Saudara Zul Ya belit sampai orang PAS sendiri naik malu..
Read Full 0 comments

Bukti Video PAS Sebenarnya Menolak Negara Islam

Rabu, 27 Mac 2013
Inilah yang bakal berlaku jika Pakatan memerintah Negara.





1 Undi Untuk PAS = 1 Undi Untuk DAP
Read Full 0 comments

Gagal Gagal Gagal ... itulah PAS

Isnin, 25 Mac 2013
Dalam semua aspek boleh dikatakan kerajaan negeri bawah PAS GAGAL.  KHTP tidak bergerak (yang ada hanya kutipan hasil usaha MIDA atau pembesaran kilang yang ada), SULIIH tidak bergerak langsung, peluang-peluang pekerjaan baru tiada, peniaga-peniaga kecil makin sesak nafas, Langkwai dibiarkan LADA uruskan dan pelbagai lagi.

Malah Masjid pun mereka tidak mampu bina. Yang mampu mereka lakukan ialah 'CLAIM' orang lain punya hasil kerja. Ini adalah kerja yang paling senang. Orang yang malas dan asyik tidur pun boleh lakukan kerja sebegini. Celik mata ada masjid depan rumah. Terus 'CLAIM' .... lihatlah masjid indah yang aku baru bina.
masjid yang sepatutnya PAS bina,
tapi sehingga hari ini tidak timbulpun

Begitulah kerajaan yang asyik lena. Sedar dari mimpi selepas semuanya telah siap lengkap. Maka dalam kegelabahan terus berlari seluruh negeri memberitahu yang mereka telah lakukan banyak perkara.

Yang sahnya mereka lakukan hanya dalam mimpi. Realitinya kerajaan persekutuan yang melaksanakan semua mimpi mereka.

Herrmmm ... teruskan kerajaan PAS Kedah bermimpi. Takut bila sedar, kuasa juga telah hilang diambil orang..



JITRA - Kerajaan Pas Kedah dicabar mengemukakan fakta dan bukti yang mereka melaksanakan syiar Islam dan menjaga kepentingan umat Islam negeri tersebut.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd. Johari Baharom (gambar) berkata, setakat ini, tiada satu pun masjid atau surau dibina kerajaan negeri sejak memerintah Kedah selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008.

Katanya, umat Islam di Kedah beruntung kerana kerajaan Persekutuan terus membela nasib mereka walaupun diperintah pembangkang.


"Nak harapkan kerajaan Pas Kedah, cakap saja lebih macam tong kosong.

"Sejak 2008 hingga tahun lepas, kerajaan Pusat telah membelanjakan lebih RM80 juta untuk membina masjid dan surau serta menaik taraf kedua-dua institusi berkenaan," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Bantuan Persekolahan RM100 bagi lima buah sekolah rendah dalam kawasan Parlimen Kubang Pasu di Sekolah Kebangsaan Padang Pekan di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Kedah, Roslee Ismail.

Mohd. Johari yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kerajaan Pusat turut membelanjakan kira-kira RM30 juta setahun bagi membayar gaji dan elaun pegawai masjid serta guru-guru agama di Kedah.

Ketika berucap pada majlis itu, beliau memaklumkan, kerajaan negeri perlu membayar elaun imam sebanyak RM750 bagi menyamai pemberian kerajaan Pusat sebanyak RM750 dan bukannya RM50 sahaja.

Menyentuh soal pendidikan, Mohd. Johari memberitahu, seramai 3,598 pelajar dalam daerah Kubang Pasu menikmati Rancangan Makanan Tambahan bernilai RM1.2 juta, manakala sebanyak 12,674 murid sekolah menerima bantuan berjumlah RM4.355 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Pelajar.

"Seramai 1,041 pelajar sekolah menengah pula menerima biasiswa antara RM700 hingga RM840 seorang setahun berjumlah RM942,760.

"Sebanyak 3,110 pelajar sebelas buah sekolah berasrama penuh pula menerima bantuan asrama bernilai RM10.5 juta pada tahun lepas," ujarnya. - Kedah.home.net.my
Read Full 0 comments

Dunia Islam

1. Pertelingkahan, demonstrasi ganas, pengeboman dan pembunuhan yang berlaku diseluruh dunia rata rata melibatkan umat Islam. Malah, banyak konflik yang melibatkan pembunuhan melibatkan muslim membunuh muslim, jauh lebih banyak daripada dibunuh Yahudi Zionis.

2. Tidak ada satu ayat pun di dalam Al-quran menghalalkan darah sesama Muslim, malah pengharamannya begitu jelas, waima punca bagi pembunuhan iaitu perpecahan juga diharamkan oleh Agama.
 
3. Pembunuhan sesama muslim bukanlah kerana mereka berselisih pendapat tentang penemuan baru sains, sebaliknya adalah isu Agama dan demokrasi serta kebebasan. Ironiknya Agama itu mengajar kepada kesejahteraan, malah demokrasi juga bermatlamatkan kesejahteraan. Sudah tentu pembunuhan setiap hari bukan sesuatu yang sejahtera.

4. Apa yang berlaku ialah, perebutan kuasa untuk diri sendiri, namun digunakan alasan agama atau demokrasi untuk mendapatkan kelebihan sokongan. Penyalahgunaan agama ini bukan perkara baru, malah wujudnya Syiah dengan ribuan hadis dan ayat palsu adalah kesan daripada perebutan kuasa.

5. Jika pada zaman yang masih dekat dengan Rasulullah SAW itu pun sudah wujud kekeliruan, maka apabila lebih jauh sehingga 1400 tahun, semakin mudah umat dikelirukan.

6. Malang sekali, mereka yang mengelirukan umat ini bukan golongan jahil, tetapi golongan ulama. Ulama dahulu tidak meraung-raung minta diangkat ke tampuk kuasa, malah tanggungjawab sebagai pemimpin amatlah mereka takuti. Tetapi kita lihat sekarang sebaliknya.

7. Selama mana umat Islam masih mencari-cari alasan untuk berpecah, walhal agama mewajibkan bersatu pada, berbunuhan sesama Islam akan terus berlaku, sedang manusia lain mengambil kesempatan atas kealpaan orang Islam.

8. Tidak apalah kalau kita berbunuhan atau bermusuhan, asalkan kebencian kita dapat dipuaskan. Biarlah akhirnya umat Islam lemah, asalkan kita dapat memuaskan perasaan benci kita.

9. Akhirnya, umat Islam akan tersepit dan disembelih apabila lemah akibat perpecahan. Tidak ada manusia lain yang tidak akan mengambil peluang atas kelemahan kita, walaupun kita tidak mahu menerima hakikat tersebut.

10. Teruskan berpecah dan puaskan hati masing masing, kerana akibat dari perbuatan tersebut hanya akan berlaku kepada anak cucu kita nanti dan bukan sekarang.   

Read Full 0 comments

Igauan PAS


Cukup senang tajuk dan jawapan spin puak-puak hijau pekat PAS di Wisma Darulaman.

Mula-mula buat ayat seolah-olah pihak UMNO kata tiada masjid dibina di Kedah. Kemudian mereka menjawab yang ada 12 biji masjid dibina di Kedah dan seterusnya duit sumbangan datang dari pelbagai sumber.

Hasilnya ada 12 masjid dibina di Kedah. Tetapi apa yang dia tak sebut ialah jika tiada peruntukan dari kerajaan persekutuan, mungkin sehingga kini tiada sebijipun masjid dapat dibina di Kedah. Yang Kedah Times nampak Tokong Hindu disebelah KBS tu memang besar dan pusat mayat di Jalan Langgar dibina lain. Kenapa Kerajaan Kedah tak masukkan sekali dalam senarai?

Inilah yang dikatakan lembu punya susu sapi dapat nama.

Ambil contoh Masjid Telaga Batu. Kenapa ada papantanda ICU disitu? Kenapa tiada papan tanda kerajaan Negeri? Begitu juga masjid Tmn Peruda Sg Petani dan Al Wahdatul Islamiah Kuala Kedah. Semuanya dibawah seliaan ICU.  Dan yang bakinya semua dibawah sumbangan dan seliaan ICU. 

Begini perangai PAS, yang merapu adalah mereka sehingga, sebaliknya menuduh pihak lain yang merapu pulak. Satan dard PAS dari dulu kini dan selamanya penipu.

Menyanggah Johari Baharom kata tak ada masjid dibina di Kedah....!

Zulkifli Yahaya

Dato' Johari Baharom dakwa tiada masjid dibina di Kedah sejak PR berkuasa. Tim Menteri lain kali cakap kena tengok fakta, jangan main merapu ikut suka... 

Ingat menteri kata tak ada masjid dibina di Kedah jadi kami senaraikanlah dibawah nie bahawa ada masjid dibina......tapi masjid yg dibina sumbangan dia ada yg mai dari pusat, ada mai negeri, ada wang zakat, ada sumbangan orang ramai..

bila dicampoq semua nie..maka inilah senarai masjid yg dibina di Kedah sepanjang 2008 - 2013
Read Full 0 comments

MASJID JAMEK AL-WAHDATUL ISLAMIAH TAMAN BERSATU

Masjid Jamek Al Wahdatul Islamiah Taman Bersatu Kuala Kedah adalah satu lagi masjid yang dibina dibawa seliaan ICU yang mana sumber kewangan semuanya dari kerajaan Pusat dan juga sumbangan dari rakyat jelata.

Dauk Latt sebagai orang kuat PM dan menjaga hal ehwal Kuala Kedah berusaha untuk mendapatkan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan.

Apa Kerajaa PAS Kedah buat?

Mereka hanya pandai ambil gambar cantik dan masukkan dalam buku Sayangi Kedah Sejahtera dan edarkan kepada MKK dan mereka yang malas untuk siasat. Maka hebohlah seluruh Kedah yang Kerajaan PAS Kedah mendaulatkan 12 Islam dengan membina 12 buah masjid di seluruh Kedah.

Dan Masjid Jamek ini adalah salah satunya.

KedahTimes bukan apa, cuka agak terkilan kerana mereka tanpa segan silu memaklumkan kepada rakyat yang semua ini adalah usaha mereka tanpa memberi sedikitpun kredit kepada pihak lain.

Malah mereka menipu rakyat dengan fakta menyeleweng. Agaknya PAS memang kerja menipu hatta tentang pembinaan Masjid pun ditipunya kepada rakyat.

SAVEKEDAH  SELAMATKANKEDAH

1 UNDI PAS = 1 UNDI DAP
Read Full 0 comments

Masjid Taman Peruda

" SAVEKEDAH " "SELAMATKANKEDAH" 

Lagi Pembohongan Kerajaan PAS Kedah.

Kerajaan PAS Kedah mengatakan yang merekalah yang membina Masjid Taman Peruda, Sungai Petani, Kedah yang bernilai RM 3.2 juta tetapi mengikut rekod dan kenyataan Penyelaras Parlimen Merbok, masjid ini dibina melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM 2.5 juta dan sejumlah RM 700 ribu adalah sumbangan orang ramai. Masjid ini telah siap dibina dan akan memulakan solat jumaat pertama pada 29 mac 2013.

Kerajaan PAS Kedah telah memuatkan cerita dalam buku Sayangi Kedah sejahtera bahwa mereka telah berjaya membina 12 buah masjid, wow! Cukup hebat! Tapi hakikatnya sebuah mesjid pun mereka tak mampu bina ?


Malah Masjid Taman Peruda ini disenaraikan dalam 12 buah masjid yang dibina oleh kerajaan negeri. Kita nak tahu mana masjid KUIN yang sepatutnya kerajaan Negeri bina?

LEMBU PUNYA SUSU SAPI CURI NAMA. 

1 UNDI PAS = 1 UNDI DAP

Read Full 0 comments

Pendedahan ICU

Saksikan pendedahan dari ICU Kedah berkaitan dengan 12 buah masjid yang dikatakan dibina oleh PAS di Kedah.

PAS menjaja seluruh Kedah bahawa merekalah yang mengusaha dan membina masjid-masjid tersebut dengan menafikan pihak lain yang telah membantu pembinaannya. Walhal satu habukpun mereka tidak melakukan apa-apa. 

Dan spin mereka terkini ialah masjid-masjid yang dibina adalah sumbangan dari pelbagai pihak termasuk dari negeri, individu, zakat, yayasan Islam dan persekutuan. Walhal pada awalnya mereka kata kerajaan PAS Kedah yang bina.

Akhirnya lembut sikit. Tapi hakikatnya mereka tidak bina sebijipun masjid-masjid tersebut. Ikuti pendedahan  ICU di depan rombongan Ketua Pemuda UMNO hari ini pada 11 pagi tadi. KT akan siarkan InsyaAllah.

Malah Masjid KUIN tidak mampu mereka bina, inikan 12 masjid di seluruh Kedah.

Yang mereka mampu ialah tebang balak, korak pasir dan berbohong. 


Read Full 0 comments

5 Tahun, 30 Kali Ke USA, RM2.1 Juta, 0 Pelabur

Setelah 5 Tahun memerintah Kedah, Kerajaan Kedah telah menghantar wakil pelaburan ke Amerika Syarikat sahaja sebanyak lebih 30 kali, dengan perbelanjaan tidak kurang RM70,000 setiap kali perjalanan.

Walaupun apabila ditanya didalam dewan undangan negeri, PAS hanya mengaku hanya 5 kali perjalanan. Sebenarnya lebih 25 perjalanan lagi tidak dinyatakan di dalam dewan atas alasan (helah) bukan Misi Dagangan .

Apa kerajaan negeri buat, lebih 30 perjalanan ke Amerika saja, tidak termasuk ke eropah, timur tengah, korea dan Jepun.

Dengan kosnya adalah sekitar RM2.1 Juta duit rakyat, berapakah hasil pelaburan yang masuk dari Amerika Syarikat ke Kedah. Jawapannya RM0. Tidak ada langsung pelaburan yang masuk dari Amerika setelah menghabiskan lebih RM2.1 Juta.


Kami cabar PAS nafikan pendedahan kami ini...


Wakil Pelaburan PAS Kedah sedang sibuk mencari pelabur

Read Full 1 comments

Bohong, TIPU, Samseng sinonim dengan PAS


Kita bukan pertikai tentang pembinaan Masjid-masjid tersebut. Malah selama ini UMNO/BN tidak pernah membuat bising pun di atas pembinaan semua masjid tersebut.

Malah se waktu JK masjid datang kepada wakil UMNO/BN pun mohon bantuan, tidak pernah pun mereka berkata apa-apa melainkan InsyaAllah, akan cuba bantu.

Bila semua sudah diluluskan dan diselaraskan oleh ICU dan bangunan sudah mula naik, PAS senang-senang saja datang ambil gambar dan masukkan dalam buku Sejahtera mereka. Diwar-warkan yang kerajaan PAS daulatkan Islam dengan membina 12 buah masjid.

Tiada penglibatan langsung dari pihak kerajaan PAS negeri. Nak derma Rm10 ringgitpun belum tentu lagi. Tup tup, merekalah yang membina Masjid-masjid tersebut.

Tidakkah ini dikatakan pembohongan? Bukankah PArti yang katanya berjuang untuk Islam tidak boleh bohong?

Ini baru satu pembohongan, banyak lagi yang mereka bohong dan sedang berbohong. Sanggupkah kita berpemerintah yang sentiasa berbohong?

12 MASJID DI KEDAH DIBINA OLEH BN BUKAN PAS
  
17:51pm, 21 Mac 2013

CHANGLUN: Kenyataan kerajaan PAS Kedah membina 12 masjid seperti terkandung dalam buku 'Sayangi Kedah Sejahtera' adalah satu pembohongan ketara, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah Datuk Mohd Johari Baharum.

Katanya semua masjid itu dibina menggunakan peruntukan kerajaan persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, berjumlah RM24 juta.

"Kita ada semua maklumat mengenai kontraktor dalam pembinaan, lantikan semua kontraktor dan dokumen perlantikan kontraktor serta tender untuk membina masjid tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba, di sini hari ini.

Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata empat daripada masjid itu telah siap dan diguna orang ramai manakala sebuah surau yang dinaik taraf menjadi masjid di Batu 8, Sik, dibiayai sepenuhnya oleh orang perseorangan.

Sehubungan itu, beliau meminta Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar tampil memberi penjelasan berhubung buku tersebut yang diterbitkan kerajaan negeri untuk rakyat di Kedah.

Beliau berkata sejak 2008, kerajaan persekutuan di bawah Barisan Nasional(BN) telah membina 22 masjid baharu di negeri itu dengan peruntukan keseluruhan hampir RM40 juta.

Kandungan buku 'Sayangi Kedah Sejahtera' yang diterbitkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu menyatakan sebanyak 12 masjid dibina oleh kerajaan negeri sejak 2008 hingga tahun lepas.

Dalam buku itu dinyatakan dua masjid dibina pada 2008, sebuah pada 2010, empat pada 2011 dan lima pada 2012. 

Buku itu diedarkan secara percuma kepada rakyat menerusi pemimpin masyarakat sejak awal bulan ini sebelum dilancarkan secara rasmi pada 17 Mac lalu.
Read Full 0 comments

Masjid Telaga Batu, Jerlun

Dipelancaran Buku Sayangi Kedah Sejahtera, kerajana negeri menyenaraikan 12 buah masjid yang dibinanya selama 5 tahun memerintah. Tetapi yang menariknya, tiada disenaraikan Masjid KUIN Kuala Ketil.

Kenapa ya? Walhal dalam pakej pembinaan kampus KUIN bernilai 300juta lebih, Masjid ada dalam perancangan tetapi bila siap, masjid hilang dan KUIN terpaksa minta sedekah untuk membina Masjid tersebut.

Sebaliknya dengan sembrono mereka menyenaraikan 12 buah masjid yang dibina sepanjang pemerintahan mereka. Inilah kehebatan mereka mendaulatkan Islam.  

Tetapi kesemua 12 buah masjid yang disenaraikan itu adalah dibina dibawah pengurusan ICU. Contoh terbaik ialah Masjid Telaga Batu, Jerlun.

Masjid Telaga Batu adalah dipohon oleh pihak JK masjid melalui Dato' Paduka Mukhriz


Apakah logiknya mereka menyenaraikan semua itu di bawah kejayaan mereka?

Tanpa segan silu mereka mengambil gambar dan siarkan seluruh negeri yang merekalah yang membinanya.

PAS .... Kedah Times ingatkan supaya berbohong atas pentas ceramah tentang politik sudah lah. Jangan perkara berkaitan masjid pun PAS hendak kelentong rakyat.

Tiada guna kerana Allah tidak akan biarkan mereka yang berbohong memperolehi kredit dalam hal-hala agama.

Kepada Ketua Penerangan PAS Kedah, dibawah dsertakan beberapa bukti yang mungkin pemimpin tak sanggup lihat dan betapa PAS hanya bermain air liur selama ini dalam mencari  dan berjanji untuk membina masjid. Yang melakukannya adalah UMNO dan BN.

BERTAUBATLah...




.
Read Full 1 comments
Read Full 0 comments

Masjid Pun PAS Bohong!!

Sabtu, 23 Mac 2013
Wahai Pemimpin PAS, Kalau dah tak buat kerja tu diam sudah la, janganlah dikaut kerja orang lain untuk ambik nama. Sampai ke tahap kerja bina Masjid pun mahu di tipu. Bukan 1, malah 12 Masjid yang tidak dibina PAS dijadikan modal membohongi rakyat!!
Mana Bukti surat kelulusan Bina 12 Masjid oleh PAS?

Read Full 3 comments

Peranan Anak Kedah

Seperti kata TUN M, kerajaan PAS sekarang adalah sebuah kerajaan yang tidak cekap dan tidak tahu apa-apa pun. Kerja mereka hari-hari berbohong disamping 'potong trip' demi menaikkan nama-nama mereka.

Seperti yang Kedah Times katakan sebelum kita akan rujuk buku Sayangi Kedah Sejahtera yang isinya adalah penipuan semata-mata.

Harapan kita agar anak-anak Kedah bantu untuk mengembalikan pemerintahan kepada BN. InsyaAllah, janji ditepati.

Read Full 0 comments

PEREBUTAN KERUSI

Perebutan yang tidak pernah berhenti. Mereka berebut jawatan. Mereka berebut kekayaan. Mereka berebut kawasan. Mereka akan berebut apa saja demi memuaskan nafsu serakah mereka.

Inilah akibat jika terlalu banyak agenda dalam diri masing-masing. Masing-masing dengan agenda sendiri yang jauh berbeza. Tiada pernah ada kordinasi dan ketulusan dalam perjuangan mereka.


Read Full 0 comments

RAKYAT MERANA PEMIMPIN PENBANGKANG LOMPAT KAWASAN

Jumaat, 22 Mac 2013

Pembangkang di negara ini tidak pernah terlintas di hati mereka untuk membela nasib rakyat jelata.

Mereka suka membuat janji-janji yang lebih manis daripada gula dan madu, dan apabila mereka berjaya mempengaruhi rakyat lalu diberi kepercayaan untuk memerintah, pembangkang selalu pula gagal menggotakan janji.

Rakyat kecewa tetapi lebih mengecewakan tempoh lima tahun memerintah yang diamanahkan disalahgunakan untuk mengukuhkan kuasa politik, menimbun kekayaan peribadi, keluarga dan kroni.

Negeri yanbg ditadbir ketinggalan ke belakang dari segi pembangunan sosio-ekonomi kerana pembangkang sibuk berceramah ke sana ke sini siang dan malam tanpa menyedari tugas utama mereka ialah kepada rakyat bukannya mendendangkan lagu politik tanpa henti.

Itulah fungsi sebenar pembangkang yang inginkan kuasa tetapi tidak tahu apa yang hendak dilakukan dengan kuasa yang ada di tangan kecuali menggunakan untuk kepentingan diri dan parti.

Bukti pemimpin pembangkang tidak serius menjaga kebajikan pengundi ialah kegemaran mereka untuk melompat dari satu kawasan ke satu kawasan bagi kepentingan politik mereka bukannya rakyat.

Khabarnya di Permatang Pauh, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak tentu arah seperti cacing kepanasan kerana beliau mendapat tahu kerusi tradisinya tidak lagi selamat pada Pilihan Raya Umumn ke 13 nanti.

Walaupun sudah menyandang sebagai ahli parlimen di Permatang Pauh sejak 1982 (kecuali dari tahun 1999-2008), Anwar sudah lagi peduli pengundi di kawasan itu yang setia bersamanya.

Yang lebih penting bagi Anwar ialah menyelamatkan karier politiknya bukan membela rakyat yang menyokong.

Alasan bodoh yang diberikan oleh seorang yang bergelar Ketua Pembangkang untuk menjustifikasi tindakan untuk bertanding samada di Perak atau Selangor adalah atas permintaan rakyat di kawasan terbabit!

Begitu juga dengan Penasihat Parlimen Dap, Lim Kit Siang yang bakal meninggalkan kerusi Ipoh Timur dan mahu bertanding di Gelang Patah, Johor pula.

Kit Siang lebih banyak melompat daripada Anwar bermula dari kawasan parlimen Bandar Melaka pada tahun 1969 kemudian berhijrah ke Kota Melaka pula lepas sepenggal. 

Dari Melaka beliau bertanding pula di kerusi Petaling Jaya pada 1978 dan empat tahun kemudian balik ke Kota Melaka.

Oleh kerana terlalu yakin Pulau Pinang jatuh ke tangan Dap, Kit Siang lari ke Parlimen Tanjong pada 1986 dan akhirnya apabila partinya tewas dengan teruk, terus meloncat ke Ipoh Timur pada 2004.

Melihat kepada kronologi penghijrahan pemimpin pembangkang yang kerap bertukar kerusi, terbuktilah mereka hanya menjadikan rakyat sebagai batu loncatan untuk memajukan diri sendiri dalam politik.

Ini berlainan pula dengan wakil-wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional yang kekal di kawasan masing-masing dan berkhidmat kepada rakyat tanpa henti sehinggalah mereka meninggal dunia atau bersara daripada politik atau tidak dicalonkan lagi.

Hakikatnya ahli-ahli parlimen dan dewan undangan negeri BN bukannya seperti katak-katak pembangkang yang suka melompat ke sana ke sini asalkan ada kolam yang enak untuk mereka berenang.

Dalam pas ada juga pemimpin yang seperti kera melompat dari satu dahan ke satu dahan yang lain seperti Mat Sabu.

Pad mulanya beliau memenangi kerusi parlimen Nilam Puri, Kelantan walaupun berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Dari Nilam Puri, Mat Sabu lari pula meninggalkan pengundinya di situ ke Kubang Kerian pada tahun 1999.

Kemudian beliau melompat pula ke kerusi Kuala Kedah dan menang tetapi seperti tupai yang pandai melompat akhirnya kecundang juga apabila bertukar angin ke kerusi Kuala Terengganu pada PRU ke 12.

Kini bekas wakil rakyat yang pernah ditangkap khalwat dengan isteri orang itu mahu balik ke Kedah atau bertanding di Selangor pula.

Semua pemimpin pembangkang sudah tahu kerusi yang mereka tandingi dahulu sudah tidak selamat dengan kebangkitan sokongan rakyat terhadap BN yang amat mengkagumkan.

Sebab itu mereka kini bercemperai lari lintang pukang mencari kawasan selamat untuk berlindung daripada taufan BN yang bakal meranapkan pembangkang.

Malah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob yang kini mewakili parlimen Kubang Kerian sudah siap sedia untuk berhijrah ke Johor pula.

Kesimpulannya pemimpin pembangkang seperti Anwar, Kit Siang, Mat sabu dan Salahuddin hanya pentingkan periuk nasi politik mereka sahaja dan tidak peduli samada nasib pengundi atau rakyat di kawasan yang mereka wakili terbela atau tidak.

Bagi pembangkang yang penting, survival politik perlu diutamakan dan kepentingan peribadi wajib didahulukan.

Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates