Ayuh Penyokong PAS, perjuanganmu direstui

Selasa, 30 April 2013
Perjuangan DAP direstui dan didoakan kejayaan mereka. PAS bersama DAP, maka secara otomatik perjuangan PAS di restui dan didoakan juga.

Teruskan perjuangan songsang hangpa menghancurkan Islam kerana RABBAI-RABBAI besar sudah memberi  restu. RABBAI-RABBAI besar sudah berdoa untuk anda.

Percayalah... Percayalah... Percayalah. Apa yang dikatakan oleh Allah SWT dalam Quran adalah BENAR. Nasrani dan Yahudi tidak akan berhenti menyesatkan kamu semua. Nasrani dan Yahudi tidak akan berhenti memecahbelahkan kamu semua. Jika kita berdoa, mereka juga berdoa. Tetapi doa khas mereka ialah untuk DAP + PAS + PKR. Doa mereka ialah untuk menghancurkan umat Islam.
Renunglah... Renunglah.. Renunglah apa yang dikatakan Allah dalam Quran. Nasrani dan Yahudi tidak boleh dipercayai. Nasrani dan Yahudi lah kaum-kaum yang disebut dalam surah al Fatihah ayat terakhir.

Fikirlah...  Fikirlah ... Fikirlah. Apakah anda dilandasan yang betul? Apakah anda dirahmati Allah? Apakah anda  benar-benar memperjuangkan Islam? 

Walhal perjuangan anda direstui dan didoakan oleh Nasrani dan yahudi akan kejayaannya. TETAPI bukankah Allah sudah memperingati kita dalam AlQuran akan tujuan sebenar Yahudi dan Nasrani. MELAINKAN kita tidak mempercayai peringatanNya!

Jika tidak mempercayainya, maka teruskanlah perjuangan songsang anda.

Read Full 0 comments

KUIN Universiti Pertama Tawar Pedidikan Percuma

Percaya atau tidak,  Pakatan PAS+DAP+PKR menjanjikan pendidikan percuma kepada rakyat. PTPTN dihapuskan. Dan KUIN adalah pusat pengajian tinggi pertama di Malaysia menawarkan pengajian percuma.

Maka berbondong-bondonglah pelajar mendaftar dari seantero dunia. KUIN Berkembang pesat. Kuliyyah bertambah dari asalnya hanya wujud kuliyyah pengajian berkaitan Islam, kini Kuliyyah bertambah dengan kemasukkan pelajar yang mendadak. Kuliyah Perubatan, Kuliyyah Telekomunikasi dan pelbagai kuliyah bukan berkaitan pengajian Islam wujud di KUIN.

Apakah semua ini hasil dari pendidikan percuma KUIN? Atau apakah ini kerana pemerintah yang ada ingin menunjukkan yang mereka sangat hebat?

Atau mereka sengaja mencari BALA!

Read Full 0 comments

Naik Bagi wifi Percuma, Caruman Wanita ... akibatnya ...

Seperti biasa apabila muncul isu yang bakal memberi persepsi negatif terhadap kerajaan PAS Kedah, yang tampil menjawab adalah dua tiga orang pegawai Dato Seri Azizan Razak, dan bukannya jawapan daripada Azizan Razak mahupun Exco-Exco beliau yang dikatakan berpelajaran tinggi belaka.

Kenapa ya, sering kali apabila timbul isu dua tiga orang itu sahaja yang menjawab dengan penulisan mereka. Adakah mereka tidak yakin Azizan dapat menjawab dengan baik kerana gelaran Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa yang dimilik Azizan itu.

Exco-exco kerajaan negeri lagilah tak ambil peduli langsung nak pertahan Azizan kerana mereka seronok melihat Azizan nampak bodoh bila jawab sesuatu isu – supaya senang mereka nak bagi tau penyokong PAS Azizan tidak layak jadi Menteri Besar.

Yang layak jadi Menteri Besar adalah Amirudin, Phahrolrazi dan Taulan Rasul.

Berbalik kepada penulisan yang duk mempertahankan kerajaan PAS itu, kali ini mereka berkhutbah dengan dalil dangkal bagi mempertahankan tindakan tidak berhati perut Kerajaan Negeri menaikkan harga air.

Maka diciptakan alasan kenaikan itu diluluskan kerajaan pusat @ arahan kerajaan pusat.

Inilah tahap alasan yang paling bodoh. Selama ini mereka bercerita konsep federalisme sekarang apabila kena batang hidung sendiri mereka lupa konsep itu dan menyalahkan kerajaan persekutuan.
Inilah sikap paling tidak bertanggungjawab. Kerajaan negeri jenis apakah ini yang tidah reti memikul tanggungjawab.

Kalau tidak reti memikul tanggungjawab tak payah menjadi pemerintah kerajaan negeri, serah kepada mereka yang layak mentadbir kerajaan Kedah.

Memanglah peraturannya kalau hendak naik tarif kena dapat kelulusan pusat, tetapi dah kerajaan negeri minta, maka kerajaan pusat lulus, kalau kerajaan negeri tidak minta tak kan kerajaan pusat pandai-pandai suruh kerajaan negeri naik harga.

Kalaupun benar kerajaan pusat suruh (sebenarnya tidak adapun arahan kerajaan pusat), kenapa ikut juga, beranilah membuat keputusan sendiri.

Habaq mai negeri manakah yang tidak dapat kelulusan dari kerajaan pusat apabila mereka nak naik harga air.

Segalanya terletak kepada kerajaan negeri, mau naik atau tidak mau naik adalah keputusan kerajaan negeri, kerajaan pusat hanya meluluskan permohonan kerajaan negeri sahaja.

Pasal apa gedik minta naik harga, awat hangpa tak fikir cara lain dulu nak atasi masalah kenaikan kos pengeluaran dan operasi. Kalau hangpa tak minta, laa nie orang tidak ceritalah pasal Azizan Razak yang menyusahkan hidup rakyat Kedah sekarang.

Satu lagi alasan mereka kata negeri-negeri diperintah BN juga naik harga air.

Kenyataan itu kalau dibaca secara tersirat membawa maksud kerajaan PAS mengakui negeri-negeri yang diperintah BN memang ditadbir dengan bijak sebab itu mereka mengikut jejak langkah tindakan yang diambil negeri diperintah BN.

Satu lagi sudut ia juga mencemuh kembali PAS yang selama ini bercakap sombong kononnya mereka akan menjadi kerajaan yang lebih dari BN dan akan memberi kesejahteraan kepada rakyat dan tidak akan melakukan apa yang dilakukan kerajaan BN.
Tetapi akhirnya mereka mengikut juga apa yang dilakukan kerajaan BN.

Sekiranya kerajaan PAS Kedah hebat, kenapa tidak mengambil langkah songsang menurunkan harga air semasa negeri lain menaikkan harga air.

Atau perkenalkan beberapa insentif seperti beri air percuma kepada golongan yang susah mahupun turunkan kos pemulaan bagi memasukkan air ke rumah.

(Ada berita di dalam akhbar melaporkan sebuah keluarga terpaksa gali perigi kerana tidak mampu bayar kos pemasangan meter air yang berjumlah beberapa ratus ringgit ke rumah mereka).

(Perlu juga disebut dengan tarif baru itu, kadar minimum setiap bulan telah dinaikkan 100 peratus iaitu daripada RM3 sebulan kepada RM6 sebulan. Sama ada guna atau tidak, setiap isi rumah perlu membayar minimum RM6 setiap bulan. Syabas kepada idea bijak kerajaan negeri ).

Lihat bagaimana Tun Dr Mahathir menongkah arus memperkenalkan kawalan matawang semasa ringgit diserang oleh penyanggak mata wang. Dasar yang ditentang pakar ekonomi itu ternyata telah menyelamatkan ekonomi Malaysia dari runtuh.

Itu baru dinamakan tindakan yang hebat.

Tersirat juga PAS mengakui mereka gagal menguruskan Kedah dengan baik, mereka gagal memberikan apa yang dijanjikan dalam manifesto.

Sebaiknya PAS Kedah mohon maaf sahaja kepada seluruh rakyat Kedah atas pemerintahan mereka yang mengecewakan rakyat.

Sekiranya elektrik juga diletakkan di bawah kerajaan negeri Kedah, pasti dengan mudah mereka akan mengambil keputusan menaikkan kadar tarif kerana pemimpin mereka tidak mempunyai daya pemikiran yang mahu memberi kesejahteraan rakyat.

Sumbangan Abu Nawas.
Read Full 2 comments

Kedah Negeri Kaya di Bawah PAS

Kemegahan pemerintah PAS Negeri Kedah terhadap kenaikan jumlah pendapatan hasil balak diwar-warkan seluruh pelusuk negeri. Diwar-warkan mereka memperolehi pendapatan melebihi apa yang diperolehi pada zaman Kerajaan BN

Tujuan ialah untuk menunjukkan bahawa terlalu banyak korupsi berlaku, jadi pendapatan hasil balak menjadi sedikit. Dan dizaman PAS tiada korupsi, maka pendapatan bertambah hasil dari tebang balak.

Memang benar kerajaan PAS dapat hasil lebih, tetapi perlukah rakyat Kedah menerima kesan sebegini? Takungan air dimusnahkan, tadahan air dibotakkan. Hasilnya rakyat mendapat banjir kilat dan air yang berkarat.

Sekali lagi Kedah mendapat perhatian Election Watch Asia atas kerakusan Kerajaan PAS membalak. Hasilnya dunia menyaksikan kemusnahan alam sekitar yang amat dahsyat.

Kira TERKENAL Kerajaan PAS negeri Kedah. Sebab itulah tiada pelabur luar datang ke Kedah.

Read Full 0 comments

Tidurlah wahai permaisuriiiiiii.

Pemimpin tertinggi PAS kerjanya tidur tidak kira dimana. Dimajlis rasmi, di Dewan Sidang DUN, dan sudah tentu dalam pejabat bila berseorangan.

Sebab itulah kita lihat banyak benda yang tidak diketahui beliau sehinggakan jawapan standard untuk semua soalan beliau ialah 'saya tidak tahu'. Sebab itulah juga kita lihat Kedah sudah berada 5 tahun kebelakang berbanding negeri-negeri dibawah BN. 

Hatta hutan rimba yang dipenuhi binatang liat menjadi botakpun beliau tidak tahu. KHTP yang tiada pelabur masuk dengan jumlah signifikanpun beliau tidak tahu. Hatta beliau ditipu pengikutnya di KUIN dan lain-lain syarikat milik kerajaan pun beliau tidak tahu.

Sehingga apa kerajaan negeri buang duit di Papua New Guinea pun dia tidak tahu. Sedar-sedar kantung kerajaan negeri sudah kosong.

Yang pastinya akaun kerajaan negeri bercampuraduk dengan duit dari sumber tidak halal seperti arak, hiburan dan sebagainya. Malah ketua pemerintah menjadi pengerusi syarikat jual arak di Kedah.

Kepada puak-puak PAS, tak payah takut kepada San Miguel(tang tiada kaitan dengan DMM pun) atau Calsberg atau lain-lain. Tanpa syarikat ini pun, Kedah tetapi akan jual arak di bawah pemerintahan PAS. Kerana Pengerusi syarikat arak tersebut adalah MB PAS Kedah.

Read Full 1 comments

KUIN Bertaraf Dunia

KUIN menjadi tarikan agensi berita luarnegara. Election Watch Asia membuat liputan ringkas ke atas KUIN.

Kehebatan KUIN dibawah pemerintahan PAS teserlah kerana mendapat perhatian luarnegara. Apakah kehebatan tersebut?

Sila tonton video di bawah. Nilai sendiri



Read Full 1 comments

Hebat Kerajaan PAS Kedah : Election Watch Asia buat full coverage

Begitu hebat Kerajaan PAS Kedah sehingga mendapat perhatian dari agensi berita luar negara.

Apakah disebabkan oleh kehebatan Kedah Sejahtera? Atau kerana kehebatan yang lain yang kita tidak ketahui?

Hebat! Saksikan.


Read Full 0 comments

Hudud Apa? Jom Dangdutlah Di Kedah..Alim Ulama Pun Dijemput!


Realistik, menilai, tepuk dada dan tanya selera, iman dan fikiran..adakah DAP+PKR+PAS adalah wadah perjuangan sebenar untuk kita terutamanya orang Melayu?



Pencabulan terbesar pakatan jahanam ini adalah apabila kalimah Allah dilambung dan disepak terajang seperti bola. PAS sebagai sebuah parti yang ada di dalamnya perkataan Islam yang sepatutnya meletakkan isu ini di atas, tidak boleh dijangkau oleh DAP tetapi akhirnya membiarkan saja kalimah Allah  boleh dikongsikan, diguna di gereja-gereja. Allah boleh disamakan dengan Allah yang mempunyai anak dan sebagainya dalam agama lain.

Sekiranya Syiah, menambah nama Ali Bin Abu Talib sebagai nama ketiga selepas Rasulullah dalam azannya, tak mustahil di Kedah atau di Malaysia, di bawah DAP+PKR+PAS, maka akan ada pula kalimah kedua selepas Ashhaduanlailahailallah..Semua ini akan dibenarkan sahaja oleh PAS atas nama persepakatan untuk mereka turut sama menjejak syurga dunia iaitu Putrajaya.

Kini apa yang di'target' oleh PAS hanyalah Putrajaya.

Demi Putrajaya, nama Allah boleh dikongsi. Demi menang dalam pilihanraya Hj Hadi lagi sekali setuju membenarkan perkongsian nama Allah SWT bersama agama lain.

Sehingga hari ini, tanyalah mana-mana ahli PAS..nama Allah boleh digunakan dalam agama lain? Jika mereka menjawab ya, tanya mereka adakah Allah sama dengan Allah dalam agama lain yang diyakini mempunyai anak dan isteri? Jika mereka kata budak tadika pun tahu beza habis terangkanlah kepada seperti mana budak tadika faham perbezaan itu kepada agama lain mengapa kalimah Allah tidak boleh disamakan dalam agama lain.

Dan jika mereka menjawab tidak boleh digunakan mengapa pucuk pimpinan mereka, Tn Haji Hadi Awang yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa UMNO itu kafir sehingga habis bercerai berai keluarga, jiran dan saudara berkecamuk sedang dia masih senang lenang bergelar YB lagi sekali melacurkan agama?

Di mana kewarasan PAS sebagai parti yang mendaulatkan Islam?

Di Kedah, apa yang tidak diwar-warkan oleh Datuk Azizan, Amirudin dan exco-exco Islam yang lain ialah Kedah mampu mengutip sejumlah RM 7.5 juta hasil cukai hiburan.

Jika masih belum percaya, maka Kedahtimes minta 'download'lah Penyata Kewangan negeri Kedah yang telah diaudit pada tahun 2010 dan 2011.

Amaun-amaun di bawah adalah datang dari kedua-duanya.


Butir

Anggaran Asal Setahun

RM


Hasil sebenar
2011

RM

% dari Anggaran



Hasil sebenar 2010
RM

% dari Anggaran

Cukai hiburan


2,500,000

4,069,672.95

162.79

2,997,423.45

119.90

Hiburan


2,400,000

1,499,998.00

62.50

1,872,258.00

74.90

Wayang gambar


150,000

269,925.00

180

156,184.00

104

Kedai Minuman Keras


200,000

198,950.00

99.47

207,460.00

103.73

Lesen hiburan


850,000

814,009.50

95.77

973,810.00

114.57

Kedai billiard


900,000

571,550.00

63.51

744,867.00

82.76

Jumlah Besar

7,000,000

7,424,105.45

106.01

6,952,002.45

99.31

Bandingkan anggaran cukai hiburan untuk tahun 2010 dan 2011 melonjak hampir 150%. Apakah angka ini sekadar angka?

Dan jangan terkejut jika dikatakan bahawa amaun perbelanjaan Jabatan Mufti Negeri hanyalah RM 1.5 juta sahaja.

SELAMA PENTADBIRAN PAS KEDAH, HASIL CUKAI DARI AKTIVITI HALAL DAN HARAM TIDAK DIASINGKAN!.

Nah! Duit haram juga yang menjadi gaji kepada Mufti kerana hasil cukai memang tidak diasingkan!

PAS masih berani untuk mendabik kata Islam dan Hudud akan dilaksanakan?

Kalimah Allah sudah membuktikan keberanian PAS dan kini bukan Hudud yang dilaksanakan tetapi dangdut yang dibenarkan.

Hentikanlah kemunafikan PAS yang bukannya sebuah parti yang betul-betul ikhlas untuk agama kita iaitu Islam.

Perpaduan, kebersihan, kejujuran tak pernah penting untuk mentadbir sebuah negara janji PAS menawarkan terus janji-janji munafik hanya untuk KUASA.
Read Full 0 comments

Kedah Dalam BAHAYA! Sila ambil Perhatian

Isnin, 29 April 2013
Kepada semua rakyat Kedah beragama Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah, mohon ambil perhatian dengan sebaik-baiknya.

Kedah dalam keadaan BAHAY sekarang ini kerana unsur-unsur syiah sudah bertapak di beberapa tempat dan ianya dilakukan oleh PAS.
Pengarah Pusat Komuniti KUIN
Bersama ulama syiah

Mat Sabu yang merupakan seorang pemuja tokoh-tokoh syiah Iran kini bertanding di Parlimen Pendang. Beliau dikatakan seorang yang juga mengamalkan ajaran syiah bakal mengukuhkan lagi kedudukan syiah di Pendang yang kini memiliki satu kumpulan pengamal syiah di sana.

Jika Mat Sabu menang, syiah ini akan bangkit dan cuba meluaskan pengaruh mereka. Ingat syiah dalam kumpulan kecil amat patuh kepada pemerintah, tetapi akan menjadi GANAS apabila berkuasa. 
Kenapa Abd Ghani bersama
 mereka ini

TERKINI, KUIN juga sedang diresapi SYIAH melalui pusat komuniti KUIN. Pusat komuniti ini adalah sebagai wayang sahaja. Ianya diterajui oleh seorang yang sering bertemu dengan Ulama-ulama syiah Iran. Dia menjadikan ulama-ulama syiah sebagai panduan.

Kepada ibubapa yang menghantar anak-anak ke KUIN, berhati-hatilah dengan pengarah Pusat Komuniti KUIN ini, Ust Ghani Samsudin. Beliau telah dipastikan bersama-sama dengan ulama Syiah Iran.

Celah-celah barisan ulama syiah
ada orang Malaysia
Apa yang ditakutkan ialah tujuan kita hantar anak ke KUIN untuk menuntut ilmu tetapi sebaliknya menjadi penganut agama syiah.

Jika berterusan kita membiarkan PAS memerintah KEdah, makin berkuasalah syiah di Kedah dan Malaysia.

Ayuh mari kita tolak syiah, kita tolak PAS, kita tolak Komunis.

Undi PAS samalah seperti mengundi Syiah dan DAP.



Read Full 1 comments

Tawan Putrajaya

Laungan puak Pakat DAP+PAS+PKR adalah menawan Putrajaya.

Mereka sama sekali tidak mahu menawan Malaysia, sebaliknya hanya Putrajaya yang mereka dambakan. Maka berduyun-duyunlah jentera mereka berada di Putrajaya untuk memenangkan Husam Musa yang tidak pernah konfiden dengan diri sendiri.

DUN pun beliau dicalonkan dan Parlimen pun dia nak juga.

Inilah tamaknya pakatan PAS+DAP+PKR

.
Read Full 0 comments

Tawaran Teristimewa PAS kepada Rakyat Kedah

Ahad, 28 April 2013
KedahTimes paparkan tawaran PAS kepada rakyat Kedah jika mereka memangkah PAS. Inipun kalau mereka sanggup melihat apa akibatnya jika memangkah PAS pada PRU13 nanti.

DAP adalah saki-baki komunis yang masih berjuang. Kalau dulunya mereka mengangkat senjata dan berada dalam hutan, tetapi kini mereka berada di Pekan dan bandar dan memasuki politik arus perdana. Matlamat mereka sama. Mengkomuniskan Malaysia walau dengan apa cara sekalipun. Malah sanggup bersekongkol dengan Kristian dan Zionist.

PKR pula adalah pembawa ideologi free thinker Amerika yang memberi kebebasan seluas-luasnya kepada manusia. Agama, kehidupan, pasangan, bersuara dan sebagainya adalah hak asasi setiap individu. Malah tiada perbezaan dalam agama. Quran dan Hadis sudah tidak dirujuk lagi.

PAS bersekongkol dengan kedua-dua parti ini. Bermaksud yang PAS merestui perjuangan Komunis DAP dan Pluraslisma dan kebebsan mutlak PKR.

Jadi UNDI PAS adalah undi DAP, undi PKR adalah undi DAP. UNDI DAP bermakna memusnahkan Islam, Melayu dan Malaysia.


Read Full 1 comments

Besi Tak cukup nak bina asrama KUIN


Kedah Time petik satu email dari beritakuin tentang jawapan MB Azizan kenapa masjid dan asrama KUIN Kuala Ketil tidak dapat disiapkan.

Pertama, apakah asrama dan masjid KUIN amat hebat rekabentuknya?

Kedua, apakah 340 Juta cukup untuk membina sebuah kampus yang menjadi ikon seperti bangunan atau kampus terbaik dunia?

Ketiga, Bukankah Kedah Sato adalah kontraktor utama dan pemajunya adalah BDB. jadi kemana hilang duit asrama dan masjid jika tidak dalam Kedah Sato atau BDB?

Assalamualaikum Saudara,


Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri saya. Saya adalah seorang profesional berdaftar yang sekarang ini bekerja di salah sebuah firma perunding (consultant) yang terbesar di Malaysia. Saya tidak ada kepentingan dan kenalan di KUIN tapi saya berasa terpanggil sebagai profesional untuk menjawab persoalan atau kenyataan dangkal yang di utarakan oleh Ustaz Azizan.Kami sebagai profesional haruslah mempunyai code of conduct dan bergerak di atas common law, di mana kami bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada orang awam dan tidak melanggar tatususila perhubungan manusia. 

Pendek kata sebagai profesional kami harus berterus terang malahan kepada pemaju sendiri kerana setiap projek akan melibatkan nyawa dan tentunya harta benda. 

Saya ingin mengupas jawapan yang telah ditimbulkan oleh YAB Dato Seri Ustaz Azizan berkenaan bangunan KUIN tidak dapat disiapkan tepat pada masanya kerana disebabkan oleh runtuhan di Stadium Sultan Mizan di Terengganu. Pertama sekali dalam kenyataan media dan juga laporan yang diterima, runtuhan di stadium tersebut sebenarnya bukannya menggambarkan keseluruhan struktur runtuh (structure failure). Akan tetapi runtuhan tersebut adalah berkenaan runtuhan bumbung yang diperbuat dari besi.Bumbung itu diperbuat menggunakan struktur kerangka''ring'' di mana keseluruhan bebanan tertumpu kepada struktur bulatan tersebut. Besi 'ring'tersebut memang berada dalam keadaan tekanan (tension) yang tinggi. Salah satu dari komponen tersebut telah hilang intergritinya dan ini menyebab keselurahan sistem bertekanan tersebut lumpuh dah jatuh. 

Walaubagaimanapun struktur utama stadium yang diperbuat dari pembinaan RC (reinforced concrete) tidak terjejas langsung. Soalan pertama saya, adakah bangunan KUIN yang baru dibina menggunakan struktur besi? Jika bangunan KUIN menggunakan struktur besi sekali pun,mengapa kita perlu menggunakan besi sedangkan Malaysia adalah antara pengeluar simen utama di dunia. Kita di Malaysia tidak mempunyai sumber asli (raw material) untuk membuat struktur besi. Jika KUIN menggunakan besi sekali pun, adakah struktur besi yang di bina, complicated dan memerlukannya menggunakan sistem khas seperti sistem 'ring''. yang dibina di stadium tersebut. Tujuan utama penggunaan sistem ''hi tension ring'' di stadium adalah untuk meminimakan penggunaan kolumn/tiang (column) dan memaksima focus view. 

Jika benar bangunan awam seperti kampus KUIN menggunakan struktur besi, ini secara tidak langsung menunjukkan dan memaparkan bahasa senibina yang megah serta mewah setanding dengan Universiti Teknologi Petronas milik konglomerat Petronas. Persoalan kedua, adakah tujuan utama pembinaan KUIN adalah sebagai ikon seperti UTP yang direka oleh Sir Lord Norman Foster. Adakah tujuan utama pembinaan KUIN ini adalah untuk bermegah-megah dan menunjukan yang kerajaan memang mampu untuk membina bangunan sebegitu mewah.




Di dalam sektor pembinaan, terdapat tiga jenis procurement (perjanjian) utama yang digunakan secara standard diseluruh dunia. 

1.Traditional Procument - Pembinaan dipimpin oleh arkitek yang bertindak sebagai Superintendent Officer dan dibantu oleh perunding lain seperti jurutrera,QS,penilai tanah dan sebagainya. Kebiasaannya melalui procurement ini, bangunan akan direkabentuk terlebih dahulu dan kemudian pihak penilai bangunan (Qunatity surveyor) akan menanggarkan harga dan tender kemudiannya di buka. Proses ini agak telus tetapi memakan masa

2. Design and Build -Pembinaan ini biasanya di pimpin oleh kontraktor.Kesemua pihak perunding bekerja dan dibayar dibawah kontraktor. Di Malaysia sistem ini gemar dikenali sebagai 'turn key'". Proses ini memang pantas dan memudahkan kepada kontraktor kerana segala keputusan dibuat oleh pihak kontraktor. Pihak pemaju (dalam konteks ini kerajaan negeri) sepatutnya mempunyai badan penasihat - perunding bebas untuk menasihati mereka ketika mereka menggubal perjanjian. Pihak pemaju dan kotraktor biasanya akan bersetuju dan berjanji dengan apa produk yang patut diterima dengan amaun yang bakal di bayar. Contohnya kotraktor perlu menyedia 10 bangunan dengan kos RM 10 juta.Oleh itu di akhir pembinaan dengan amaun yang dibayar pemaju harus menerima jumlah bangunan yang telah dijanjikan tanpa mengira kenaikan (inflation) kos. Cost Inflation sepatutnya diambilkira risikonya ketika di awal pembidaan. Konsep ini sepatutnya menguntungkan pihak pemaju jika mereka telus.

3. Konsep Hybrid -  campuran diantara dua diatas, mengikut kesesuaian.

Saya difahakam pihak pemaju ( dalam konteks ini kerajaan negeri) tidak dapat menyediakan asrama dan masjid kepada sebuah Kolej Universiti Islam. Saya tidak mahu memberi pandangan peribadi, tetapi saya difahamkan mereka menggunakan konsep 'turn key' bagi pembinaan kampus baru KUIN. Bangunan yang dijanjikan adalah berkurangan dari apa yang telah dipersetujui .Pihak kerajaan negeri sepatutnya tidak berlembut dan mengenakan tindakan undang-undang kepada pihak kontraktor sekiranya mereka tidak dapat menyiapkan bangunan seperti yang dijanjikan. Tapi tindakan undang-undang ini memang bakal mengambil masa yang lama, tetapi keadilan dan kebenaran mesti ditegakkan.

Berkenaan dengan pembinaan asrama pasang siap yang sepatutnya telah siap, pihak pemaju sekali lagi patut mengambil tindakan terhadap kontraktor yang terlibat. Pihak pemaju sepatutnya menguatkuasakan LAD (liquidated ascertained damages) kepada pihak kontraktor. Pihak kerajaan negeri boleh menolak harga kos pembinaan bagi setiap hari bangunan itu dilengahkan. Contohnya, jika pihak kontraktor berjanji akan menyiapkan bangunan dalam 10 hari. Pihak pemaju boleh menguakuasakan LAD pada hari ke 11 dan mula menolak harga kos pembinaan berdasarkan setiap hari bangunan tidak siap, sehingga ianya disiapkan. 



Walaubagaimanapun pihak kontraktor masih boleh memohon untuk melanjutkan tempoh pembinaan sekiranya timbul perkara yang tidak dapat di elakkan seperti elemen cuaca dan halangan dari pihak berkuasa bukan disebabkan kecuaian pihak kontraktor. Pihak pemaju perlu ditanya kenapa bangunan tersebut tidak siap dan sepatutnya kos  pembinaan dapat dikurangkan dengan LAD. Walaubagaimanapun pihak kotraktor tidak bertanggunjawab sekiranya bangunan tidak dapat disiapkan akibat kecuaian pihak pemaju - seperti kegagalan mendapatkan kebenaran pihak berkuasa. Pihak KUIN harus menjawab persoalan ini kerana setiap hari bangunan itu tidak disiapkan, ianya melibat wang ringgit dan berpihak kepada pemaju

Sya berharap penjelasan saya ini secara tidak langsung dapat menjernihkan keadaaan. Ini kerana setiap peruntukan dari KUIN datang dari sumber kerajaan negeri yang sepatutnya di kongsi oleh lebih 1.5 juta rakyat Kedah.

Sekian 
Wasalam
Read Full 0 comments

DAP Parti Pelbagai kaum - Kit Siang

"DAP parti pelbagai kaum, sentiasa membuka pintu dan peluang kepada orang Melayu" Kata Kit Siang.

Tidak seperti parti-parti komponen BN yang mewakili pelbagai kaum dan tidak berselindung disebalik slogan-slogan, DAP hari ini terpaksa berhujah lagi bahawa parti itu bukan parti perkauman.

Hari ini Kit Siang terpaksa berkata sekali lagi bahawa DAP sentiasa memberi peluang kepada orang Melayu.

Macamlah orang Melayu itu dungu sangat, macam lah orang Melayu itu hanya jenis menadah telinga tidak mampu mengkaji segala perbuatan-perbuatan DAP.

Kecuali beberapa kerat Melayu inferior yang asyik menyalahkan bangsanya, perbuatan-perbuatan berikut adalah sebahagian kecil daripada tindak-tanduk DAP yang tidak mungkin menjadikan majoriti Melayu diperbodohkan Kit Siang.
 
 1. Siapakah yang tidak henti-henti menyerang institusi orang Melayu, Polis, Tentera, kehakiman, pegawai kastam, imigresen dan lain-lain dengan tuduhan rasuah, dan dalam masa yang sama mendiamkan perbuatan pemberi rasuah yang majoritinya kaum peniaga, seolah-olah golongan peniaga dari kaum beliau suci dan bersih seperti kain putih. Ini dikatakan keadilan dan keterbukaan kepada orang Melayu?

Sentiasa terbuka dan memberi peluang kepada orang Melayu
2. Parti manakah yang tidak ada satu pun Melayu terpilih kedalam jawatankuasa CEC, malah selepas auta "spreadsheet" pun Melayu yang dipilih adalah tetap Cina. Bertapa terbukanya, satu kerusi hadiah untuk Melayu pun dipastikan dapat kepada Cina juga.

3. Parti pelbagai bangsa apakah DAP, dalam kempen, dalam mesyuarat, dalam rapat umum dan hampir semua aktiviti, bahasa dan tulisan Melayu dianak-tirikan?

4. Parti pelbagai bangsa apakah DAP, apabila Teoh Beng Hock (saksi dan juga mungkin tertuduh jenayah) mati, kematian beliau ditagih setiap hari, setiap pentas, setiap perjumpaan sehingga bertahun-tahun, kononnya mati ditangan pegawai institusi yang dikuasai oleh orang melayu? Tetapi apabila berapa ramai anggota polis  yang mati ditembak penjenayah, tidak sepatah pun perkataan keluar bagi membela kematian mereka.

5. Terbukakah DAP apabila ADUN DAP Komtar, Ng Wei Aik menghina dan menghalau seorang wanita Melayu Islam dengan berkata "Berambus dari sini dan saya akan keluarkan you dari Malaysia,You tidak boleh duduk di Malaysia”, tiada tindakan diambil kepada beliau.

6. Jangan kata Melayu, kaum India pun terpinggir hingga mesyuarat Agung pun tidak dijemput. Lebih malang kaum Cina sendiri pun ditipu, apabila Kit Siang, Karpal dan beberapa kerat tukun yang sudah membentuk DAP menjadi parti anak-beranak. Seolah-olah tiada Melayu, Cina dan India lain yang layak, melainkan ahli keluarga Lim dan rakan-rakan.
 
Tak perlulah kita nyatakan siapa yang membawa penyapu dan menjerit "Malai- si..Malay-sii.." dan menghalau Melayu dari ibukota apabila mendapat sedikit kuasa.

Cuma kita ingin berpesan, kempenlah cara lain, tak perlu lah Kit Siang hendak mendakwa bahawa DAP terbuka kepada kaum Melayu, kerana itu satu penghinaan kepada kebijaksanaan orang Melayu. Kepada kaum India dan Cina pun tak terbuka, apatah lagi Melayu.
 
Papa Lim, We oso can think larr.
Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates