‘Perjanjian Najib-Anwar’ Sahkan Anwar Tahu Akan Kalah

Jumaat, 31 Mei 2013
Pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai satu  usaha mengadakan perjanjian yang melibatkan Dato’ Seri Najib dengan Anwar Ibrahim benar-benar membuat Anwar gubra.  Dalam ‘kegubraan’ itu, Anwar mengakui bahawa beliau ada menawarkan satu perjanjian dengan Dato’ Seri Najib melalai Jusuf Kalla tetapi telah tidak dipersetujui oleh Dato’ Seri Najib.  

Setelah tersedar bahawa kenyataannya adalah ‘politically-incorrect’, maka Anwar cuba menjelaskan bahawa penawarannya kepada Dato’ Seri Najib adalah agar BN menerima kekalahan dengan baik dalam PRU-13 dan tidak membuat demonstrasi.  Kononnya, beliau sudah tahu yang PR akan menang.  
Mana-mana rakyat Malaysia juga tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk mengesan pembohongan Anwar dalam kenyataan tersebut.  

Kita cukup maklum bahawa BN bukanlah parti yang terkenal dengan demonstrasi dan BN tidak pernah mempersoalkan kekalahannya di beberapa negeri.  Dato’ Seri Najib juga telah terlebih dahulu dikhabarkan oleh berbagai pihak bahawa BN berpotensi untuk menang besar.   Namun, biarpun kemenangan BN dalam PRU-13 langsung tidak memuaskan hati, BN tidak pula membantahnya.  Malah, BN mengambil sikap menyalahkan diri sendiri dan antara sesama komponen tanpa menuding jari ke serata arah.  

Justeru, masuk akallah bila Dato’ Seri Najib enggan berbuat apa-apa perjanjian dengan Anwar.   Dan jelaslah juga bahawa Anwarlah yang tersorong-sorong pipi mengajak kepada satu bentuk ‘tawar-menawar’.  

Persoalan kini menjurus kepada ‘apa sebenarnya yang Anwar minta dari Dato’ Seri Najib tetapi telah ditolak mentah-mentah itu?’  Tentu sekali bukan agar BN tidak membantah keputusan PRU kerana Dato’ Seri Najib yakin bahawa BN akan menang besar.  

Sumber-sumber dalaman memberitahu bahawa Anwar menawarkan janji yang beliau tidak akan berdemonstrasi membantah keputusan PRU-13 jika kerajaan memberi jaminan yang beliau akan dilepaskan dari sebarang tuduhan dalam insiden Lahad Datu.   

Jika ini benar, maka tidak hairanlah Dato’ Seri Najib mengabaikan sahaja permintaan Anwar.  

Inilah yang membuatkan Anwar semakin hari semakin gubra sehingga tidak sempat menapis kenyataan sendiri, manakala Dato’ Seri Najib pula tenang sahaja.  Sudah menjadi kelaziman, orang yang bersalah tidak mungkin akan tenteram kecuali beliau seorang yang kurang waras.  

Hari ini, Anwar telah ‘membalas dendam’ dengan meneruskan demonstrasi dan himpunan haram untuk membantah keputusan PRU-13 dan menggulingkan kerajaan Dato’ Seri Najib.  Semuanya kerana Dato’ Seri Najib telah tidak mengendahkan tawarannya.   

Sangkanya, ‘biar padan muka BN’ kerana terpaksa melayan karenahnya setiap minggu.  

Tetapi apa yang dapat dilihat ialah, yang padan muka adalah dirinya sendiri yang kini ditolak oleh rakyat dan terpaksa pula berhadapan dengan kebenaran dalam isu Lahad Datu.   Anwar juga tahu bahawa lambat laun, rakyat akan letih berhimpun ke sana ke mari saban minggu.  

Pada waktu itu, jangankan padan muka Anwar, tetapi di mana Anwar nak letak muka? 


ads
Read Full 0 comments

PR Utamakan Undang-Undang Rimba

Jika mahu dikira rasanya sudah ratusan kali pihak berkuasa khususnya PDRM memohon jasa baik para penyokong dan pemimpin parti politik agar mematuhi peraturan & undang-undang supaya ketenteraman awam terjaga demi kepentingan bersama.

Seruan sedemikian tidak pun sukar untuk dipatuhi bagi siapa sa
haja yang waras akal dan bersih hati nuraninya, namun bagi golongan yang kurang kasih sayang ibu bapa sebagaimana banyak kedapatan dalam PR ia dianggap satu penyeksaan jiwa raga yang mengekang kebebasan hak asasi manusia.
Para pemimpin PR dan NGO yang sehaluan dengannya tetap berdegil enggan mengikut arahan pihak berkuasa sebaliknya terus bertindak berpandukan akal sendiri seolah-olah negara ini tiada peraturannya semacam undang-undang rimba pula yang lebih PR utamakan.

Sebab itu saban hari mereka sibuk dengan perancangan untuk berhimpun sana sini dengan tema blackout 505, himpunan rakyat 505 semacam jenama seluar jeans Levis pula, konon sebagai bantahan terhadap keputusan PRU-13 yang dikatakan penuh penipuan serta tidak telus. 

Tapi di masa yang sama, dalam sibuk bantah membantah itu ini, diam tak diam boleh pula para pemimpin dan penyokong PR menerima dengan penuh bangga kejayaan mereka mengekalkan Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Mereka juga gah mendabik dada dengan keupayaan DAP, PKR dan PAS menguasai 89 kerusi Parlimen.

Seandainya diambil kira tuduhan PR yang meremehkan ketelusan proses PRU-13 secara tersirat ia bermaksud setiap kawasan dan negeri yang dimenangi PR pun wajar dipertikaikan, bukan begitu? 

Sebetulnya, jika para pemimpin dan penyokong PR bijak berlapang dada dan ada kesedaran menghormati keluhuran undang-undang, gunakanlah saluran yang ada misalnya melaksanakan bantahan melalui petisyen pilihan raya supaya dengan demikian siasatan sewajarnya dapat dilakukan.

Bertempik sorak dalam himpunan sana sini bukannya satu tindakan cerdik  melainkan menonjolkan betapa rendahnya kesedaran sivik golongan yang terlibat. Negara kita ada undang-undang, maka ikutlah dan peraturan selagi mana kita adalah warganegaranya yang setia.

ads
Read Full 0 comments

Cina Sudah Lama Boikot Barang Bumiputera


Kempen ‘Buy Chinese Last’ kini dipergiat di kalangan kaum Bumiputera walaupun dikecam oleh kaum Cina.  Media berbahasa Cina dan Inggeris yang pro-pembangkang juga semakin hebat mengutuk tindakan kaum Melayu memboikot barangan Cina. 

Dalam mereka berkata bahawa kaum Cina tidak akan terjejas dengan kempen ini, mereka terus menghentam kerajaan, terutama kepimpinan, kerana tidak mengekangnya.  Di masa yang sama, mereka turut mempamerkan keangkuhan menyuruh kaum Melayu agar jangan bekerja dengan mereka lagi jika benar-benar ingin memboikot mereka.  Malah, mereka juga mengungkit-ungkit bahawa merekalah pembayar cukai terbanyak dan negara tidak akan ke mana tanpa mereka.  

Tanpa sedar, mereka sebenarnya mengesahkan bahawa mereka tidak pernah ditindas dan kerajaan serta kaum Melayu tidak pernah bersikap rasis terhadap mereka selama ini.   Dari mana mereka memperoleh kekayaan dan mampu membayar cukai jika bukan dari dasar Barisan Nasional yang tidak pernah meminggirkan mereka?   Dari mana mereka mendapat pelanggan jika daya beli itu bukannya datang dari majoriti kaum di negara ini?   Dari mana mereka mendapat pekerja jika bukan dari berbilang bangsa, terutamanya pekerja bawahan?  

Bukan kita tidak tahu bahawa kaum mereka yang bodoh dan malas sering diberi jawatan dan gaji tinggi di syarikat milik mereka sementara kaum Melayu yang bijak tetap akan diketepikan atas alasan kononnya Melayu itu malas dan bodoh?   Ini adalah jawapan biasa bagi kaum Cina untuk membela diri atas sikap rasis mereka.  Sudah sampai masanya kaum Melayu menangkis jawapan mereka ini.  

Bukan kita tidak tahu bahawa walau sebodoh mana pun seorang Cina yang datang memohon kerja di kilang, beliau akan diberi kerja di pejabat.  Tetapi anak Melayu dengan kelulusan diploma boleh saja diberi kerja ‘operator pengeluaran’.   

Adalah merupakan perkara biasa di dalam sektor swasta jika melihat anak Cina yang buta komputer diberi gaji eksekutif tetapi anak Melayu yang mampu menyediakan laporan kewangan dan membuat ‘presentation’ kepada pelanggan diberi gaji yang lebih rendah dari anak Cina bodoh itu.   Selain itu, melihat bos Cina yang haram tidak tahu membaca laporan berbahasa Inggeris dan bergantung sepenuhnya pada Setiausaha Melayu untuk melakukan kerjanya juga merupakan antara gambaran lazim di sektor swasta.   

Pendek kata, tidak ada seorang pun di dunia ini yang sikapnya sama dan jelas di sini bahawa kaum Cina sendiri ramai yang bodoh malah teramat baghal sehinggakan Bahasa Malaysia yang mudah itu juga tidak dapat mereka kuasai.  

Kerana bodohlah kaum Cina lebih ramai ke Universiti Swasta kerana di sana kelayakan tidak begitu ketat asalkan ada duit.  Kerana bodohlah kaum Cina ramai tergila-gila membuka salon pusat hiburan untuk anak-anak dara mereka yang bodoh bekerja.  Kerana bodohlah,  kaum Cina terpaksa menghisap kebijaksanaan kaum lain dan kemudiannya menikam belakang mereka untuk mengambil nama.  

Penulis bercakap berdasarkan pengalaman setelah bekerja di enam buah syarikat yang diterajui Cina.  Di syarikat-syarikat ini, walaupun kebanyakannya adalah milik bangsa asing tetapi sekiranya yang menjadi penerajunya adalah Cina, maka sampai matilah tiada Melayu yang dapat menduduki kerusi pengurusan atasan selain dalam Jabatan ‘Human Resource’ atau ‘Hal-ehwal Kerajaan’.   Melihat Cina bodoh mempergunakan akal dan tenaga Melayu bijak untuk mendapat nama adalah perkara yang terlalu amat biasa.  
Hakikatnya, Melayu dan Cina sama saja, ada yang bodoh ada yang bijak, dan ada yang malas serta ada yang rajin.  

Jika ingin tahu kaum Cina bijak atau bodoh, ajaklah mana-mana kaum Cina dari universiti swasta itu berbincang secara ilmiah tentang pengetahuan am, sejarah dan pemikiran.  Majoriti mereka yang terasa bijak itu, langsung tidak tahu apa-apa selain mengira duit dan keuntungan.  

Dan kerana Cina ada yang bodoh jugalah maka Red Bean Army menghantar beratus-ratus komen terhadap artikel-artikel mengenai ‘Buy Chinese Last’ di internet tanpa seorang pun dari mereka mempunyai wajah identiti diri.  (Ingat orang bodoh macam mereka jugak ke tak tau itu kerja Red Bean Army?)  Sedangkan, jika dilihat dari komen maya bagi artikel-artikel di laman web lain, hampir semuanya merupakan individu berwajah.  

Oleh itu, tidak usahlah kaum Cina berbangga dengan kebodohan sendiri.  Ketahuilah bahawa keangkuhan itu sendiri adalah cerminan kebodohan.  Sudahlah bodoh, hipokrit pula.  Sudah menumpang, angkuh pula.  Sudah merampas semua, menafikan pula.  Di mana lagi maruah kaum Cina?  Patutlah Mat-mat Saleh Australia dan Amerika semakin ramai yang meluahkan kebencian terhadap kaum Cina di negara mereka. 

Dengan mengecam kempen ‘Buy Chinese Last’ lebih lagilah terserlah bodohnya.  Ini kerana, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa semenjak azali lagi kaum Cina memboikot barangan bumiputera.   Bukan kita tidak tahu bahawa hampir semua pasaraya yang dikuasai Cina tidak akan menerima produk bumiputera atas alasan tidak berkualiti dan berbagai-bagai alasan lagi.  Malah, jangankan produk bumiputera tidak akan dijual tetapi peniaga bumiputera juga akan ditindas semahu-mahunya.  

Antara yang telah menjadi heboh ialah ‘Kelantan Delight’ di KLCC dan bagaimana mereka mengekang peniaga bumiputera di Alamanda.  Begitu juga Subang Parade dan di semua kawasan komersial yang dikuasai mereka.  

Mereka melakukannya dengan menaikkan harga sewa sesuka hati ke atas peniaga bumiputera tetapi memberi kelonggaran penuh kepada peniaga kaum mereka.  Di rumah-rumah kedai biasa pula, kaum Cina sanggup memberi sewa RM300 kepada peniaga bangsanya, tetapi RM800 kepada bangsa lain kerana sikap perkauman yang begitu tebal.  

Tidak cukup dengan itu, mereka cukup pantang melihat produk Melayu maju, maka pantaslah mereka mengatur strategi mengsabotajnya.  Roti Gardenia adalah antara yang paling hangat diperkatakan kerana Cina memang amat memusuhi Tan Sri Syed Mokhtar yang menjadi pemiliknya, hanya kerana beliau merupakan seorang taikun Melayu.  Kononnya beliau mendapat keistimewaan dan peluang dari kerajaan hanya kerana beliau Melayu, tetapi taikun-taikun Cina yang jauh lebih ramai kerana turut mendapat peluang memonopoli itu dan ini dari kerajaan tidak apa pula.  

Ada kalanya, peniaga Cina terlebih dahulu bertindak membeli atau mengedar produk bagi pihak pengeluar Melayu dan kemudiannya sedikit demi sedikit merosakkan produk tersebut sehingga ia tidak lagi dipercayai sebelum mengambil-alih pengeluarannya. 

Soalnya, kenapa kaum Cina perlu mengsabotaj produk bumiputera dan begitu berdendam dengan seorang taikun Melayu yang seorang itu?   Jawapannya, tidak lain tidak bukan kerana mereka tahu bahawa Melayu punya potensi untuk turut maju seiring dengan mereka.  

Oleh itu walaupun mereka sering melaung akan kepentingan bersaing secara sihat, tindakan mereka memboikot dan mengsabotaj produk bumiputera dengan sendirinya membuktikan bahawa mereka sebenarnya amat takut untuk bersaing.  Walaupun mereka tahu bahawa mereka tidak akan miskin jika turut bersaing dengan kaum lain tetapi mereka sengaja tidak mahu melihat kaum lain turut senang kerana hati mereka terlalu busuk.  

Justeru, walaupun penulis seorang yang tidak suka pada seruan ke arah perkauman, tetapi penulis menyokong penuh kempen boikot barangan Cina.  Bukan kerana rasis, tetapi kerana penulis menyokong ‘persaingan sihat’.  

Boikot perlu dibalas boikot.  Noktah.   


ads
Read Full 0 comments

Hantu Shen Yee Aun Buru Kit Siang

Kewujudan Red Bean Army, iaitu tentera siber DAP bukan lagi satu rahsia.  Jika sebelum ini ramai yang musykil dengan jumlah komen menyokong dan ‘like’ bagi sesuatu bahan yang menentang kerajaan di internet tetapi segala kemusykilan terjawab apabila seorang bekas pemimpin muda DAP sendiri mendedahkan akan kewujudan Red Bean Army ini.  

Menurut Shen Yee Aun, Red Bean Army berjumlah sehingga 2000-3000 orang dan dibayar dari RM3000-RM8000 seorang.  Masing-masing mempunyai sehingga 20-50 akaun laman sosial dan beroperasi di beberapa tempat dengan dua pejabat utama di Komtar Pulau Pinang dan Hotel Concorde Kuala Lumpur.  

DAP, bagaimanapun menafikan kewujudan tentera ini.  

Malah, Lim Kit Siang dalam blognya juga turut memberi perhatian kepada isu ini dan mempersoalkan kebijaksanaan Dato’ Seri Zahid Hamidi yang membuat kenyataan mengenai Red Bean Army DAP.  Kata Lim Kit Siang, mana mungkin DAP membelanjakan sejumlah of RM15 sebulan, atau RM180 juta setahun atau RM1.08 billion untuk keseluruhan enam tahun kewujudan Red Bean Army.  

Mungkin jumlah itu kelihatan terlalu tinggi untuk ‘dihadamkan’ oleh logik akal kita.  Tetapi, kita wajar memahami akan pentingnya pilihanraya ke-13 untuk DAP.  Malah, ia terlalu penting sehinggakan mereka tidak mampu menyembunyikan campurtangan PAP Singapura bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.  Slogan yang dilaungkan mereka yang berbunyi ‘Ini Kalilah’ sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka telah mencagarkan segala-galanya untuk PRU kali ini.  

Maka tidak hairanlah kenapa kaum Cina sanggup turun berdemonstrasi dalam Himpunan 505 sedangkan selama ini kerja berdemonstrasi ini hanya diletakkan di atas bahu PAS.  Jelas, DAP benar-benar terkilan dan kecewa kerana gagal memenangi PRU-13 walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh menambah dan menukar pengundi di kawasan-kawasan ‘strategik’.  

Oleh itu, DAP masih mengharap yang Anwar akan mampu merampas kuasa dari BN melalui apa cara sekali pun.  

Namun, cita-cita DAP semakin sukar untuk dicapai dengan pendedahan mengenai Red Bean Army.  Kini, rakyat tahu bahawa berpuluh-puluh ribu komen dan ‘like’ terhadap bahan yang menghentam kerajaan sebenarnya hanya mewakili lebih kurang 2,000 – 3,000 orang sahaja.  Justeru, segala propaganda mereka semakin kurang menyengat.  

Lebih buruk lagi, apabila Red Bean Army dibuktikan bukan sahaja sebagai samseng tetapi juga penipu tegar.  Mereka menipu dan terus menipu tanpa malu, walaupun penipuan mereka telah dibongkarkan berkali-kali.   

Penipuan yang melampau dan tidak tahu berhenti bila sudah terkantoi membuktikan yang Red Bean Army bukanlah sekumpulan tentera yang bijak.  Perlahan-lahan Red Bean Army kini menjadi liabiliti kepada DAP di mana setiap bahan yang digembar-gemburkan mereka mula diragui oleh penyokong mereka sendiri.  Malah, ada juga dari kalangan pemimpin DAP sendiri yang bangun menangkis pembohongan mereka, contohnya dalam isu ‘blackout’.  

Lim Kit Siang boleh terus menafi dan menipu, namun rakyat tahu bahawa tiada apa yang dapat seorang penipu lakukan untuk menyelamatkan diri selain terus menipu.  Dan Kit Siang memilih untuk terus menipu kononnya Red Bean Army tidak wujud.  Pelik sekali kerana Kit Siang tidak pula menghentam Shen Yee Aun, iaitu sumber asal maklumat mengenai Red Bean Army.  Sebaliknya, beliau hanya menghentam Dato’ Seri Zahid Hamidi.  

Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh mengesahkan kewujudan tentera bodoh ini jika benar-benar peka dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku di internet, terutama laman-laman sosial.  

Bayangkan bagaimana satu bahan yang mengutuk kerajaan boleh mendapat ‘like’ sehingga lebih 50,000 dalam masa sejam?   Dan bagaimana satu artikel di Malaysiakini boleh menerima beratus-ratus komen dalam masa tidak sampai sejam dengan semua akaun pemberi komen tidak mempunyai ‘wajah’?

Justeru, sebelum Lim Kit Siang mempersoal kebijaksanaan Dato’ Seri Zahid Hamidi, lebih baik beliau sendiri mempersoalkan kebijaksanaan beliau sendiri.  Apakah jenis pemimpin yang menghabiskan jutaan ringgit untuk membayar tentera yang kurang bijak?   Apakah jenis pemimpin yang berjuang dengan cara samseng dan menipu?   

Kini, terbukti berjuta-juta ringgit yang dilaburkan DAP dan PAP sudah pun lebur.  Red Bean Army sudah pun terdedah.  Penipuan mereka juga sudah terkantoi.   Hari ini, tentera ini terpaksa ke hulu ke hilir mengikut Anwar ke himpunan-himpunan haram.   

Agak-agak Kit Siang, siapa yang bijak, siapa yang bodoh?  


ads
Read Full 1 comments

Parti Islam Tolak Demo Ala Anwar

Anwar Ibrahim semakin hilang arah dan kepenatan apabila usahanya memancing simpati rakyat untuk menolak keputusan Pilihan Raya 2023 sekali gus menimbulkan huru-hara di jalanan bagi menggulingkan kerajaan tidak mendapat restu sekutu parti komponennya.

Terbaru PAS Kelantan turut senada dengan beberapa pemimpin parti itu menolak usaha pihak tertentu yang 'cuba' menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan cara keganasan dan demonstrasi jalanan.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah pernah mengatakan, menjatuhkan kerajaan dengan budaya "Arab Spring" itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak keburukan kepada negara.

Beliau juga mengakui PAS Kelantan tidak pernah membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan jelasnya bagi PAS Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut kaedah demokrasi.

Perkara itu ada perbezaannya, iaitu sama ada berkumpul untuk mengkritik kerajaan dan ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan PAS jelasnya tidak sepakat, sama seperti DAP yang tidak setuju untuk jatuhkan kerajaan dengan cara keganasan.

PAS Pusat juga berpendirian tegas tidak akan menyokong sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan. Nik Mohd Amar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan hanya menerima bantahan dilakukan secara aman untuk mengkritik kerajaan. 

Malah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan turut mengeluarkan kenyataan yang senada dengan pendirian Nik Amar itu.

Beliau menegaskan sayap itu tidak akan menyertai mana-mana demonstrasi jalanan yang boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram termasuk yang bakal dianjurkan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekiranya organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berubah.

"Kita menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan penipuan, itu kita konsisten bersama semua pihak. Cuma pelaksanaan itu berbeza antara NGO dan parti politik, ia berbeza dan yang penting matlamat sama.

Tegas Ahli Parlimen Temerloh ini, sayap pemuda PAS itu sepakat untuk menolak sebarang penyelesaian yang menggunakan kekerasan.

"Dewan Pemuda PAS bersepakat tidak bersetuju penyelesaian yang mengatasi lunas undang-undang dan menggunakan kekerasan.
  
Beberapa NGO dokongan pakatan pembangkang sebelum ini telah menggesa 500,000 orang sukarelawan untuk berhimpun bagi mendesak SPR untuk meletak jawatan. 

Sementara itu Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz turut menolak usaha seumpama itu dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh. Ia secara langsung menunjukkan perbezaan pendapat dalam isu itu yang mana Anwar kini bergerak sendirian tanpa sokongan dan dokongan pembangkang.
 
Paling menarik, bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim turut dilaporkan mengeluarkan kenyataan membidas Anwar dan menggesa Ketua Pembangkang itu supaya  tidak lagi meneruskan perhimpunan bagi membantah keputusan PRU13 kerana ia dianggap sebagai suatu bentuk provokasi yang tidak diperlukan.

Nampaknya, Anwar pasti berada dalam keadaan yang tertekan kerana jelas tiada lagi barua dan boneka yang sanggup untuk menjadi kuda tunggangannya.


ads
Read Full 0 comments

Red Bean Army, Kerajaan Perlu Bertindak Tegas

Ekoran pendedahan demi pendedahan yang dilakukan sebelum ini berhubung salah laku dan kebiadaban cybertroopers DAP yang digelar ‘Red Bean Army’ semakin ramai yang mula sedar dan tampil membuat gesaan agar satu tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa. Bermula sebagai kumpulan gerak saraf untuk memperoleh kemenangan di dalam pilihanraya raya umum, ‘tentera upahan’ DAP ini dilihat mula bertindak melampaui batas seperti mengugut bunuh dan sebagainya.
 
Namun sehingga ke hari ini, pihak berkuasa dilihat seperti memandang remeh akan perkara yang dibangkitkan ini baik di pihak PDRM mahupun SKM. Sedangkan sebelum telah ramai bangkit mempertikaikan gerakan tersebut. 

Sebagai contoh, Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris sebelum ini mengatakan, ini bukan lagi masa untuk bertoleransi dengan sebuah kumpulan yang sering menabur fitnah memburukkan kerajaan menerusi laman maya. Ia merupakan jenayah siber yang bertujuan 'menghasut' serta mewujudkan gelombang kebencian dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan.

"Kita tengok kerajaan China, mereka lebih agresif membendung perkara seperti ini apabila terus 'mengharamkan' penggunaan laman sosial seperti Facebook dan blog kerana didapati boleh membawa impak negatif kepada pemikiran rakyat serta keharmonian negara.

"Di negara kita yang mengamalkan dasar keterbukaan tidak 'sekejam' itu. Negara kita amalkan demokrasi, sesiapa sahaja bebas bersuara tetapi mestilah dengan bukti serta fakta, bukannya semata-mata fitnah seperti dilakukan oleh ‘Red Bean Army’," katanya.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail pula memberitahu, kerajaan mesti tegas dengan kumpulan berkenaan memandangkan mereka cuba mempromosikan trend amalan media sosial yang negatif.
 
"Sebenarnya saya agak kecewa kerana belum ada lagi tindakan tegas yang diambil terhadap kumpulan penyebar fitnah ini. Tiada tindak balas segera daripada SKMM dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kumpulan ini menyebabkan mereka semakin galak menabur fitnah.

"Kita ada peruntukan undang-undang dan akta yang sesuai untuk membendung perbuatan fitnah menerusi alam siber ini daripada terus berleluasa. Kita kena menggunakannya, kerajaan perlu tegas," jelasnya.

Negara jiran seperti Singapura juga baru-baru ini dikatakan akan mula mengambil pendekatan baru untuk memperkenalkan lesen kepada semua laman-laman web berita yang ingin beroperasi di negara itu. Tidak cukup dengan itu, mereka turut mengenakan syarat-syarat dan peraturan yang sangat ketat bagi mengelakkan masalah yang lebih besar.

Menarik bukan! Dua parti yang lahir atas dasar yang sama mempunyai dasar dan polisi yang saling bercanggah antara satu sama lain. Apakah ia sekadar kebetulan atau tidak disengajakan? Jawapannya sudah tentu tidak, DAP selaku parti ‘ultra kiasu’ di negara ini akan sentiasa mendesak pelbagai peraturan dilonggarkan bagi memudahkan gerakan mereka.

Pelbagai alasan digunakan seperti hak kebebasan bersuara, kebebasan media dan sebagainya, namun ia sekiranya mereka mempunyai kuasa kelak, tidak mustahil ia akan menjadi seperti Singapura malah tidak keterlaluan sekiranya dikatakan mampu menjadi lebih teruk lagi.

Ini kerana sebagai sebuah parti yang lahir dari PAP, ideologi dan doktrin yang ingin mereka perkenalkan adalah sama antara satu lain.

Kesimpulannya kerajaan dan pihak berkuasa seharusnya memandang serius mengenai gerakan DAP ini. Mereka secara halus cuba mempengaruhi minda dan persepsi masyarakat agar terus membenci antara satu lain. Malah sekiranya tidak dibendung tidak mustahil bakal mengundang satu lagi episod hitam dalam sejarah perpaduan negara.


ads
Read Full 0 comments

Pelanggaran Arahan YAB Menteri Besar!!!


Setelah kerajaan PAS ditolak rakyat pada 5 Mei 2013 dengan undi popular kepada BN sebanyak 399,890 bersamaan 45.28 peratus, manakala, Pas dan PKR pula hanya memperolehi sekitar 24.2 peratus, YAB Menteri Besar yang baru, Dato' Paduka Mukhriz Tun Mahathir telah mengarahkan secara terbuka dan melalui arahan dalaman agar perkara-perkara yang merugikan rakyat termasuk penebangan balak dan pentadbiran Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (SLC) dihentikan sementara untuk dirujuk dan diteliti.

Dengan tersadainya lori balak dan tiada lagi aktiviti penebangan, sekurang-kurangnya rakyat tahu bahawa arahan itu telah dipatuhi.

Tetapi ini tidak berlaku di anak-anak syarikat kerajaan, dimana arahan agar sebarang anugerah projek baru atau mengeluarkan perbelanjaan besar perlu dirujuk ke pejabat Menteri Besar tidak diendahkan.

Dato' Ahmad Shukri
Oleh kerana kerajaan Umno tidak bertindak kejam dan memecat terus lantikan politik, sebagaimana PAS memecat secara terhina Dato' Ahmad Shukri dari golongan profesional pada 2008, ahli politik PAS sehingga kini masih memegang teraju SLC. 

Namun, bukan terima kasih yang mereka ucapkan, sebaliknya mereka mengambil kesempatan dengan menganugerahkan projek-projek kepada kroni mereka yang bukan kecil nilainya. 

Di KHTP misalnya, projek pembangunan bernilai RM12 juta telah  dianugerahkan kepada kontraktor PAS tanpa merujuk pejabat MB tidak sampai 24 jam selepas arahan diterima daripada YAB Menteri Besar. KHTP yang selama ini melaksanakan projek-projek yang 100% dari dana kerajaan persekutuan, sepatutnya lebih memahami prosedur sebaliknya meredah arahan Menteri Besar!

Projek yang telah melalui kajian dan perbicangan semenjak lebih setahun lalu, secara gopoh gapah dianugerahkan kepada kroni PAS iaitu Arkitek Juhari Hashim, walhal Arkitek Farah Sofiah adalah pencadang asal yang bekerja dari mula, ditinggalkan terkontang kanting. Juhari Hashim pula kemudiannya melantik kroni pas antaranya Perunding Mojass dan Perunding K&H untuk melaksanakan projek yang mana lantikannya dibuat tergesa-gesa ini. Jauh sangatkan pejabat MB di Wisma untuk dirujuk?

Perlu disegerakan sangatkan anugerah projek ini, sedangkan prosesnya telah berjalan selama lebih setahun. 

Bukanlah siapa mendapat kontrak yang KT pertikaikan, tetapi kenapa engkar arahan YAB Menteri Besar sedangkan projek boleh diteruskan, cuma kenapa lari daripada merujuk kepada Pejabat Menteri Besar? Kenapa?

SLC mungkin perlu dirombak secepat mungkin agar harapan rakyat yang telah menolak mereka ditunaikan. 

Selamatkan Kedah Sekarang.


ads
Read Full 2 comments

BILA NAK START KERJA...?????

Penulis Tamu: SOBRI SUDIN

Betullah apa yang dikomentarkan penganalisis politik dari Indonesia, 'POLITIK MALAYSIA SUNGGUH JELEK'.

Dah habis pilihanraya ingatkan persoalan siapa berkuasa dan kerajaan mana yang nak mentadbir akan dimuktamadkan. Rupanya tak settle lagi.

Timbul pula istilah baru, popular votes la, BLACKOUT 505 la, isu dakwat kekal la, Ahli Parlimen nak dibeli, MP nak lompat parti. Ada pula ditimbulkan isu angkat sumpah
jawatan Menteri dan Timbalan Menteri yang dikatakan tidak sah, kerana aturan undang-undang tidak diikuti dengan sempurna.
Di pihak BN, terzahir pula idea mahu jadikan BN parti tunggal. Di sana-sini, dah kedengaran siapa bakal KETUA BAHAGIAN, WANITA, PEMUDA DAN PUTERI SERTA SIAPA PULA BAKAL MKT dan Naib Presiden Parti.

Bagi MP yang tak puas hati kerana tidak dilantik apa-apa jawatan kabinet sibuk merungut itu dan ini dan sekarang melobi, berharap pada jawatan Pengerusi GLC.

Di pihak pembangkang pula kalut tentang isu salah menyalah antara satu sama lain, hanya kerana satu pihak tidak mahu sertai gerakan demonstrasi dan mobokrasi. Malah yang lebih teruk, pimpinan mereka, mantan MB mereka yang kini terlantar di Hospital pun mahu dijadikan bahan dan mainan politik.

Di balai-balai polis pula, pihak pembangkang sibuk membuat laporan mengenai penggunaan dakwat kekal yang dikatakan tidak kekal. Istilah 'kekal' barangkali kena ditakrif semula, tahan 2 jam ka, 2 hari ka seminggu ka?

Akan tetapi pada hemat penulis asas penting dalam pengundian adalah KAD PENGENALAN. Perkara lain hanya sampingan, dan dakwat kekal ini bukan BN yang cadang, tapi pihak pembangkang juga yang sarankan penggunaanya, sekarang depa pulak yang kalut.

Hai nampak gayanya, suasanan politik Malaysia untuk tempoh 5 tahun akan datang akan bergolak sepanjang masa. TAK LETIH KA KITA? Dan satu persoalan ikhlas dari saya, kalau macam tu, bila masa ADUN, Ahli Parlimen sama ada dari BN mahupun Pembangkang akan mula nak start kerja?

Isu dan keperluan rakyat cukup banyak. Aku janji, janji pilihanraya menanti untuk ditunaikan. Kepada semua ADUN dan MP, belek-beleklah kerja, khidmat untuk rakyat. Tunaikanlah amanah untuk masyarakat. Sudah-sudahlah berpolitik tu. Tunggu PRU ke-14, kita masuk ke gelanggang semula. BOLEH BUAT KA?????

ads
Read Full 0 comments

Cina Bertekad Tingkatkan Jurang Perkauman

Selasa, 28 Mei 2013
Akhbar Nanyang Siang Pau semalam menyiarkan kebimbangan persatuan ekstremis Cina iaitu Dong Zong dengan perlantikan dua menteri Cina di dalam kabinet Dato’ Seri Najib kerana kedua-dua mereka tidak fasih berbahasa Mandarin.   

Menurut Dong Zong mereka ini yang hanya menamatkan Sekolah Cina separuh jalan tidak mungkin akan dapat mewakili kaum Cina secara efektif sekali gus tidak layak digelar ‘wakil kaum Cina’.   Nampaknya, bagi kaum Cina tidak apa jika Zairil Khir Johari yang seratus peratus Cina dijadikan wakil Melayu di dalam DAP, tetapi tidak boleh bagi seratus-peratus Cina dijadikan wakil Cina di dalam BN selagi tidak fasih berbahasa Cina.  
Untuk pengetahuan Dong Zong satu-satunya bahasa yang wajib fasih di Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan.   Untuk apa seorang wakil Cina wajib fasih bahasa Mandarin sedangkan bahasa kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu?   Dengan menegaskan bahawa wakil Cina wajib fasih Bahasa Mandarin, maka Dong Zong telah mengesahkan bahawa majoriti kaum Cina negara ini memang tidak fasih berbahasa kebangsaan.  

Sudah menjadi kewajipan bagi seluruh kaum Cina yang mengaku sebagai warganegara Malaysia untuk fasih berbahasa Melayu atau mereka tidak layak mengaku sebagai rakyat negara ini.  

Jelas, Dong Zong masih menganggap diri mereka berada di tanah besar China dan masih tidak sanggup menerima hakikat bahawa nenek moyang mereka telah berhijrah ke sini.  Pun begitu, mereka tidak sanggup juga untuk kembali ke tanah besar kerana tahu bahawa hidup mereka lebih terjamin dan selesa di sini.   

Maka salahkah kita jika menyatakan bahawa kaum Cina sememangnya sejenis manusia yang semulajadinya tamak haloba dan tebal muka?  

Kaum ini tidak mungkin dapat diajak berbincang kerana segala-galanya hanya akan dapat diselesaikan sekiranya ia menepati kepentingan diri mereka secara total.  

Kerajaan wajar memahami satu perkara penting dalam mengatur langkah seterusnya selepas PRU ini iaitu:- Dong Zong atau kaum Cina tidak pernah berkongsi aspirasi yang sama dengan kaum-kaum lain di negara ini.  Kaum Cina tidak pernah inginkan kepada perpaduan kerana mereka tidak melihat keuntungan maksima di pihak mereka melalui perpaduan.  

Kaum Cina tidak melihat jurang perkauman dengan kaum lain yang terbukti dalam keputusan PRU yang lalu sebagai satu masalah kepada mereka.  Jika ia merupakan satu masalah kepada negara, maka itu adalah masalah kerajaan, bukan mereka.    

Justeru, mereka bertekad ingin terus mempertahankan sifat perkauman Cina serta mendesak pemisahan kaum itu dari masyarakat keseluruhan sebagai sesuatu yang perlu diterima.   

Dalam kata lain, mereka ingin dipisahkan terus dari aspirasi negara tetapi di masa yang sama ingin terus menerima bantuan dan sokongan kerajaan.

Tidak ada cara lain untuk menangani masalah dengan manusia seperti kaum Cina selain dari bertindak tegas dan mengabaikan segala rungutan dan tuntutan mereka.  

Sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan ke atas Dong Zong kerana menghalang perpaduan dan mencabar kedudukan bahasa kebangsaan.   Inilah saja penyelesaian yang terbaik untuk kesejahteraan negara dalam masa panjang.  


ads
Read Full 4 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates