PAS tidak mampu kuatkuasakan Akta Hiburan, UMNO Mampu

Ahad, 28 Julai 2013
Salam Nuzul Quran. Semoga pembaca diberkati Allah dan sentiasa memperbanyakkan membaca Alquran.

Sempena bulan ramadhan ini, umat Islam digalakkan melakukan ibadah kerana bulan ini adalah bulan keberkatan. Malah bulan lebih berkat jika apa semua kebaikan dan ibadah yang dilakukan di bulan ramadhan ini diteruskan dibulan-bulan yang lain sepanjang tahun.

Dulu semasa PAS memerintah Kedah, mereka hanya berhasrat untuk menguatkuasakan akta Hiburan pada bulan ramadhan. Diwar-warkan kepada semua jentera propaganda mereka dan seterusnya rakyat percaya. Tetapi dek kerana KETAKUTAN yang amat sangat kepada DAP yang PAS kata sudah faham akan Islam, tiada apa tindakan dilakukan oleh mereka terhadap premis dan pengusaha hiburan di Kedah.

Ramadhan pertama UMNO memerintah, House of Bar Jalan Alor Mengkudu yang mada ADUNnya adalah dari PAS telah diserbu jabatan berkaitan. 30 orang ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah akta Hiburan tersebut.

Dan banyak juga pusat hiburan yang langgar peraturan operasi sudah dan bakal dikenakan tindakan seperti yang dilakukan terhadap House of Bar.

Akujanji UMNO  sedang dilaksanakan. InsyaAllah, usaha murni ini akan diberkati Allah dan berterusan.

ads
Read Full 3 comments

Hina Islam Kerja puak Rasis ini

Khamis, 25 Julai 2013
Kita lihat betapa beraninya mereka mempermainkan Islam walaupun mereka berada di negara yang agama rasminya Islam.

Mereka tanpa segan dan silu menghina kita umat Islam dengan pelbagai cara. Mereka juga dalam masa yang sama mempromosikan ajaran Kristian mereka.

Ingatlah kita semua kata-kata Allah yang nasrani dan Yahudi (termasuk sekutu-sekutu mereka) tidak akan berhenti dari memusnahkan Islam.

KedahTimes kadang-kadang merasakan ini juga satu mainan politik mereka untuk meraih sokongan orang Islam.

Seolah-olah ada gerakan senyap antara penghina Islam dengan peraih sokongan politik.

Mereka membiarkan puak-puak mereka menghina Islam dan umatnya, dan dalam masa yang sama mereka cuba menjadi juara dalam memperjuangkan supaya tindakan diambil, walhal secara senyap-senyap mereka memberi sokongan kepada penghina-penghina ini samada moral atau kewangan.

Umat Islam jangan mudah tertipu. Umat Islam jangan mudah terpedaya. Umat Islam perlu bersatu. Musuh Islam menggunakan pelbagai tipudaya demi mencapai matlamat mereka.



ads
Read Full 2 comments

Teruskan BMF - BCL - BOIKOT

KedahTimes akan terus bersama GAP dalam menyalurkan maklumat barangan yang patut kita berhenti dari membelinya. Kita ada pilihan, malah barangan yang diedarkan pun kualitinya sama atau lebih tinggi dari barangan mereka. 

Keraguan Halal Haram hampir dapat dihapuskan jika barangan diedarkan atau dikeluarkan oleh orang Islam.

Sekali lagi terimakasih GAP kerana usaha murni anda dalam membantu Islam, Bumi dan melayu. Malah ini adalah jihad ekonomi dan jihad dalam memberi keutamaan kepada orang Islam dan Melayu.

Kepada pembaca, edarkanlah sebanyak mungkin risalah-risalah ini.











ads
Read Full 1 comments

DPMM - PRESIDEN KFA YANG BARU


UCAPAN ALUAN
YANG AMAT BERHORMAT DATO’ PADUKA
PRESIDEN KFA


Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berhormat Encik Aminuddin bin Omar,
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Yang Berbahagia 
Dato’ Paduka  Haji Syed Unan Mashri bin Syed Abdullah
Timbalan Presiden KFA

Yang Berbahagia
Naib-Naib Presiden KFA, iaitu
Dato’ Haji Abdul Rahman Ibrahim
Dato’ Jefferey Low Han Chau
Dato’ Haji Shukri Hashim

Yang Berbahagia

Tuan Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin
Pemangku Setiausaha Kehormat KFA.

Ahli-Ahli Eksekutif KFA

Pengerusi serta wakil persatuan-persatuan

Serta perwakilan serta pemerhati yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi  kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan izinNya, maka dapat kita bersama dalam Messyuarat Luar Biasa KFA 
pada petang ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Ahli-Ahli Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) yang telah memberi kepercayaan sebulat suara kepada saya selaku Presiden KFA sehingga tahun 2014.
Sesungguhnya amanat dan tanggungjawab ini amatlah berat memandangkan sukan bolasepak amat memberi “kesan yang mendalam ” kepada Negeri Kedah Darul Aman dan rakyat keseluruhannya.

Kesempatan ini juga saya ingin merakamkan penghargaan dan  mengucapkan berbanyak terima kasih kepada   bekas   Presiden   Persatuan  Bolasepak Kedah Darul Aman ( KFA ) iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Di Raja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak di atas jasabaik dan sumbangan beliau kepada Persatuan Bolasepak Negeri Kedah Darul Aman.

Dewasa ini banyak pihak memperkatakan mengenai sukan nombor satu Negara iaitu bolasepak. Ia adalah sejenis sukan yang agak luas untuk diulas dan diperkatakan.Tetapi bagi saya, kita sebagai pihak yang bernaung di bawah KFA mempunyai satu hasrat yang sama iaitu mahu melihat kejayaan demi kejayaan dilakarkan sekaligus mengharumkan nama baik negeri Kedah dalam bidang sukan terutamanya bolasepak.

Maka kita seharusnya bertanya pada diri kita sendiri, selama kita diamanahkan memikul amanah dan tanggungjawab ini, sejauh manakah atau apakah yang telah kita sumbangkan bagi kemajuan dan kecemerlangan KFA.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

KFA mempunyai beberapa agenda pembangunan untuk dibangunkan.  Kita mempunyai pasukan Liga Perdana, Pasukan Piala Presiden, Pasukan Futsal, Pasukan Bolasepak Pantai, Kenari Kid dan seumpamanya selain Pembangunan Kejurulatihan atau Pengadilan. Selaku Presiden yang baru, saya akan menilai semula keperlua program- program yang sedia ada ini bagi memastikan ianya bersesuaian dengan kos dan matlamat KFA itu sendiri.

Suka atau tidak, pasukan Liga Perdana kita amatlah penting bagi menggambarkan sebenar imej KFA. Jika kuat dan menang, maka ia akan memberi impak yang amat besar pada KFA. Sebagai contoh, kutipan tiket dan jumlah penonton akan bertambah jika kita menang, begitu jugalah sebaliknya.

Para penyokong walau di mana-mana sekalipun mahukan pasukan kesayangan mereka mencapai kemenangan. Tetapi yang lebih penting adalah mutu persembahan, jika kalah sekalipun mutu permainan mereka mestilah bagus dan penyokong pasti akan berpuas hati.

Inilah yang mahu saya tekankan, konsistensi pasukan perlu sentiasa seimbang, semua yang terlibat haruslah mengambil ingatan bahawa penonton datang dan membeli tiket, mereka mahukan sesuatu yang terbaik daripada kita.

Sepertimana  kita  sedia  maklum   bahawa   saingan  Piala  Malaysia 
(Primier Cup) 2013 akan bermula 2 minggu selepas Hari Raya Aidilfitri. Pengundian pertandingan Piala Malaysia akan diadakan pada 27 Julai 2013 nanti dan saya amat berharap Pasukan Utama kita akan dapat bersaing dan mencapai kejayaan demi kejayaan sehingga kita layak ke pentas Final nanti.  Saya bukanlah ingin mendabik dada, tetapi saya percaya kepada kualiti pemain-pemain yang ada dan mereka mempu mencapai kejayaan, Insyaallah. Kejayaan pasukan kita nanti juga pastinya adalah hadiah utama kepada peminat nombor satu bolasepak Kedah iaitu KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda  Yang DiPertuan Agong serta 

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian 

Saya dimaklumkan dalam setahun, KFA berbelanja lebih dari RM6 Juta Ringgit.  Di kesempatan ini saya merakamkan berbanyak terima kasih kepada PKNK khususnya yang menjadi penyumbang terbesar.  Selain daripada itu kita juga menerima sumbangan dari Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang berjumlah hampir RM 6 juta. Pelaburan kita agak besar jika dibandingkan dengan pasukan-pasukan Liga Perdana lain, tetapi mereka dilihat lebih berjaya dari kita apabila berjaya melakar kejayaan bermakna baru-baru ini.

Perkara ini membuatkan saya terfikir, apakah pasukan bolasepak kita diurus dengan betul? Atau perlukah satu lonjakan paradigma di dalam sistem pengurusan sukan bolasepak negeri Kedah ini? Saya bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan kelab- kelab terkemuka di peringkat antarabangsa bagi membolehkan para penggerak bolasepak di negeri Kedah ini akan dapat mempelajari dan mendalami ilmu pengurusan pasukan, pengurusan stadium, pengurusan kelab penyokong dan pengurusan kewangan pasukan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian ,

Sepertimana pihak tuan-tuan sedia maklum, kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional hari ini mempunyai ‘Akujanji’ yang khas berkaitan dengan sukan bolasepak. Ianya terkandung di dalam manifesto Barisan Nasional Negeri Kedah Darul Aman menjelang PRU yang lepas. Ianya adalah untuk menebus kembali kegemilangan Bolasepak Kedah melalui pembangunan di semua peringkat di seluruh Negeri Kedah Darul Aman. Oleh yang demikian, tugas kita menjadi semakin mencabar dengan harapan yang menggunung daripada seluruh penyokong pasukan Hijau Kuning!

Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha  mengadakan kongres ( EGM ) pada hari ini.Bagi saya, setelah diberi amanah sebagai Presiden yang baru ini, ingin saya nyatakan rasa hormat saya ke atas kelebihan, pengalaman serta kepakaran yang  tuan-tuan miliki dan sama-samalah kita berkongsi ilmu dan kepakaran yang ada bagi mengangkat mutu sukan bolasepak di Negeri Kedah Darul Aman.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


NOTA KEDAHTIMES : Semoga team Kedah kembali cemerlang. Skil asas, kepintaran dan mentaliti yang betul perlu ada pada semua pemain dan pengurusan. Jika nak hentikan bola pun bola melantun ke atas, itu bukan namanya main bole tapi dipermain oleh bola. Semoga Kedah kembali kembali ke liga premier. dan menjadi juara.
ads
Read Full 0 comments

DAP CUBA SELINDUNGI WAJAH RASIS PEKAT

Ahad, 21 Julai 2013
Demi 'survival' politik, Dap kini cuba menukar imej daripada sebuah parti rasis Cina yang anti-Melayu kepada wajah yang kononnya prihatin kepada isu-isu bersangkutan orang Melayu.

Dalam soalan bertulis yang diajukan kepada Menteri Kesihatan di Dewan Rakyat pada 15 Julai lalu, Ahli Parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu siasatan  dilakukan serta diambil tindakan terhadap tiga doktor berbangsa Cina di dua hospital Kerajaan di Pulau Pinang kerana enggan memberikan rawatan perubatan kepada pesakit Melayu.
Menurut Guan Eng sikap rasis yang ditunjukkan oleh Dap itu adalah ekoran “tsunami Cina“ yang mengakibatkan pengundi Cina tidak memihak kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Sikap pengundi Cina yang membenci Barisan Nasional terbawa-bawa kepada perbuatan memboikot serta menghina orang Melayu pula.

Realitinya fenomena ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi menjadi satu realiti yang berakar di dalam masyarakat sejak sekian baru.

Lakonan Dap untuk tiba-tiba menjadi juara anti-rasisme bukanlah baru.

Ini kerana Dap berpura-pura menuding jari telunjuk yang lurus tetapi hakikatnya jari kelingking adalah berkait.

Dap cuba menunjukkan kepada orang Melayu bahawa parti itu sensitif serta peka kepada amalan rasisme yang dilakukan oleh kaum Cina terhadap bangsa Melayu tetapi secara senyap dan untuk sekian lama parti itu menggalakkan orang Cina supaya membenci orang Melayu.

Seperti yang dinyatakan oleh Al-Quran bahawa orang Nasrani dan Yahudi tidak akan sesekali redha kepada umat Islam, begitu juga kaum Cina tidak akan redha dan terima kepimpinan bangsa Melayu di Tanah Melayu ini.

Walaupun telah diberikan segala macam peluang dan kemudahan oleh Kerajaan sehingga kaum ini menguasai bidang ekonomi serta diberi perkongsian kuasa dalam pentadbiran negara, mereka kini tamak dan rakus pula untuk menguasai Kerajaan sepenuhnya.

Berlakunya Tsunami Cina adalah sustu realiti politik dalam PRU13 yang tidak boleh dinafikan tetapi Dap seboleh-bolehnya mahu menyanggahnya dengan mengatakan ia adalah Tsunami Malaysia.
Parti itu amat takut jika tembelang dan agenda liciknya menipu orang Melayu terbongkar.

Sememangnya penyokong-penyokong daripada kalangan orang Melayu di dalam Pas dan PKR membuta tuli menyokong Dap tanpa memperdulikan samada parti itu menindas orang Melayu.

Malah Dap setiap hari menyerang pemimpin-pemimpin serta institusi berkaitan Melayu tanpa dibangkang oleh pemimpin Pas atau PKR.

Umpamanya ketika ditanya berkenaan siasatan terhadap dua blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee, dua ahli parlimen Pas, Mahfuz Omar dan Dr Mariah Mahmud secara jelas mahu tindakan juga diambil terhadap pemimpin Melayu yang membuat kenyataan yang didakwa berbaur rasis.

Di mana letaknya sifat sayang serta mempertahankan bangsa sendiri yang gagal dizahirkan oleh pemimpin Pas yang rela menjunjung sikap rasis dua individu Cina ini?

Pas sudah menjadi barua Dap dengan menyokong tindak tanduk Dap dan penyokong-penyokongnya.

Kedua-dua individu Cina yang menghiris hati umat Islam dan menimbulkan kemarahan dalam bulan Ramadhan yang mulia dengan 'iklan' Bak Kut Teh mereka yang amat tidak sensitif telah disokong sepenuhnya oleh pemimpin Pas.

Pada masa yang sama Pas cuba menonjolkan imej Islamik dengan slogan Islamnya tetapi realitinya ia telah menjadi keldai tunggangan Dap yang mengiyakan segala tindakan parti rasis itu.

Pas serta PKR mungkin tidak sedar mereka telah dipergunakan oleh Dap selama ini sehingga berjaya merangkul 38 kerusi parlimen di atas sokongan penuh pengundi Cina dan juga Melayu yang terpengaruh dengan dakyah parti itu.

Kepuraan-puraan yang ditunjukkan oleh Dap hanya sandiwara yang terus dimainkan untuk mengaburi mata orang Melayu.

Sekiranya dap mendapat kuasa politik, barulah orang Melayu akan sedar apa yang dipamerkan oleh Dap hanya wayang semata-mata.

Ketika iu nasi sudah menjadi bubur, kaum Cina akan menguasai segala apa yang pernah dimiliki oleh orang Melayu.

Orang Melayu akan menjadi pengemis yang mengharapkan ehsan dan belas kasihan penguasa berbangsa Cina yang akan menindas orang Melayu dengan sehina-hinanya.

Ketika itu baru orang Melayu akan hanya bernostalgia betapa untungnya nasib mereka ketika negara berada di bawah kepimpinan serta kuasa politik orang Melayu.

Sebelum ini berlaku, sedarlah kaum Melayu bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesuautu bangsa jika bangsa itu sendiri tidak berusaha memperbaiki nasibnya sendiri.

ads
Read Full 0 comments

Syaitan dirantai di Bulan Ramadhan

Selamat berpuasa sekali lagi Kedah Times ucapkan kepada semua pelawat. Agak lama juga KedahTimes tidak update blog ini. Bukan tidak mahu update tetapi seperti yang pernah dikatakan sebelum ini, pada bulan ramadhan ini Kedahtimes nak kurangkan menulis tentang politik. Tetapi  Kedahtimes tetap akan menyerang DAP pada bila-bila masa.

Banyak isu yang sedang diputar belitkan oleh mereka-mereka yang tidak senang dengan pemerintahan BN di Kedah.

Masih ada gunting dalam lipatan di KTPC, KUIN, BDB dan GLC yang lain, malah di Wisma Darulaman pun ada mereka yang membocorkan rahsia setiap mesyuarat keluar kepada pihak pembangkang.

Tapi KedahTimes akan biarkan dulu mereka berseronok membohongi orangramai. InsyaAllah, lepas raya kita akan serang mereka  sehingga terduduk sepertimana terduduknya mereka apabila menyerang tentang Kuliyah bulanan di Seri Mentaloon, KUIN yang bakal dijual dan sebagainya.

Mereka tidak pernah berhenti berbohong, waima pada bulan puasa. 

Faham-fahamlah, jika Allah merantai semua syaitan yang ada, maka yang tinggal hanya syaitan berkepala hitam dan berkaki dua. Itulah yang membuat onak di dunia ini pada bulan ramadhan ini.

Selamat Berpuasa..

ads
Read Full 0 comments

KUIN sudah berjaya dijual

Ahad, 14 Julai 2013
KedahTimes sedikitpun tidak merasa hairan dengan gelagat pencacai PAS yang sentiasa berfikir bagaimana untuk mengelirukan rakyat Kedah. Harapan KedahTimes agar dalam bulan puasa ini mesin-mesin fitnah tersebut berhenti rehat untuk seketika, dan kalau boleh untuk selamanya.

Angin bahawa KUIN akan dijual atau dijadikan universiti swasta terjawab dengan sendirinya apabila MB sebagai pengerusi KUIN mengumumkan yang KUIN diisytiharkan sebagai sebuah lagi Badan Berkanun Negeri Kedah.

SAH yang KUIN telah dijual dan ianya dijual kepada Kerajaan Negeri Kedah. Selama pemerintahan PAS, KUIN ditadbir mengikut ala Korporat dimana kuliyah-kuliyah diuruskan oleh syarikat-syarikat Sdn Bhd.

Tapi bermula ramadhan, KUIN kembali bersama kerajaan. Disamping itu seramai 26 kakitangan Insaniah Holdings diserap masuk ke dalam KUIN sebagai pekerja tetap. Mereka ini terdiri daripada ibu-ibu tunggal yang bergaji kecil. Bukan CEO-CEO yang dah cabut lari tanpa ada rasa tanggungjawab kepada staf-staf Insaniah Holdings.

Sekali lagi TAHNIAH KedahTimes ucapkan kepada semua kakitangan KUIN. Anda semua dihargai. Jangan pulak kerana sedikit ketidakpuasan, maka anda mula mengajak PAS kembali ke KUIN. 

Ingatlah jangan biarkan Pisang berbuah dua kali. 

ads
Read Full 2 comments

Menjaga Kalimah Allah adalah Jihad Kita

Polemik penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian dihangatkan lagi. Kali ini oleh Envoh Khas Vatican ke Malaysia, Arch Joseph Marino. 

Umat Islam diuji dipermulaan Ramadhan dengan satu lagi penghinaan kepada Kalimah Alla oleh Kristian. Kali ini mereka ingin samakan Allah orang Isla dengan God yang yang mereka guna dalam bible yang membawa maksud 3 dalam satu (God, Son of God dan Trinity).
Apakah Umat Islam masih boleh bersabar setelah berkali-kali mereka mencabar keimanan kita? Apakah Umat Islam sanggup melihat Allah yang kita sembah, kita berkehendak kepadaNya disekutukan?

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 120: 'Dan orang-orang Yahudi dn Nasrani selama-lamanya tidak akan reda kepada kamu sehinggalag kamu mengikut agama mereka".

Inilah yang sedang berlaku sekarang. Mereka berusahan menyesatkan akidah umat Islam dengan pelbagai kaedah. Malah Kalimah Allah juga ingin mereka manipulasikan demi membawa agenda jahat mereka yang Allah beri amaran kepada kita dalam surah tersebut.

Apakah Umat Islam masih tidur? Apakah Umat Islam sanggup melihat anak cucu mereka dikeliru dan disesatkan oleh kaum-kaum yang disebut Allah itu.?

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, KedahTimes menyeru seluruh umat Islam yang sayangkan Islam supaya bersatu untuk berjihad menentang Yahudi dan Nasrani yang ingin menyesatkan akidah umat Islam.

Ingatlah, Allah telah memberitahu kita dalam AlQuran supaya sentiasa berhati-hati dengan puak-puak ini.

ads
Read Full 0 comments

Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keterangan/Hujah: 

1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yehwah.

3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.

8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.

9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.

11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.



ads
Read Full 0 comments

Selamat Berpuasa

Selasa, 9 Julai 2013
Kepada seluruh umat Islam tak kira dimana berada, KedahTimes ingin mengucapkan selamat berpuasa. Jadikan bulan ramadhan ini sebagai bulan untuk kita beribadah dengan sebaik-baiknya. 

Fitnah, maki hamun, tuduh menuduh dan sebagainya perlu dihentikan. Jika boleh sebagai umat Islam, kita perlu bersatu menentang musuh Islam yang sebenar iaitu nasrani dan yahudi. Mereka sekarang ini wujud dalam PKR dan DAP.

Marilah kita berbanyak beribadat dan berdoa kepada Allah SWT supaya kita umat Islam bersatu dalam apa jua isu berkaitan bangsa Melayu dan Islam.

Kita teruskan JIHAD EKONOMI umat Islam dengan mengutamakan barangan Muslim. Di bulan ramadahan ini amat sesuai untuk kita semua umat Islam berlatih dalam memerangi musuh hawa nafsu dan kafir DAP yang juga sedang menerajui PKR.

Seterusnya kita teruskan bersatu memerangi mereka selepas bulan ramadhan sehingga Islam dan Melayu berjaya sepenuhnya.

Ingatlah Allah memelihari kita orang Melayu Islam. Sehingga kini musuh-musuh Islam masih gagal menjatuhkan kita. 

Ingatlah syaitan yang jahanam sudah dirantai Allah SWT, yang tinggal hanyalah syaitan yang berbetuk manusia. Waspadalah!

ads
Read Full 0 comments

Blog PAS meroyan

Meroyan ni kalau zaman dulu selalu dikatakan kepada kaum perempuan yang kehilangan anak, suami atau sebagainya. Tapi kini penyakit meroyan dah berjangkit kepada blogger-blogger PAS yang sebelum ini ditatang sebagai anak emas kerajaan negeri. 

Sejak kehilangan kuasa kepada UMNO, pelbagai isu cuba ditimbulkan blogger-blogger PAS terutama yang dok menyerang KedahTimes satu masa dulu sehingga ada yang ciluk nama sobri sudin menjadi saiburi sudin.

Kuliah bulanan PAS dulu dijadikan serangan kononnya kerajaan UMNO nak memalapkan syiar Islam di Kedah. Dulu mereka bukan adakan kuliah agama tetapi kuliah politik sebulan sekali di Seri mentaloon. Mereka label menjadi kuliah ugama. Sesapa yang hadir mesti tertipu kerana mereka disogokkan dengan ilmu politik PAS.

Allah Maha Berkuasa, kuliah politik PAS sebulan sekali di Seri Mentaloon menjadi seminggu sekali dengan pengajaran-pengajaran Islam yang sebenar. Kalau dulu mentol yang menerangkan Seri Mentaloon dengan kuliah politik PAS hanyalah 15 watt, kini kuliah agama Islam diterangkan dengan spotlight 1000 watt. Terduduk blogger-blogger PAS!

Lepas tu mereka hebahkan yang KUIN bakal dilelong oleh kerajaan UMNO di bawah DP Mukhriz. Kedahtimes amat percaya jika diberi PAS memerintah 5 tahun lagi, SAH Kuin bakal dilelong.

Mana tidak, dibawah Insaniah Holdings ada pelbagai anak syarikat yang kerjanya merampok duit KUIN. Ditubuhnya anak syarikat yang kerja mereka meminta duit dari KUIN; malah gaji CEO mereka pun KUIN bayar.

Tak cukup dengan itu, pinjaman 340 juta pula dibuat untuk membina kampus yang langsung tidak lengkap. Liabiliti cukup tinggi sedangkan pendapatan sedikit iaitu hanya dari yuran pelajar.

Harapkan anak-anak syarikat dibawah Insaniah Holdings menjana pendapatan tambahan, mereka pun dok sapu duit KUIN. 
Inilah perniagaan ala PAS. Pinjam duit bapak untuk berniaga, masuk tender yang dikeluarkan bapa. Lepas tu minta duit dari bapa untuk buat kerja-kerja selepas tender diperolehi. Hasil terakhirnya, duit semua masuk poket anak. Anak dapat beli rumah bungalow, bapak terpaksa berhutang dengan orang lain.

Dan KedahTimes pasti jika 5 tahun lagi dibawah PAS, kampus KUIN Kuala Ketil bakal dilelong oleh mereka kerana tak terbayang lagi KedahTimes dimana mereka nak dapat duit melainkan lelong saja kampus tersebut.

Sebaliknya kerajaan negeri dibawah UMNO terus menyelesaikan masalah KUIN satu persatu dan terkini KUIN dijadikan sebagai sebuah badan berkanun kerajaan negeri. Haha baru hangpa tau... jangan asyik nak berbohong saja.

Bila kerajaan DP Mukhriz tidak mahu membayar gaji staf yang berada dalam Insaniah Holdings dan anak syarikatnya, mereka kata kerajaan negeri Zalim kerana tidak membayar gaji staf KUIN. Walhal yang bertanggungjawab untuk membayar gaji staf anak-anak syarikat tersebut ialah CEO syarikat, bukannya kerajaan negeri. Kerajaan negeri hanya bertanggungjawab terhadap staf KUIN yang berada dibawah Kerajaan negeri.

Sdn Bhd kena pandailah cari duit sendiri untuk bayar gaji. Sendirian Berhad, takkan tak faham kot.

Habis isu tersebut, dikatakan pulak KUIN undur kebelakang kerana menggugurkan kursus ICT dan kejuruteraan. KedahTimes tak tahulah samada mereka cut & paste dan lepas tu erase maklumat menggunakan paint untuk berbohong kepada orang ramai, tapi yang sahnya kursus yang ditawarkan tidak berubah. Masih macam dulu. Mungkin harga atau modulnya saja ada sikit perubahan.

Kesimpulannya blogger-blogger PAS yang dulunya bagai anak emas PAS, kini meroyan. Mungkin sudah tidak dipedulikan PAS atau memang depa meroyan betul. 

Itu KedahTimes tak pasti tetapi dari perangai dan tindakan mereka menjuru ke arah itu.


ads
Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates