@MukhrizMahathir PAS TOLAK AKTA PENGUATKUASAAN FAHAMAN SESAT.

Sabtu, 31 Ogos 2013
DEWAN Undangan Negeri (DUN) Kedah meluluskan satu undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah yang membolehkan penguatkuasaan dapat dilakukan bagi membanteras penyebaran fahaman Syiah.

Bagaimanapun kelulusan undang-undang tersebut mendapat bantahan daripada sembilan ADUN Pas manakala empat lagi berkecuali manakala dua tidak mengundi. 12 ADUN Barisan Nasional (BN) termasuk bukan Islam dikatakan menyokong usul tersebut.

APakah PAS juga sudah sesat? Apakah PAS dipenuhi oleh mereka-mereka yang berfahaman sesat?

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ini mendapat kelulusan Mufti dan diluluskan oleh semua ahli UMNO yang beragama Islam, tetapi PAS menolak kerana mereka kata hudud lebih penting. Walhal, tujuan utama rang undang-undang ini diluluskan ialah untuk membasmi ajaran sesat sepeti syiah.

Ianya bukan hanya untuk syiah sahaja tetapi untuk semua ajaran sesat yang cuba disebarkan kepada umat Islam.

Jika inipun PAS tak setuju, maka sahlah selama ini mereka tak pernahpun setuju dengan hukum Hudud. Hukum hudud hanya gula-gula kepada pengikutnya. Malah ianya sebagai alat untuk mereka raih undi dan kuasa.

Munfik betul PAS!

ads
Read Full 1 comments

@MukhrizMahathir PAS Memang Suka Fahaman Sesat tersebar

Jumaat, 30 Ogos 2013
Selepas 5 tahun PAS memerintah Kedah, satu habuk enakmen atau rang undang-undang pun mereka tidak bentang dan luluskan. Malah undang-undang sedia ada pun mereka gagal kuatkuasakan.

Ini disebabkan mereka lebih utamakan kekayaan dan ketamakan memiliki wang ringgit. Maka mereka biarkan segala jenis maksiat dan keruntuhan tamadun Islam dilakukan di Kedah.

Maka tidak hairanlah jika kita dapati lesen hiburan dan pusat hiburan dikeluarkan dan tumbuh bagai cendawan pada era pemerintahan PAS.

Samseng-samseng dan kafir lebih takut kepada UMNO dari PAS dalam menjalankan operasi maksiat mereka. Jika dulu mereka bebas beroperasi, kini banyak yang sudah tutup kedai dan tidak berani beroperasi secara terbuka.

Sadis, PAS sekali lagi menolak kerajaan Kedah membenteras fahaman songsang atau sesat dari disebarkan di Kedah. Mereka rela fahaman yang bertentang dengan ahli sunnah wal jamaah disebar. Mereka rela fahaman syiah yang tidak diiktiraf ahli sunnal wal jamaah disebarkan. Malah ada ADUN Pas menyifatkan syiah sebagai satu mazhab.

Amat memalukan kerana ahli sunnah wal jamaah hanya iktiraf 4 mazhab sahaja. Maka sahlah PAS menganggap syiah sebagai satu mazhab yang boleh disebarkan.

Sebab itulah PAS tidak langsung menyokong Rang Undang-undang membenteras ajaran atau fahaman sesat yang bertentangan dengan fahaman ahlil sunnah wal jamaah.

Sebaliknya mereka putar isu asal yang bertujuan untuk memberi kuasa untuk membenteras apa saja fahaman atau ajaran sesat termasuk syiah, ayah pin dan sebagainya kepada pihak berkuasa, kepada isu zina, minum arak dan sebagainya.

Inilah PAS, sewaktu mereka perintah 5 tahun, tidak pernahpun mereka sentuh tentang arak dan zina sebaliknya mereka galakkan dengan memberi lesen dengan banyaknya kepada operator pusat hiburan. Sebab itulah, kita dapati cukai kutipan pusat hiburan mendadak naik masa pemerintahan PAS. 

Sedihnya lagi, semua duit kutipan tersebut dimasukkan ke dalam satu akaun negeri. Jadi semua dapat merasa duit hiburan. Hebat PAS!

Jika kita lihat rang undang-undang tersebut, ianya bekal memberi kuasa penuh untuk membenteras apa saja ajaran atau fahaman songsang  yang bakal timbul. Jika timbul ajaran ayah pin, PAS sudah tentu merestuinya kerana mereka tidak menyokong rang undang-undang tersebut. Bertibaranlah pengikut ayah pin di Kedah.

Tapi bagi UMNO ajaran ayah Pin bersalahan dengan ajaran Islam, maka patut dibenteras.
Siapakah yang mempertahankan Islam sebenarnya? PAS yang menyokong Ayah Pin dan Syiah? Atau UMNO yang ingin menghalang mereka dari menyebar ajaran sesat tersebut?

KedahTimes berkeputusan yang PAS memang suka ajaran sesat wujud kerana mereka pun sedang membawa ajaran yang menjurus kepada kesesatan. PAS TIDAK PERNAH PERTAHAN ISLAM, sebaliknya MEMPERALATKAN ISLAM.

Jauhilah dari PAS kerana PAS tidak pernah menyokong apa saja yang yang berkaitan Islam dilaksanakan di Kedah dan Malaysia amnya.

ads
Read Full 1 comments

Memang PAS Kedah Sokong Syiah

Khamis, 29 Ogos 2013
Seperti biasa, jika pihak UMNO ingin melulus dan melaksanakan sesuatu enakmen berkaitan dengan syariah, PAS melihat ianya bakal menghilangkan populariti mereka dikalangan rakyat. Mereka sangat takut jika perkataan Islam tidak dikaitkan dengan PAS.

Mereka sangka merekalah champion kepada Islam, walhal 5 tahun memerintah Kedah, tiada satu enakmen pun terutama berkaitan dengan syariah mereka luluskan. Malah untuk melaksanakan enakmen yang sediaada pun mereka gagal kuatkuasakan.

Terkini, mereka TIDAK langsung menyokong ENAKMEN MEMBENTERAS PENYEBARAN FAHAM SYIAH yang dibentangkan di sidang DUN Kedah. Mereka mengambil tindakan TIDA MENYOKONG atau BERKECUALI.
APAKAH INI BERMAKSUD PAS MENYOKONG SYIAH DISEBARKAN DI MALAYSIA?

Apakah Syaih menjadi salah satu cabang dalam PAS? Atau Memang ramai penyokong PAS sudah menjadi penganut fahaman syiah.

Kita tertanya-tanya kenapa PAS tidak bersama UMNO dalam proses pembenterasan Fahaman Syiah ini. Sebaliknya, cuba bermain isu lain yang tidak sama sekelai relevan dengan isu akidah Ahli Sunnah.  Malah Mahfuz lebih banyak mempropagandakan ketidakpuasan staf insaniah Holding Sdn Bhd tidak dibayar gaji oleh kerajaan Kedah.

PAS sudah sebati dengan SYiah agaknya. Sebab itu mereka tidak menyokong Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam membenteras fahaman ini.

Atau PAS memang SYIAH dan SYIAH adalah PAS. Maka ini menjadi pelengkap kepada tambahan satu rukun tambahan iaitu 'al wilayah' dalam agama Syiah.


Turut menjadi sejarah kerana keputusan meluluskan enakmen jenayah syariah dibuat dengan cara undian apabila pembangkang secara prinsip tidak setuju dengan pindaan enakmen itu bagi membanteras penyebaran fahaman Syiah.

Pembangkang tidak bersetuju kerana mahu mengambil kira hukum hudud namun Mukhriz mereka perlu faham pindaaan enakmen dibuat selepas mendapat penjelasan Penasihat Undang-Undang.

Dalam undian berbelah bagi itu 21 daripada 23 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyokong manakala 13 wakil rakyat pakatan pembangkang ada yang membantah dan berkecuali.

"Dengan kelulusan enakmen ini isu Syiah dah selesai. Kita dah ada satu enakmen yang membenarkan pihak berkuasa mengkuatkuasakan undang-undang bagi membanteras penyebaran fahaman Syiah," kata Mukhriz.
ads
Read Full 2 comments

@khairikj @razaliibrahim @tunfaisal @razlanrafii Siapa yang 'Masuk Frame' untuk Curi Perhatian?

Rabu, 28 Ogos 2013
PETALING JAYA, 25 Julai (Bernama) -- Dekatilah masyarakat dengan ikhlas, bukannya sekadar 'masuk frame' atau menonjolkan diri untuk mencuri perhatian, demikian ingatan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin kepada anggota pergerakan itu pada Ahad.

Beliau berkata, keikhlasan adalah lebih penting kerana sebagai pemimpin mereka tahu siapa yang membuat kerja dan siapa pula sebaliknya.

"Kita kena tunjuk bahawa Umno ini sentiasa dekat kepada rakyat. Sebab itu saya tegur Pemuda, sekiranya saya turun untuk membuat gotong-royong tak perlulah dikerumuni dengan rombongan...itu nampak macam kita sengaja nak masuk frame.

"Pemuda kena keluar daripada budaya nak masuk frame. Saya tahu siapa yang buat kerja. Jadi tak payahlah nak masuk frame kalau nak dinilai oleh saya sebagai Ketua Pemuda," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program gotong royong dan kenduri rakyat anjuran Pemuda Umno Bahagian Kelana Jaya di Taman Desa Ria di sini.

Khairy berkata, budaya menonjolkan diri ketika menyertai aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pemimpin perlu dihindarkan, selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengingatkan pemimpin dan pegawai kerajaan agar menjauhi budaya ingin popular.

Beliau berkata, janganlah apabila hanya ketika pemimpin atasan turun ke bawah barulah seseorang itu menonjolkan diri sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah melakukannya.

"Sebab itu saya sebagai Ketua Pemuda Umno menyahut saranan Perdana Menteri bahawa tak perlulah semua itu kerana tidak semestinya orang yang masuk dalam gambar itu orang yang buat kerja," katanya.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, dalam usaha menarik dan menambahkan sokongan generasi muda, pergerakan itu kini mula memperbanyakkan program yang melibatkan rakyat dan mengurangkan program-program berbentuk kepartian yang menjurus kepada penglibatan anggota Umno dan Barisan Nasional.

Beliau berkata, selain gotong-royong dan kenduri rakyat, pendekatan lain yang sedang dilakukan ialah program 'Jelajah One Malaysia' (JOM) yang membabitkan kerja-kerja kemasyarakatan seperti mengecat rumah dan menaik taraf kediaman rakyat.


Katanya, progam pertama JOM adalah mengunjungi Temerloh, Pahang baru-baru ini dan akan diteruskan ke seluruh negara di mana setakat ini pihaknya telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 1,000 buah rumah untuk dinaik taraf seperti membina dapur dan tandas baru.

"Program ini akan diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang kerana yakin lebih berkesan daripada hanya berceramah kerana ia terus menyentuh hati rakyat dan pengundi,"katanya.

Khairy berkata, pergerakan itu juga mensasarkan untuk mendaftarkan kira-kira 150,000 anggota Pemuda di seluruh negara sebagai pemilih menjelang akhir tahun ini.

Beliau turut menyeru semua parti komponen BN terutamanya MCA, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk sama-sama berusaha menambah keahlian baru dan menurutnya usaha itu penting kerana parti pembangkang terutamanya DAP begitu agresif menambah keahlian.

Katanya, setakat ini DAP telah berjaya mendaftar ahli baru sebanyak 55,000 orang berbanding Umno 53,000 dan jika dicampur pendaftaran daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), jumlah pendaftaran keahlian baru pembangkang adalah sebanyak 100,000 orang.

-- BERNAMA

Kedah Times :
1. Siapa sebenarnya yang "Masuk Frame' untuk curi perhatian ini? Bukankah KPUM yang berperangai sebegitu?  Memang dia bercakap mengenai dirinya.

2. Sejak bila KJ ikhlas dalam perjuangannya? Sejak dia membeli perwakilan tempohari ka? Duit yang di beri tu ikhlas untuk sedekah ka?

3. Maklumlah KJ adalah selebriti. Sebab tu ramai yang suka kerumun dia jika turun ke bawah. ATAU mereka yang kerumun tu memang kaki ampu dan kaki cari duit melalui politik kot! Ramai orang nak masuk frame gambar KJ. Maklum jutawan muda hasil penyatuan ECM-Libra dan Avenue. Boleh pakat-pakat tumpang sekaki.

4. Program kemasyarakatan amat baik, tapi siapa yang selalu 'hijack' program orang tu? Heheh orang lain nak hijack kita kata nak masuk frame, tapi kalau kita hijack kira OK noooooo.

5. Lagi satu program JOM tu jangan lah jadi program promote KPU sudah laaa. Apa yang ditakuti perkara lain pula yang jadinya. Dulu banyak program yang tajuknya sedap didengar tapi hancus habih.

6. Pemuda UMNO sudah hampir tidak wujud, wujud hanya waktu pemilihan ketua sahaja. Pemuda UMNO adalah alat untuk tonjolkan KJ.
Read Full 2 comments

@khairikj @Pakteh @razaliibrahim @tunfaisal @razlanrafiiJawatan Ketua Pemuda UMNO patut dipertandingkan

Memetik kata-kata YB Datuk Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa disini, maka Bangsa Melayu dan Pribumi perlulah bangkit meluahkan serta mempertahankan hak-hak yang sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa rasa malu, segan, takut dan sebagainya.

Hak-hak ini diperakui oleh generasi awal Cina dan India semasa persetujuan serta pengorbanan orang Melayu membenarkan mereka menjadi rakyat sah negara ini.

Jika pemimpin-pemimpin BESAR UMNO amat takut-takut atau malu-malu atau berhati-hati untuk menjaga hati rakan seBarisan, maka orang Melayu samada secara individu atau melalui NGO wajib meluahkan dan mempertahankan apa yang sudah termaktub.

Kita jangan jadi seperti si Kitol ini yang lupa akan kepentingan bangsa sendiri sebaliknya asyik menjaga hati mereka yang bukan melayu/pribumi. Kita nak tahu juga apa strategi beliau semasa cuba berdebat dengan Ibrahim Ali dan Ezam Md Nor dalam hal-hal yang melibatkan Melayu dan Raja Melayu. Apa agenda atau perancangan sebenar KJ dalam hal ini. Kita rakyat dan penyokong UMNO juga ingin tahu.

Amat sedih jika bangsa Melayu sendiri yang memperlekehkan bangsanya. Apa guna menangis air mata darah jika bumi dipijak milik orang. Perlukah anak-anak cucu kita meludah kubur kita lebih awal sambil mengatakan "inilah barua-barau yang membuatkan kami merempat"!

Jika ini berlaku, KJ adalah salah seorang daripadanya selain Melayu yang berada dalam PKR, UMNO, DAP dan PAS. Mereka sebegini seharusnya tidak deri peluang langsung menjadi ketua-ketua besar negara dan negeri.

Kembali kepada kata-kata Datuk Mukhriz, ianya amat bertepatan sekali pada waktunya kita bangsa Melayu/pribumi tidak perlu menjadi pemalu atau penakut atau terlalu berhati-hati untuk meluah dan mempertahankan apa yang sebenarnya menjadi hak kita. Tidak perlu wujud perasaaan 'inferiority complex' dalam setiap diri kita.

Maka UMNO melalui sayap kanannya yang dulu amat garang PERLU segera kembali berada di depan dalam memperjuangkan hak-hak ini. Jika Pemuda UMNO semua adalah anak jantan dan sayap kanan UMNO yang sebenarnya, maka SEGERALAH berubah. Anda perlu BERANI BERUBAH menjadi garang dan patriotik kepada hak-hak bangsa anda. TENDANG ketepi Ketua yang asyik mempertahankan hak-hak orang lain. Buang ketepi Ketua yang asyik bermain dengan wang dan rasuah. Sudah tiba masanya Pemuda UMNO tanpa beliau lebih gagah dan berani.

Kotakan janji anda Pemuda ! Jangan jadi bacul.

Nota : Apakata penebang buluh lawan Ketua Pemuda Malaysia kali ini?
Read Full 2 comments

@khairikj @razaliibrahim @tunfaisal @razlanrafii Benarkah KJ Mengetuai sebuah sayap Parti Melayu?

ALOR SETAR 25 Jun - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendakwa pendekatan yang digunakan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia. Beliau berkata, meskipun niat Perkasa untuk memperjuangkan keistimewaan kaum pribumi negara ini adalah murni, namun presiden pertubuhan itu, Datuk Ibrahim Ali mengambil cara yang tidak bertepatan dengan konsep 1Malaysia dalam menyuarakan pandangan.

Kedah Times bukanlah hendak mempertahankan Ibrahim Ali tetapi nampaknya Oxford guy ini sudah cuba masuk campur urusan dalaman Perkasa. Dia sepatutnya menjaga Pemuda UMNO supaya menjadi champion kepada semua isu-isu berkaitan orang Melayu dan Islam.

Katanya, pendekatan Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi laku untuk diguna pakai dalam era globalisasi.

Pendekatan inilah yang berjaya mengingatkan kerajaan bahawa kepentingan Melayu dan Islam yang disebut dalam perlembagaan perlu dipelihara dan dijaga. Bukannya mengikut kehendak minoriti. Soalan kepada KJ dan Pemuda, pendekatan cara apakah yang Pemuda bawa untuk menjaga kepentingan Melayu dan Islam selama ini? Kita tidak pernah nampak atau dengar statement KJ dan Pemuda mempertahankan isu-isu sensitif berkaitan dengan kepentingan orang Melayu sebaliknya berdiam diri. Apa yang kita nampak KJ dan Pemuda lebih kepada penumpang sahaja. Lihat isu Gaza, KJ dan Pemuda hanya tunjuk muka apabila mereka nampak ini boleh menaikkan nama mereka.

"Ibrahim Ali, Perkasa punya pendekatan adalah penghalang kepada 1Malaysia. Konsep 1Malaysia tidak akan gadaikan orang Melayu tetapi cara yang beliau buat memang tidak memupuk perpaduan seperti yang dituntut 1Malaysia.

Adakah cara yang dibuat oleh MCA, GERAKAN, MIC dan DAP memupuk kepada perpaduan? Apakah kenyataan Ketua Pemuda MCA boleh memupuk perpaduan? Pemuda UMNO Pimpinan KJ menjadi pondan apabila rakan se BN mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyentuh hati orang Melayu/Islam. Pendekatan yang dibawa oleh KJ dalam Pemuda UMNO lah sebenarnya yang menjadi penghalang kepada konsep 1Malaysia. Pemuda UMNO pimpinan KJ tidak pernah mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan. Sedarkah KJ pengorbanan orang Melayu selama ini tidak pernah dihormati atau dihargai oleh sesetengah mereka dari keturunan Cina atau India. Kita berikan kewarganegaraan secara ikhlas tetapi mereka masih hanya menganggap bahawa itu adalah hak mereka. Ya! mungkin benar tetapi tanpa pengorbanan besar orang Melayu, siapalah mereka hari ini.

Benar konsep 1Malaysia tidak akan gadaikan orang Melayu tetapi hak-hak keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan seperti yang dipersetujui sebelum ini akan TERGADAI jika tiada NGO seperti Perkasa yang mempertahankannya. Kemana Pemuda UMNO dalam isu-isu seperti ini?

"Beliau ahli politik jaguh kampung, dalam zaman globalisasi, mana boleh. Sudah lapuk, tidak laku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah di sini hari ini.

Kalau kita bercakap dengan orang tua, mereka akan kata KJ baru setahun jagung dalam politik, Ibrahim Ali sudah lama makan garam. Benarlah kata mereka, jaguh kampung yang sudah lebih dulu makan garam inilah yang banyak menyuara dan mempertahankan hak-hak keistimewaan Pribumi Melayu. Apa yang lululsan Oxford pertahankan? Jawatan ? (yang didapati secara haram?) Atau mempertahankan MASTER sebenar?

Amatlah sedih kerana Wanita Kuala Kedah menjemput KJ kerana inilah Melayu Liberal yang tidak peduli atau cuba menghapuskan hak-hak orang Melayu. Wanita Kuala Kedah nampaknya tidak memahami hasrat akar umbi dengan menjemput Ketua Pemuda Rasuah merasmikan Persidangan mereka. Tiada orang lain kah yang layak? Ketua Wanita se aliran pemikiran KJ juga ka? Atau Wanita Kuala Kedah juga dibawah genggaman KJ? Heran bin Ajaib! masih tidak ingatkah perjumpaan dengan MT tertinggi dulu semasa Paklah masih berkuasa!



Khairy sebelum itu ditanya mengenai kenyataan Ibrahim yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu. Ia berikutan tindakannya mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Eloklah juga letak jawataan sebagai ahli Parlimen Rembau tu. Ada pun tak berguna, tiadapun lebih elok.

Kelmarin, Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menafikan bahawa beliau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu. Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, jika Perkasa benar-benar ingin membantu orang Melayu, Ibrahim patut melihat bagaimana perubahan untuk mencapai kemajuan itu perlu dibawa.

Apa yang KJ telah bawa untuk perubahan kepada orang Melayu. Sehingga hari tiada apa yang membanggakan yang diperkenalkan oleh KJ terutama terhadap Pemuda kecuali imej elitis serta imej pencari projek atau RASUAH. Pemuda UMNO lah yang sepatutnya membawa perubahan itu kepada orang Melayu terutama Pemuda, bukannya Ibrahim Ali. Beliau seorang Presiden Perkasa yang bertujuan menjaga hak-hak keistimewaan Melayu bukan membawa perubahan kepada orang Melayu. Perubahan adalah tugas Kerajaan dan Pemuda UMNO adalah sebahagian dari Kerajaan yang memerintah. Lucu, Pemuda UMNO pun KJ tak boleh bawa ke depan, suruh orang pulak yang melakukannya.
"Dia (Ibrahim) gaduh sahaja. Suruh dia ini letak jawatan, cabar orang itu. Ini bukan politik yang baik," katanya sambil menegaskan beliau tidak akan melayan desakan Ibrahim itu.

Desakan Ibrahim Ali adalah desakan Perkasa, desakan Perkasa adalah desakan akar umbi orang Melayu. Jadi KJ tak melayan desakan orang Melayu! Oooooop lupa, KJ bukan dilantik sebagai Ketua Pemuda oleh orang Melayu, tapi dia dilantik oleh $$$$!

Katanya, Ibrahim tiada hak untuk memintanya berbuat demikian kerana Ahli Parlimen Pasir Mas itu bukan ahli UMNO dan bukan pengundi di kawasan yang diwakilinya sebagai wakil rakyat. Menurut beliau, dia bukan mempertahankan kenyataan Ka Siong tetapi menganggap Ketua Pemuda MCA itu tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung isu pemberian biasiswa JPA.

Ibrahim Ali mendesak atas kapasiti PERKASA, bukannya atas kapasiti Politik. Katanya belajar dari Oxford tapi desakan macam inipun masih tak faham. Lagipun bukannya dia desak KJ letak jawatan Ketua Pemuda tapi ahli Parlimen.

Inilah cakap ala Anwar. KJ tidak mempertahankan kenyataan Ka Siong tapi kata-kata Ka Siong tu atau tindakan Ka Siong tidak salah. Issk berbelit pulak. Adakah maksud tu hampir sama? OOO KJ tidak mempertahankan Ka Siong tapi bersetuju dengan kenyataan Ka Siong. Ini kah yang dimaksudkan KJ. Kalau macam tu benarlah KJ memang mempertahankan apa yang disuarakan oleh Ka Siong.

"Bagi saya tidak timbul soal sensitif daripada Ka Siong dan saya menyarankan Ibrahim supaya jangan menimbulkan isu-isu seperti ini nak melagakan kita dalam Barisan Nasional (BN).

Heran, apakah mempertahankan hak-hak Melayu dianggap melaga-lagakan mereka dalam BN? Yang Ka Siong membuat kenyataan sebegitu tak melaga-lagakan orang-orang Melayu dengan mereka ka? Atau memang Pemuda UMNO tiada sensitiviti terhadap isu-isu keistimewaan orang Melayu ka? Kalau macam tu, bubar saja saya Pemuda tu atau masuk saja sayap Pemudi!


Memang lah tidak sensitif bagi melayu Liberal macam KJ, tapi bagi melayu akar umbi perkara sebegini amat sensitif. Dia seolah-olah mempertikai hak-hak orang Melayu. Dan KJ sebagai KETUA PEMUDA PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU. Apakah KJ ingat dia mengetuai Persatuan bukan Melayu ka?
"Dia bukan ahli BN, jaga kawasan sendiri cukuplah di Pasir Mas," katanya.

Ibrahim Ali memanglah bukan Ahli BN tetapi beliau ada hak untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu walaupun tidak berada dalam parti Melayu. Yang KJ pulak berada dalam parti Melayu, sebaliknya meruntuhkan hak-hak orang Melayu. Nasihat kami LETAK JAWATAN SEBAGAI KETUA PEMUDA PARTI MELAYU tu, jangan jadi hipokrit. Anda adalah lialibiliti kerana pertama kali dalam sejarah Calon didapati bersalah RASUAH boleh bertanding dan menang. Memang SAH Rasuah!

Nota KedahTimes : Nak tahu kenapa ramai intelek muda lari dari Pemuda UMNO? Mereka sudah tidak nampak yang Pemuda mempertahankan hak-hak bangsa mereka. Pemuda UMNO lebih mempertahankan poket mereka dan imej koperat mereka.
Read Full 10 comments

Perlukah Live Streaming atau Broadcast Sidang DUN?

Sidang DUN Kedah berlangsung dengan harmoni dan lancar. Kedua-dua pihak bertanya dan menjawab dengan baik. Mungkin ada satu dua isu yang menaikkan semangat untuk terlebih menjawab atau terlebih menyoal. Itu perkara biasa.

KUIN menjadi isu utama kerana semua orang berminat dengan isu KUIN. Isu KUIN diputarbelitkan oleh PAS sehingga ada bijak pandai percaya yang KUIN akan ditutup.

KUIN tidak pernah ditutup malah dimantapkan lagi dengan pelbagai initiatif. Contoh Kuliyah Perubatan yang selama dibawah PAS boleh dikatakan lebih mayat dari pelajar yang mendaftar, kini berkerjasama dengan Kolej Perubatan MAHSA untuk memajukan kuliyyah tersebut. TAPI PAS menuduh Kuliyah tersebut diswastakan atau dijual.

Kerjasama adalah perkara biasa dalam PENDIDIKAN. Malah banyak universiti bekerjasama dengan counterpart dari dalam dan luarnegeri dalam bidang-bidang tertentu. AMAT jarang kuliyah atau fakulti di swastakan kepada sebuah sdn bhd untuk uruskan.


Puak PAS memang suka ganggu rumahtangga orang. Mereka kalau boleh nak tahu spender warna apa bini kita pakai. Malam tadi pukul berapa bini ajak tidur. Yang mereka tidak mahu tahu ialah kebaikan yang dilakukan. Keburukan yang menjadi idaman puak PAS.

Sebab itu mereka mempersoalkan Live streaming atau broadcast sidang DUN. Dalam soal pemerintahan, membuat dasar atau apa saja perbincangan, ada perkara yang tidak boleh disebarkan dan ada perkara boleh diketahui orang awam.

Kalau kita nak pakai baju sut merah untuk ke apa-apa majlis, bolehlah kita umumkan tetapi sepnder warna apa tidak perlulah kita beritahu orang ramai. 

Rakaman bolehlah disiarkan kepada orang awam demi untuk menjaga sensitiviti tertentu yang sepatutnya rakyat tidak diberitahu.

Tapi dek kerana tiada isu penting atau kritikal kerana jika ditanyakan pun jawapan akan kena ke atas batang hidung mereka, maka isu seperti live streaming atau broadcast menjadi isu utama mereka.

Malah DPMM dituduh takut untuk berjumpa dengan staf Insaniah Holdings Sdn Bhd yang katanya akan datang menuntut gaji mereka. Pelik, bila nak masuk kerja dengan senyum terima 'term and con' Sdn Bhd, tapi bila datang tentang gaji nak pi kacau kerajaan pulak. Tak ke bodoh tu. Ginilah caranya mereka nak lari dari isu sebenar.

Inilah perangai orang PAS, dalam luar pakaian orang mereka nak tahu. Tapi mereka tak sedar yang jika keinginan mereka untuk tahu semua inipati perbincangan DUN, pakaian mereka sebenarnya terlondeh. Nampak apa warna spender semasa mereka memerintah.

Inilah, kalau dah dasar pembangkan, selamanya menjadi pembangkang. 

Saranan KedahTimes, jadilah pembangkang yang baik!

ads
Read Full 0 comments

Sidang DUN 2013 - Pertama bagi DPMM

Isnin, 26 Ogos 2013
Walaupun sidang ini merupakan sidang DUN Pertama bagi DPMM, tetapi dalam segi menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pembangkang, beliau sangat berpengalaman dalam menjawab soalan-soalan tersebut di Parlimen semasa menjadi Timbalan Menteri MITI.

Ini bakal menggentarkan pihak pembangkang yang dikatakan bakal menyerang sidang DUN kali ini dengan pelbagai isu. 

Blog-blog dan portal Pro PAS memaparkan pelbagai isu yang remeh temeh tetapi  bakal memakan diri mereka sendiri. 

Isu yang besar yang sedang dimainkan oleh mereka ialah KUIN.

Dikatakan yang pekerja-pekerja Insaniah Holdings Sdn Bhd akan berdemo depan Wisma hari ini untuk menuntut supaya kerajaan Negeri membayar gaji mereka yang tertunggak  selama 3 bulan. Apa rasionalnya mereka meminta kerajaan Negeri membayar  gaji mereka tidak kita ketahui kerana mereka adalah sebuah syarikat sendirian berhad.

Maka adalah tugas besar CEO Insaniah Holdings memastikan gaji pekerjanya dibayar, bukan Kerajaan Negeri. 

Kita tahu yang kebanyakan pekerja Insaniah Holdings terdiri dari mereka yang memegang sekurang-kurangnya dua jawatan. Satu jawatan bergaji besar dalam Insaniah Holdings dan satu lagi jawatan dalam PAS yang tiada bergaji.

Secara terus-terangnya, mereka mendesak kerajaan negeri yang diterajui BN untuk membayar gaji pekerja parti PAS. 

Untuk menjustifikasikan permintaan mereka itu, mereka mengatakan yang penubuhan Insaniah Holdings dihadiri oleh MB, Pengawal Kewangan dan pegawai kerajaan Negeri, jadi adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri membela mereka.
Tapi mereka tidak sedar yang mereka berada dibawah satu organisasi yang tertakluk kepada prosedur dan undang Registrar of Company, yang mana CEO bertanggungjawab memastikan pekerjanya dibayar gaji dengan sebaiknya.

Malah Insaniah Holdings bukanlah anak syarikat Kerajaan Negeri tetapi anak syarikat KUIN yang ditubuhkan untuk berniaga atau mencari wang tambahan untuk KUIN. BUKAN KERKAH duit KUIN!

Baliklah rumah dan baca undang tubuh sayrikat sendirian berhad. Tengok betul-betul sapa yang patut bertanggungjawab dalam Sdn Bhd.

Kalau dah tak tahu apa itu Awam atau Sdn Bhd, tanyalah loyar buruk PAS Mahfuz yang kata Syiah tu kuih. Mungkin dia boleh beri jawapan.

ads
Read Full 0 comments

Sidang DUN Kedah 2013

Semalam 25 Ogos 2013, perasmian Sidang DUN Kedah di rasmikan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Sidang pertama selepas beberapa tahun PAS memerintah Kedah.

Dan kali ini sidang bakal diketuai oleh Datuk Paduka Mukhriz sebagai ketua kerajaan negeri. 

Harapan kita agar sidang DUN berjalan dengan lancar. 

Dalam ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku, beberapa perkara perlu di ambikberat oleh semua pihak.

1. Penularan ajaran Syiah yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah. Ianya perlu ditangani segera dengan baik.

2. Perkara-perkara yang dijamin dalam kerangka Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah tidak diperdebatkan.

3. Harapan beliau agar Kedah menjadi Lembah ilmu.

ALOR SETAR 25 Ogos - Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah menyeru semua pihak bersatu menangani penularan ajaran Syiah yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tunku Annuar turut berharap perkara itu tidak dipolitikkan kerana semua pihak bertanggungjawab menanganinya dan perbalahan berhubung perkara tersebut tidak harus timbul kerana sudah disepakati secara bersama.

"Kerajaan perlu bertegas menangani penularan ajaran tersebut yang turut ditolak Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Malaysia adalah sebuah negara Islam dan mengamalkan ajaran ASWJ selain daripada ajaran ini yang bercanggah dengan hukum syarak adalah dilarang.

"Janganlah sekali-kali ia dipolitikkan dan saya menggesa semua pihak bersatu menangani isu ini. Tanggungjawab kita semua cukup signifikan. Sudah berlalu masa untuk berbalah berhubung perkara yang sudah disepakati bersama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika bertitah dalam majlis Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang Ke-13 di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Turut berangkat, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Laksamana Kedah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah.

Yang turut hadir, Speaker DUN Kedah, Datuk Md. Rozai Shafian serta Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir.

Perasmian tersebut dihadiri Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada penyokong kerajaan dan pembangkang.

Bertitah lanjut, Tunku Annuar menyeru perkara yang dijamin dalam kerangka Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah tidak diperdebatkan.

"Persoalan berkaitan sejarah, kemuliaan Islam, kewibawaan institusi, kedaulatan Raja-raja dan hak-hak kaum, jangan lagi disentuh atau diperdebatkan.

"Kerajaan dan pihak pembangkang mengetahui peranan masing-masing. Saya ingin tegaskan ruang yang ada ini harus diisi bagi memacu agenda transformasi," katanya.

Menyentuh pembangunan negeri ini, Tunku Annuar berkata, beliau yakin Kedah bakal berubah wajah kepada sesuatu yang memberi nikmat dan keselesaan kepada rakyatnya hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

"Mengamati keseluruhan gerak kerja yang sedang disusun kerajaan negeri saya berkeyakinan status Kedah sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mampu dipahatkan.

"Kerja keras Menteri Besar bersama pasukannya dilengkapi jentera Perkhidmatan Tadbir Negeri yang sentiasa menjadi tulang belakang pentadbiran kerajaan serta dokongan rakyat dan pelbagai pihak pastinya memudahkan segala usaha menjadikan Kedah sebuah negeri maju pada dekad mendatang," katanya.

Tunku Annuar turut melahirkan hasratnya supaya Kedah mampu dilonjak menjadi Knowledege Valley atau Lembah Ilmu.

"Ini misalnya dapat digarap melalui pembukaan lebih banyak cawangan kampus universiti swasta dan awam dari dalam dan luar negara. Dalam masa sama, saya mahu supaya dikekalkan sejarah warisan dan budaya untuk tujuan itu," katanya.



ads
Read Full 0 comments

DPMM sah ahli UMNO Cawangan PIDA 3, Ayer Itam

Sabtu, 24 Ogos 2013
Tahniah Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir kerana telh dipilih secara sebulat suara sebagai Ketua UMNO Cawangan Pida 3, Ayer Itam, Jerlun.

Tahniah juga kepada orang-orang Pida 3, Ayer Itam kerana  menerima beliau sebagai ahli cawangan Pida 3. Semoga Pida 3 dan kawasan sekitarnya beroleh manafaat dari perlantikan ini.
Apa yang kita harapkan ialah agar DPMM dipilih pula sebagai Ketua Bahagian Jerlun demi kesinambungan perjuangan beliau sebagai MB.

Apa-apapun kita doakan yang terbaik untuk DPMM. Tahniah


ads
Read Full 1 comments

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah akan mengadakan Jamuan Hariraya pada 24 Ogos 2013 di Stadium Suka Menanti, Alor Setar bermula dari 12 tengahari sehingga 4 Petang.

Semua rakyat jelata dijemput hadir bersama menjamu selera sambil berpeluang bertemu dengan pemimpin-pemimpin utama UMNO Kedah.


ads
Read Full 1 comments

PRODUK-PRODUK DAP

Jumaat, 23 Ogos 2013
Kita teruskan membeli barangan buatan orang Islam. Kita terus menyokong kedai-kedai milik orang Islam. Jika kereka rosak, banyak woksyop milik orang Islam wujud.

Kenapa kita masih nak pergi ke kedai atau woksyop Cina? Dah la mereka asyik menipu kita dari segala segi, kita pula beriya-iya menyokong mereka.

Kalau dah sayang Islam sangat, sokonglah perniagaan orang Islam. MUlakan dengan ekonomi Islam. Ayuh!


ads
Read Full 0 comments

Isu Kalimah Allah: Bukti UMNO Pertahan Islam

Tidak salah jika dikatakan bahawa Kalimah Allah tidak mungkin menjadi isu jika PAS tidak bersekongkol dengan DAP.  Persekongkolan PAS dengan DAP telah membawa kepada dolak-dalih dan ‘flip-flop’ dalam kes kitab Injil berbahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah bagi menggantikan nama Tuhan Kristian.  Suatu ketika PAS menyokong DAP dan menggesa kerajaan membenarkan Injil tersebut diedar dan suatu ketika pula, PAS menafikan pula yang mereka pernah menyokong DAP dalam isu tersebut. 

Dolak dalih atau ‘flip-flop’ adalah tanda kelemahan dan DAP tidak mengambil masa yang lama untuk mengeksploitasi kelemahan PAS bagi menekan kerajaan, sekali gus mencabar agama Islam serta mempromosi Kristian. 

Akibatnya, kerajaan UMNO yang bertegas enggan membenarkan Injil tersebut disebar kini dicabar di mahkamah.    Perkara ini tidak mungkin terjadi jika PAS sejak dari awal lagi tidak memberi muka kepada DAP untuk memainkan isu ini. 

Malang sekali apabila kerajaan telah kalah kepada pihak gereja dalam perbicaraan awal.  Dan kini, kita sedang menunggu keputusan mahkamah rayuan pula. 

Walaupun PAS menafikan yang mereka menyokong DAP dalam isu ini, sehingga kes ini ke mahkamah, PAS terus ‘malu alah’ untuk ke hadapan dalam mempertahankan Kalimah Allah.  Inilah buktinya bahawa PAS sedar akan kesilapan mereka tetapi enggan mengakuinya.  Ia juga membuktikan bahawa PAS masih ingin menjaga hati DAP dan nekad untuk terus bersama DAP walaupun menyedari bahawa DAP adalah musuh Islam. 

Setakat artikel ini ditulis, mahkamah masih belum membuat keputusan.   Justeru, umat Islam kini sedang menunggu dengan cemas.  Beberapa NGO turut meluangkan masa berkumpul di mahkamah, melaungkan Allahuakbar dan berdoa akan kemenangan di pihak kerajaan.   Jika PAS benar pertahankan Islam, maka PAS juga wajib menerima hakikat bahawa mereka harus turut mendoakan kemenangan kerajaan UMNO dalam rayuan kes ini.    

Episod ini seharusnya membuka mata semua pihak bahawa yang mempertahankan Islam itu adalah kerajaan UMNO dan bahawa kerajaan tidak pernah campurtangan dalam sistem perundangan mahupun institusi kehakiman. 

Dengan itu, PAS seharusnya malu jika terus menggunakan hujah bahawa UMNO tidak mempertahankan Islam lagi selepas ini.  Manakala Pakatan Rakyat pula, secara keseluruhannya tidak berhak lagi menggunakan hujah bahawa kerajaan menguasai mahkamah apabila saja mereka kalah di mahkamah.
ads
Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates