#MM4VP @MukhrizMahathir Calon Bernombor 5

Ahad, 22 September 2013

Calon BERANI BERUBAH untuk jawatan Naib Presiden UMNO adalah Ketua UMNO Cawangan Pida 3. Dan kini telah secara kompromi telah dilantik menjadi Ketua UMNO Bahagian Jerlun dan yang rasminya ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedan.

Untuk pertandingan Naib Presiden, beliau telah diundi sebagai calon nombor 5 dan menggunakan slogan BERANI BERUBAH.

Dan KedahTimes berharap calon berwibawa ini yang sedang menerajui Negeri Kedah dengan kepantasan pemikiran dan perlaksanaannya dapat diterima oleh semua perwakilan UMNO seluruh Malaysia.

Kedah sedang menghadapi satu fasa yang terhebat dalam perancangan 5 tahunnya untuk menuju kepada satu negeri berdaya maju.

Apa salahnya jika beliau diberi peluang dalam menjayakan misi membawa Malaysia kepada satu era baru yang lebih CEMERLANG.

#MM4VP Calon no. 5

ads
Read Full 1 comments

@MukhrizMahathir #MM4VP #5 Ketua Bahagian Jerlun

Umno Jerlun Kompromi Ketua Bahagian Diterajui Mukhriz

ALOR SETAR, 20 Sept (Bernama) -- Penyandang tiga jawatan penting Umno Bahagian Jerlun bersepakat menyerahkan jawatan ketua bahagian itu kepada Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Ketuanya, Datuk Abu Hassan Sariff yang mengumumkan keputusan itu di Wisma Umno Jerlun, 30 km dari sini hari ini berkata beliau, timbalannya Datuk Othman Aziz dan naib ketua, Aziz Mahmud rela turun 'pangkat' untuk memberi laluan kepada Mukhriz menang tidak bertanding sebagai ketua bahagian.

Katanya beliau menerima jawatan timbalan, Othman sebagai naib ketua manakala Aziz akan dilantik sebagai setiausaha bahagian.

Ketiga-tiga 'orang kuat' bahagian itu yang berucap pada majlis memperkenalkan calon-calon bahagian itu senada berkata pengorbanan mereka demi untuk menguatkan parti bagi mencapai kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum ke-14.

"Saya harap esok tiada siapa akan serahkan borang mencalonkan diri sendiri untuk bertanding jawatan ketua, timbalan dan naib ketua bahagian melainkan kami bertiga.


"Saya harap ahli Umno Jerlun memberi sokongan padu kepada keputusan ini yang dicapai melalui musyawarah," kata Abu Hassan yang mendapat sokongan padu hampir 500 wakil cawangan yang hadir.

Mukhriz yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah dan orang terakhir berucap berkata keputusan itu yang dicapai atas kerelaan hati akan memudahkan pemilihan bahagian Jerlun.

"Sebenarnya saya ditawarkan jawatan ketua bahagian Jerlun dua tahun lalu. Sekarang masa sesuai untuk menggalas jawatan ini," katanya yang turut dipilih sebagai ketua cawangan Kampung Pida 3, Tunjang, baru-baru ini.

Mukhriz turut mengumumkan ketua Wanita Jerlun tidak ditandingi dan kekal diterajui Datuk Maznah Hamid dan timbalannya Rohani Md Arip.

Semua calon yang hendak menawarkan diri bertanding peringkat bahagian akan menyerahkan borang pencalonan di Dewan Wawasan Jitra, bermula 8.30 pagi hingga 5 petang esok.

-- BERNAMA


Read Full 0 comments

TRICK LAMA...ORANG KG DAH TAU

Oleh : Abang Bingai

Jangan alih fokus anda, bila Haji Hadi awang pernah kata dia tak mau bertanding lagi dalam PRU ke-13.

Jangan alih fokus anda bila timbul isu Azizan tak sependapat dengan PAKATAN JINGGA kes AUKU atau Buku Jinggay mereka.

Semua itu dikategorikan sebagai 'teori alihan' atau mat salleh kata devisionist theory.
Semua ni sekadar sekadar satu permainan, 'power games' yang diajar oleh Anugay PADA ANAK BUAHNYA.

Biasalah, pakatan rakyat yang menghadapi banyak problem dan ada isu dasar yang rakyat sedang perhatikan. Oleh itu nak mengelak rakyat dari terlalu tertumpu kepada isu utama yang sedang dihadapi PR, maka terpaksa diwujudkan isu sampingan lain.

Azizan di Kedah dulu dibebani dengan kesilapannya berhubung isu tapak tanah wakaf MADRASAH SALIHIAH. Selain janji-janji manifesto KEDAH SEJAHTERA yang kini dah jadi PAPER LAMA..

Hadi Awang pula selaku presiden sebuah parti cap kapal selam sedang menanggung isu kerancakan HASSAN ALI mendedahkan keburukan dan parasit PAS pada mata awam. Maka, isu-isu tempelan lain perlu diwujudkan agar boleh dua orang ini 'cover line'.

Kesimpulannya itu TRICK LAMA USTAZ DAN TOK GURU.. Rakyat dah cerdik.. kami faham apa yang sebenarnya anda sedang lakukan.. Jangan sepanjang masa mahu membodohkan rakyat. Orang kampung semuanya dah tahu!!!

Anda tidak perlu jadi PROFESOR atau berjawatan Pengarah Urusetia Penerangan PAS untuk memahami strategi 'bingai' sebegini.. Cukuplah Allah s.w.t dengan izin dan kekuasaanya menunjukkan kebesaran kuasanya dan cukuplah dengan akal kita untuk menilai baik dan buruknya..

ads
Read Full 0 comments

Ucapan YAB Dato Paduka Haji Mukhriz Tun Mahathir, Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah 1730hrs 19 September 2013

Jumaat, 20 September 2013
Assalamualaikum WBT

Yang dimuliakan Pengerusi Majlis

Yang Berhormat Dato Paduka Ahmad Bashah Hanipah

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah

Yang Berhormat/ Yang Berbahagia Dato-Dato, Saudara-saudari Ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah

Yang saya kasihi Ketua-ketua Bahagian, dan rakan-rakan yang sudi hadir bersama dari seluruh pelusuk negara (Kita berikan tepukan gemuruh)

Yang dikasihi Ketua-ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian-bahagian

Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian-bahagian 4 peringkat

Ketua-ketua Cawangan dan ketua-ketua sayap Cawangan 4 peringkat

Tuan-tuan. Puan-puan, Warga Keluarga UMNO Negeri Kedah

Para wartawan dan petugas media

Anggota-anggota Keselamatan

Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa penghargaan yang tinggi kepada kesemua yang sudi hadir pada petang ini. Tiada ungkapan yang sesuai dapat mengambarkan kepuasan kita untuk kembali berkumpul di rumah kita ini, Seri Mentaloon, setelah lebih 5 tahun tidak berpeluang menggunakannya.

Marilah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat yang telah diberikan. Dengan izinNya jualah, keluarga UMNO dapat kembali berkumpul di dewan yang kita bina megah ini. Dengan izinNya jualah, kita kembali memegang tampuk pemerintahan Negeri Kedah Darul Aman yang kita cintai. Dengan kuasa politik yang sedang kita pegang ini jugalah, akan kita genggam erat amanah rakyat, memberi khidmat demi meningkatkan Syiar Islam, membangunkan bangsa dan mendaulatkan tanahair.

UMNO telah melalui pelbagai pengalaman. Bermulanya dengan berusaha menyatu-padukan orang-orang Melayu dalam menentang pembentukan Malayan Union, beralih kepada perjuangan memerdekakan negara. UMNO telah diuji sejak Pilihanraya pada tahun 1955, kemudian melalui pahit getir perpecahan kaum pada tahun 1969. UMNO diasak dengan pelbagai halangan dan dugaan dalam berjuang untuk mengisi kemerdekaan, memajukan bangsa sambil terus berusaha mengekalkan keharmonian antara kaum.

Hari ini, setiap rakyat Malaysia sebenarnya telah berpeluang menikmati hasil perjuangan UMNO. Tanpa kira bangsa, agama, keturunan atau ideologi politik, setiap rakyat telah menikmati peluang untuk belajar, mengguna perkhidmatan kesihatan dan memperoleh kekayaan hasil daripada dasar yang dibuat oleh UMNO.


Kalau seseorang itu jatuh sakit, lantas dipanggil ambulans untuk ke hospital, UMNO lah yang usahakan agar perkhidmatan ambulans itu wujud, jalan yang dilalui ambulans itu juga dibina Kerajaan yang ditunjangi UMNO, hospital tujuan pesakit juga hasil titik peluh UMNO, doktor dan nurse dilatih oleh sistem pendidikan yang diperjuangkan UMNO, pendekata tiada yang berlaku dinegara kita ini yang UMNO tidak dari segi polisi Kerajaan dan perlaksanaannya. Begitu besarnya perjuangan UMNO yang tidak disedari dan tidak diiktiraf ramai. Inilah sumbangan fardu kifayah UMNO untuk seluruh rakyat Malaysia.

Namun hakikatnya, UMNO juga telah di kecam, di tentang dan di khianat. Hari ini, kita telah melihat dengan jelas tanpa selindung, anak-anak bangsa kita yang sanggup bersekongkol dengan mereka yang sejak awal menentang cita-cita perjuangan. Musuh kita jelas menghina Agama Islam dengan lantang dan berani mendesak Kalimah Suci Allah digunakan dalam kitab selain al Quran ulkarim. Mereka memesongkan fikiran rakyat dengan alasan hak asasi, keadilan dan hak kesamarataan antara kaum.

Apabila UMNO Kedah merintis usaha untuk menyekat penyebaran fahaman Syiah di negara, jelas ianya mendapat sambutan yang hebat dari kalangan pendokong2 ahli Sunnah wal Jamaah dari pelbagai latarbelakang politik. Malah penyokong penyokong tegar PAS dan penggiat pondok2 agama yang dahulunya lebih cenderung kepada PAS juga mulai meyakini UMNO, terus bersama kita dalam menyekat kemaraan Syiah. Kini apabila pemimpin2 PAS di negeri Kedah ini juga tidak menyokong enakmen jenayah syariah baru yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kedah baru baru ini, jelas terbukti keberanian UMNO untuk mempertahankan kesucian Islam lah yang disambut baik oleh segenap lapisan ummat di negeri ini.

UMNO berdepan dengan mereka ini. Cita-cita perjuangan kita untuk meningkatkan syiar Islam, membangunkan bangsa dan mendaulatkan tanahair terbantut dengan tanggungjawab untuk melawan akidah songsang mereka. Namun, apa juga alasan dan halangan daripada puak seperti ini, tidak melemahkan semangat kita untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Untuk itu, UMNO mesti pandai menyesuaikan diri dalam apa juga situasi. Setiap kita mesti memahami permasalahan rakyat dan merasai denyut nadi mereka. UMNO mesti terus kekal relevan di mata rakyat. UMNO juga mesti Berani Berubah!

Saudara-saudari warga Keluarga UMNO sekalian, Setiap yang kita lakukan mesti membawa maksud yang selari dengan landasan perjuangan asal UMNO. Begitu juga setiap tindakan kita sebagai pewaris perjuangan ini mestilah dengan tujuan untuk memperkukuhkan parti pusaka bangsa ini. Jangan ada diantara kita yang mendahulukan kepentingan diri, keluarga mahupun kumpulan lebih dari kepentingan parti.

Saya berceloteh tentang perkara-perkara ini kerana kita semua sedia maklum akan kehadiran musim pemilihan bagi mengisi jawatan-jawatan parti di semua peringkat. Mengikut sejarah lama UMNO, inilah musim yang akan menentukan kekuatan kepimpinan orang Melayu di Bumi Malaysia ini. Inilah waktunya, jika kita tidak memelihara tindakan-tindakan kita, ianya boleh melemahkan, bukan sahaja kepada diri kita sendiri tetapi kepada keseluruhan bangsa.

Saya amat berharap, pemilihan parti yang akan kita lalui di peringkat Bahagian dan Pusat tidak berapa lama lagi akan memberi semangat baru kepada setiap seorang dari kita. Proses demokrasi yang digunakan, jika dipelihara dengan sempurna tentu akan memberi perolehan yang terbaik untuk setiap seorang dari kita.

Dalam masa yang sama, hak untuk menawarkan diri dalam sebarang jawatan yang layak kita tandingi bukan bermaksud kita harus segera mengisi borang pencalonan. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden contohnya, layak di tandingi oleh ramai pemimpin yang pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi. Tetapi, kita sebagai ahli parti yang taat setia dan insaf akan keburukan yang boleh dibawa melalui pertandingan jawatan tertinggi parti, sebolehnya menolak mereka yang kepingin menjawat jawatan tertinggi itu. Ini adalah kerana, kepimpinan yang sedia ada adalah merupakan gandingan yang terbaik dan wajar diberikan sokongan seratus peratus. Saya dengan tegas ingin memberi komitmen Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah untuk mempertahankan YAB Dato Seri Najib Tun Razak dan YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Yassin sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Jika ada pihak atau individu yang berhasrat untuk mencabar kedudukan tersebut, UMNO Kedah akan bersatu mempertahankan kedua pemimpin kita ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Negeri Kedah ini terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri. Keagungan Kerajaan Kedah yang tertua di Asia Tenggara dan masih kekal merupakan satu kebanggaan bukan saja bagi kita anak-anak Kedah tetapi bagi seluruh rakyat di negara ini. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama adalah merupakan anak Kedah. Begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang anak guru yang juga merupakan anak Kedah. Mereka telah begitu banyak berjasa kepada negara dan kita berbangga dengan pencapaian mereka.

Kita percaya, kegemilangan anak-anak Kedah ini dalam mengharumkan nama negeri dan membawa kemakmuran kepada negara boleh diteruskan dengan pemimpin-pemimpin sedia ada di masa kini. Kejayaan Barisan Nasional kembali memegang tampuk Kerajaan Negeri Kedah adalah bukti kebolehan dan komitmen para pemimpin kita, terutamanya pemimpin-pemimpin UMNO. Kebolehan dan daya kepimpinan mereka ini wajar diberi pengiktirafan. Mereka-mereka ini wajar diberikan tanggungjawab yang lebih besar dalam sama-sama merencana perjalanan parti kita.

Walaupun kejayaan besar yang telah kita perolehi, tentu sekali kita tidak mampu menjadikan setiap pemimpin Negeri Kedah sebagai pemimpin di peringkat Kebangsaan. Dalam perkara itu, saya amat bersyukur dengan komitmen dan tolak ansur dikalangan Ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Kami telah sama-sama duduk berbincang dan mencadangkan pemimpin diantara kami yang boleh kita ketengahkan ke peringkat Majlis Tertinggi UMNO. Begitu juga, di kalangan Pergerakan sayap-sayap.

Pada petang yang berbahagia ini, sukacita saya mengambil peluang untuk memperkenalkan calon-calon Majlis Tertinggi yang akan mewakili kita dari Negeri Kedah. Saya amat berharap agar kesemua mereka akan mendapat doa restu dan sokongan padu dari keseluruhan jentera UMNO Negeri Kedah.

Calon Pengerusi Tetap UMNO Malaysia
i. Yang Berbahagia Tan Sri Badaruddin Ameruddin

Calon-calon Ahli Majlis Tertinggi
i. Yang Berhormat Dato’ Seri Mahadzer Khalid

Ketua UMNO Bahagian Padang Terap merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

ii. Yang Berhormat Dato’ Azeez Rahim

Ketua UMNO Bahagian Baling merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO

iii. Yang Berhormat Dato’ Seri Jamil Khir Baharom

Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Tuan-tuan yang saya hormati dan kasihi sekalian, inilah calon-calon yang akan mewakili Negeri Kedah ke peringkat pusat. Marilah kita sama-sama berusaha keras, berdoa dan memastikan agar kesemua mereka terpilih agar dapat membawa suara kita ke peringkat yang lebih tinggi. Saya mengharapkan agar setiap dari kita, keluarga UMNO Negeri Kedah memberikan kesetiaan dan sokongan kepada setiap calon ini. Boleh? Sokongan yang sama saya harap dapat diberikan kepada calon-calon dari Pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda seperti yang telah diperkenalkan tadi.

Hadirin sekalian, telah berminggu-minggu saya disapa dengan persoalan apakah saya akan menawarkan diri dalam apa-apa jawatan di peringkat Pusat. Sejak mula saya menjadi ahli UMNO, saya hanya berhasrat untuk menumpahkan khidmat bakti saya kepada Agama, Bangsa dan Tanahair. Berulang kali saya tegaskan, UMNO bukanlah tempat untuk membina kerjaya atau mengumpul kekayaan. UMNO adalah wadah perjuangan bangsa. Walau sejengkal ilmu yang ada dalam diri saya, akan saya kongsikan bagi membina negara bangsa.

Saya amat gembira apabila Barisan Nasional berjaya dalam Pilihanraya yang baru lepas. Tumpuan selepas kejayaan tersebut adalah untuk mengekalkannya. Saya tidak pernah merancang untuk bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri, jauh sekali menyusun strategi untuk menduduki kerusi Menteri Besar mahupun Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Namun sebagai ahli parti, kita harus sentiasa bersedia memikul apa juga tanggungjawab yang diarahkan.
Kita juga harus melihat kehadapan. Parti-parti lawan telahpun memulakan persiapan menghadapi Pilihanraya umum yang ke 14 dari sekarang. Di ketika itu, mungkin AI sudah tiada dalam kancah politik negara. Mungkin juga tiada LKS, NA, KS dan Haji H. UMNO akan berhadapan dengan ramai pemimpin-pemimpin muka baru yang kini ditonjolkan dan diberi tanggungjawab menggalas jawatan jawatan penting parti masing masingdan Kerajaan diperingkat negeri. Di pihak kita, apakah persiapan yang telah kita lakukan. Apakah kita telah membuat persiapan dan perancangan strategik untuk terus memegang tampuk pemerintahan Negara. 

Apakah kita telah bersedia untuk meraih undi daripada lebih 3 juta pengundi baru nanti. Inilah persoalan yang paling penting difikirkan sebelum kita sama-sama membuat keputusan dan membantu pemimpin kita mengemudi parti.

UMNO juga merupakan sebuah parti yang amat bergantung kepada kesetiaan ahlinya. Pengikut dan pemimpin saling melengkapi. Sebagai pemimpin Negeri, saya juga tidak dapat tidak, mendengar nasihat dan menerima desakan daripada pengikut. Antara nasihat yang banyak saya terima ialah untuk memastikan saya terus memberi khidmat, jika boleh, ke peringkat yang lebih tinggi. Nasihat-nasihat ini, semakin menjadi sebagai satu harapan. Sebagai pemimpin, saya semestinya tidak boleh lari dari perkara ini, yang juga merupakan satu tanggungjawab.

Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya sesungguhnya menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Saya sekali lagi menyeru agar seluruh warga keluarga UMNO Negeri Kedah untuk bersama saya memberikan sokongan padu kepada gandingan mantap mereka berdua.

Saya juga bertegas, bahawa pemilihan UMNO adalah merupakan satu proses demokrasi bagi membolehkan ahli-ahlinya membuat pilihan. Setiap pemimpin yang ada, tentunya telah berusaha dengan penuh setia dan bertanggungjawab. Pembaharuan yang difikirkan perlu dibuat, mesti dilakukan dengan penuh berhemah. Jangan ada keji-mengeji, tohmah atau memperkecilkan sesama pemimpin. Yang lebih penting sekali jangan sekali2 kita mencemarkan nama baik UMNO dengan amalan2 dalam proses pemilihan kita ini yang tentu akan merosakkan parti. Ingat kepada Allah yang esa dan balasan di dunia dan akhirat. UMNO mesti kekal kuat dan bersatu berlandaskan kepada nilai dan budaya yang murni.

Hadirin-hadirat warga keluarga UMNO yang saya kasihi. Setelah menerima banyak nasihat dari setiap lapisan kepimpinan, saya telah memikirkan apakah jawatan yang sesuai untuk saya dipertanggungjawabkan. Saya telah memikirkan kesesuaian masa dan amanah yang tinggi bagi setiap jawatan. Saya telah tanyakan diri saya, apakah saya bersedia. Saya telah menimbang perkara ini dari setiap sudut.

Maka bagi mewakili zon utara di negara tercinta ini, khususnya Kedah yang telah kembali kepangkuan UMNO, Kedah yang melahirkan Bapa Kemerdekaan, Kedah yang juga melahirkan Bapa Pembangunan Malaysia, Kedah yang DYMM Tuanku Sultan nya menaiki takhta menjadi Seri Paduka Baginda Yg DiPertuan Agong sebanyak dua kali…….. bagi pemilihan parti kali ini saya dengan penuh rendah diri ingin menawarkan diri bertanding sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia.

Saya mohon doa restu dari setiap warga keluarga UMNO Negeri Kedah. Saya mohon sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bagi. Hanya yang cekal dan tabah, dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.
HIDUP UMNO

HIDUP UMNO

HIDUP UMNO

BERANI…..BERUBAH

BERANI…..BERUBAH

BERANI…..BERUBAH

Wassalamualaikum wbt.


ads
Read Full 2 comments

@MukhrizMahathir #MM4VP Ucapan Calon Naib Presiden UMNO

Sebelum mengumumkan hasrat beliau untuk menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden UMNO, Datuk Paduka Mukhriz menyentuh beberapa isu-isu penting yang perlu diberi perhatian.

Antaranya beliau menyentuh tentang tentang sesetengah ahli-ahli UMNO yang menjadikan jawatan dalam UMNO sebagai Karier serta untuk mencari laba kekayaan.

Ini KedahTimes sentuh khas kerana ramai pemimpin UMNO yang hidup mereka atas duit peruntukan UNMO dan Kerajaan Pusat melalui bahagian-bahagian. Mereka anggap peruntukan ini sebagai harta rampasan perang untuk dibahagi-bahagikan antara mereka.

Seterusnya dengarlah ucapan beliau kelmarin di Seri Mentaloon.


ads
Read Full 1 comments

DOSA MUKHRIZ HANYA KERANA BER 'BIN' KAN MAHATHIR....

Penulis Tamu: Sobri Sudin

Realiti pertama yang harus difahamkan pada semua perwakilan UMNO dan para peminat UMNO sendiri termasuk rakan-rakan dari PAS dan pembangkang ialah Mukhriz adalah Mukhriz dan Mahathir tetap Mahathir.

Sudah kedengaran semenjak sebelum PRU ke-13 yang lalu lagi, bahawa kononnya Mukhriz adalah pemimpin yang ditunjuk dan hasil pengaruh Mahathirlah, PM Najib terpaksa menjulang Mukhriz menjadi MB Kedah dengan mengorbankan otai lama seperti Bashah yang pada waktu itu mengemudi UMNO Kedah selaku Pengerusi Perhubungan.

Hakikat yang perlu diketahui oleh orang luar dari Kedah, kemenangan BN di Kedah bukan kerana aura atau pengaruh sesiapa. Akan tetapi kemenangan kembali berpihak kerana sentimen kematangan politik pengundi di Kedah. Lebih penting kemenangan BN adalah anugerah Allah setelah PAS yang mendakwa lebih Islam dari segala-galanya pincang dengan amanah dan ujian yang Allah berikan. Justeru itulah selain kaedah formal modelling, analisis statistik deskriptif, tinjauan pendapat atau poll, pelbagai indikator diambilkira sebagai angkubah dalam menentukan kejayaan sesebuah parti politik mengunguli kuasa.

Kebangkitan rakyat dan kesedaran mereka malah dikalangan ahli totok PAS sendirilah setelah melihat kemandulan dan kegagalan serta sikap hipokrit pimpinan PAS menyebabkan keputusan undian rakyat kembali memihak pada BN.

Harus juga difahami, sosio-budaya rakyat Kedah tidak pernah menunjukkan rasa marah secara terbuka. Mereka cukup bijak menilai dalam mencatur dan mewujudkan kesimbangan politik melalui konsep check and balance. Lantaran itulah, Mahathir sendiri pernah ditewaskan pengundi Kedah di Kota Setar Selatan dalam PRU 1969. Tokoh besar seperti Hamid Othman juga pernah tumbang di Sik, selain tokoh heavyweight PAS dan PKR seperti Mat sabu dan Saifudin Nasution yang pernah menang dan tewas di Kedah. Tiada apa yang nak dihairankan, kerana itulah maturity anak Kedah dalam menobatkan kepimpinan.

Kini apabila Mukhriz mengumumkan hasrat bertanding jawatan kanan parti, timbul lagi cucukkan jarum basi yang melencongkan fikiran ramai ahli kononnya Mahathir turut campurtangan. Apatah lagi sebelum pengumuman dibuat Mukhriz, telah terbit tulisan Mahathir diblognya selain promosi dalam akhbar arus perdana tentang kenyataan Mahathir yang menyebut pentingnya UMNO diwarisi dan diberi nafas baru oleh pimpinan muda agar tidak diresapi dan dihinggapi penyakit tua. Realitinya, 'kenyataan Mahatir' bukanlah benda baru, kerana Pak Man di Alor Setoi, atau Pak Mid di Lana Bulu serta Kak Zah di Hutan Keriang antara ahli UMNO veteran juga mengetahui dan telah berbuih bercakap mengenai penyakit yang dihidapi UMNO. Bezanya Mahathir antara yang punyai pengikut justeru apa yang diluahkannya semestinya dianggap benda baru..

Sama ada Mahathir memberi kenyataan atau tidak bukanlah perkara penting. 150,000 perwakilan UMNO di 191 Bahagian sudah bijak membuat keputusan. Jika bersungguh mahu meremajakan parti, agar parti disuntik nafas baru, apa salahnya tokoh baru, idea baru diterap dalam parti. Kenapa harus ada kenyataan double standard dan cakap tidak serupa bikin?

Jika UMNO sudah meminda perlembagaannya pada tahun 2009 dan dikuatkuasakan untuk mendemokratikkan parti dan memberi kelonggaran kepada sesiapa jua bertanding hanya dengan syarat minima kenapa pula kini harus didebatkan kononya pertandingan akan memecahbelahkan dan kemasukan muka baru seperti Mukhriz dilihat ibarat kaduk naik junjung dan tamakkan kuasa?

Kenapa kalau kena pada orang lain dibolehkan dan kena pada indvidu yang berpotensi pelbagai macam alasan pula diberi?


Inilah antara barah dalam UMNO yang sukar diubati, tidak konsisten, kenyataan yang suka diubah-ubah seperti mengubah tiang gol sehingga si penyerang sukar menjaringkan gol. Ada pula dua set undang-undang yang berbeda selain tanggapan yang dibuat ikut suka.

Sudah-sudahlah, dah lama dah kelaku dan perangai jengkel tipikal feudalisme UMNO. Berbeza pendapat dikata derhaka, demikian antara tuduhan atas Mukhriz suatu ketika dulu semasa menyatakan kebenaran pada Pak Lah ketika Pak Lah PM. Menawarkan diri mahu membawa perubahan pada parti dikatakan gelojoh dan kaduk naik junjung selain dicap pula menggunakan pengaruh bapanya.

Sepatutnya nilai kebolehan, upaya, sikap, stail kepimpinan, dan track record calon bukannya kita membebel akan perkara yang bukan-bukan. Jadilah profesional, objektif dan teliti selain melakukan risk management dalam memilih pemimpin. Lihat juga persekitaran masa depan, jangkaan kini, dan ekspektasi ahli dan rakyat. Jika semua itu dilakukan dengan secara 'holistik' maka tidak ada salah dan cacat celanya untuk siapa sahaja menawarkan diri bertanding termasuk Mukhriz.
Lebih penting, harus diingat biarkanlah perwakilan yang menentukan untung nasib Mukhriz. Dan jika Allah s.w.t sudah mentakdirkan bahawa Mukhriz akan dinobat ke jawatan kanan parti, tiada satu tangan pun yang boleh menghalangnya. Demikian juga jika takdir menentukan yang Mukhriz akan tewas, maka tiada satu kuasa apapun yang boleh memenangkannya..

p/s:Kadang-kadang naik majai dan jemu dengan perangai feudal UMNO yang tak habis-habis, tapi apa boleh buat, 'politik ni' ibarat 'BENCI TAPI RINDU'..


ads
Read Full 2 comments

MUKHRIZ UMUM TANDING NAIB PRESIDEN

Khamis, 19 September 2013
Tepat jam 6:00 petang, 19 September 2013Dato Paduka Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan bertanding sebagai Naib Presiden Umno.

Dengan motto berani berubah, Mukhriz akan membawa pembaharuan dan peremajaan Umno menuju masa depan.

BERANI BERUBAH


Read Full 1 comments

Tiada PAS, Islam tetap dimartabatkan

Selasa, 10 September 2013
KINI telahan KedahTimes selama ini memang tepat.

PAS tidak pernah peduli tentang Islam dan tidak pernah berhasrat untuk memartabatkan Islam. PAS hanya peralatkan Islam untuk kuasa dan politik mereka.

Mereka menipu umat Islam dengan rhetorik politik Islam mereka. Hatta pakaian mereka pun dibentuk sepuaya nampak lebih Islamik dari orang lain. 

Hakikatnya PAS diselubungi dan dipenuhi dengan mereka yang berpura-pura atau yang lebih teruknya munafik. Malah PAS juga sudah diresapi dengan elemen Liberal dan Syiah.  Betapa caca merbanya PAS sekarang ini.

Islam sebenarnya tidak pernah wujud dalam kamus PAS. Yang wujud hanya keinginan memiliki kuasa dan politik dengan  memperalatkan Islam.  Ramai umat Islam tertipu dengan gaya PAS ini, sama seperti bijak pandai ber phd tertipu dengan ajaran Ayah Pin dan syiah.

Malah ramai telah menganggap dengan menjadi ahli PAS, mereka telah memeluk Islam semula, ibarat aktiviti baptism dalam kristian. Mereka dianggap bersih dan layak bercakap apa saja tentang Islam. Mala mereka layak memaki hamun dan mempertikaian keislaman orang lain.

Dalam kes penggunaan kalimah Allah, PAS masih kelabu. Tiada kata putus. Malah terdapat banyak pendapat dalam PAS tentang penggunaan kalimah Allah oleh Kristian dalam Bible mereka. 

Ada yang kata boleh. KedahTimes tidak menafikan yang bukan Islam boleh sebut kalimah Allah tetapi TIDAK sesekali dalam penyebaran ajaran mereka. Malah mereka tiada ada hak dan tidak boleh untuk menyamakan Allah itu dengan tuhan mereka. Tetapi jika hanya ingin menyebut ' itu rejeki Allah' adalah tidak apa.
Ada yang membisu. Dan ada yang mengatakan yang sesiapa yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh Kristian dalam penyebaran ajaran mereka, maka mereka adalah kufur.

Bagi KedahTimes, PAS sudah tidak relevan langsung dengan Islam. PAS hanya sebuah parti politik yang inginkan kuasa tetapi memperalatkan Islam dalam menipu orang Islam untuk mendapatkan kuasa.

Bayangkan dalam isu kalimah Allah pun mereka tidak pernah peduli, inikan pula Islam.

PAS bukan parti Islam...  

ads
Read Full 1 comments

Datuk Paduka Mukhriz : Naib Presiden UMNO

Dulu KedahTimes begitu menyokong kuat untuk DPMM bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sehinggakan menolak untuk bersama team KT dalam membantunya juga untuk jawatan yang sama.

Tetapi pengiraan semula undi yang memakan masa sehingga 8 jam yang KedahTimes anggap satu perkara yang TIDAK PROFESSIONAL telah berlaku demi untuk memenangkan seseorang. Inilah percaturan kuasa dalam UMNO. Yang layak tidak diberi peluang, malah yang bermain dengan wang dan kata-kata diutamakan.

Kedahtimes dan rakyat Kedah meneruskan hasrat untuk berketuakan seorang yang berkaliber dan berkebolehan dengan menyeru untuk membawa DPMM sebagai orang nombor satu di Kedah. Dan ianya menjadi kenyataan dan beliau kini menerajui Negeri Kedah dan UMNO Kedah.

Kini angin-angin untuk melihat beliau meneruskan menaiki hairaki UMNO kedengan diseluruh Malaysia. 

KedahTimes merasakan DPMM amat layak untuk menduduki jawatan tersebut. Dan merasakan yang beliau boleh menang jawatan tersebut melihat suasana politik semasa. MELAINKAN ada hanky panky macam pemilihan KP UMNO dulu.
Dan jika DPMM memilih untuk bertanding, KedahTimes akan menyokong sepenuhnya hasrat tersebut dan cuba membantu satakat mampu untuk memenangi beliau.

Dan KedahTimes tidak akan dan tidak pernah menjadi hipokrit dalam keadaan sebegini. Jika itulah sokongan KedahTimes, maka itulah pegangannya selagi pemimpin tersebut tidak terpesong dari perjuangan UMNO.   
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Malah ramai yang sebenarnya mahu Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menawarkan diri bertanding jawatan naib. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman juga disebut-sebut akan masuk bertanding kerusi naib.

Bagaimanapun Musa dan Mukhriz masing-masing belum membuat pendirian muktamad mengenai desas-desus tersebut.

Menerusi senarai kepimpinan semasa, Musa merupakan ahli MT Umno.

Menariknya ialah sekiranya Musa mengesahkan untuk memperbaiki kedudukannya dalam senarai kepimpinan tertinggi Umno, ia bakal memeningkan kepala perwakilan ekoran dua pemimpin Sabah bersaing merebut salah satu daripada tiga kerusi naib.

Bagi Mukhriz pula, sekiranya beliau menawarkan diri bertanding merebut kedudukan berkenaan, ia bakal memberi saingan sengit kepada barisan senarai pemimpin senior yang mahu berada di posisi tersebut.

Kehadiran Mukhriz dilihat memberi pilihan yang lebih segar kepada perwakilan bagi mengisi salah satu kerusi naib.

Barang diingat, Khairy Jamaluddin telah pun mengisytiharkan keputusannya untuk mempertahankan jawatan ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan daripada kedudukan semasa, nampaknya seperti tidak ada pesaing yang serius dan benar-benar kuat yang dapat mencabar kedudukannya.

Atas kapasiti sebagai ketua pemuda, Khairy adalah juga bertaraf naib presiden.

Jika Mukhriz yang seangkatan dengan Khairy dalam hirarki kepimpinan masa depan Umno tidak menawarkan diri ke jawatan yang lebih utama sekarang, ini bermakna beliau akan ketinggalan dari segi kedudukan di belakang Khairy.

Oleh yang demikian, pemilihan kali ini adalah penting untuk pemimpin muda Umno seperti Khairy dan juga Mukhriz menentukan masa depan politik mereka dengan menempatkan diri dalam kedudukan hirarki semasa. Mungkin di peringkat ahli akar umbi, peremajaan dan transformasi politik dalam Umno akan lebih bermakna sekiranya hierarki tiga teratas kepimpinan Umno dapat diisi oleh seorang pemimpin muda.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

ALOR SETAR 9 Sept. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir masih belum membuat keputusan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti Oktober ini walaupun mendapat undian tertinggi di dalam sebuah blog untuk jawatan Naib Presiden.

Kata beliau, sehingga hari ini beliau didatangi oleh rakan-rakan yang memberi pelbagai pandangan dan akan mengambil kira semua pandangan itu sebelum boleh membuat sebarang keputusan.

"Saya tahu mengenai blog ini tapi saya tak boleh buat keputusan hanya kepada berita daripada blog. Saya kena pertimbangkan pelbagai perkara sebelum saya buat keputusan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan kepada pelajar-pelajar Kedah yang akan melanjutkan pelajaran ke Jordan di Seri Mentalon di sini hari ini.

Menurut Mukhriz, sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, menjadi keutamaan beliau untuk menjaga hal ehwal negeri Kedah terlebih dahulu.

"Saya ingat itu satu tanggungjawab yang penting dan berat untuk saya pikul, jadi apa yang saya perlu lakukan selepas ini ialah saya kena ambil kira perkara ini.

"Saya tak mahu rakyat Kedah atau ahli UMNO Kedah merasakan bahawa sekiranya saya pegang jawatan yang tinggi di peringkat nasional, ia akan menjejaskan keupayaan saya untuk berkhidmat di Kedah, saya kena cari satu imbangan antara tanggungjawab ini," jelasnya.


ads
Read Full 1 comments

Blogger BN Kedah : Aku yang menurut Perintah

Kita seringkali diperingatkan tentang campurtangan asing dalam hal ehwal politik Malaysia.

Banyak negera luar hancur apabila negara asing mula mencatur politik dalaman sesebuah negara. Mesir, Libya, Tunisia dan kini sedang berlaku di Syria. Ini menyebabkan pihak tertentu saja dalam negara yang beroleh kesejahteraan hidup.

Malah ramai rakyat yang terpinggir gara-gara pemerintah yang dipilih terhutang budi dan ingin membalas budi pihak luar yang membantu. Pihak luar ketawa berdekah-dekah melihat kejayaan mereka. Pihak dalam negara menangis kerana sentiasa bertelagah antara satu sama lain.  

Di Kedah, blogger-blogger Pro BN membantu BN tanpa banyak pertolongan dari pihak luar. Kalau adapaun dari luar, ianya 'a paid blogger'. You pay me, i will write for you. Mereka tidak tahu isu sebenar yang berlaku di Kedah, sebaliknya bergantung kepada sumber-sumber mereka yang tertentu sahaja.

Tetapi blogger yang berada dikalangan rakyat Kedah tahu isu sebenar di Kedah. Jadi mereka boleh dikatakan amat mengetahui hal-hal isi hati rakyat di Kedah. Dan mereka bergerak secara sukarela dan tanpa tuan.

Ini membuatkan ada beberapa pihak yang teringin sangat untuk mengawal mereka, malah ingin membentuk satu kumpulan yang berketua. Maka kedengaranlah pelbagai Jabatan atau Kumpulan yang bakal ditubuhkan.

Hasilnya lahirlah mereka-mereka yang merasakan mereka amat layak untuk mengetuai persatuan/jabatan/kumpulan ini. Berseronok dan mengaku diri hebat demi mendapat jawatan. 

Tapi bagi KedahTimes, bukan jawatan sangat yang mereka hendak pegang tetapi imbuhan yang bakal mereka perolehi. Yang mereka nampak ialah curahan peruntukan yang bakal diurus kelak terutama ketika dekat dengan PRU.

Tanpa mereka sedari yang berbuatan mereka itu boleh menjahanamkan sifat PEJUANG yang sediaada dikalangan blogger-blogger di Kedah. Kita bakal melihat akan timbul ramai blogger baru yang bukan PEJUANG tetapi PENCARIWANG. 
Hasilnya bukan mereka yang benar-benar sayangkan UMNO tetapi lebih kepada sayangkan wang. DAN blogger-blogger yang sejati dan bersifat pejuang akan terpinggir begitu sahaja.

Jika ini dibiarkan berlaku, kita bakal saksikan ramai blogger di Kedah yang mengeliligi ahli politik UMNO dan menulis hanya untuk tuan yang membayarnya, bukan menulis untuk UMNO.

Kepada pihak-pihak yang ingin sangat mencatur serta mengawal blogger-blogger di Kedah, KedahTimes sarankan samada lupakan saja atau serahkan saja kepada blogger-blogger Kedah tentu diri mereka. Jika mereka ingin menubuh persatuan, berilah sokongan bukan ARAHAN.

Jika mereka ingin seperti sekarang, biarkanlah tetapi bantulah mereka dalam mengkordinasi sesuatu program atau perjuangan. Ramai dari mereka yang berkaliber dan layak. Mereka sendiri kenal antara satu sama lain.

Jika nak pilih ketua korrdinasi pun, bincanglah dengan mereka dulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

KedahTimes tidak mahu melihat jutaan duit dilaburkan tetapi Kedah tidak dapat dipertahankan. Yang untung orang-orang tertentu saja. Politik di Kedah hancurr.... Ini yang ditakutkan.


ads
Read Full 0 comments

GLC Kedah Sekat Laman Pro-Kerajaan, Laman Pembangakn Bebas di Layari.

Isnin, 9 September 2013

Apabila parasit Pas dan PKR dibiarkan terus bermaharajalela di dalam jabatan dan GLC, beginilah jadinya.

Laman blog dan berita pro kerajaan negeri seperti kedahtimes, dahulukinidanselamanya.blogspot.com disekat, sedangkan blog-blog fitnah PAS dan PKR semuanya dibenarkan dilayari dengan bebas. 

Begitu juga akhbar Utusan juga disekat oleh GLC Kedah yang ditadbir oleh kumpulan parasitus PAS dan PKR.

Bagaimana sebuah GLC yang sepatutnya memahami aspirasi kerajaan  Barisan Nasional bertindak menyekat akhbar dan berita dalam talian yang pro-kerajaan?

Walaupun didepan pemimpin Umno/BN merekalah yang paling terkehadapan dalam mengambil kredit, seolah-olah merekalah yang paling BN daripada mana-mana orang Umno, bagaimana boleh tidak ada satupun blog PAS/PR yang disekat, tetapi blog pro-bn pula yang disekat.

Bagaimana seorang yang dikatakan sebagai "caretaker" (klik sini) boleh "couldn't care less" akan kerajaan mana yang mentadbir negeri sekarang?

Malah bekas Pembantu peribadi pemimpin PAS (seorang tegar PKR) di GLC tersebut diletakkan oleh "caretaker" sebagai peneraju utama dalam urusan pentadbiran syarikat. Bagaimana seseorang yang tidak selari dengan aspirasi kerajaan BN, yang dilantik atas tiket politik mampu menghayati visi kerajaan. Malah sebaliknya parasit ini tentunya menjadi sumber untuk pembangkang mendapat maklumat dalaman GLC dan perancangan kerajaan. Sangat merbahaya!!

Antara blog yang disekat adalah Kedahtimes (Syburi-times.blogpsot.com), dahulukiniselamanya.blogspot.com dan satu blog khas iaitu annuarmohdsaffar.blogpsot.com yang mendedahkan kepincangan pentadbiran seseorang dalam GLC Kedah. Internet syarikat digunakan untuk menyekat blog individu.

Nampaknya sikap berhemah kerajaan BN yang tidak kasar dalam menangani parasit PAS/PKR dalam GLC dan tidak memecat sesuka hati sebagaimana kezaliman PAS pada 2008 diambil kesempatan oleh golongan parasit.


ads
Read Full 3 comments

Apabila Blogger Bermain Politik

KedahTimes tersenyum apabila ada yang menyarankan yang blogger juga dipilih BN untuk bertanding dalam PRU13 lalu. Bukan apa, KedahTimes menganggap blogger bukanlah politikus sebenar.

Blogger sepatutnya menjadi seorang PEJUANG, bukan politikus sepenuh masa. Tapi nampaknya sudah ada blogger-blogger yang sudah ke depan. Mereka cuba menjadi calon serta pencatur politik semasa. Agak menarik.

Tetapi KedahTimes tidak boleh terima apabila dikalangan dunia blogger sendiri ada permainan politik. Ada yang mengaku dia hebat. Ada yang mengaku dia boleh kawal blogger dan sebagainya.

Perebutan untuk menjadi ketua blogger dan memiliki master-master yang fulusnya banyak menjadi semakin hebat.

Terkini KedahTimes diberitahu ada perjumpaan blogger di Janda Baik. Perjumpaan itu baik untuk menyatukan blogger tapi ianya menjadi BURUK apabila ada percaturan siapa sepatutnya menjadi ketua disana dan juga disini. Ada yang disisihkan dan ada yang dinaikkan nama kerana bijak menonjol.

Inilah Politik yang dibawa masuk ke dalam dunia blogger. 

KedahTimes sedang memerhati apa akan berlaku kepada blogger di Kedah. Kalau dulu blogger dari KL dibayar ribuan ringgit untuk menulis hal-hal politik Kedah, kini KedahTimes nak lihat siapa bakal menjadi Ketua Blogger di Kedah. Hasilnya, KedahTimes tidak tahu tetapi minit terakhir ada sekumpulan blogger secara sukarela membantu UMNO dalam memporakporandakan pihak lawan.

Itulah nasib blogger tempatan.... kera di hutan disusukan, tapi anak sendiri dibiar kelaparan.

Kembali kepada cerita Janda baik. Difahamkan sudah dipersetujui tentang penyatuan blogger. Dan sudah kedengaran lobi melobi untuk jawatan ketua blogger. 

Di Kedah, KedahTimes harap pilihlah yang baik. Orang di KL tidak tahu suasana sebenar di Kedah. Eloklah, jika ada penubuhan kumpulan blogger diberikan kuasa kepada Pengerusi Perhubungan UMNO negeri diberi kuasa.

Jangan pandai-pandai lantik ikut suka. Nanti huru-hara jadinya.

Selamat Maju jaya!
ads
Read Full 0 comments

Kuda Trojan

Rabu, 4 September 2013
1. Selepas PRU 13, Pakatan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim nampak sunyi sepi tanpa banyak isu yang mampu dikemukakan kepada rakyat agar membenci kerajaan. Ini berlaku kerana keyakinan penyokong pembangkang kepada Anwar tergugat teruk apabila tewas dan kehilangan 2 negeri (Kedah dan Perak) disebalik keyakinan besar yang ditanam Anwar seolah-olah Pakatan akan menang besar dan menguasai Putrajaya.

2. Di Kedah isu-isu cuba dibangkitkan melalui fitnah seperti MB buat renovasi pejabat, naik bot mewah dan sebagainya nampak semakin memakan diri. Kekerapan MB melawat ustaz Azizan di hospital (yang tidak dihebahkan) membuktikan bahawa MB baru bukan bersifat bermusuhan, malah membawa pentadbiran dengan nilai persaudaraan yang tinggi.

3. Tanpa suasana benci membenci, pembangkang seolah-olah semput dan hampir kehabisan nyawa. Nafas baru perlu di cari, dan Anwar Ibrahim tidak boleh duduk diam begitu sahaja sebagai pemimpin besar pembangkang.

4. Mengenali Anwar Ibrahim, beliau adalah seorang genius dan tidak mungkin kehabisan idea. Namun tanpa meletakkan kuda trojan didalam kerajaan, mana mungkin pintu tembok dapat dibuka sebesar-besarnya.

5. Demi menyelamatkan Anwar, harga minyak bukan saja dinaikkan, tetapi dinaikkan secara mengejut untuk memastikan impak kemusnahan imej kerajaan begitu besar. Ditambahkan burukkan lagi bilamana berita kenaikan harga minyak ini didahului akhbar on-line pembangkang.

6. Seolah-olah tidak faham sensitiviti rakyat terhadap kenaikan harga minyak, penjelasan berkenaan kenaikan tidak diberikan dengan baik, malah kekeliruan nilai subsidi antara RON 95 dan RON97 juga menimbulkan pertanyaan tahap ketelitian kerajaan terhadap fakta dan angka.

7. Penjelasan mungkin akan dibuat seminggu kemudian apabila hati rakyat sudah tebal dengan kemarahan dan sudah menetapkan hati. Apa gunanya lagi.

8. Sudah beberapa kali keputusan dan kenyataan kerajaan seperti kenaikan harga minyak, negara akan bangkrap dibuat oleh kumpulan penasihat Perdana Menteri seolah-olah memberi nafas kepada pembangkang untuk terus menimbulkan kemarahan rakyat.

9. Kerajaan Troy yang kuat dan tidak mampu ditewaskan oleh Greek pun boleh tewas hanya dengan Kuda kayu, tidak mustahil BN akan tewas jika terus menyimpan kuda kayu.




ads
Read Full 1 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates