PAS pakar Menipu

Ahad, 27 Oktober 2013

PAS sanggup melakukan apa saja hatta menyelitkan doa untuk kemenangan mereka di rumah mana-mana orang yang boleh mereka gunakan dalam kempen mereka. PAS tiada had dalam berpolitik. PAS bersedia melanggar hukum Allah dan tatasusila perhubungan sesama manusia demi untuk menang dalam pilihanraya. Malah PAS tidak segan dan silu memperalatkan Islam demi mencapai politik sempit mereka.

Tidak heranlah jika kita lihat PAS tidak berjuang mempertahankan kalimah Allah dari diputarbelitkan Kristian dalam bible mereka.

Jika kerbau atau lembu boleh bercakap, sudah pasti PAS akan mempergunakan sepenuhnya mereka demi untuk memuaskan hati serta memenangi pilihanraya. Mungkin PAS akan mengkafirkan lembu dan kerbau, jika kedua-dua binatang ini boleh bercakap, hatta mengundi. Apa nak diherankan kerana jika orang UMNO menyembelih lembu dan kerbau pun orang PAS tidak makan!

Adab orang Melayu ialah menerima siapa saja yang sudi menziarahi mereka. Niat pelawat adalah perkara terakhir difikirkan. Tetapi jika PAS melawat sesiapa tanpa diduga, maka niat nombor wahid mereka adalah semata-mata keuntungan politik. Inilah PAS. Tidak pernah ikhlas dalam perjuangan mereka.

Pak Baharom yang mengidap sakit angin ahmar pun dijadikan bahan politik PAS. Kesahitan dan kesusahan Pak Baharom dijadikan modal untuk menaikkan nama mereka. Keihlasan Pak Baharom menerima dan mengaminkan doa mereka, rupa-rupanya dijadikan bahan kempen buruk mereka.

Sungai Limau bakal menjadi saksi betapa PAS tidak ragu-ragu melanggar tatasusila adat Melayu dan ajaran Islam. Saksikanlah




ads
Read Full 0 comments

Daftarkan Kopiah Putih sebagai Hak Intelek PAS


"Intellectual property (IP) is a legal concept which refers to creations of the mind for which exclusive rights are recognized". Kalau dalam bahasa orang bawahan ialah hak milik intelek yang sah dari segi undang-undang.

Isu DPMM memakai lebai putih sepanjang berkempen di Sg Limau menjadi hangat apabila blogger Pro PAS mengibaratkan pemakaian tersebut sebagai tanda betapa hipokritnya DPMM. Mungkin sudah tiada isu lain yang nak mereka mainkan, maka lebai putih yang sering dipakai oleh umat Islam dijadikan isu bagi menunjukkan ketidakIslaman seseorang itu.

KedahTimes nak menyarankan kepada blogger-blogger PAS yang sering menganggap kopiah putih, syurga, Islam, hudud dan sebagainya supaya daftarkan semua ini sebagai hakmilik tetap PAS- Rujuk kepada maksud IP di atas. Cuma Allah saja jangan daftarkan menjadi hakmilik PAS kerana PAS telah menjualnya kepada orang kristian.

Ini bagi menyenangkan umat Islam yang lain utk tidak sewenang-wenang menggunakan semua tersebut tanpa kebenaran PAS. Jika guna, sudah pasti PAS akan tuduh dengan pelbagai tuduhan yang buruk.

Apakah amat salah jika DPMM memakai kopiah putih? Beliau juga Islam dan menunaikan tuntutan Allah.

BadrulAmin yang berkopiah putih pun ditangkap bersama wanita di bilik hotel pada pukul 3 pagi. Mustafa Ali yang video nya terang-terang bersama wanita dalam bilik juga memakai lebai putih. 

Apakah bukan ahli PAS yang akhlaknya lebih baik dari orang PAS sendiri tidak layak memakai kopiah putih amat tidak masuk akal. 

KedahTimes tidak boleh bayangkan jika PAS membina jalan kelak, apakah orang bukan PAS tidak dibenarkan menggunakannya?


Kedah Times: Tak heranlah jika kita lihat lebai putih sekarang ini sudah diletak logo PAS dan Kedah Sejahtera,
ads
Read Full 0 comments

PAS Sinonim dengan Pembohongan

Sabtu, 26 Oktober 2013
Seperti yang pernah KedahTimes katakan sebelum ini, malah beberapa kali, PAS sanggup lakukan apasaja demi mencapai cita-cita politik mereka.

Mereka menipu, berbohong, menuduh, melabel dan sebagainya dalam semua aktiviti politik mereka.

Terkini, PAS berbohong bukan saja kepada ahlinya tetapi kepada seluruh umat Islam di dunia. Kisah berlaku apabila mereka membuat lawatan ke rumah Pak Baharom, ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir.

Pak Baharom telah 3 tahun menghidapi angin penyakit angin ahmar. Dan PAS bersama pesuruhjaya Kedah telah tanpa segan dan sili membuat lawatan ke rumah Pak Baharum.

Maka segala aksi gambar dan video diambil demi mempromosikan kebaikan PAS dan seterusnya di upload ke blog, youtube dan sebagainya.

Yang menyedihkan ialah mereka berdoa dengan menyelitkan juga ayat supaya dimenangkan calon PAS. Sudah pasti apabila doa dibaca semua mengaminkannya termasuk Pak Baharum.

Maka 'amin' Pak Baharum diputarbelit dengan pelbagai ayat yang mengatakan Pak Baharum pun berdoa untuk kemenangan calon PAS.

Tapi PAS lupa yang Allah mendengar apa yang ada dalam hati Pak Baharum. PAS boleh menipu orangramai tetapi bukan Allah SWT. Jika Allah SWT tidak mengizinkan PAS menang, apa saja mereka lakukan InsyaAllah bakal tidak menjadi kelebihan kepada mereka.

Sikap tidak beradab dan tindakan yang sudah dirancang ini sudah boleh dibaca oleh orangramai kerana PAS sudah terkenal dengan sifat pembohong, penipu, dan pemutarbelit.

InsyaAllah, Allah tidak akan membenarkan pembohong, penipu dan pemutarbelit berkuasa di Sg Limau. Rakyat Sg. Limau memang tahu benar PAS memang PENIPU.


ads
Read Full 2 comments

Mereka Tidak Pernah Bersyukur

Khamis, 24 Oktober 2013


Artikel lepas KedahTimes siarkan perasaan bekas PM Australia dan mungkin kebanyakkan rakyat Australia bukan keturunan Cina. Kali ini KedahTimes siarkan petikan dari buku The Chinese Dilemma yang ditulis oleh seorang ahli perniagaan dari China yang mempunyai rangkaian perniagaan di Malaysia, Hong Kong, Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat.

Beliau pun sudah bosan dengan perangai Cina ( mungkin tidak semua)  yang berada di Malaysia. Sudah diberi betis, hendakkan peha. Dan yang paling jijik sekali mereka menganggap orang Melayu sebagai kasta terendah yang hanyak layak jadi kuli.

Teruskan membaca. Buku beliau boleh dibeli di MPH Bookstore milik AlBukhary.

1. Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari China tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong dan Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysialah yang paling tidak bersyukur, kejam, serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan. Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:

2.Pengiktirafan orang cina:
"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

3.Keangkuhan orang cina:
"Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini. Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini. Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

4.Perkauman orang cina:
"Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial. Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia kepada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini kerana orang Cina. Sebab itu orang cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

5.Penghinaan orang cina:
"Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna 'orang hutan' atau 'orang liar'. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun. Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan 'masuk Melayu'. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu. Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun. Umumnya, orang Cina boleh menerima 'ketuanan orang putih' kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera." -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

6.Sikap negatif orang cina:
"Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang cina berniaga. Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

7.Isu Tuan Rumah:
"Siapakah tuan rumah negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku tuan rumah , dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat. Orang cina Malaysia sepatutnya malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan akhirnya mereka hendak merampas serta menindas tuan rumah. Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar serta. Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

8.Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah cina:

"Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah bangsa yang bersopan santun dan seorang penyabar. Sudahlah mereka bersusah payah berjuang untuk membebaskan diri dari jajahan barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah untuk merampas dari orang Cina yang memegang ekonomi pula. Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana sudah diberi peluang mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari China berasa malu dengan sikap bangsa saya yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang cina terlalu keras, ekstrim serta perkauman. Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis. Sebenarnya jujur saya mengatakan orang cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu, mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh yang nyata" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)

9.Dapatkan buku The Chinese Dilemma ini di MPH Bookstore yang menulis tentang realiti orang cina Malaysia serta sikap perkauman mereka yang sangat tinggi lebih dari orang cina di China itu sendiri.

ads
Read Full 6 comments

Apa kami Orang Melayu tak bosan dengan orang Cina?

Rabu, 23 Oktober 2013
Bekas PM Australia Bosan dengan orang Cina Australia…!!!

1. Orang Cina yang harus sesuaikan diri di negara ini, bukan kami sebagai Australian. Terima atau keluar sahaja dari sini. Saya selaku bekas Perdana Menteri bosan dengan negara yang bimbang tentang sama ada kita menyinggung orang Cina yang tinggal dinegara ini. Sejak serangan pengganas di Bali, kami telah mengalami peningkatan dalam patriotik oleh majoriti Australia. Oleh itu, budaya orang kami telah dibangunkan sejak dua abad perjuangan, melalui pelbagai ujian dan kemenangan diperjuangkan oleh orang asal Australian yang berjuang mendapatkan kebebasan.
2. Bahasa:
Kami orang Australian bertutur didalam Bahasa Inggeris, bukan bahasa Mandarin, Hokkien atau bahasa Cina yang lain. Oleh itu, jika anda orang Cina ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat kita atau menyesuaikan keadaan disini, sila belajar bahasa kami iaitu Bahasa Inggeris. Bukan kami yang perlu belajar bahasa Cina. Sikap kamu orang Cina yang berkelompok dan hanya menggunakan bahasa Cina sesama kamu membuatkan kami orang asal Australia tidak faham dan ini seperti menghina kami.

3. Agama:
Kebanyakan Australian percaya kepada God (Kristian). Kenyataan ini bukanlah kerana semata mata hendak menyebarkan dakwah agama Kristian atau kerana politik. Tetapi hakikatnya negara ini diasaskan oleh orang-orang Kristian, prinsip-prinsip Kristian, dan ini telah dijelas didalam perlembagaan negara Australia. Ia sudah pasti sesuai dan menjadi keperluan untuk dipaparkan di dinding setiap semua sekolah di Australia. Mengapa sudah ada suara suara dari orang Cina untuk menuntut hak yang sama supaya dipaparkan juga agama budha?
4. Pendidikan:
Orang Cina yang menetap disini sepatutnya tidak boleh menuntut hak yang sama atau dengan sengaja mempersoalkan mengapa perlu berbahasa inggeris dan menghormati agama Kristian disini. Jika perkataan God (Kristian) itu menyinggung anda, maka saya selaku bekas Perdana Menteri mencadangkan anda orang cina perlu mencari negara lain untuk menetap. Ini kerana perkataan God (Kristian) adalah salah satu bahagian didalam adat yang dipraktikkan di Australia ini.

5. Kami akan menerima kepercayaan anda, dan tidak akan mempersoalkan mengapa. Apa yang kami minta ialah anda menerima kami sebagai penduduk asal Australia, dan hiduplah dalam suasana harmoni dengan kenikmatan yang telah kami kongsikan.

6. Ini adalah NEGARA KAMI, TANAH KAMI iaitu Australia. Kami Australian yang memboleh serta membenarkan anda orang Cina peluang untuk menikmati kehidupan di Australia ini. Tetapi apabila anda orang Cina telah selesa di negara kami, mengapa anda tiba-tiba mengadu dan merengek? Jika kamu orang Cina merasakan ini semua tidak adil tentang Bendera negara kami, Perlembagaan kami, cara kami membelanjakan wang yang fokus kepada penduduk asal, mengenai agama Kristian kami, cara hidup kami, kerajaan kami, saya rasa selaku bekas Perdana Menteri Australia memberi pintu terbuka kepada mana-mana orang Cina untuk keluar dari negara ini dan pilih negara yang lebih bebas yang dapat menerima semua permintaan kamu ini.

John Horward.
Ex-Prime Minister, Australia.

KedahTimes : Tukar Australia jadi Malaysia, Bahasa Inggeris jadi Bahasa Malaysia. Kami pun dah bosan dengan kaum Cina
Read Full 1 comments

Sungai Limau Permulaan Mesej Orang Melayu

Penamaan Calon Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau pada hari ini menjadi permulaan proses pilihanraya pertama dalam negeri Kedah selepas PRU13.

PRU13 berlaku tsunami Cina menyaksikan orang Melayu terkejut dalam lega, selepas menyaksikan kampung yang hampir tergadai kerana mahu menang sorak.

Penyokong pakatan rakyat dari kaum Melayu sendiri, yang rata-ratanya  ghairah mahu menjatuhkan kerajaan BN terkejut dengan gelombang undi paling rasis yang dibuat oleh kaum Cina. 95% undi kaum cina adalah kepada Pakatan yang ditunjangi secara de-facto oleh DAP, membuktikan bahawa undi dibuat berdasarkan kaum semata-mata. Bohonglah kononnya mereka mengundi kerana mereka anti rasuah, kononnya anti ketidakadilan, kerana pola pengundi jelas membuktikan, satu saja faktor, iaitu kaum. Asalkan berkepentingan Cina.

Dalam diam, penyokong pakatan sebenarnya merasa lega.

Tsunami Cina ini telah dijangka, namun hanya terbukti semasa PRU13 bilamana angka-angka pilihanraya keluar secara rasmi. Pada waktu itu, ramai orang Melayu Pakatan dikhayalkan dengan konsep negara sempurna tanpa rasuah, tanpa kronisma, sebuah negara utopia yang dijanjikan oleh DAP melalui agennya PKR dan PAS.

PRK Sungai Limau yang merupakan sebuah kawasan tradisi PAS, terkuat selepas DUN Tokai, adalah DUN yang sukar bagi BN. Namun, kesedaran orang Melayu terhadap Tsunami politik Cina yang nyaris menyebabkan mereka kehilangan kuasa mampu mengubah landskap politik setempat.

Ditambah lagi dalam kegelojohan pemimpin PAS semasa pemerintahan parti itu di Kedah, sehingga sanggup mencaci Ustaz Azizan apabila tidak mencapai hajat mereka, dapat disaksikan sendiri perangai sebenar PAS yang kini sudah dikuasai oleh parasit dan bukan Ilmuan agama.

Dengan pendekatan MB Kedah yang baru, yang lebih menekankan nilai persaudaraan, malah menawarkan pentadbiran dikongsi bersama dengan pembangkang, tidak ada sebab untuk menjunjung nilai-nilai permusuhan didalam negeri yang Aman dan Makmur.

Malah, persaudaraan ini ditunjukkan dengan bertapa kerapnya Dato' Mukhriz melawat mantan Allahyarham mantan MB sewaktu sedang sakit, sedangkan pemimpin tertinggi pembangkang tidak langsung mahu melawat Ustaz Azizan. Kelibat Tun Dr. Mahathir semasa pengebumian Arwah Ustaz Azizan adalah bukti bahawa perhubungan itu lebih dari sekadar rakan sejawat.

Tidak ada permusuhan. tidak ada dendam, begitu banyak ruang untuk menyalurkan pendapat, dan Menteri Besar yang boleh ditemui dimana-mana, walaupun diluar  masa kempen.

Sebaliknya orang Melayu perlu menyampai satu mesej besar kepada Puak Kiasu Cina, bahawa Melayu itu sebenarnya bersaudara atas dasar Agamanya. Undi kita bukan untuk protes harga roti canai atau ikan temenung, undi kita undi perkara yang lebih besar iaitu negara kita milik kita. Jika negara sudah milik orang, sudah tiada ertinya sepuluh sen dua beza harga barang itu.

PRK DUN Sungai Limau adalah masa yang sesuai untuk orang Melayu memberi mesej jelas bahawa, orang Melayu mahukan perpaduan, biduk lalu kiambang bertaut.

Sungai Limau sepatutnya menjadi titik mula penyatuan orang Melayu setelah melihat bagaimana kaum lain lebih mengutamakan kesatuan tanpa mengira apa juga latar belakang. Janganlah kita dipandang hina kerana asyik berpecah sehingga negara pun sanggup digadai. Apatah lagi, kesatuan dan persaudaraan itu sendiri adalah tuntutan agama. 


Ini bukan soal parti politik PAS atau Umno lagi, bukan soal menjadikan PAS lemah atau Umno kuat lagi, ini soal mesej orang Melayu bahawa kita orang Melayu boleh berselisih pendapat, tetapi tetap bersatu dalam memastikan pentadbiran negeri dan negara adalah ditangan orang Melayu Islam.
Read Full 0 comments

BERANI BERUBAH LAH KITA AHLI UMNO

Isnin, 7 Oktober 2013
YAB DP Mukhriz pernah menyeru kepada Pemuda UMNO supaya kembali menjadi Pemuda yang pada suatu masa dulu amat hebat, gagah, vokal dan bersemangat mungkin tidak menjadi iktibar kepada Pemuda UMNO pada masa itu.

Beliau juga pernah tertanya-tanya kemanakah perginya sifat-sifat gagah pejuang sayap kanan  UMNO ini. Apakah yang sudah terjadi?

Seruan ini disuarakan beliau pada suatau masa dulu sewaktu merasmikan mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Sik yang diadakan pada 4 Julai 2010 di Dewan UMNO Sik.

Seruan itu disuarakan di depan perwakilan pemuda kerana beliau dan rakyat begitu dambakan keberanian Pemuda UMNO yang wujud pada satu masa dulu.  Semua ini dirindukan oleh rakyar kerana apabila Pemuda dalam keadaan sebegini, rakyat seolah-olah berada dalam keadaan selamat dan selesa.

Inilah yang kita semua mahukan. Pemuda pejuang bangsa. Lantang dan bersemangat dalam melakukan kerja-kerja parti. Berani mempertahankan hak-hak bangsa Melayu.

Kini seruan tersebut kembali bergema tetapi bukan untuk Pemuda UMNO tetapi untuk semua ahli UMNO. Seruan untuk berani berubah dilaungkan kembali agar UMNO terus bergerak utuh ke hadapan untuk menjaga agenda Melayu dan Islam.

Kalau dulu beliau menyeru di bawah kapasiti sebagai calon Ketua Pemuda, tetapi kali ini laungan tersebut bergema di bawah kapasiti sebagai calon Naib Presiden UMNO.


Jika dulu mungkin ahli UMNO belum faham hasrat sebenar 'BERANI BERUBAH', kini harapan kita semua agar ahli UMNO memahami sepenuhnya. Ini adalah kerana pemimpin-pemimpin atasan UMNO telah membiarkan UMNO dihina, dikeji dan sebagainya.

UMNO tidak dijaga sebaiknya, malah dibiarkan disepat terajang oleh musuh-musuhnya.

MAKA ahli-ahli UMNO perlu berani berubah dan mengubah. BERANI BERUBAH membawa mesej untuk menegakkan kekuatan UMNO demi menjaga Agama Bangsa dan Negara. BERANI BERUBAH membawa mesej rakyat jelata supaya UMNO Perlu diperkasakan.

Calon BERANI BERUBAH ialah DPMM yang membawa nombor 5 untuk Naib Presiden UMNO.

Sahutlah cabaran BERANI BERUBAH untuk meneruskan agenda mengukuhkan UMNO.





Read Full 2 comments

UMNO perlu diutamakan. Peribadi pemimpin UMNO perlu bersih dan tiada bermasalah.

Mesej ini dibawa oleh Calon No 5 untuk Naib Presiden UMNO. Mesej inilah yang juga didambakan oleh marhain yang inginkan UMNO bersih, kuat dan terus relevan membawa orang Melayu Islam ke era gemilang.

Jika ada pemimpin yang boleh membawa UMNO ke era seperti yang didambakan, kenapa perlu perwakilan UMNO menolaknya. Jika kita semua sayangkan Aliff Baa Taa, maka adala menjadi tanggungjawab kita untuk memilih pemimpin sebegini.

Jika kita semua merasakan yang perjuangan kita adalah ikhlas untuk agama bangsa dan negara, maka menjadi kewajipan kita untuk memilih pemimpin berwibawa. Dan pemimpin tersebut ialah calon bernombor 5 untuk Naib Presiden UMNO.

Markain memberi baiah kepada pemimpin yang ikhlas berjuang. Marhain memberi amanah kepada pemimpin yang menyerahkan dirinya kepada ALlah dalam menunaikan tanggungjawab yang dierahkan. Maka Calon bernombor 5 untuk Naib Presiden perlu dibaiahkan.

Ayuh semua perwakilan UMNO seluruh negara, kita jadikan UMNO satu wadah perjuangan yang kuat demi untuk anak cucu kita. Kita jadikan UMNO sebagai tonggak perjuangan Melayu dan Islam di Malaysia. Kita jadikan UMNO untuk mencorak masa depan Melayu dan Islam di Malaysia.

Maka dengan itu kita perlu Berani Berubah. Berubah kepada yang lebih baik. Berubah kepada yang diredhai Allah.






ads
Read Full 0 comments

UMNO Perlu terus Relevan dengan Pemimpin Berani


Harapan kami ialah agar UMNO terus menjadi wadah perjuangan orang Melayu dan Islam.

Kami akar umbi ingin seorang pemimpin yang boleh membawa UMNO kepada kecemerlangan UMNO sehingga ke anak cucu kami.

Jika semua perwakilan mempunyai hasrat yang sama, maka anda semua perlu berani berubah. Dan calon yang membawa mesej berani berubah ialah Calon No 5 untuk naib presiden.

Jika UMNO ingin terus relevan untuk orang Melayu dan Islam, maka satu perubahan kepimpinan dalam UMNO amat perlu. Pemimpin yang boleh membawa idea-idea yang baru dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

DPMM adalah InsyaAllah boleh membawa hasrat akar umbi. Semoga semua perwakilan dapat membuat keputusan yang mewakili rakyat Melayu dan Islam.



ads
Read Full 0 comments

@MukhrizMahathir UMNO Perlu perubahan

Ahad, 6 Oktober 2013

KedahTimes sudah merasakan kehangatan Pemilihan UMNO kali ini. Jawatan yang paling hangat dan sengit ialah Naib Presiden UMNO yang melihat akan kehadiran calon No 5 dari Kedah yang sekarang ini adalah MB Kedah.

Program transformasi Kedah sedang hangat diperbahaskan. Begitu juga transformasi UMNO perlu dipercepatkan demi UMNO untuk terus relevan. Maka keperluan ikon dan pemimpin berwibawa amat perlu untuk UMNO.
Calon no 5 untuk Naib Presiden perlu dipilih bagi membawa UMNO untuk terus diminati dan disayangi oleh orang Melayu terutama Gen X dan Y.

InsyaAllah pembaharuan dan transformasi yang bakal dibawa akan menjadikan UMNO terus relevan untuk rakyat Melayu dan Malaysia amnya.

Kepada mereka yang boleh mengundi, inilah peluang anda untuk memperkukuhkan UMNO. Pilihlah calon No 5 Anda.


ads
Read Full 0 comments

Bukti Bergambar : Syed Rosli (Calon KP Malaysia) tak puas hati cara berkempen Ketua Pemuda UMNO kali ini .... ??


Hari ini Kedahtimes terpandang satu berita di dalam portal pro pembangkang malaysiakini yang menyiarkan satu artikel mengenai dakwaan seorang calon yang menawarkan diri untuk bertanding tiket Ketua Pemuda UMNO Malaysia iaitu Syed Rosli Syed Harman Jamallulail yang melawan penyandang sedia ada KJ, dimana Syed Rosli mengatakan bahawa KJ telah melakukan salah guna kuasanya sebagai Menteri Belia dan Sukan dengan menggunakan jentera kerajaan dalam menjalankan kempen beliau mempertahankan jawatan Ketua Pemuda. (Baca di sini)
Kedahtimes beberapa hari lepas juga pernah menyiarkan isu ini dan sehingga kini Kedahtimes menanti apakah tindakan segera Jawatankuasa Disiplin Parti terhadap pendedahan perkara sebegini ?

Bukankah perbuatan KJ berada dan berucap di dalam majlis ini boleh dianggap telah melanggar aturan yang telah digariskan oleh parti ?

Jelas kelihatan (bukti bergambar sekitar Majlis Ramah Mesra KBS di Kg Pandan) menunjukkan bahawa Majlis Ramah Mesra tersebut dihadiri oleh golongan 'sasaran' yang terdiri dari majoriti lelaki muda Melayu.

Tidak ada kelihatan beliawanis dan tiada juga kehadiran dari belia-belia bukan Melayu.

Ini boleh menimbulkan syak dan keraguan munasabah terhadap sekalian ahli-ahli UMNO yang melihat perkara ini, termasuklah Syed Rosli sendiri sebagai calon.

Seandainya benarlah bahawa KJ menggunakan pentas Kementeriannya (Belia dan Sukan) untuk pusing satu Tanah Melayu dalam masa seminggu ini bagi menghadapi musim Pemilihan UMNO, maka sesuatu tindakan tegas patut di ambil oleh JKuasa Disiplin Parti. Barulah segala garis panduan yang telah dikeluarkan oleh parti akan lebih dihormati dan dipandang tinggi oleh semua calon !

Anda Lihat Sahaja Hadirin Yang Hadir Ke Majlis Ramah Mesra itu.




ads
Read Full 0 comments
Read Full 2 comments

Buang Pemimpin UMNO yang membawa imej buruk dalam UMNO

Khamis, 3 Oktober 2013

KedahTimes amat bersetuju dengan kata-kata ini.

UMNO perlu serius dalam membuang imej yang buruk ini. Imej yang dilihat oleh ramai orang muda termasuk dalam UMNO sendiri yang menjadikan UMNO amat hodoh, dibenci dan dipermainkan.

Imej UMNO itu rasuah, tempat berhimpun kaki rasuah, dipenuhi pemimpin yang korup, diterajui pemimpin gila kuasa dan sebagainya sentiasa dilepmparkan oleh pihak pembangkang.

UMNO yang mempunyai landasan perjuangan yang amat sinonim dengan Melayu, Islam dan Malaysia dilihat buruk atau goblok oleh orang muda.


Imej ini perlu dikikis jika UMNO ingin kekal relevan sehingga ke anak cucu kita.

Jadi Kedahtimes menyeru semua yang boleh mengundi pada PAU kali ini, pilih mereka yang dilihat dan dibuktikan tidak membawa imej buruk ini dalam UMNO. 

PAU kali ini bakal membawa halatuju UMNO sebenarnya.
ads
Read Full 4 comments

@KhairyKj Program Majlis Belia KBS

Program Majlis Belia Daerah Hulu Langat yang dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan menimbulkan sedikit pertanyaan dari KedahTimes. Walaupun ianya di katakan majlis KBS seperti apa yang dikatakan oleh pegawai belia.

Tetapi kehadiran hanyalah belia dan didapati hampir tiada beliawanis. Difahamkan yang hadir adalah belia Melayu, tidak nampak kelibat belia Cina atau India.
Apakah ini program belia atau program membeli undi untuk jawatan ketua Pemuda?
Esok Jumaat, jam 3 petang bertempat di Dewan MBAS (Dewan UTC), program yang sama juga bakal diadakan. Program Menteri KBS bersama belia pada hari Jumaat. 

Apakah ini juga program KBS sedangkan KBS pada hari jumaat bercuti. Cuma menjadi pertanyaan, kenapa program Kementerian tidak dibuat pada hari bekerja?

Atau apakah ini satu lagi program politk yang diselubungi KBS untuk membeli undi?

Tepuk dada tanya iman hangpa la pemuda oooi!

ads
Read Full 0 comments
 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates