Rabu, 1 Januari 2014

2014 : Cabaran buat Exco-exco Kedah

Selamat menyambut tahun baru 2014 dari Grup KedahTimes.

Pelbagai harapan diletakkan oleh rakyat kepada pemerintahan baru BN Kedah yang diketuai oleh Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Dengan barisan exconya yang dikatakan muda dan agressif, rakyat meletakkan harapan yang amat tinggi untuk membawa Kedah ke satu tahap yang lebih baik setelah 5 tahun tidak bergerak ketika berada di bawah pemerintahan PR yang ditunjangi PAS.

Bajet yang dibentangkan oleh Datuk MB  memberi harapan cerah kepada rakyat Kedah dengan peruntukkan menghampiri RM1 Bilion untuk 2014.

Apakah exco-exco beliau sudah bersedia untuk bergerak se laju mungkin untuk membawa Kedah ke hadapan untuk menjadikan  Kedah sebagai sebuah 'economic power house' seperti yang diimpikan?

KedahTimes bakal menyiarkan apa harapan KedahTimes dalam artikel akan datang. Pelawat boleh meluahkan juga harapan dalam ruangan komen.

Sama-sama kita komen untuk kebaikan Kedah.

Bajet 2014: Kedah sedia RM796 juta

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah menyediakan RM796 ,352,357 sebagai peruntukan untuk Bajet 2014.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir ketika membentangkannya di Dun Kedah pagi ini berkata, RM560,729,637 disediakan untuk perbelanjaan mengurus dan RM235,622,720 bagi perbelanjaan pembangunan.

Beliau berkata, di bawah peruntukan mengurus, kerajaan negeri menyediakan RM243,127,123 untuk emolumen, pemberian dan kenaan tetap (RM322,280,105, perkhidmatan dan bekalan (RM130,982,105) dan pembelian aset serta lain-lain perbelanjaan masing-masing sebanyak RM32,252,183.

"Peruntukan ini adalah untuk melaksanakan langkah, program dan pelbagai projek pembangunan untuk memacu transformasi negeri," katanya.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates