Khamis, 2 Januari 2014

2014 : Cabaran JK Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan

Semalam KedahTimes paparkan cabaran dan harapan Kedah 2014. Seperti yang dijanjikan, hari ini KedahTimes teruskan dengan jawatankuasa seterusnya.

Jawatankuasa pertama yang dipilih ialah Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan. 

Pelawat dan pembaca boleh curahkan harapan dan cabaran di ruang komen.

Penerangan

Penerangan tentang kemajuan, aktiviti, halatuju, dan tindakan jangka pendek/panjang perlud diperjelaskan dengan sebaiknya supaya rakyat tidak keliru dengan dakyah-dakyah pemangkang. Medium penerangan mestilah mencangkupi konvesional, maya dan juga ceramah atau siri penerangan.

Untuk medium konvensional, bolehlah disebarkan melalui radio, tabloid atau banner dan sebagainya. 

Tujuannya ialah untuk memberi pengetahuan  kepada rakyat Kedah apa yang kerajaan negeri sedang dan akan laksanakan.

Pembangunan Luar Bandar

Amat penting kerana ramai penduduk Kedah berada di kawasan rural atau luar bandar. Penduduk luar bandar ingin sangat mengetahu apa perancangan untuk mereka diluar bandar.

Apakah infrastruktur asas yang dirancang? Jalanraya, air, letrik, telekomunikasi dan sebagainya.  Ini perlu demi membawa rakyat luar bandar ke satu era yang lebih baik yang mungkin setaraf dengan mereka-mereka di bandar.

Pembasmian Kemiskinan

Masih terdapat ramai rakyat yang kita boleh kategorikan mereka miskin. Satu perancagan strategik jangka pendek dan panjang diperlukan bagi mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan. Ianya perlu dirancang dan dilaksanakan dengan tersusun supaya tiada yang tercicir dan tiada yang hanya ' menerima ikan' sahaja dalam menjadikan mereka lebih baik dari sebelumnya.

Tahap kemiskinan perlu dikaji dan didefinisikan dengan lebih kemas lagi supaya yang tidak miskin pun mengaku miskin dan sebagainya.

Aoakah ini sudah dirancang atau dilaksanakan? 


YB. DATUK MOHD. TAJUDIN BIN ABDULLAH., DMSM., JSM., AMN., AMK., PJK.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar
Pengerusi Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan

ads

2 comments:

1Melayu berkata...

Setakat hari ini sudah melebihi 6 bulan EXCO ini menjawat jawatan EXCO Kerajaan Negeri serta portfolio penerangan,rakyat masih kabur dan tidak tahu apa yang sedang dirancang oleh EXCO ini.Kalau lihat pada darjah kebesaran dan bintang yang diperolih amat hebat dan berjela jela tapi mutu kerja tidak kemana mana !

MERBOK TIMES berkata...

Ikhlas saya nyatakan penilaian prestasi Exco ini kalau nak ditahapkan rating 1 hingga 10. Ratingnya baru 3. Tidak lepas average pun. Berikut adalah ulasannya:
1. Slogan KEDAH, AMAN MAKMUR PEMACUU TRANSFORMASI tidak diperturunkan kepada rakyat akar umbi secara terancang. Hanya kelihatan MB melalak keseorangan. Tidak ada visi, misi atau penerangan penjenamaan yang lengkap. Rumusannya LEMAH.
2. Penjelasan tentang isu-isu dasar Kerajaan negeri khasnya BN yang baru ambil alih masih kantoi, terawang-awang dan rakyat masih tidak dapat feel the changes. Orang Kedah kata loyyy atau PU Shahul Hamid kata cheroiiii.
3. Setiap saranan dasar MB di dalam ucapannya seperti janjinya kepada rakyat tidak transcend ke bawah. Berlegar-legar sesama pimpinan atasan sahaja. TIDOR!
4. Warta Darul Aman warkah berita rakyat dah mati. Entah apa jadi?. LENA!
5. Setiap kali MB dihentam pembangkang khasnya Mahfuz, mana suara exco Penerangan? malah exco lain pun macam kecut telor tersentot ke dalam. Nampak MB terkial-kial jawab keseorangan.
Cukup dulu 5 ada lagi yang akan didedahkan kalau mereka tidak berubah.

Ikhlas,
MerbokTimes.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates