Isnin, 20 Januari 2014

Apakah orang Melayu tidak mempunyai Tamadun sendiri?

Ramai orang tertanya apakah Orang Melayu tidak mempunyai Tamadun sendiri. Dan jika ada apakah bukti yang tamadun itu milik orang Melayu?

Seperti yang kita semua sedia maklum, bangsa Melayu dikatakan banyak menumpang kegemilangan dan keunggulan tamadun Islam yang dibangunkan oleh bangsa Arab di Timur Tengah. Hasil penyebaran agama Islam di Tanah Melayu telah membentuk bangsa Melayu yang beragama Islam. Orang Melayu terlalu kerap berbangga dengan kemasyhuran para anbia dan cendiakawan Islam yang berbangsa Arab seperti Ibnu Sina, AlKhawarizmi, Ibnu Batuttah, Imam Ghazali dan sebagainya.

Orang Melayu juga tumpang berbangga dengan pembinaan kota-kota Islam yang sangat unggul hasil dari pemikiran dan titik peluh bangsa Arab yang terdahulu.

Tetapi sedarkah kita bahawa Bangsa Melayu mempunyai satu tamadun hebat yang telah wujud se awal 300 tahun Sebelum Masihi. Malah boleh dikatakan tamadun Bangsa Melayu ini wujud selepas banjir besar Nabi Noh a.s.

Dan kepakaran teknologi peleburan besi, pelabuhan, pelayaran dan pembinaan sudah wujud pada zaman itu dan amat canggih.

Peleburan bijih besi yang membentuk jongkong besi dilakukan dengan cara yang amat canggih dengan menggunakan hembusan udara untuk menghasilkan suhu yang tinggi.  Kerja-kerja peleburan ini diletakkan disatu kawasan asing yang boleh kita katakan sebagai kawasan industri. Dan ianya berhampiran dengan pelabuhan.

Difahamkan bahawa senjata-senjata yang ditemui di Mesir dan India diperbuat dari besi yang asalnya dari Pusat Peleburan Besi di Sg Batu.

Malah pembinaan bangunan menggunakan bata merah atau tanah liat yang daya tahannya amat tinggi sehingga masih kelihatan teguh sehingga ke hari ini. Bumbung bangunan menggunakan atap genting yang dibuat dari komposisi tanah liat, pasir dan sekam padi.

Pembinaan pelabuhan di kiri dan kanan sungai yang lebarnya melebihi 100 meter serta kedalaman sungai yang mencecah sedalam 30 meter membuktikan yang tamadun ini sudah 'advance' dan sg batu merupakan pelabuhan yang amat strategik. Disamping itu pusat-pusat pentadbiran pelabuhan yang dibina sepanjang pelabuhan tersebut bagi mengurus dan mentadbir operasi pelabuhan.

Ini membawa makna bahawa bangsa Melayu sudah mempunyai tamadun canggih se awal 300 tahun sebelum Masihi, malah mungkin sudah wujud awal lagi. Kerana proses pembelajaran peleburan besi dan pembinaan pelabuhan sudah tentu memakan masa.

Malah pembinaan pusat ritual yang amat menakjubkan. Tiada kaitan dengan agama Hindu atau Buddha. Apakah Tamadun Melayu ini mengamalkan animisma atau deen hanif?

Apa-apa pun orang Melayu patut berbangga kerana mempunyai tamadun tersendiri yang wujud beribu tahun lamanya. Tamadun awal orang Melayu tiada kaitan dengan Hindu atau Buddha. Pusat ritual yang dibinapun amat UNIK kerana tiada seumpamanya di tempat-tempat lain.

KedahTimes akan terus menceritakan apa yang sudah dan bakal ditemui di tapak eskavasi sg Batu, di Lembah Bujang.

Pembaca boleh juga rujuk di sini.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates