Isnin, 20 Januari 2014

ASAL USUL MELAYU : DARI BANGSA ISRAEL ?

Bangsa Melayu menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah, berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Siti Qanturah. Namun lebih disebut dalam sejarah atau bahasa lama, Keturah yang bererti harum, wangi baik budi pekerti. Jika Bani Israil adalah dari Nabi Ishaq, dan bangsa Arab adalah dari Nabi Ismail, bangsa melayu adalah dari Siti Qanturah atau lebih dikenali sebagai Bani JAWI. Disebut di dalam kitab Ibnu Kathir, JAWI ini bererti yang meyakini Tuhan yang Esa, dan erti lainnya ialah jauh. Jawi yang dikatakan jauh itu berasal dari kalimah arab yang bermakna, 'angin' (jawwu). Ini merujuk kepada betapa jauhnya kedudukan mereka dengan bani Israel dan bangsa arab di sekitar Timur Tengah ini.
Bangsa melayu, juga dikenali sebagai Jawi (yang kemudian bertukar/terkenal dengan jawa) adalah bangsa yang disimpan. Bagi yahudi, mereka lebih kenali sebagai bangsa yang hilang. 'Hilang' kerana 'saudara' mereka dari ibu ke tiga ini tidak dapat dihubungi, tidak tahu di mana berada. 'Hilang' juga kerana mereka mahu menyembunyikan bahawa saudara mereka ini akan menerajui empayar dan menguasai bumi atas nama Islam.

Jadi, apa kaitan Jawi, bangsa yang hilang, bangsa yang disimpan, bangsa dari timur, yang berhidung peset ini dengan kebangkitan Islam ke dua ini? Sebenarnya, bangsa ini adalah bangsa yang disebut di dalam hadis Nabi s.a.w.,

“Satu kaum dari Timur (Pemuda Bani Tamim dan ikhwan) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada Al-Mahdi.”

Menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, kaum dari timur dan timur yang dimaksudkan ialah, bangsa melayu dari Tanah Melayu. Ini tidak menghairankan, kerana mereka memang dipersiapkan. Bukan sahaja mereka dari keturunan Jawi yang hilang itu, bahkan mereka adalah keturunan Ahlul Bait dan para sahabat.

Ini juga adalah doa Nabi Ibrahim kepada keturunannya yang tidak diberikan Nabi atau Rasul dikalangan mereka, namun cahaya Nabi dan Rasul ada bersama mereka.

Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa.”

Doa Nabi Ibrahim diperkenankan Tuhan, lalu baginda mengarahkan anak-anaknya dari Siti Qanturah ini tetaplah di timur. Baginda dikhabarkan bahawa walaupun tiada Nabi atau Rasul dikalangan mereka, Tuhan akan mengutuskan pemimpin yang bertaraf Nabi dan Rasul, yang membawa cahaya Nabi dan Rasul, namun dia bukanlah Nabi atau Rasul. Maka sesuailah dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim bahawa mereka bukanlah Nabi dan Rasul, namun tanggungjawab dan tugas Nabi dan Rasul itulah yang ditanggung mereka.


ads

19 comments:

Tanpa Nama berkata...

Hang Tuah telah berkata Takkan Melayu Hilang Didunia adalah ucapan yang sinonim bahawa bangsa Melayu akan mengusai dunia satu masa nanti

Tanpa Nama berkata...

melayu .. melayu .. sifat sebegini yang terdapat pada kaum melayu..
cuba check betul2 .. ADAKAH BANGSA CINA BERSANGKA BAIK PADA BANGSA MELAYU..
TENGOK BERAPA HARGA YANG DIBERIKAN PADA BANGSA MELAYU BERBANDING DENGAN BANGSA CINA ..
BANGSA CINA HANYA MEMENTINGKAN BANGSA NYA TAK KIRA MALAYSIA , THAILAND , SINGAPORE DAN INDONESIA..
ORANG MELAYU HANYA DENGAN WARNA SAHAJA DAH BERPATAH ARANG..( HIJAU @ BIRU )

Tanpa Nama berkata...

... kalau benarlah dari Keturah pun tiada kaitan dengan Israel la pun sebab Israel/Yahudi dari Ishak A.s dengan bonda Siti Sarah.

Tanpa Nama berkata...

kenapa nak gaduh-2 ni ?? sebab politik korang bergaduh.. ini lah sistem yahudi. nk memecah belah umat melayu islam.. politik tk pernah trcatat dlm islam.. nanti pemerintahan imam mahdi nanti tk ada dh umno atau pas.. politik ni mmang perosak.. mainan kotor..... kerana politik melayu hancur.. sedarlah kita yg kita tlah bodohkn oleh yahudi laknatullah.. bgitu mudah mereka mnindas kita..

farid berkata...

Sy sokong

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Saudara saudari sekalian, kita hidup di dunia ni bukanlah untuk menghukum manusia sana sini, siapa kita hendak menghukum orang ? Apakah hak dan kurniaan yg Allah berikan kpd kita untuk menghukum orang ? Sedangkan para Nabi dan Rasul pun diberikan wahyu untuk berkata kata dan menyampaian dakwah, jadi layakkah kita untuk menghukum orang lain sesuka hati ? Tanamkanlah dan pupuklah semangat cintakan agama, justeru dekatilah mereka yg bukan beragama Islam. In Sya Allah empayar Islam akan berkembang seperti kerajaan Turki Uthmaniyyah pada zaman dahulu, sebelum dimusnahkan oleh laknatullah Mustafa Kamel Atartuk dahulu. Allahu 'alam

Jebat berkata...

macam kat serawak kmk nangga banyak kali sekolah-sekolah kristian atau china...anak melayu belajar sia juak...pelajaran agama sikit sangat

Tanpa Nama berkata...

orang melayu ni mmg nak bunuh bangsa sendiri. boikot MCD mcm nak berperang. bab isreal semangat pulak nak masuk campur. . bab christian di iraq tak sokong pulak. . mmg dasar pilih kasih. . untuk pengatahuan anda2. isreal n palestin tu kes berperang, bab christian di iraq tu lebih kepada penindasan, pelampauan, penjahanam, rasist ,

Tanpa Nama berkata...

Saya pun sokong, kita dilekakan oleh yahudi agar cintakan dunia...

Tanpa Nama berkata...

Hmmm....mungkin benar bangsa Melayu dari kalangan Bangsa Israel...
Sebabnya : Tahap hasad dengki Yahudi dan Melayu sama2 TOP ......maknanya dua2 bangsa ini dari rumpun yang sama......

Tanpa Nama berkata...

Hidup Upin Ipin

Tanpa Nama berkata...

Arghh.....hantu dlm otakk...

Tanpa Nama berkata...

X leh kawal

Mohd Razi Abd Rahim berkata...

Hidup Islam. Hidup Melayu!
Hmm. Mcm mimpi disiang hari tapi itu kehendak Allah Melayu bisa kehadapan menyambut seruan Illahi.

nasa amar berkata...

Kami melayu dan islam di malaysia tdk sukakn keganasan wlupun ade yg segelintir berperangai spt haiwan liar di hutan...tetapi jika keamanan dan ketenteraman kami dan hak kami cb di ganggu oleh puak lain.silakn menanggung akibt dr prbuatan ...jgn di sangka air tenang x ade buaya...

Tanpa Nama berkata...

Kita mesti anti pada cina yg kafir....!!

Unknown berkata...

politik ada dlm Islam..kerana nak menegakkan daulat Islam le maka RasululLah berhijrah ke madinah. sekarang apa cara nak tegakkan hukum Islam kalo tak masuk politik. Nak harapkan umno bela islam..makin pelingkup ade le

Produk Kesihatan Dan Kecantikan berkata...

Saya pernah terbaca kaitan keturah dengan keturunan bani israil
Iaitu 2 Anak nabi yusuf diarah ketimur
Di katakan keturunan nabi yusuf ini yang bergabung dengan keturunan dari katarah ini yang melahirkan keturunan melayu

SingaHitam berkata...

PUTRA BANI TAMIM
DEKLARASI PERANG TERBUKA
KHILAFAH ISLAM AD DAULATUL ISLAMIYAH MELAYU
TERHADAP DAJJAL-NKRI
https://twitter.com/amrikgmdim/status/661526206236364800

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates