Isnin, 13 Januari 2014

Betui Ka Depa Penyokong Kedah ni?


Apa jenis penyokong yang menyerang pasukan sendiri secara berterusan, hanya kerana logo.

Tidak habis-habis satu kelompok yang menggelar diri mereka sebagai penyokong hijau kuning menyerang dan memperlekeh pasukan Hijau Kuning pada hanya satu tajuk, iaitu tajuk logo baru yang ditukar untuk memberi semangat dan kekuatan baru kepada pasukan.

Setelah berbulan mereka menyerang logo baru pasukan, hari ini, diadakan sidang akhbar pula, untuk terus mempertikaikan logo pasukan Kedah.

Kalau benar sayangkan pasukan Kedah, patutkah dibuat serangan bertali arus kepada pasukan sendiri, hanya kerana logo?
Bersuaralah tentang idea dalam pengurusan atau kejurulatihan, atau dalam penyusunan pasukan supaya dapat memantapkan pasukan yang kita sayangi.

Jika ada kesilapan dan kesalahan pengurusan, tegurlah dan berilah idea. Ini hanya menyerang logo pasukan, seolah-olah penyokong Kedah terlalu kekeringan idea sehingga hanya mampu bercakap soal logo semata-mata.

Tapi gambaran yang lebih buruk dan akan memberi kelebihan pada lawan adalah kononnya penyokong Kedah tidak sehaluan dengan pengurusan pasukan. Inikah mesej yang hendak kita sampaikan kepada pasukan lawan?

Memang benar, pelopor anti logo pasukan ini hanya segelintir, hanya sejumlah 30 - 40 orang, yang cuba menggambarkan bahawa isu logo adalah isu yang terlalu besar, namun ia akan membawa kesan yang buruk seolah olah seluruh penyokong terlalu taksub dengan isu penukaran logo ini.

Apa yang penting, berilah peluang kepada pengurusan baru melakukan perubahan, agar pasukan kedah kembali menjadi pasukan elit bolasepak negara.

Apalah sangat kalau sekadar pengorbanan penyokong untuk memberi peluang dan melihat prestasi pasukan Kedah Hijau Kuning, Upgraded ini.

Majulah bolasepak Kedah. Kami pun sayang pasukan Kedah. Janganlah jadi duri dalam daging. Tolonglah sayangi pasukan kita dengan ikhlas.


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates