Khamis, 2 Januari 2014

ISA dan EO amat diperlukan

KedahTimes satu masa dulu amat tidak bersetuju jika ISA dan EO dimansuhkan terus.

Kedua-dua akta ini hanya perlukan penambahbaikan sahaja mengikut peredaran zaman.

Tetapi suara minoriti tetap didengar oleh pihak berkuasa. Kedua-dua akta ini dimansuhkan sepenuhnya. Maka bertebaranlah kepala-kepala samseng dan mereka yang amat suka melawan arus atau undang-undang.
Inilah akibatnya. Laporan demi laporan terpaksa dibuat dan pihak polis dibebani dengan laopran yang ianya perlu dilakukan siasatan. 

Tekanan kerja polis bertambah dan rakyat hidup dalam gangguan penyamun dan mereka-mereka yang suka 'undang-undang belantara' ini.

Sampai bilakah kita perlu membuat laporan untuk setiap tindakan mereka?

Enam Lagi NGO Buat Laporan Polis Bantah Himpunan Guling Kerajaan

ALOR SETAR, 31 Dis (Bernama) -- Enam badan bukan kerajaan (NGO) dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah dan Alor Setar pada Selasa membuat laporan polis mendesak kerajaan tidak bertolak ansur dengan penganjur Himpunan Guling Kerajaan.

Wakil Gagasan Generasi Gemilang Parlimen Kuala Kedah (Gagah), Perkasa, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Persatuan Ibu Tunggal dan Persatuan Veteran Umno, membuat laporan serentak di Balai Polis Kuala Kedah pada 11.30 pagi ini.

Jurucakap NGO tersebut, Datuk Abdul Mutholib Harun berkata tindakan tegas perlu dikenakan termasuk melucutkan kerakyatan penghasut himpunan itu di bawah Akta Hasutan.

"Beribu laporan telah dibuat terhadap penganjur himpunan itu. Kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri tidak boleh lagi berlembut dengan penganjurnya yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa dan negara.

"Rakyat Kuala Kedah hari ini bersatu untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi dan mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Ketua Wirawati Perkasa Alor Setar, Hasnah Md Hassan pula mendesak kerajaan mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk mengawal kumpulan pelampau.

"Perkasa yakin majoriti rakyat menyokong akta ini dilaksanakan agar tindak- tanduk kumpulan ini dapat dikawal demi negara," katanya.

Pengerusi PBTM Kuala Kedah Abdul Rahman Hassan menegaskan himpunan tersebut hanya merugikan bangsa Melayu.

-- BERNAMA

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates