Isnin, 13 Januari 2014

LEMBAH BUJANG, SEBUAH KERAJAAN LAMA YANG BERPUSAT: DARI PERSPEKTIF SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS)


Lembah Bujang telah dikaji sejak sedekad yang lalu dan dikatakan sebagai kerajaan Kedah Tua dari abad ke 1 masihi hingga 14 masihi. Ia juga dilaporkan sebagai salah satu kerajaan lama yang penting dalam abad tersebut sebagai salah satu persinggahan dalam perdagangan di rantau Asia Tenggara.

Malah dikatakan juga, penempatan di Lembah Bujang adalah merupakan satu kerajaan atau negeri yang mempunyai penyusunan masyarakat yang tersusun dan jaringan pertukaran barangan tersendiri dengan menggunakan sungai-sungai sebagai penghubung antara kawasan.

Fungsi setiap tapak juga telah ditafsirkan berdasarkan kepada kajian oleh Jane Allen pada tahun 1988. Kesemua tersebut adalah hasil daripada kajian arkeologi melalui
tinjauan dan ekskavasi yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu.

Bagaimanapun, kajian terhadap taburan tapak-tapak arkeologi di Lembah Bujang dengan menggunakan pendekatan Sistem Maklumat Geografi (GIS) tidak pernah dilakukan lagi. 0leh itu, analisis GIS telah dilakukan ke atas taburan tapak-tapak arkeologi yang sedia ada untuk menentukan polo penempatan dan pusat penempatan tersebut dan sungai utama yang menjadi nodi dalam kerajaan lama.

Analisis yang dijalankan menunjukkan taburan tapak-tapak adalah tertumpu pada dua lembangan iaitu kawasan tadahan sungai Merbok dan Sungai Muda. Kedua-dua sungai ini
memainkan peranan dalam kerajaan Kedah Tua. Ana/isis terhadap polo taburan tapak-tapak arkeologi pula berdasarkan kepada 3 atribut iaitu ketinggian, kecerunan dan fungsi setiap tapak menunjukkan bahawa wujud polo penempatan dan pusatkerajaan Kedah Tua.

Polo penempatan Lembah Bujang adalah berkisar kepada Sungai Merbok sebagai sungai utamanya berbanding dengan sungai Muda. Malah analisis tersebut juga menunjukkan bahawa kawasan Pengkalan Bujang dan sepanjang sungai Pengkalan Bujang kemungkinan merupakan pusat kerajaan Kedah Tua. Sekitarnya merupakan kawasan aktiviti ekonominya.

Kewujudan pusat kerajaan, menunjukkan wujudnya kerajaan lama dan penempatan di Lembah Bujang merupakan sebuah penempatan satu negeri yang mempunyai kerajaan berpusat.
ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates