Isnin, 13 Januari 2014

Lembah Bujang warisan Melayu

Lagi teserlah kehebatan Tamadun orang Melayu yang terkenal dengan pelayar, peniaga dan pedagang hebat. Tamadun ini menunjukkan yang Melayu dulu sangat hebat dalam hal-hal perniagaan/perdagangan serta pelayaran.

Ini juga membawa maksud bahawa Melayu sangat hebat dalam perhubungan antarabangsanya. Perhubungan perdagangan dan politik orang Melayu dengar luar amat hebat. Sehingga menarik perhatian penduduk dunia untuk datang ke sini.

Bagi KedahTimes, Melayu sangat hebat, Melayu serba boleh, Melayu bukan bodoh, Melayu bukan malas, dan Melayu bukan peminta sedekah atau low class!

Dan KedahTimes percaya kehebatan tamadun purba itu akan bersinar kembali di bawah pimpinan MB sekarang.

Koleksi tapak arkeologi Lembah Bujang – sumber rasmi
Jabatan Muzium Malaysia
BANGI, 3 Dis – Lembah Bujang adalah warisan sejarah Melayu yang menjadi bukti bahawa tamadun bangsa Melayu telah wujud sejak zaman silam lagi.

Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, apa yang ada di Lembah Bujang bukan sahaja candi-candi Hindu tetapi juga artifak bahan dagangan yang diperdagangkan di sekitar kawasan itu semasa zaman silam.

“Ia adalah bukti kepada tamadun perdagangan orang Melayu dan kepentingan kawasan itu sebagai laluan dagang ke kawasan-kawasan lain di alam Melayu.

“Jadi adalah menjadi tanggungjawab orang Melayu Islam untuk mengekalkan tapak itu sebagai tapak kajian sejarah Melayu,” ujarnya mengulas tindakan pemaju swasta yang merobohkan sebahagian daripada tapak arkeologi di Lembah Bujang.

Ustaz Fauzi menekankan bahawa Lembah Bujang adalah warisan Melayu, bukannya Hindu. Sekalipun pun dikaitkan dengan Hindu, kaitan itu adalah kaitan Melayu Hindu dan bukannya Hindu dari tanah besar India.

Sebagaimana yang difahami dari sejarah, Hindu di alam Melayu tidaklah sekuat Hindu di dalam masyarakat India di benua India.

Oleh sebab itu ahli sejarah lebih cenderung untuk mengatakan bahawa falsafah agama Hindu tidak berjaya meresap masuk ke dalam pemikiran orang Melayu.

Sehubungan itu menurut Ustaz Fauzi, kajian arkeologi dan kajian-kajian lain sepatutnya dikembangkan supaya lebih banyak penemuan dijumpai untuk membina teori-teori sejarah berkaitan tamadun Melayu silam.

Kemungkinan jika dikaji lebih dalam akan ditemui juga tinggalan Islam kerana kerajaan Langkasuka dan kerajaan Kedah Tua sudah menerima kedatangan Islam sejak zaman awal Islam lagi.

“Kedatangan Islam ke Champa dan Sumatera yang berlaku pada zaman Bani Umayyah juga menguatkan teori bahawa kerajaan Kedah Tua yang terletak di tengah-tengah antara keduanya juga sudah menerima pengaruh Islam ketika itu.

“Dengan itu adalah penting untuk kajian terhadap kawasan Lembah Bujang diteruskan,” katanya.
ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates