Selasa, 4 Februari 2014

Apabila Menteri Kena Tumbuk, Hak Asasi Manusia Terbela

Demokrasi dan pencapaian hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh pakatan rakyat sudah hampir mencapai kemuncak. Buktinya, timbalan menteri sudah kena tumbuk, dan ini satu indikasi yang sangat baik dalam perkembangan perjuangan hak asasi manusia oleh pakatan rakyat. Kenapa cakap begitu? Mari KT terangkan.

Dalam prinsip hak asasi, setiap manusia mempunyai hak kebebasan untuk melakukan apa saja. Samada apa yang dilakukan itu menyalahi undang undang atau tidak, itu cerita lain. Jika beliau lakukan kesalahan, maka hukumlah dia, tetapi tiada sesiapa berhak menghalang.
Begitulah juga demonstrasi haram yang sudah diketahui merosakkan harta awam dan keselamatan negara, ia tetap tidak boleh dicegah. Yang boleh hanyalah dihukum jika didapti bersalah kemudiannya.


Jadi, betullah atas dasar prinsip hak asasi manusia, orang yang menumbuk timbalan menteri itu mempunyai haknya untuk menumbuk menteri, jika bersalah hukumlah kemudian, hak beliau untuk menumbuk menteri adalah haknya dan tidak boleh diambilkira.

Atas dasar inilah, maka hak-hak bersuara dituntut habis-habisan, walaupun mereka jarang menggunakan hak untuk befikir. Kalau fitnah samanlah, tetapi hak untuk berbohong akan tetap dipertahankan oleh pakatan.

Pandangan dalam Islam pula tidak selari malah bercanggah dengam prinsip perjuang pakatan rakyat ini. Islam mengajar untuk tidak berbohong, kejahatan wajib dicegah, bukan menunggu untuk menghukum semata mata.

Samada rakyat memahami atau tidak apa yang dibawa pembangkang, hakikatnya itulah yang disemai sebagai aqidah pengikut mereka sekarang ini.

Jika nilai dan pegangan sudah menyeleweng, usahlah fikir mereka mampu memerintah negara ini. Jika ajaran Islam awal-awal lagi mereka tolak, apalah lagi yang orang Islam boleh harapkan.

ads



0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates