Isnin, 3 Februari 2014

Bina Kesabaran Dengan Membela Kambing

KedahTimes sudah jarang-jarang atau kadang-kadang (sepeti kata P ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang)  menulis dalam blog terutama tentang politik selepas PRU13. Nak cerita tentang PAS, isu mereka hanya sama. Peralatkan Islam demi politik mereka, serta DAP menjadi pujaan PAS melebihi saudara se Islam sendiri.

Dulu blog-blog pro PAS yang ada diantaranya menetap di Wisma Darul Aman sering menjawab penulisan dari KedahTimes tapi kini mereka pun dah kurang. Maklumlah dah kenyang makan duit hutan simpanan. Apa perlu bising-bising lagi!

Cerita tentang tamadun Melayu berusia ribuan tahun bakal KedahTimes paparkan jika ada maklumat terkini.

Hari ini KedahTimes nak menulis juga tetapi berkenaan dengan KAMBING. KedahTimes ada membela kambing. Ada 2 buah kandang yang satunya boleh muat 100 ekor yang dah siap dibina. Satu lagi masih dalam pembinaan. Maklumlah kayu agak mahal sekarang.

Ada beberapa sebab kenapa KedahTimes memilih untuk membela kambing.

Pertamanya, Kambing harganya mahal. Paling murah dijual seekor RM600 dengan umur 2 tahun ke atas. Kecil tapi mahal.

Keduanya, kambing adalah sumber protein yang baik untuk manusia. Dulu orang tua kata makan daging kambing, kita boleh kena darah tinggi. Tapi sebenarnya kambing mahal sebab itulah mereka bagi sebab sebegitu. Jika yang belum ada darah tinggi tu, elok banyak makan daging kambing kerana sumber protein nya.

Ketiga, susu kambing adalah terbaik selepas susu ibu (manusia) dan unta. Amat sesuai untuk kanak-kanak minum untuk ketahanan badan.

Keempat dan menariknya ialah kambing adalah binatang yang 'KETEGAG'. Membela kambing ibarat menguji kesabaran pembela. Belajarlah menjadi penyabar dengan membela kambing. Kambing juga merupakan binatang belaan Nabi kita.

Kesimpulannya, belalah kambing samada secara besar-besaran atau kecil-kecilan. Banyak manafaatnya. Cuma berhati-hati kerana kambing suka makan tumbuhan atau benda milik orang! Lagi satu jangan jadi macam kambing yang bersifat KETEGAG tu sudah la!


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates