Rabu, 5 Februari 2014

Bila Mahfuz Riuh Pada Mukhriz


Bukan main riuh Mahfuz dan Dato Ir. Amiruddin bila Mukhriz kata akan buka fail-fail lama masa pentadbiran PAS dulu.

Bagi orang biasa kalau takut, dia akan duduk diam. Tapi ahli politik ni dia terbalik, perangai menyerupai ayam. Lagi dia takut, lagi dia riuh macam ayam takut sewah.

Mahfuz buat-buat lupa, kes pelantikan IJM secara runding terus ( bukan secara tender terbuka yang sering dilaungkan PAS) oleh BDB adalah semasa dia jadi pengarah disitu semasa PAS jadi kerajaan Negeri. Cuba Mahfuz ingat balik, kenapa Mahfuz letak jawatan masa tu? Adakah kerana terlebih duit, lari tanggungjawab atau sebab apa? Tak payah suruh Mukhriz dedah, Mahfuz sendiri boleh dedah kenapa beliau letak jawatan sebagai pengarah BDB?

Dato Ir. Amiruddin dan bendahari PAS Kedah, Haji Sobri pula, usahlah berpura-pura minta didedah itu dan ini, projek-projek dibawah GLC yang diterajui mereka bagi projek ratusan ribu setiap projek, mana ada buat penilaian, malah bagi dekat kawan-kawan begitu saja. Dengan pelantikan dibuat penuh curiga, tanpa mengikut prosedur.

Malah jutaan wang GLC disalurkan secara salah dalam bentuk zakat kepada Yiked untuk apa? Bolehkah Mahfuz dan rakan sepentas beliau jawab?

Kalau Mahfuz, Dato Ir Amir dan Bendahari PAS berani, sila cabar Kedahtimes untuk dedahkan butirannya, kita janji akan dedahkan supaya orang PAS puas hati.

Kita nak jaga aib orang, tetapi kalau sendiri tak pandai jaga aib sendiri, apa boleh buat.

Mukhriz sudah minta supaya di Kedah ni, kita mentadbir secara musyawarah, sebaliknya perangai melampau Mahfuz tidak mengenal saudara sesama Islam. 

Kita harap, orang PAS jangan terikut-ikut dengan perangai Mahfuz yang sedang mencari pengaruh didalam politik PAS Kedah yang berpecah teruk akibat serangan beberapa kelompok terhadap Arwah Ustaz Azizan dahulu.


ads


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates