Rabu, 5 Februari 2014

BLOCK jangan tak BLOCK

KedahTimes boleh katakan ini sebagai 'Harapkan Pagar, pagar makan Padi'. Kera di Hutan disusukan, anak sendiri dibiar kelaparan.
KedahLanie di akses melalui intranet KTPC pada 4 Feb 2014

Mungkin peribahasa di atas kurang tepat dengan cerita yang ingin disebutkan disini. Tapi kira ada juga menjurus ke arah apa yang nak diceritakan.

Lihat dua gambar 'printscreen' yang KedahTimes paparkan. Printscreen ini diambil ketika laptop berada dalam kawasan atau intranet KTPC.
Ameno World diakses melalui KTPC Intranet pada 4 Feb 2014
Dengan senang dan laju sahaja diperolehi laman tersebut tanpa sebarang message seperti ' waiting for reply' atau ' looking for host' dan sebagainya. Taip saja url dua blog pro pembangkang tersebut, terus tersembul keluar skrin blog tersebut.

Lihat pula printscreen yang terbawah pula. Taip saja url,  "Connection Time Out" pula yang tersembul keluar? Apa tu? Inilah yang membawa maksud yang Blog tersebut di 'BLOCK' dari di akses oleh staf-staf dalam intranet tersebut.

Bukankah ketiga-tiganya berasal dari blogspot? Kenapa dua blog di atas boleh di akses sedangkan blog yang dibawah tidak boleh?

Jawapannya mudah. Blog yang tidak boleh diakses itu adalah blog Pro BN dan dua blog di atas yang boleh diakses adalah blog Pro PR.

KedahTimes diakses melalui KTPC Intranet pada 4 Feb 2014
Waktu yang sama
Apa maknanya ini? Maknanya kemungkinan besar Ketua Nombor Satu di KTPC bukan pro BN dan Ketua IT pun juga bukan Pro BN.

Tapi bukankah KTPC ini GLC kerajaan?

Yang tu KedahTimes tak mau jawab. Nampak macam apa yang mereka buat tu seoalh-olah KTPC ni milik mereka atau milik pembangkang saja.

Mungkin inilah nasib blogger pro BN. Blog mereka pun GLC BLOCK. Sebaliknya Blog yang sentiasa dok kutuk kerajaan BN bebas dibaca oleh mereka dalam GLC.

Salah siapa? Tatauuuuuu

ads

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

harap YB Datin Norsabrina, EXCO Teknologi Tinggi dapat ambil tindakan pantas memecat Anuar Md Safar dengan SEGERA

Tanpa Nama berkata...

Ketua IT ktpc memang org kuat nik aziz...dulu kat dlm bilik dia tampal gambar tuan guru...la nie dah tukar...cari mkn beb....org kelate

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates