Selasa, 4 Februari 2014

Hilang Dua Kerusi DUN Dalam Seminggu, Anwar Sudah Hilang Kawalan.


Anwar Ibrahim sangat terkenal dengan kegagalan beliau mengawal ahli parti sendiri. Pada penggal lalu, puluhan ADUN dan Ahli Parlimen PKR melompat keluar parti dan ”membebaskan“ diri.

Walaupun beliau lebih dikenali sebagai bapa reformasi, mereform sana dan mereform sini, jelas sekali beliau gagal untuk mengekalkan form dalam parti sendiri.

Perletakan ADUN Kajang, walapun bukan disebabkan lompat parti, tetapi adalah berpunca dari kegagalan Anwar mengawal kerajaan Selangor yang dipimpin menteri besar dari parti beliau. Beliau hilang kawalan sehingga terpaksa mengambil langkah kontroversi dengan cuba mengambil alih kerusi DUN Kajang, bagi membolehkan beliau ada kuasa mentadbir Selangor.

Kini ADUN Perak di N54 pula keluar dari PKR, dan kerusi ini tentunya merupakan satu kehilangan kekal kerana ADUN tersebut hanya keluar PKR dan tidak meletak jawatan ADUN bagi membolehkan PRK diadakan.

Walaupun dicuba seperti biasa, dengan menyalahkan Umno seperti berbelas kali wakil rakyat PKR lompat parti dulu, bagi pihak selain penyokong tegar PKR, mereka tidak dapat menerima logiknya jika dikaitkan dengan Umno.

Malah pemuda PAS sudah menunjukkan tanda-tanda jelas memprotes perlakuan Anwar ini, tetapi disebabkan ego terhadap Umno dan ketakutan terhadap Anwar menyebabkan mereka tidak berani buka kuku.

Sebagaimana Anwar gagal mengawal nafsu politik beliau untuk menjadi Perdana Menteri, beliau juga gagal mengawal partinya, PKR.

Anwar adalah seorang yang gagal, cuma beliau cekap menutup kegagalannya dengan menyalahkan pihak lain. Dan ini ditelan bulat-bulat oleh penyokong tegar PKR, dan ditelan walaupun pahit dan busuk oleh PAS yang tiada kekuatan diri.
ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates