Rabu, 5 Februari 2014

Kedah Tamadun Terawal Orang Melayu

Penemuan tapak penempatan dan tamaddun Melayu di Merbok menjadi bukti bahawa bangsa Melayu mendahului tamadun perdagangan dan perindustrian nusantara sejak 2000 tahun yang lalu.

Penemuan tapak peleburan besi dan jongkong  pengeluaran besi di Pinggiran kaki Gunung Jerai menjadi bukti bahawa tamadun Melayu bermula lebih awal, tanpa kehadiran bangsa-bangsa lain. Ia bercanggah dengan doktrinasi yang cuba dibuat oleh kiasu DAP bahawa tanpa kaum kiasu, negara ini tidak mungkin membangun.

Ini terbukti dengan penemuan blok-blok binaan yang telah dihantar dan disahkan oleh Amerika Syarikat dan Korea bahawa binaan itu bertarikh sekitar 110 sebelum masihi.
DAP anak kepada PAP mempunyai polisi untuk menghapuskan tamadun penduduk asal sesuatu tempat. Mereka menjadikan agenda menulis semula tamadun yang condong kepada kaum mereka sebagai satu daripada tugas wajib untuk mereka perjuangkan.

Tamadun Melayu di Merbok ini membuktikan bahawa wujud orang Melayu lebih awal lagi di Tanah ini. Mereka amat bertamadun dan membuktikan bangsa Melayu ini sangat tinggi peradabannya.

Inilah yang DAP cuba hapuskan. Mereka menganggap orang Melayu tiada tamadun. Orang Melayu adalah pendatang seperti mereka. Dan ada orang melayu dikalangan PAS dan PKR yang menerimapakai agenda DAP ini.

Jika Amerika dan Korea sudah mengesahkan yang bangsa Melayu telah wujud dengan tamadun tinggi, kenapa kita bangsa Melayu tidak mengiktirafnya? Bukankah ini patut menjadi kebanggaan kita supaya kita boleh bina semula tamadun ini tanpa gangguan DAP dan pengkhianar negara bangsa?

Sg Batu di Merbok mengesahkan segalanya.

ads



0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates