Selasa, 4 Februari 2014

Kerajaan negeri ada bukti Pas Kedah tidak bersih

Apabila burung tiung bercakap, beginilah jadinya. Sedapnya bercakap sehingga lupa bahawa segala dokumen yang berkaitan dengan aktiviti mereka dahulu tertinggal di bilik simpanan dokumen di Wisma.

Jika Datuk Amirudin jawabpun, mungkin beliau jawab atas kapasiti beliau semasa memegang jawatan exco Industri dsb. Bukan kapasiti beliau sebagai penjaga MBI atau GLC berkaitan.

Maka songsang dan pincanglah bunyinya. Seorang kata semasa mereka memerintah, mereka 'clean as white cloth', seorang lagi bakal kata ' manusia tidak lari dari melakukan kesalahan'.

Inilah cerekarama sebuah parti yang melantik seorang bukan arif menjadi pemimpin mereka. Pemimpin yang asyik menuding jari ke arah orang lain. Pemimpin yang suka mencari keburukan orang lain.

Tak hairanlah di akhir zaman ini, manusia memilih untuk mempunyai pemimpin yang bukan dalam kebolehannya.  Dan mereka rela dibawa arus bersama pemimpin yang tidak tahu kemana arah tujunya.

Malang sungguh PAS Kedah!

ALOR SETAR 3 Feb. - Kerajaan negeri Kedah mempunyai bukti terdapat kepincangan pengurusan dan penyelewengan yang berlaku sepanjang Pas mentadbir negeri itu sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, beliau sedang menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan segala penyelewengan itu bagi membuktikan pentadbiran Pas tidak bersih, berbanding apa yang didakwa oleh pemimpin Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

“Laporan Ketua Audit Negara dahulu ada menyentuh mengenai kepincangan pengurusan malah ada penyelewengan yang berlaku ketika zaman pentadbiran Pas Kedah melibatkan kerajaan negeri, syarikat milik kerajaan (GLC) negeri dan jabatan di bawah kerajaan negeri.

“Mungkin Mahfuz tidak baca, terlupa atau sengaja terlupa, saya tidak tahu tetapi apa yang saya tahu kepincangan pentadbiran Pas Kedah adalah antara sebab mengapa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu memihak pada kita.

“Saya akan dedahkan dalam masa terdekat mengenai semua ini, tidak perlu tergesa-gesa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan dan menghadiri majlis ramah mesra bersama kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Ampang Jajar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates